Showing posts with label Tokoh Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Sejarah. Show all posts

Sunday, 22 August 2021

YAMTUAN ANTAH: Perang Bukit Putus

YAMTUAN ANTAH: Perang Bukit Putus

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=8YAsuYXB1NE

Pengenalan

Yamtuan Antah merupakan wira penentangan di Negeri Sembilan. Yamtuan Antah juga dikenlai sebagai Tunku Antah, ialah anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Peristiwa penentangan Yamtuan Antah bermula daripada persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi.

Persaingan di Sungai Linggi

Sungai Linggi merupakan laluan penting di Sungai Ujong iaitu Seremban pada masa kini. Dato Kelana, Dato Syahbandar dan Dato Muda Linggi saling bersaing untuk pungutan cukai di Sungai Linggi. Dato Kelana mendapat bantuan daripada British dan mengalahkan Dato Syahbandar.Namun, British pula yang memperoleh hak mengutip cukai di Sungai Linggi. Sungai Ujong pula menjadi kuasa Dato Kelana.

Tindakan Yamtuan Antah

Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato Kelana menandatangani perjanjian dengan British. Yamtuan Antah tidak mengiktiraf Dato Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Selepas itu, Dato Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai haknya. Yamtuan Antah membantah kerana menganggap Terachi sebahagian daripada tanah jajahannya iaitu Seri Menanti. Residen British menghantar juruukur dan tentera untuk membuat siasatan. Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menghentikannya. Maka tercetuslah pertempuran Perang Bukit Putus.

Perang Bukit Putus

Yamtuan Antah memimpin 4000 orang pengikutnya menentang Dato Kelana yang disokong oleh pasukan British. Beliau disokong oleh Dato Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi. British meminta bantuan tambahan, Walaubagaimanapun, penduduk yang menentang lebih daripada tentera British. British berundur. Selepas bantuan tambahan daripada tentera Negeri-Negeri Selat sampai, British melancarkan serangan terhadap Yamtuan Antah di Paroi. Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus. Maka berlakulah pertempuran di Bukit Putus. Akhirnya, Bukit Putus berjaya ditawan oleh British. Yamtuan Antah terpaksa berundur mencari perlindungan di Johor. 

Rundingan

Sultan Johor, Sultan Abu Bakar menasihati Yamtuan Antah supaya berdamai dengan British. Pada thaun 1876, baginda berunding denagn Gabeenor Negeri-Negeri Selat, William Jervouis. Melalui tundingan tersebut, British melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Beliau tinggal di Seri Menanti hanya 11 tahun. Pada 1888, beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Seri Menanti.

Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Tokoh Sejarah:

Dol Said

Yamtuan Antah

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Saturday, 7 August 2021

DOL SAID: Peristiwa Aneh berlaku semasa Perang Naning Kedua

DOL SAID: Peristiwa aneh berlaku semasa Perang Naning Kedua

Youtube link:https://www.youtube.com/watch?v=PCpnGSUCFtc

Pengenalan kepada Dol Said

Pasti semua tahu Dol Said dalam buku teks Tingkatan 3. Dol Said berasal dari suku Semelenggang dan dilahirkan pada tahun 1773. Beliau dilantik sebagai Penghulu Naning semasa berumur 26 tahun. Ah.... sangat muda sudah menjadi pemimpin. Memang hebat!!!

Sebab pertama menentang British

Dol Said menentang British. Sebab yang pertama adalah kerana dia mendakwa Naning merdeka. Sebelum British menjajah, Naning di bawah kuasa Belanda dan menurut Dol Said, Naning telahpun merdeka. Namun, Naning dianggap sebagai tanah jajahan dalam perjanjian antara British dan Belanda di mana British menyerahkan Bangkahulu dan Belanda menyerahkan Melaka termasuklah Naning. Adakah ini kesilapan Belanda ataupun British? Tiada yang ketahui.

Sebab kedua menentang British

Sebab yang kedua ialah pengutipan cukai. Boleh dilihat cukai ini perkara sensitif pada masa dahulu. Kerana kalau British kutip cukai, masyarakat susah, negara miskin, British pula kaya. Maka berlaku Perang Naning Pertama.

Perang Naning Pertama

Dol Said bersama pemimpin lain berjaya menewaskan British pada kali pertama serangan. Perkara ini menjatuhkan maruah British. Cuba fikir, British menewaskan tanah-tanah jajahan besar tetapi dikalahkan oleh Naning, sebuah negeri kecil.

Perang Naning Kedua

British tidak berputus asa dan berjaya memecahbelahkan pakatan Dol Said dengan pemimpin lain. Hal ini menyebabkan Dol Said kalah pada Perang Naning Kedua 1832.

Peristiwa Aneh Berlaku

Menurut penduduk di kawasan Naning, dalam Perang Naning Kedua, sebelum menewaskan Dol Said, British cuba menjajah ibu kota iaitu Taboh. Sebuah kejadian aneh berlaku. Apabila tentera British cuba menyerang Naning, ribuan serangga Naning menyertai penentangan tersebut. 

Naning ialah sejenis serangga dikenali sebagai lebah madu gergasi. Wilayah Naning diberikan nama ini kerana menurut cerita rakyat tempatan, serangga Naning merupakan seekor binatang yang keramat dan menjadi penjaga kedaulatan wilayah Naning. Memang betullah! Kumpulan Naning ini menyerang British dan tentera British kelam-kabut. Mungkin ia disebabkan keramat dan timbul cadangan supaya British melemparkan benda najis dan kotor ke seluruh kawasan bagi menghilangkan keramat dan menghindarkan serangga tersebut. Akhirnya mereka berundur juga. 

Selepas persediaan penuh dengan meriam dan senjata moden, British menyerang lagi Naning. Akhirnya Naning ditewaskan.

Selepas Naning Ditewaskan

Selepas Naning ditewaskan, Dol Said menyerahkan diri dan diberikan pencen 200 rupee sebulan. Beliau meninggal dunia pada awal Ogos 1849. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.


Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Tokoh Sejarah:

Dol Said

Yamtuan Antah

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: