Sunday, 4 July 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

 BAB 4: ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=491fjAHXpx4

4.1 BRITISH MILITARY ADMINISTRATION BMA

- BMA di Tanah Melayu bermula pada 12 September 1945.

- Merupakan pentadbiran tentera bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara (1943-1946).

- Tugas Pertama untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan dengan membubarkan MPAJA pada 1 Disember. Namun, BMA gagal mengumpulkan semua senjata mereka walaupun diarahkan. Bma juga gagal membanteras kegiatan keganasan, kongsi gelap dan masalah ketegangan kaum.

- Tugas kedua untuk memulihkan kepercayaan rakyat. Bekalan makanan, ubatan sukar didapati, harga tinggi. Wabak penyakit merebak. Kebuluran berlaku. Kegiatan menyorok barang, amalan rasuah, peras ugut, pasar gelap di Kuala Lumpur tidak terkawal. BMA mengambil alih pentadbiran.

- BMA berusaha mengembalikan kepercayaan rakyat. Berusaha memulihkan kerosakan infrastruktur akibat peperangan dan sosioekonomi. Memulihkan ladang getah, lombong bijih timah, membaiki prasarana dan kemudahan kesihatan.

- BMA menghadapi kesukaran membawa masuk jentera, alat ganti, mesin dan teknologi.

- Kegagalan BMA menyebabkan rakyat hampa dengan ketidakupayaan mereka.

4.2 GAGASAN MALAYAN UNION

- menggantikan BMA. Berhasrat melicinkan sistem pentadbiran, meningkatkan pelaburan ekonomi, mengukuhkan pertahanan dan mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja.

- Rancangan Malayan Union dibentangkan di parlimen British. Persatuan Pelajar Melayu Britain menghantar memorandum 25 April 1945 meminta hak kewarganegaraan tidak mengikut prinsip jus soli.

- Tan Cheng Lock dan Persatuan Cina Seberang Laut menghantar memorandum kepada British.

- George Henry Hall, Setiausaha Tanah Jajahan British membentangkan rancangan di Warta Kerajaan.

- Rancangan tersebut dikenali Kertas Putih 6274. Membentangkan 13 perkara termasuk konsep kesatuan, bentuk pentadbiran, sistem perundangan, kesusukan Raja-raja Melayu, syarat kewarganegaraan dan agama Islam.

Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union

- Kesatuan: NNMB, NNMTB dan NNS kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran

- Ketua Pentadbir: Gabenor British. Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan dibentuk bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British.

- Raja-raja Melayu: Sultan menjadi ahli Majlis Raja-raja membincangkan agama Islam dan adat Melayu

- Kewarganegaraan: prinsip jus soli iaitu sesiapa yan lahir di Tanah Melayu dan Singaura diiktiraf sebagai warga Malayan Union. Umur > 18 bermaustautin 10 tahun dan umur <18 ibu bapa warga turut diberikan.

British mendapatkan Tandatangan Sultan

- H.C. Willan: dari 8 September 1945 hingga 29 September 1945, bertemu dengan Sultan Johor, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan untuk memastikan mereka bersetuju menandatangani perjanjian dan memudahkan tugas MacMichael.

- Sir Harold MacMichael:  11 Oktober 1945, tiba di Port Swettenham, Selangor dengan kapal Royalist ditemani jurubahasa A.T. Newboult. MacMichael mendapat tentangan daripada Raja-raja Melayu. Beliau menggunakan taktik desakan, ugutan dan paksaan dan akhirnya mendapat tandatangan semua Raja.

4.3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION

Penentangan Raja-raja Melayu

- Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946,merupakan bentuk penjajahan. Sultan kehilangan kuasa

- Membawa Kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England: Sultan Perak, Kedah dan Johor sedia berangkat ke England jika diperlukan. Menurut Perundangan British, MacMichael mendapatkan tandatangan dengan cara tidak sah.

- Menghantar Surat Bantahan ke London: Sultan Kedah, Perak dan Johor mengutus surat kepada George Henry Hall. Bberapa orang raja mmendakwa diugut dan memohon British memansuhkan persetujuan itu. Tuanku Syed Putra Jamalullail mengirim telegram menyuarakan tidak puas hati.

- Menyokong Kongres Melayu: Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah menderma 15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor dan merasmikan pembukaan kongres.

- Permaisuri Perak Memimpin Gerakan Menentang Malayan Union: 28 Mei 1946, Perhimpunan besar di Padang Bandar Diraja Kulan Kangsar apbila ahli Parlimen British tiba. Raja Perempuan Kelsom sama dengan wanita mengetuai barisan hadapan. Mereka kagum dengan semangat yang ditunjukkan.

- Memulaukan Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union: Dato’ Onn Jaafar mempersembahkan resolusi Kongres Melayu agar Raja-raja bersama memboikot upacara itu. Ribuan orang Melayu berhimpun di Hotel Station melaungkan “Daulat Tuanku!” dan “Hidup Melayu”.

Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union

1. Bantahan Akhbar Melayu: Utusan Melayu (Singapura), Majlis (Kuala Lumpur) Menyeru perhimpunan besar diadakan untuk menolak gagasan Malayan Union. Melaporkan perkembangan penentangan MU.

2. Bantahan Cendekiawan: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Za’ba, Tengku Mohamed, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Wan Md Yusof, Dato’ Abdul Rahman Mohammad Yassin dan Dato’ Hamzah Abdullah menggerakkan penentangan Malayan Union

3. Bantahan Wanita: Cikgu Zaharah Abdullah, Halimahton Abd Majid, Saleha Mohd Ali, Zaharah Tamin, Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid dan Hasnah Ishak menjadi benteng barisan hadapan. Cikgu Zaharah Abdullah (Batu Pahat): jika apa sekalipun terjadi, kami kaum wanita akan turut menggembleng tenaga bersama-sama kaum lelaki, bagi mendapat kembali hak-hak kami.

4. Bantahan Persatuan Melayu: Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Persatuan Melayu Kedah, Perikatan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Johor menghimpunkan orang Melayu seluruh negara setiap lapisan masyarakat

5. Bantahan Bekas Pegawai British: Frank Swettenham, Roland Braddell, Cecil Clementi Smith, Richard Winstedt, Frederick Weld, George Maxwell

6. Bantahan di Kelantan: 15 Dis 1945, 10 ribu orang di Kota Bharu semasa MacMichael datang

7. Bantahan di Kedah: 19 Januari 1946, ribuan orang Melayu berarak di Alor Setar dianjurkan oleh Saberkas, Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Ulama Kedah, Persatuan Melayu Kedah. Tuan Haji Hussain Che Dol, Yang Dipertua Kesatuan Melayu Kedah dan Senu Abdul Rahman, Setiausaha Agung SABERKAS mengkritik kandungan Kertas Putih.

8. Bantahan di Johor: Januari 1946, Lembaga Kesatuan Melayu Johor melancar perhimpunan disertai Persatuan Melayu Johor.. 10 Feb, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor dipimpin Dato’ Onn Jaafar. 20 ribu orang Melayu di Batu Pahat.Ucapan Dato’ Onn Jaafar menggesa orang Melayu.

9. Mengadakan Kongres Melayu: Za’ba, Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor menghubungi Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang di Perak dan Tunku Abdul Rahman di Kedah, menzahirkan penubuhan induk penentangan. Kongres diadakan di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur dari 1-4 Mac 1946. 41 buah persatuan Melayu menghantar wakil. Bersetuju Menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO). 11 Mei 1946, UMNO ditubuhkan di Istana Johor, menjadi penggerak memupuk perpaduan. Hari lahir Malayan Union digelar “Hari Kematian”. Ribuan Orang Melayu memakai lilitan kain putih di songkok sebagai tanda berkabung.

10. UMNO Menganjurkan Bantahan Secara Besar-besaran: semasa ahli parlimen British, L.D.Gammans dan David Rees Williams membuat tinjauan berkaitan penentangan orang Melayu terhadap MU. Bantahan di Kedah, P.Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor

4.4 PENYERAHAN SARAWAK KEPADA KERAJAAN BRITISH

- 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British

Faktor Penyerahan

1. Masalah Perwarisan Takhta

tiada anak lelaki, beliau semakin tua, enggan melantik anak saudaranya Anthony Brooke untuk menggantikannya.

2. Desakan Kerajaan British

19 Jun 1944, pihak Pejabat Tanah Jajahan mendesak memberikan kuasa lebih luas kepada British untuk menguasai kekayaan ekonomi, menjaga kepentingan pelaburan British.

3. Masalah Kewangan

Selepas Perang Dunia Kedua, ekonomi terjejas, lombong minyak musnah, ladang getah terbiar, kemudahan pendidikan, kesihatan, jalan raya,

Proses Penyerahan

- 28 Feb 1945, Pejabat Tanah Jajahan mengutus surat. Akhirnya, Vyner Brooke bersetuju.

- Vyner menghantar Gerard T. MacBryan, setiausahanya untuk mendapat persetujuan ketua tempatan.

- Gerard ke England bersama dokumen tandatangan tanpa pengetahuan rakyat.

- British mengarah Vyner mendapat kelulusan Majlis Negeri dan persetujuan rakyat.

- Gammans dan Rees Williams dihantar membuat tinjauan tiba di Kuching 2 Mei 1946, Hasil tinjauan: sebahagian besar peribumi menentang. Orang Cina menyokong. Ada yang tidak memahami maksud penyerahan. Laporan dibawa ke Majlis Negeri untuk diundi.

- Majlis Negeri mengeluarkan Rang Undang-undang Penyerahan (Cession Bill). Golongan propenyerahan menang 19 undi – 16 undi.

- Sarawak menjadai tanah jajahan. 1 Julai 1946, Hari Penyerahan Sarawak di Kuching.

4.5 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP PENYERAHAN BRITISH

Faktor Penentangan

1. Tindakan Vyner Bertentangan dengan Perlembagaan 1941

Prinsip Kelapan menyatakan pemerintahan sendiri diberikan kepada rakyat Sarawak yang dibimbing untuk mentadbir negeri sendiri.

2. Vyner Mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke

Tidak berbincang dengan Raja Muda (Anthony Brooke) dan Tuan Muda (Betram Brooke)

3. T.MacBryan menggunakan muslihat

Tekanan, desakan, pujukan, sogokan untuk mendapat persetujuan ketua tempatan

 

Bentuk Penentangan

Mengadakan Persidangan

Johari Anang(pengerusi) dan Sharkawi Osman menganjurkan persidangan untuk mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai. Pertubuhan yang menyertai: PPM, BPS, PKMS, Persatuan Melayu Miri, Kesetian Muda Matu dan Persekutuan Bumiputera

Mengadakan Demonstrasi

Diketuai Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, disertai 16 persatuan Melayu pada 30 Oktober 1946 apabila kedatangan gabenor pertama Charles Arden Clarke di Astana. PKMS mendesak British undur dengan kata “Kami membantah dengan sekeras-kerasnya atas tindakan Brooke menyerahkan Sarawak ekpada kolonial Inggeris”, “Sarawak adalah Hak Kami”, “Leburkan kolonial”, “No Cession”. Sepanduk dan poster di pokok, perahu dan jeti. Demonstrasi di Sibu oleh PPM.

Melatakkan Jawatan Beramai-ramai

Pekeliling No.9/1946 dikeluarkan oleh Briish padda Dis 1946 melarang pegawai awam menyertai penentnagan. 2 April 1947, 409 kakitangan kerajaan meletakkan jawatan. 56 pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian

Bantahan Golongan Wanita

Cikgu Lily Eberwein (PKMS), Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah, Cikgu Ajibah Abol. Kempen kesedaran di rumah panjang diketuai Cikgu Lily. Sanggup mengorbankan masa dan tenaga.

Menggunakan Akhbar

Utusan Sarawak diterbit pada Jan 1949, penyebaran tentangan, menggunakan kritikan tajam.

