BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
Youtube link:https://www.youtube.com/watch?v=xEA10LK1UT0
6.1 KEMASUKAN
PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA
Komunisme: diasaskan
oleh Karl Marx dan Friedrich Engels, karya Communist Manifesto dan Das
Kapital.Suatu fahaman
politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.
Komunis bermaksud
orang yang menganut fahaman komunisme.
Dua buah negara
terlibat: Indonesia dan China
Kemasukan pengaruh Komunis dari China |
Melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT),
cawangan hampir setiap bandar di negeri Melayu Selain KMT, Main School bergerak dalam
kalangan orang Hailam bawah arahan Parti Komunis China (PKC). 1927, berlaku
perpecahan antara KMT dan PKC. The Communist International di Moscow
mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada 1928 PKN tidak berjaya maka Parti Komunis Malaya
(PKM) ditubuhkan. |
Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia |
Kegagalan Parti Komunis Indonesia (PKI)
menguasai Pulau Jawa 1926 menyebabkan PKI berusaha membuka cawangan di Tanah
Melayu. Namun, tidak mendapat sambutan penduduk kerana komunis menggunakan
kekerasan. |
Penubuhan Parti
Komunis Malaya
Sebelum pendudukan Jepun |
30 April 1930, PKM ditubuhkan di Kuala Pilah.
Bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah
Cina. |
Zaman pendudukan Jepun |
Bekerjasama dengan British memerangi Jepun.
Membentuk MPAJA pada 1942. Terima bantuan senjata, kewangan, latihan, bekalan
logistik, perubatan British. |
Selepas Jepun Menyerah Kalah |
Kekosongan politik berlaku. MPAJA keluar
melakukan kekacauan. BMA membubarkan MPAJA. PKM begerak sebagai pertubuhan
yang sah. PKM menyusup dalam PMFTU. Menjelang Mei 1948, PKM menguasai 335
kesatuan sekerja, menyusup dalam PKMM, MDU, PUTERA-AMCJA. British meluluskan
Trade Union Ordinance No.9 of 1948 menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan
sekerja akhirnya mengharamkan PKM. |
6.2 ANCAMAN
KOMUNIS DI NEGARA KITA
- Persidangan Kongres
Belia Asia 19 Februari 1948 hingga 25 Februari 1948. Persidangan Parti Komunis
India Mac 1948. PKM menghantar wakil.
- Jawatankuasa
Eksekutif Pusat PKM melancarkan perjuangan bersenjata bagi menubuhkan Republik
Komunis di Tanah Melayu.
- 16 Jun 1948, komunis
membunuh 3 pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak: Arthur Walker,
pengurus ladang Ephil, John Allison, pengurus Ladang Phin Soon dan pembantunya
Ian Cristian.
- Sir Edward Gent,
pesuruhjaya tinggi mengisytiharkan darurat di negeri tertentu. 18 Jun 1948,
darurat di seluruh Tanah Melayu.
Tindakan Komunis
- mencetuskan
huru-hara bagi menghilangkan keyakinan rakyat terhadap British.
Komunis melumbuhkan ekonomi |
Menyerang 80 lombong bijih timah. Merosakkan
pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai, sekolah. Membunuh
pekerja, menyebabkan penderitaan, nyawa terancam, kerja harian terganggu |
Komunis merosakkan Infrastruktur |
Mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan
kereta api. Menembak, membakar kenderaan, mensabotaj kemudahan telefon dan
telegraf, merosakkan paip air, menyerang pekerja awam yang membaiki jalan
raya, memasang paip air, membina sistem pengairan, penyelidik tapak skim
hidroelektrik. |
Komunis mengancam keselamatan rakyat |
Mengugut, mensabotaj, menyerang, melakukan
kekejaman, menganiaya, menculik, merampas, membakar harta benda, membunuh
penduduk yang enggan bekerjasama. |
Komunis mengancam Pasukan keselamatan |
Menyerang balai polis, jip tentera, membunuh
ketua polis, menyerang hendap pasukan askar. Mencetuskan huru-hara dan
menunjukkan ketidakupayaan kerajaan melindungi keselamatan penduduk. |
-Pembunuhan Henry
Gurney: 13 September 1948, dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi menggantikan
Sir Edward Gent. 6 Oktober 1952, dibunuh di Jalan Kuala Kubu Bharu dalam
perjalanan ke Bukit Fraser.
6.3 USAHA
MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS
1.