Menulis Surat Bantahan

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) menghantar surat kepada British. 1949, BPS menghantar referendom. Surat bantahan kepada Perdana Menteri British, CLEMENT Attlee dnegan salinan kepada Gabenor. Anthony Brooke menentang melalui perundangan, membuat rayuan di Privy Council. 16 Jul 1948, Anthony membawa kes ke Mahkamah Tinggi Brunei tetapi ditolak

Menubuhkan Kumpulan Rukun 13

20 Ogos 1948 ditubuhkan secara sulit oleh PPM di Sibu. Dipimpin oleh Awang Rambli, Marshidi Sidek, Bujang Suntong untuk menghapuskan pegawai tinggi British. 3 Dis 1949 mesyuarat di Sibu untuk membunuh Duncan Stewart. Rosli Dhoby menikam Duncan Stewart dan beliau meninggal dunia di Hospital Singapura. Peristiwa ini dikenal Sungkit Berdarah. 6 & 7 Dis 1949, British menutup pejabat PPM, PKMS, BPS, Angkatan Semangat Anak Negeri Sarawak (ASAS). Anggota Rukun 13 dipenjara.

 

Faktor Penduduk Tempatan Menyokong Penyerahan Sarawak

- Diketuai Datu Bandar Abang Haji Mustapha dan Datu Amar Abang Haji Suleiman

1. Memajukan Negeri

Dalam aspek politik, perhubungan, perdagangan, pertanian, pendidikan, kesihatan, taraf hidup

2. Memajukan Penduduk Tempatan

Young Malay Association (YMA) menggalakkan Melayu dalam ekonomi dan sosial. Membantu Melayu yang mundur dan ketinggalan. Cawangan di Sibu, Kalaka, Miri.

3. Memberikan Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam

Rakyat diberi peluang ,mengisi jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan

4.6 PENYERAHAN SABAH KEPADA KERAJAAN BRITISH

- Kota Kinabalu dibebaskan daripada Jepun pada 28 Sept 1945, Sandakan pada 19 Okt. BMA mengambil alih diketuai C.F.C. Macaskie. SBUB menandatangani pejanjian dengan British 26 Jun 1946. Gabenor pertama Sir Edward Twining.

Faktor Penyerahan

1. Memenuhi Kepentingan British

Perdana Menteri British sedang menyelesaikan soal kemerdekaan Sri Lanka, India dan Burma. Sabah berpotensi menggantikan jajahan tersebut membekalkan sumber bahan mentah dan pasaran

2. Meneruskan Dasar British dalam Hubungan Luar

Semasa pemerintahan SBUB, Sabah naungan British dan menguasai perhubungan luar negeri dan pertahanan Sabah.

3. Masalah Kewangan SBUB

Jepun memusnahkan Jesselton, Kudat, Sandakan. Memerlukan kos besar dan tidak mampu ditanggung SBUB kekurangan dana

 

4.6 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP PENYERAHAN SABAH

Faktor Tidak Menentang

1. British Menindas Kegiatan Berpersatuan

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai etnik menyukarkan pemimpin menghimpunkan semua etnik. Pertubuhan seperti Persaudaraan Sahabat Pena Sabah (PASPAS), Persatuan Kebangsaan Melayu dan Barisan Pemuda Sabah (BARIP) untuk memperbaik keadaan ekonomi dan politik bumiputera. Pemimpin aktif membangkit kesedaran politik. British menawarkan jawatan kenaikan pengkat, memindahkan ahli dan pemimpin aktif menyebabkan persatuan menjadi lemah kerana masalah kewangan dan kekurangan pemimpin.

2. Mengehadkan Peluang dalam Pentadbiran

Menyebabkan penduduk kurang pengalaman dalam sistem birokrasi Barat

3. Kepentingan Sosioekonomi Penduduk Tempatan

Peluang kepada penduduk melibatkan diri dalam pentadbiran, memajukan  perniagaan dan meluaskan jaringan perdagangan, membangunkan Sabah.

 Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Monday, 21 June 2021

Nota ringkas dan padat Prinsip Perakauan Tingkatan 4 Modul 4: BUKU CATATAN PERTAMA

 BAB 4: BUKU CATATAN PERTAMA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=A2sNldXN6oE

- Invois, Nota debit, Nota kredit, Memo (kadang-kadang) tidak boleh dimasukkan ke dalam buku tunai

Invois/nota debit (asal) diterima

Jurnal Belian (brg niaga)

Jurnal Am (aset bukan semasa)

Invois/nota debit (salinan) dihantar

Jurnal Jualan (brg niaga)

Jurnal Am (aset bukan semasa)

Nota kredit (asal) diterima

Jurnal Pulangan Belian

Nota kredit (salinan) dihantar

Jurnal Pulangan Jualan

Memo (ambilan/modal tambahan) brg niaga/ aset bukan semasa

Jurnal Am

Memo (ambilan/ tambahan wang)

Buku Tunai

Resit/ Makluman kredit & debit/ Baucar pembayaran/ slip bank/ keratan cek/ bil tunai

 

Jurnal Am

- merekodkan urus niaga jual beli barang bukan niaga secara kredit dan juga butiran berkaitan modal (sumber dokumen: memo)

- Untuk setiap catatan, mesti mempunyai satu debit dan satu kredit

Tarikh

Butir

Fol.

Debit (RM)

Kredit(RM)

 

 

 

 

 

*jangan lupa tahun dan (penerangan)

Jurnal khas/ Jurnal Pulangan

- merekodkan urusan jual beli barang niaga secara kredit (invois)

- Pada akhir bulan, akaun belian/jualan/pulangan akan direkodkan dengan jumlah bulan tersebut.

Tarikh

Butir

Fol.

No. Dokumen

RM

 

 

 

 

 

*Invois tulis jumlah (tolak diskaun niaga, tidak termasuk diskaun tunai)

Buku Tunai

- merekodkan urus niaga secara tunai atau cek. Termasuk ambilan tunai dan penjelasan invois.

- Butir ditulis seperti jualan, belian, sewa dan sebagainya. Bagi penjelasan invois, butir ditulis nama akaun belum bayar/ akaun belum terima.

Tarikh

Butir

D.Beri

Tunai

Bank

Tarikh

Butir

D.terima

Tunai

Bank

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*Diskaun tunai semasa menjelaskan invois dikira dalam diskaun diterima/diberi

*Diskaun niaga tidak dicatat dalam buku catatan

Buku Tunai Runcit

- menggunakan sistem panjar iaitu pada hujung bulan, rekupmen akan diberikan. Contohnya, jika pada awal bulan, wang runcit yang diberi ialah RM300. Pada hujung bulan, baki wang hanya RM50, maka pada awal bulan seterusnya, rekupmen sebanyak RM250 akan diberi.

Tarikh

Butir

Debit

Kredit

Analisis Pembayaran

Alat Tulis

Pos

Belanja Pejabat

Belanja am

Pelbagai

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

- Analisis pembayaran akan diberi dalam soalan. Contohnya: sediakan Buku Tunai Runcit sehingga X dengan menunjukkan lajur Alat Tulis, Pos, Belanja Pejabat dan Pelbagai.

- Segala butiran perlu dimasukkan dalam debit/kredit dan juga analisis pembayaran.

Wednesday, 9 June 2021

Nota Ringkas dan Padat Ekonomi Tingkatan 4 Bab 2: Pasaran

BAB 2: PASARAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=wXll4JW-btE

2.1 KESEIMBANGAN PASARAN

HUKUM PERMINTAAN

- Permintaan: keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tetentu dan jangka masa tertentu.

- Permintaan berkesan: permintaan yang disokong oleh kuasa beli (kemampuan)

- Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut dan sebaliknya.

- Permintaan individu: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

- Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah bersifat songsang (negative). Apabila harga meningkat, kuantiti diminta menurun.

- Permintaan pasaran: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

- Keluk permintaan individu lebih curam manakala keluk permintaan pasaran lebih landai kerana keluk permintaan pasaran menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta semua individu. (Jumlahkan semua kuantiti diminta individu untuk membentuk keluk permintaan pasaran)

Penentu Permintaan

1. Harga barang itu: ikut hukum permintaan. Menyebabkan pergerakan sepanjang keluk yang sama.

2. Harga barang lain: Apabila harga barang pengganti menurun, kuantiti diminta menurun. (pengguna membeli barang pengganti) Apabila harga barang penggenap menurun, kuantiti diminta meningkat.

3. Cita Rasa: meningkat permintaan. Iklan dan kesedaran kesihatan mempengaruhi cita rasa masyarakat.

4. Pendapatan: Apabila pendapatan meningkat, permintaan meningkat.

5. Musim: Musim perayaan/ Cuaca panas, permintaan segelintir barang meningkat.

6. Jangkaan Harga Masa Depan: Apabila harga dijangka meningkat, permintaan kini akan meningkat.

7. Dasar Kerajaan: cukai akan menurun kuantiti diminta. Bantuan kerajaan akan meningkat kuantiti diminta.

Perubahan dalam Kuantiti Diminta

- perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk yang sama.

- dipengaruhi oleh harga barang itu.

- ditunjukkan oleh pergerakan ke atas (penguncupan permintaan) kuantiti berkurang, harga meningkat dan pergerakan ke bawah (pengembangan permintaan) kuantiti meningkat, harga menurun.

Perubahan Permintaan

- dipengaruhi oleh factor bukan harga barang itu.

- ditunjukkan melaui peralihan keluk ke kiri (pengurangan permintaan) atau ke kanan (pertambahan permintaan) yang selari dengan keluk permintaan asal

HUKUM PENAWARAN

- Penawaran: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.

- Hukum Penawaran: semakin tinggi sesuatu barang, semakin banyak kuantiti dikeluarkan dan sebaliknya.

- Penawaran Firma: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

- Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah bersifat positif. Apabila harga meningkat, kuantiti ditawar meningkat.

- Permintaan pasaran: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawar oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

- Keluk penawaran firma lebih curam manakala keluk penawaran pasaram lebih landai kerana keluk penawaran pasaran menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawar semua firma. (Jumlahkan semua kuantiti ditawar firma untuk membentuk keluk penawaran pasaran)

Penentu Penawaran

1. Harga Barang Itu: Semakin tinggi harga, semakin banyak ditawarkan

2. Harga Faktor Pengeluaran: peningkatan harga factor pengeluaran menyebabkan kos pengeluaran meningkat, kuantiti ditawarkan menurun.

3. Jangkaan Masa Depan: apabila harga barang dijangkakan meningkat, kuantiti kini ditawarkan berkurang.

4. Cuaca: cuaca buruk merosakkan hasil pertanian menyebabkan kuantiti ditawarkan menurun.

5. Tingkat Teknologi: tingkat teknologi yang cekap meningkatkan penawaran

6. Matlamat Pengeluar: jika firma memaksimumkan jualan, maka penawaran akan meningkat dan harga menurun. Jika firma memaksimumkan keuntungan, maka penawaran menurun dan harga meningkat.

7. Dasar Kerajaan: kenaikan cukai pengeluaran mengurangkan kuantiti ditawarkan. SSubsidi pula meningkatkan penawaran kerana kos pengeluaran menurun.

Perubahan dalam Kuantiti Ditawarkan

- perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk yang sama.

- dipengaruhi oleh harga barang itu.

- ditunjukkan oleh pergerakan ke bawah (penguncupan penawaran) kuantiti berkurang, harga menurun dan pergerakan ke atas (pengembangan penawaran) kuantiti meningkat, harga meningkat.

Perubahan Penawaran

- dipengaruhi oleh factor bukan harga barang itu.

- ditunjukkan melaui peralihan keluk ke kiri (pengurangan penawaram) atau ke kanan (pertambahan penawaran) yang selari dengan keluk penawaran asal

KESEIMBANGAN PASARAN

- Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan

- keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran

- Pasaran langsung: pembeli berdepan dengan penjual apabila menjalankan urus niaga

- E-dagang: segala urus niaga dijalankan secara atas talian

Ketidakseimbangan Pasaran

- Harga lebih tinggi daripada harga keseimbangan: lebihan penawaran kerana pada harga tinggi, permintaan berkurang dan penawaran bertambah. Hal ini mungkin menyebabkan pembaziran berlaku. Harga akan turun dan pengguna akan bertambah permintaan. Pengeluar akan mengurangkan penawaran sehingga keseimbangan pasaran tercapai.

- Harga lebih rendah daripada harga keseimbangan: lebihan permintaan kerana pada harga rendah, permintaan meningkat dan penawaran berkurang, hal ini menyebabkan kekurangan produk dalam pasaran. Harga akan meningkat dan pengguna akan mengurangkan permintaan. Pengeluar akan menambahkan penawaran sehingga keseimbangan pasaran tercapai.

Perubahan Keseimbangan

- Pertambahan Permintaan: keluk permintaan beralih ke kanan, harga dan kuantiti keseimbangan meningkat.

- Pengurangan Permintaan: keluk permintaan beralih ke kiri, harga dan kuantiti keseimbangan menurun.

- Pertambahan Penawaran: keluk penawaran beralih ke kanan, harga keseimbangan menurun, kuantiti keseimbangan meningkat.

- Pengurangan Penawaran: keluk penawaran beralih ke kiri, harga keseimbangan meningkat, kuantiti keseimbangan menurun.

2.2 KEANJALAN HARGA

KEANJALAN HARGA PERMINTAAN

- peratus perubahan dalam kuantiti diminta kesan daripada peritus perubahan harga barang itu.

- Keanjalan harga permintaan (Ed) = peratus perubahan kuantiti diminta(%^Q) ÷ peratus perubahan harga barang (%^P)

- %Q = (kuantiti baharu - kuantiti asal) ÷ kuantiti asal × 100

- %P = (harga baharu - harga asal) ÷ harga asal × 100

- Ed= Elasticity of demand, Q= quantity, P= Price

- Jawapan pengiraan keanjalan harga permintaan mempunyai tanda negative. Tanda negative tersebut menunjukkan hubungan negative antara harga dengan kuantiti diminta (hukum permintaan). Tanda negative tersebut akan dikecualikan semasa menulis jawapan.

- Jika jawapan ialah 2. Maka apabila harga menaik sebanyak 1%, kuantiti diminta akan menurun sebanyak 2%. Jika harga menurun sebanyak 10%, maka kuantiti diminta akan meningkat sebanyak 20%.

Anjal

Tidak Anjal

Ed > 1

Ed < 1

%Q > %P

%Q < %P

Contoh: barang mewah

Contoh: barang keperluan

Keluk permintaan berbentuk landai

Keluk permintaan berbentuk curam


- Contohnya, barang mewah adalah anjal kerana apabila harga jatuh sedikit, pengguna akan membelli dengan banyak, kuantiti diminta akan meningkat dengan banyak.

- Contohnya, barang keperluan tidak anjal kerana walaupun harga menaik secara banyak, namun pengguna tetap beli untuk keperluan hidup.

Penentu Keanjalan Harga Permintaan

1. Jenis Barangan: barang mewah anjal, barang keperluan asas tak anjal.

2. Faktor jangka masa: jangka masa pendek tak anjal kerana sukar mencari barang pengganti.

3. Bilangan barang pengganti: banyak maka anjal, kurang maka tak anjal.

4. Nisbah perbelanjaan dengan pendapatan: semakin besar nisbah semakin anjal.

5. Bilangan kegunaan: banyak kegunaan maka anjal, penggunaan terhad maka tak anjal

6. Ketagihan: tahap ketagihan tinggi tak anjal. Walaupun harga naik, pengguna tetap beli.

7. Ketahanan barang: tahan lama maka anjal kerana boleh simpan. Tidak tahan lama tak anjal.

Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil

- Jumlah hasil= Kuantiti × Harga

- Anjal: penurunan harga boleh meningkatkan jumlah hasil kerana penurunan harga sedikit boleh meningkatkan kuantiti diminta dengan banyak.