Penguatkuasaan Undang-undang Darurat
Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dalam
pergerakan komunis tanpa sebarang perbicaraan. |
Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa yang membantu
komunis |
Mengetatkan undang-undang senjata. Hukuman
mati terhadap mereka yang membawa senjata api. |
Menggeledah rumah kediaman, memagar kampung,
perintah berkurung, memindahkan penduduk |
Mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman
radikal |
Menangkap pemimpin gerakan radikal |
2. Pemerkasaan
Pasukan Keselamatan
POLIS |
Cawangan Khas |
Guy C.Madoc menubuhkan pada Ogos 1950.Risikan
membolehkan pihak berkuasa mengetahui operasi PKM. Anggota menyamar sebagai
komunis untuk mendapat maklumat. Mengambil ramai orang China untuk menjejak
anggota komunis |
Special Constables |
Ditubuhkan pada 1948 ketika Rancangan briggs.
24 ribu ahli dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong. |
|
Polis Hutan |
Asalnya, dikenali Flying Squad. 1951, Jungle
Squad, kemudian Jungle Companies. 1953, Police Field Force (PFF). 18 Oktober
1958, Polis Hutan. Memburu komunis, membuat rondaan di pinggir hutan, membawa
bekalan makanan kepada pasukan bertugas di dalam hutan, menjaga kubu. |
|
Polis Wanita |
Ditubuhkan pada Ogos 1955, Barbara
D.R.Wentworth pegawai pertama. Melatih anggota baharu dan menyusun pasukan
polis wanita. |
|
Senoi Praaq |
1956, dalam bahasa Semai dikenali Urang
Perang. Mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan. Suku Senoi,
Semai dan Temuan. Dikenali “ The Silent Killer” |
|
Auxilliary Police |
Disember 1948, 17 ribu anggota.
Mempertahankan bandar dan kampung, membantu polis menentnag komunis. 1956,
Police Volunteer Reserve |
|
Tentera |
Pasukan Askar Melayu |
1933, Dilengkapi tentera darat, pasukan
meriam, pasukan bantuan. Berkembang dari 3 kepada 7 rejimen.Menumpaskan anggota
komunis, Memusnahkan kubu operasi komunis membanteras gerila komunis di dalam
hutan. |
Pasukan Askar Komanwel |
Dari Britain, Australia, New Zealand, India,
Afrika Timur, Kenya, Uganda, Rhodesia, Fiji. 1954, 10 ribu Britain, 10 ribu
Gurkha, 1 batalion Afrika, 1 batalion Fiji. Membantu memerangi komunis. |
|
Sarawak Rangers |
Orang Iban menjejak persembunyian komunis di
dalam hutan. Mahir dalam selok-belok hutan. Cogan kata “Agi Hidup Agi
Ngelaban” bermaksud selagi hidup selagi melawan. Memusnahkan kem dan markas
komunis. |
|
Suka- relawan |
Home Guard |
Pasukan Pengawal Kampung. Menyekat pergerakan
makanan dan perubatan dari jatuh ke tangan komunis. Mengamankan kampung dan
melindungi pekerja lombong bijih timah daripada serangan komunis |
3. Pendaftaran Kebangsaan
dan Kad Pengenalan
- 23 Julai 1948, bagi
mengawal pergerakan penduduk. Memudahkan pihak keselamatan membezakan orang
awam dengan komunis. Masyarakat 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri.
Kad pengenalan perlu dibawa ke mana-mana sahaja.
4. Rancangan
Briggs
- Sir Henry Gurney,
pesuruhjaya British pada 1950. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
menjadi pengarah Operasi
- Tujuan:
memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen. Melemahkan pergerakan komunis.
- Penduduk di pinggir
hutan dipaksa berpindah ke Kampung Baru. Dilengkapi kemudahan tempat
tinggal,bekalan elektrik, air paip, sekolah, kemudahan kesihatan, kemudahan
pusat komuniti, rumah ibadat. Jawatankuasa kampung ditubuh memperbaik
kemudahan. Dipagari kawat berduri, dikawal Special Constables.
- Min Yuen:
mendapatkan makanan, wang melalui peras ugut, merompak, kegiatan propaganda,
perisikan, sabotaj dan membantu menjalankan kegiatan politik. Beroperasi pada
malam bergerak dalam kalangan rakyat tanpa senjata api.
5. Tawaran
Pengampunan
- 6 September 1949,
Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis agar menyerah diri.
Radio Malaya menyiarkan syarat, poster ditampal di merata-rata, risalah dan pas
pengampunan diedarkan melalui pengangkutan udara. Komunis dipujuk oleh rakyat tempatan
dengan iklan dan wayang gambar.
6. Kempen Bulan
Rakyat Melawan Penjahat
- 22 Disember 1949,
Majlis Perundangan Persekutuan mengisytiharkan. Penduduk berbilang kaum diseru
mendaftar diri secara sukarela. Menggalakkan interaksi dan mengeratkan hubungan
kaum
7. Perintah
Berkurung
- tindakan melarang
penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu. Membolehkan pasukan
keselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan.
8. Perang Saraf
- rancangan
menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat. 1952,
Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi ingin menjalinkan hubungan baik dengan
lenduduk tempatan supaya bekerjasama dan menyampaikan maklumat komunis. Berjaya
memujuk rakyat bersatu.
Mengadakan Lawatan |
Templer melakukan 122 lawatna ke sekolah,
kampung, hospital, dispensari, bilik operasi, pondok polis, unit pasukan
keselamatan, buruh, lombong, estet dan bersedia menerima perwakilan. 20
lawatan ke kampung Baru dan Kampung Melayu. Isterinya menubuhkan Palang
Merah, Pandu Puteri, pusat komuniti. |
Melonggarkan syarat kewarganegaraan |
Menarik orang bukan Melayu menjadi rakyat.
Mewujudkan bangsa bersatu. |
Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur |
Menggalakkan penyertaan orang bukan Melayu
dalam politik, mendapat sokongan menentnag komunis. |
Menawarkan hadiah wang tunai |
Kepada penduduk yang menangkap atau
memberikan maklumat tentang gerila komunis. |
Memenangi kepercayaan orang asli |
Mendapat sokongan. Mendirikan 14 kubu
menyediakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan, pendidikan dan
perlindungan. |
Memajukan Perkhidmatan Penerangan |
Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radia
Malaya menimbulkan kesedaran agar menyokong kerajaan. Menyebarkan risalah
antikomunis kepada penduduk dan risalah kerajaan kepada komunis di dalam
hutan. |
Memperkenalkan kawasan hitan dan kawasan
putih |
Kawasan hitam ialah kawasan yang terdapat
kegiatan komunis aktif dan dikenakan perintah berkurung. Kawasan putih ialah
kawasan bebas daripada komunis. |
9. Rundingan
Baling
- pertemuan di Sekolah
Inggeris, Baling, Kedah pada 28 Disember 1955.
- Wakil PTM: Tunku
Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, David Marshall. Wakil PKM: Chin Peng, Chen Tien,
Rashid Maidin
- Syarat PTM:
meletakkan senjata, membubarkan PKM, menyerah diri. Syarat PKM: mengakui PKM
parti politik yang sah.
- Gagal kerana Tunku
Abdul Rahman enggan menerima syarat PKM.
6.4 Kesan Zaman
Darurat Terhadap Negara Kita
Aspek Politik |
Peningkatan Jumlah
Warganegara |
1.2 juta Cina, 180 ribu India (14 September
1952). Pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain bagi mewujudkan perpaduan
rakyat. |
Penubuhan Malayan
Chinese Association |
Tan Cheng Lock membentuk MCA di KL pada 27
Februari 1949. Menyakinkan Britihs bahawa bukan semua orang Cina menyokong
komunis. Membantu kerajaan dari kewangan dan menempatkan penduduk ke Kampung
Baru. Menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan kepada
penduduk Kampung Baru. |
|
Mempercepatkan
Kemerdekaan |
CLC meningkatkan kesedaran politik bahawa
mereka boleh berkongsi kepentingan melalui Parti Perikatan (UMNO-MCA-IMC).
Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 menyakinkan British
bahawa PTM dapat menewaskan komunis. British mahu memberi kemerdekaan kepada
PTM. |
|
Aspek
Sosio-ekonomi |
Meningkatkan Kos
Perbelanjaan |
Membelanjakan kos untuk menangani ancaman
komunis, menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk di pinggi hutan. |
Menyebabkan
penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat |
Kawasan lombong dan ladang menjadi sasaran,
pengeluaran makanan terjejas. Harga barangan dan keperluan harian melambung
tinggi. Peniaga menjadi sasaran jenayah. Nyawa terancam. Kesukaran bergerak
dan memperoleh bekalan keperluan kerana perintah berkurung. Kegiatan harian
terjejas. Catuan makanan dikenakan menyebabkan mereka bergantung pada ubi
kayu, keledek dan jagung. |
|
Merenggangkan
Hubungan Kaum |
Kampung Baru didominasi oelh kaum tertentu.
Cina dan India di petempatan baharu yang berkembang menjadi bandar baharu
tetapi kaum Melayu hanya tertumpu di kawasan serba kekurangan.Kawalan pasukan
keselamatan ketat membatas hubungan kaum. |
|
Jumlah Korban Zaman
Darurat |
Anggota pasukan keselamatan, komunis, orang
awam terkorban. |
Penamatan
Darurat
- 31 Julai 1960,
darurat 12 tahun berakhir.
Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa
Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme
Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948
Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat
Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan
Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan
No comments:
Post a Comment