- Tak anjal: peningkatan harga boleh meningkatkan jumlah hasil kerana peningkatan harga kurang mempengaruhi kuantiti diminta.

KEANJALAN HARGA PENAWARAN

- peratus perubahan dalam kuantiti ditawarkan kesan daripada peritus perubahan harga barang itu.

- Keanjalan harga penawaran (Es) = peratus perubahan kuantiti ditawarkan(%^Q) ÷ peratus perubahan harga barang (%^P)

- %Q = (kuantiti baharu - kuantiti asal) ÷ kuantiti asal × 100

- %P = (harga baharu - harga asal) ÷ harga asal × 100

- Es= Elasticity of supply, Q= quantity, P= Price

- Jawapan pengiraan keanjalan harga penawaran mempunyai tanda positif. Tanda positif tersebut menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti ditawarkan (hukum penawaran).

- Jika jawapan ialah 2. Maka apabila harga menaik sebanyak 1%, kuantiti ditawarkan akan meningkat sebanyak 2%. Jika harga menurun sebanyak 10%, maka kuantiti ditawarkan akan menurun sebanyak 20%.

Anjal

Tidak Anjal

Es > 1

Es < 1

%Q > %P

%Q < %P

Contoh: barang perkilangan

Contoh: barang pertanian

Keluk permintaan berbentuk landai

Keluk permintaan berbentuk curam

 - Contohnya, barang perkilangan adalah anjal kerana jika harga meningkat, kilang mampu memproseskan barangan untuk ditawarkan.

- Contohnya, barang pertanian tidak anjal kerana walaupun harga meningkat, hasil pertanian tidak dapat ditambah kerana memerlukan masa untuk bercambah.

Penentu Keanjalan Harga Penawaran

1. Tambahan kos: tambahan kos pengeluaran sangat besar maka tak anjal.

2. Faktor masa: jangka masa pendek tak anjal kerana memerlukan factor pengeluaran tertentu.

3. Bilangan firma dalam pasaran: banyak maka anjal, kurang maka tak anjal kerana kurang keluaran

4. Corak penggunaan factor pengeluaran: tak anjal jika sukar diperoleh. Anjal jika mudah diperoleh

5. Mobiliti Faktor Pengluaran: boleh dipindah dengan mudah maka anjal

6. Ketersediaan Stok atau Inventori: anjal jika stok barang banyak membolehkan fima bertindak cepat.

KEPENTINGAN KEANJALAN HARGA

Firma

- meningkatkan hasil (rujuk bahagian Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil)

Kerajaan

- Percukaian: cukai yang dikenakan pada permintaan anjal, beban cukai pengguna adalah lebih kecil daripada pengeluar. Cukai yang dikenakan pada permintaan tak anjal pula, beban cukai pengguna adalah lebih besar daripada pengeluar.

- Hal ini demikian kerana apabila cukai dikenakan, bilangan penawaran akan berkurang, titik keseimbangan akan beralih ke kiri menyebabkan harga berubah. Bagi permintaan anjal, harga berubah sebikit sahaja manakala harga berubah banyak bagi permintaan tak anjal.

- Subsidi: subsidi yang diberi untuk permintaan anjal, subsidi yang dinikmati oleh pengguna adalah lebih kecil daripada pengeluar. Subsidi yang diberi untuk permintaan tak anjal, subsidi yang dinikmati oleh pengguna lebih banyak daripada pengeluar.

- Hal ini demikian kerana apabila subsidi diberikan, bilangan penawaran bertambah, titik keseimbangan akan beralih ke kanan menyebabkan harga berubah. Bagi permintaan anjal, harga berubah sedikit sahaja, manakala harga berubah banyak bagi permintaan tidak anjal.

- Oleh itu, konsep keanjalan harga pentinguntuk menentukan polisi percukaian dan subsidi (cukai pada barangan anjal dan subsidi pada barang tak anjal sebagai keutamaan kerana menguntungkan pengguna)

 Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 1:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: