Friday 23 July 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

 BAB 5: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=Y6uuEeSse6g

5.1 LATAR BELAKANG PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

- Menggantikan Malayan Union 1946.

Jawatankuasa Kerja

- ditubuhkan pada 25 Julai 1946

- Untuk merangka dan membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM 1948).

- Terdiri daripada wakil UMNO: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin, Haji Megat Yunus

- Wakil Kerajaan British: A.T. Newboult (ketua setiausaha MU), K.K.O’Connor (peguam negara MU), W.D.Godsall (Setiausaha Kewangan), Dr.W.Linehan(MCS), A.Williams (MCS), D.C.Watherson (setiausaha)

- Wakil Raja-raja Melayu: Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur (Raja Kecil Tengah Perak), Dato’ Hamzah Abdullah (O.K.Menteri Besar Selangor), Haji Mohamad Sheriff Osman Setiausaha Kedah), Dato’ Nik Ahmad Kamil Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja Kelantan)

- Cadangan: menyatukan negeri Melayu dan 2 buah Negeri Selat. Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja Melayu. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain. Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri. Syarat kewarganegaraan yang kuat.

Nasionalis Melayu Radikal

- membidas kerajaan British kerana berunding secara tertutup dengan UMNO, mengetepikan PKMM.

- Bergabung membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dipengerusikan Dr. Burhanuddin al-Helmi. Angkatan Pemuda Insaf (API) presiden Ahmad Boestamam. Gerakan Angkatan Myda (GERAM) diketuai Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail. Hizbul Muslimin diketuai Abu Bakar al-Baqir. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) diketuai Shamsiah Fakeh. Barisan Tani Malaya (BATAS) diketuai Musa Ahmad.

Gabungan PUTERA-AMCJA

- golongan bukan Melayu bergabung membentuk All Malaya Council of Joint Action(AMCJA) pengerusi Tan Cheng Lock

- Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) setiausaha Chan Loo. Malayan Democratic Union (MDU) pengerusi John Eber. Malayan Indian Congress (MIC) presiden John Thivy.

- PUTERA-AMCJA menolak persekutuan kerana Jawatankuasa Kerja tiada wakil bukan Melayu, tidak demokratik, mengukuhkan British dan perkauman. menganggap British tunduk kepada tuntutan UMNO.

Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal

- melaungkan perjuangan kemerdekaan membebaskan tanah air daripada penjajahan, menyatukan seluruh Tanah Melayu dan enggan berkompromi dengan penjajah untuk mencapai kemerdekaan.

- Memperjuangkan hak semua kaum, memberi tekanan kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan meneritkan akhbar. Ahmad Boestaman menerbitkan Suara Rakyat.

- memperjuangkan fahaman kebangsaan. PKMM menubuhkan cawangan di Perak, Hulu Langat, Selangor dan Temerloh. Jumlah keahlian pada Julai 1947 melebihi 53 ribu.

- memperjuangkan pembelaan terhadap ketidakadilan, berdasarkan prinsip dan falsafah.

Cadangan PUTERA-AMCJA

- cadangan PUTERA: kedudukan BM. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri. Syarat kewarganegaraan Tanah Melayu. Bendera dan lagu kebangsaan.

- cadangan AMCJA: Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura. Kerajaan pusat kuat. Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan. Kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu. Adat istiadat dan agama Islam. Syarat kewarganegaraan

- Perlembagaan Rakyat:

1. Tanah Melayu bersatu dengan Singapura.

2. Penubuhan sebuah Dewan Perundangan Pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih bagi seluruh Tanah Melayu.

3. Kewarganegaraan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi.

4. Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan menerima nasihat melalui Majlis Mesyuarat.

5. Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas.

6. Perhatian khas hendaklah diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.

7. BM hendaklah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Tanah Melayu

8. Hal ehwal luar negeri dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British.

9. Kewarganegaraan Malaya haruslah dinamakan Melayu.

10. Warna merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu.

Hartal

- British menolak Perlembagaan Rakyat dna menerima perjanjian PTM.

- PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal iaitu tindakan tutup kedai dan memberhentikan semua kegiatan ekonomi peniaga. Protes tanpa keganasan ini telah diadakan dengan cara menutup semua premis yang beroperasi seperti kilang, kedai, sekolah, pejabat dan ladang. 20 Oktober 1947, Hari Hartal Se-Malaya dianjurkan menerusi sokongan Dewan Perniagaan Cina di bandar utama Tanah Melayu.

5.2 FAKTOR PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.

Penentangan Orang Melayu terhadap Melayu Union

Orang Melayu, Raja-raja melayu, cendekiawan Melayu dan UMNO membantah Malayan Union. Gammans dan Rees Williams memantau bantahandan melaporkan kepada parlimen British. Gammans menyatakan sekiranya MU dilaksanakan akan menjadi huru-hara

Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO

Malcolm Macdonald, Gabenor Jeneral dan Sir Edward Gent, Gabenor MU bertemu dan berunding dengan raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946. Cadangan Raja-raja Melayu: persekutuan bertaraf naungan, perjanjian baharu, Pesuruhjaya Tnggi menggantikan Gabenor, Raja berkuasa perundangan, negeri-negeri Melayu muncul dalam persekutuan baharu. Sultan Perak sebagai jurucakap mendesak British menerima usul pembentukan persekutuan sebelum membincangkan hal lain.

Sokongan Pentadbir British

Sir Edward Gent, Malcolm Macdonald, Sir Ralph Hone, Gammans, A.T.Newboult, Roland Braddell, W.Linehan, Theodore Adams. Mei 1946, Sir Edward Gent bertemu dengan UMNO di Pulau Pinang, 18 Julai 1946 di King’s House, KL. British perlu melaksanakan dekolonisasi yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) melalui Piagam Atlantik. Piagam Atlantik bersaran tiada lagi peluasan wilayah. Dekolonisasi proses ke arah berkerajaan sendiri, tiada lagi tanah jajahan.


5.3 CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Pentadbiran

- 9 Negeri Melayu, 2 Negeri Selat. Singapura kekal tanah jajahan berasingan.

- Diketuai Pesuruhjaya Tinggi British berkuasa eksekutif.

- Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab kewangan dan hal lain kepentingan bersama

- Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan membantu Pesuruhjaya Tinggi British.

- Majlis Mesyuarat Persekutuan mengandungi ahli rasmi (dilantik Pesuruhjaya Tinggi) dan ahli tidak rasmi (pelbagai kaum).

Kuasa Raja-raja Melayu

Majlis Raja-raja dibentuk membolehkan Raja memberi pandangan. Pada peringkat negeri, sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.

Perundangan

Majlis Perundangan Persekutuan diketuai Pesuruhjaya Tinggi dalam hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian. Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-raja.

Kewarganegaraan

Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang

- jus soli hanya kepada rakyat raja ( orang Melayu dan orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan) dan rakyat British (lahir di P.Pinang, Melaka dan tanah jajahan British)

- Pemohon yang lahir di luar negeri ayahnya mestilah rakyat Raja dan rakyat British. Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh PTM.

- Rakyat Raja dan mereka yang serasi, memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat boleh memohon.

Kewarganegaraan Secara Pendaftaran

- mereka yang dilahirkan dalam PTM dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari hari permohonannya.

- Perlu mempunyai tingkah laku baik, tiada rekod jenayah, menguasai BM dan BI serta bersetuju taat setia kepada PTM.

 

5.4 KESAN PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MEAYU 1948

 

1. Mengembalikan Kedudukan Raja-raja Melayu

Majlis Raja-raja diwujudkan. Pesuruhjaya Tinggi memastikan bahawa Raja dirujuk terhadap perkara dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan

2. Menjaga Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

3. Membuka Ruang Kewarganegaraan

Membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara. Ornag Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal.

4. Mewujudkan Kerjasama Kaum

Jawatankuasa Hubungan antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan. Kebanyakan cadangan dimasukkan dalam usul perundangan. Berjaya mewujudkan persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum. PTM 1948 merintis pada pembentukan PTM 1957 yang membawa kemerdekaan.

Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Thursday 22 July 2021

Nota Ringkas dan Padat Ekonomi Tingkatan 4 Bab 3: Wang, Bank dan Pendapatan Individu

 BAB 3: WANG, BANK DAN PENDAPATAN INDIVIDU

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=vc3XcaoVMmQ

3.1 WANG DAN BANK

3.1.1 Fungsi Wang

Wang

Sistem barter

Diterima umum

Masalah kehendak serentak (contoh: Ali mahu daging tapi abu hanya ada ikan)

Mudah dibawa

Masalah membawa barang

Tahan lama

Tidak tahan lama

Mudah dibahagikan

Sukar membahagikan barang kepada unit kecil

Kestabilan nilai

Sukar menentukan kadar penukaran

 

Fungsi Wang

1. Alat Perantaraan Pertukaran: pertukaran semasa membeli sesuatu

2. Alat Ukuran Nilai: setiap berang dan perkhidmatan berharga dalam nilai wang

3. Alat Penyimpan Nilai: disimpan dalam tabung untuk kegunaan masa hadapan

4. Alat Bayaran Tertunda: bayaran deposit untuk membeli kereta, rumah dan sebagainya

3.1.2 Fungsi Bank Pusat

Mengawal Kestabilan Nilai Mata Wang

Kuasa beli ialah kemampuan wang untuk membeli sesuatu. Kenaikan harga, iaitu inflasi akan menjejaskan nilai mata wang.

1. Mewujudkan sandaran minimum: iaitu 80.59% dalam bentuk emas atau rizab antarabangsa. Maksudnya, jika mahu mencetak RM 100, sandaran minimum dimiliki RM80.59

2. Campur tangan dalam pasaran pertukaran asing (FOREX): apabila nilai RM rendah, RM dibeli dan USD dijual untuk menstabilkan RM.

3. Mengawal inflasi: menggunakan alat dasar kewangan untuk mengawal kadar inflasi

Jurubank kepada Kerajaan

1. Mentadbir Akaun Negara

menguruskan akaun kewangan (hasil dan perbelanjaan kerajaan) dan akaun pinjaman kewangan (pinjaman oleh kerajaan). Menerima bayaran kepada kerajaan

2. Memberi pendahuluan sementara

kepada kerajaan apabila masalah kewangan. Kerajaan bayar balik tidak lama daripada 3 bulan setelah berakhir tahun kewangan

 

3. Mengurus Hutang Negara

memperoleh pinjaman dari sumber negeri, luar negara, penjualan bil perbendaharaan dan surat jaminan kerajaan, di pasaran modal antarabangsa. Menerbitkan sijil pelaburan untuk institusi kewangan Islam

4. Memberi Nasihat Pelaburan

kepada kerajaan dalam pelaburan luar negara

5. Mengurus Pertukaran Asing

memastikan rizab antarabangsa mencukupi, mata wang stabil


Jurubank Kepada Bank Perdagangan

1. Menyediakan akaun penjelasan antara bank: menunjukkan hutang antara bank disebabkan pengeluaran cek yang membayar wang antara bank berbeza

2. Menjaga Rizab Berkanun: simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat pada kadar tertentu. Hal ini akan menyebabkan kemampuan bank menawarkan pinjaman menjadi rendah jika kadar tinggi.

3. Sumber Pinjaman terakhir kepada bank perdagangan: pinjaman tunai

3.1.3 FUNGSI BANK PERDAGANGAN

Menerima Deposit

1. Akaun Simpanan

boleh dikeluarkan bila-bila masa. Faedah rendah. Kemudahan pemindahan wang, ATM, Perbankan Internet, buku bank, pembayaran bil.

2. Akaun Simpanan Tetap

faedah tinggi. Jika simpanan dikeluarkan sebelum tempoh tamat, faedah tidak diberi. Pemegang akaun diberi sijil simpanan, boleh dijadikan cagaran untuk membuat pinjaman.

3. Akaun Semasa

tiada faedah, dikenakan caj perkhidmatan. Memerlukan seorang perujuk untuk membuka akaun. Kemudahan cek dan overdraf diberikan.

 

Memberi Pinjaman

1. Overdraf

untuk akaun semasa. Mengeluarkan wang lebih daripada baki akaun berdasarkan had bank. Dikenakan faedah.

2. Pinjaman peribadi

18 tahun ke atas, tidak memerlukan cagaran tetapi seorang penjamin. Membiayai kos pendidian, pembelian barang tahan lama.

3. Pinjaman bercagar

membeli hartanah. Dikenakan faedah, bayar balik secara ansuran. Jika gagal membayar balik, cagaran akan dilelong.

4. Pinjaman kenderaan

sehingga 90% harga kereta, tempoh 9 tahun, dikenakan faedah, bayar ansuran

5. Pinjaman kad kredit

dikenakan faedah tinggi, tiada cagaran atau penjamin

6. Mendiskaunkan bil pertukaran

perjanjian oleh penghutang kepada pemberi hutang. Jika pemberi hutnag memerlukan wang sebelum tempoh matang, boleh mendapat pinjaman daripada bank dengan mendiskaunkan bil pertukaran. Jumlah diskaun atas bil pertukaran ialah kadar faedah yang dikenakan.


Menerima dan Membuat Bayaran

1. Sistem Cek

akaun semasa. Membayar gaji, pembelian dan perbelanjaan

2. Debit Langsung

bayaran pada Tarikh tertentu untuk bayaran bil.

 

3. Pindahan kredit

bayaran terus kepada penerima. Membayar gaji

 

4. Perintah sedia ada

bayaran tetap pada Tarikh tetap. Contoh sewa, insurans, ansuran

 

5. Draf bank

cek oleh bank diminta oleh pelanggan untuk bayaran, dikenakan caj perkhidmatan

6. Kad(Kad ATM)

Urus niaga kewangan secara layan diri

7. Kad Kredit

membeli secara kredit. Bank membiayai perbelanjaan dan pemegang bayar balik. Jika gagal membayar mengikut tempoh tetap. Kadar faedah tinggi dikenakan.

8. Perkhidmatan lain

perbankan Internet, pelaburan emas, saham, unit Amanah, penulisan wasiat, perkhidmatan insurans, urusan bayaran eksport dan import.


PRINSIP PERBANKAN ISLAM

Wadiah

(pemegang Amanah)

Bank pemegang Amanah harta pelanggan. Tiada pulangan tetapi mungkin menerima hibah(hadiah) daripada bank.

Akaun semasa, akaun simpanan

Mudharabah

(perkongsian untung)

Bank sebagai usahawan melabur wang pelanggan(pemodal). Untung dibahagikan mengikut nisbah tertentu. Kerugian yang bukan disebabkan kecuaian bank akan ditanggung akan pelanggan

Akaun pelaburan am, Akaun pelaburan khas

Bai Bithaman Ajil

(jualan secara ansuran)

Bank menjual barang dengan pembayaran tertangguh pada harga tertentu termasuk margin keuntungan. Bayaran secara ansuran berdasarkan syarat tetap

Pembiayaan rumah, Instrumen deposit boleh niaga, Pembiayaan kad kredit dan pembiayaan rumah.

Takjiri

(pindah mili harta sewa)

Bank membeli asset diperlukan oleh pelanggan dan pelanggan membayar sewa untuk tempoh tertentu, selepas tamat tempoh, asset dipindah milik kepada pelanggan

Pembelian kenderaan, Pembelian mesin, Pembelian bon.


3.2 PENDAPATAN INDIVIDU

Sektor Utama: pengeluaran daripada alam semula jadi tanpa mengubah suai bentuk barang

Sektor Kedua: pemprosesan bahan mentah kepada barang separuh siap dan barang siap

Sektor Ketiga: perkhidmatan seperti Pendidikan, pengangkutan, perbankan, kesihatan dnan insurans

Perubahan struktur ekonomi mempengaruhi corak guna tenaga negara. Perubahan struktur ekonomi daripada struktur utama kepada sector kedua dan ketiga telah menyebabkan corak guna tenaga negara tertumpu kepada sector kedua dan ketiga.

Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan

1. Upah

perbezaan upad disebabkan kelayakan akademik, pemgalaman, kemahiran, risiko, kesatuan sekerja, permintaan dan penawaran buruh.

2. Faedah Sampingan

tempat tinggal, pakej percutian, faedah persaraan, skim insurans kesihatan dan kemalangan, elaun, cuti, pinjaman, diskaun pembelian dan pelajaran.

3. Jaminan Kerja

pekerja sector awam mempunyai jaminan lebih tinggi.

4. Lokasi Tempat Kerja

dekat dengan tempat tinggal

5. Suasana Tempat Kerja

selesa dan selamat, berisiko rendah

6. Faktor-faktor Lain

kepuasan kerja, waktu bekerja, prospek pekerjaan, saiz firma, pengalaman dan kemahiran


Jenis Pendapatan Individu

1. Upah

kepada buruh. Dibayar mengikut masa kerja atau output. Upah benar/kuasa beli upah= upah wang/harga purata barangan.

2. Sewa

kepada pemilik factor tanah Memberi hak penggunaan kepada orang lain

3. Faedah

sanggup menangguhkan perbelanjaan semasa, berpisah dengan wang tunai serta menanggung risiko kejatuhan nilai wang.

Faedah = jumlah simpanan X kadar faedah X tempoh simpanan

4. Untung

factor usahawan. Menanggung risiko, menggabungkan factor pengeluaran, mengeluarkan idea perniagaan, menguruskan perniagaan. Untung= jumlah hasil – jumlah kos

5. Dividen

sebahagian keuntungan syarikat. Dibayar kepada pemegang saham dan pemegang unit Amanah.

6. Bayaran Pindahan

wang saku,, pampasan, biasiswa, wang pencen, bantuan kewangan


Kaitan antara kerjaya dengan Matlamat pendapatan peribadi

1. Pilihan Kerjaya

risiko tinggi menawarkan gaji tinggi

2. Pilihan Pendidikan

kelayakan akademik tinggi gaji tinggi

3. Kemahiran

kemahiran meningkatkan produktiviti

4. Keusahawanan

berani menanggung risiko, berfikiran kreatif dan inovatif, berani merebut peluang.

5. Keadaan ekonomi

keadaan ekonomi melambung meningkatkan permintaan, pengeluaran dan permintaan buruh. Tingkat upah akan meningkat.


3.3 PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

Pendapatan boleh guna= pendapatan individu- potongan wajib

Potongan Wajib

1.Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): semua pekerja sector swasta dan pekerja tidak pencen wajib mencarum dalam KWSP. Caruman digunakan untuk pelaburan dan dibayar dividen.

Gaji < RM 5000

Gaji > RM 5000

Pekerja: 11%daripada gaji

Pekerja: 11%daripada gaji

Majikan: 13%daripada gaji

Majikan: 12%daripada gaji

 

Akaun 1

Akaun 2

70% daripada simpanan khusus untuk persaraan

30% untuk pengeluaran prapersaraan. Pengeluaran perumahan, Pendidikan, kesihatan, umur 50, simpanan lebih 1 juta, haji.

Boleh dikeluarkan apabila : mencapai umur 55, meninggalkan negara, meninggal dunia, tidak berupaya untuk bekerja, pencen

 

2. Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO):  memberi insurans social. Pekerja gaji RM4000 ke bawah wajib mencarum dalam Perkeso. Kadar caruman 1.75% majikan dan 0.5% pekerja.

Skim Bencana Pekerjaan

Perlindungan kemalangan semasa bekerja dan perjalanan ke tempat pekerjaan

Skim keilatan (Kecacatan kekal)

Perlindungan kepada pekerja jika berlaku ilat atau kematian atas sebab tidak berkaitan pekerjaan sebelum 60 tahun.

 

3. Cukai Pendapatan Individu: dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pendapatan boleh cukai ialah pendapatan tahunan tolak pelepasan cukai yang layak diterima . Pelepasan cukai ialah amaun pendapatan yang dibenarkan untuk dikecualikan daripada pengiraan cukai.

Pendapatan Boleh Cukai= pendaptan tahunan – pelepasan cukai

Cukai boleh dikira dengan menggunakan kadar cukai pendapatan individu yang ditetapkan oleh kerajaan.

4. Bayaran zakat: dikenakan atas orang Islam. Dibayar atas pendapatan. Kadar zakat adalah 2.5%.

Keperluan dan Kehendak

Keperluan

Kehendak

Perkara yang mesti dipenuhi

Untuk meneruskan kehidupan

Bilangan terhad

Mudah dipengaruhi

Harga dikawal kerajaan

Tidak dipengaruhi oleh saiz pendapatan

Perkara yang tidak semestinya dipenuhi

Untuk hidup lebih selesa

Bilangan tidak terhad

Sukar dipengaruhi

Harga tidak dikawal kerajaan

Dipengaruhi oleh saiz pendapatan


Penggunaan Pendapatan Individu

Pendapatan boleh guna= perbelanjaan penggunaan + tabungan

Perbelanjaan penggunaan atas barang tahan lama, barang tidak tahan lama dan perkhidmatan

Faktor yang Mempengaruhi Corak Perbelanjaan Pengguna

Pendapatan

Peningkatan pendapatan meningkatkan perbelanjaan

Harga

Harga tinggi menjejaskan kuasa beli

Barang Pengganti

Peningkatan harga barang yang tiada barang pengganti meningkatkan perbelanjaan kerana terpaksa membeli barang keperluan walaupun harga tinggi

Pengiklanan dan pemasaran

Pemasaran menyalurkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna manakala pengiklanan memujuk melalui komunikasi untuk menyampaikan maklumat produk

Cita rasa dan segmen pasaran

Pengguna akan membeli barnag atau perkhidmatan memenuhi cita rasanya. Segmen pasaran ialah pembahagian golongan pengguna sasaran.

 

Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang

Tunai

Kelebihan

Kekurangan

Harga murah tiada faedah

Berdisiplin semasa perbelanjaan

Diskaun tunai dinikmati

Diterima secara meluas

Barang terus menjadi hak milih kerana harga dibayar penuh

Tidak dapat menikmati barang mewah

Dijejas oleh inflasi

Kurang sesuai untuk barang mahal

Risiko kehilangan tunai

Sukar mendapat perkhidmatan selepas jualan kerana penjual tidak bertanggungjawab selepas barang ditukar milik

 

Bayaran Secara Kredit

Kelebihan

Kekurangan

Bayaran secara ansuran meringankan beban

Menikmati barang walaupun belum dijelaskan

Taraf hidup meningkat kerana manggunakan barang mahal

Enggalakkan pembeli merancang perbelanjaan

Menggunakan barang secara kredit

Terpaksa membayar faedah

Mendorong pengguna berbelanja melebihi kemampuan dan menyebabkan pembaziran

Menangguhkan perbelanjaan kerana bayaran ansuran

Barang boleh ditarik balik

 

Bayaran Pendahuluan:  sebelum membeli barang secara kredit. Bayaran dipulangkan jika penjual tidak menyerahkan barang dalam tempoh ditetapkan. Penjual berhak menghapus kira bayaran pendahuluan yang dibayar jika pengguna enggan menunaikan kewajipannya.

Kadar Faedah: untuk bayaran kredit ditentukan oleh pihak bank dan syarikat kredit. Bergantung kepada tempoh bayaran ballik dan bayaran pendahuluan. Biasanya bergantung pada kadar asas(VR) dan kadar efektif pembiayaan indikatif (IELR) yang ditetapkan oleh bank pusat.

Caj Kewangan: atas baki kad kredit belum dijelaskan selepas Tarikh ramat tempoh. Dikira atas baki harian.

Jumlah yang perlu dibayar= Harga belian – deposit (bayaran pendahuluan) + jumlah faedah yang dikenakan(harga belian selepas tolak deposit x kadar faedah)

Belanjawan Peribadi

Anggaran perbelanjaan berdasarkan aggaran pendapatan boleh guna untuk tempoh tertentu. Belanjawan peribadi membantu mencapai matlamat kewangan.

Kepentingan Belanjawan Peribadi

1. Membolehkkan individu mendahulukan perkara penting

2. Membantu individu menabung

3. Membantu menyelaraskan perbelanjaan mengikut pendapatan

4. Mengelakkan hutang

5. Mengelakkan kenaikan harga barang (inflasi)

Strategi Simpanan

1. Bank perdagangan

akaun semasa, akaun simpanan tetap, akaun simpanan

2. Bank Islam

akaun simpanan i-Wadiah, Al-Awfar, deposit tempoh-i(Tawarruq )

3. Bank Simpanan Nasional (BSN)

akaun GIRO, akaun tabungan, akaun simpanan tetap, akaun SEDAR, akaun CHESS, membeli sijil simpanan premium.

4. Lembaga Tabung Haji

kepada semua warganegara beragama Islam. Bonus dan dividen dibayar

5. Unit Amanah

terdiri daripada unit Amanah saham. Pemegang dibayar dividen dan bonus saham

6. Koperasi

menjadi ali untuk menyimpan dalam koperasi dan dibayar dividen

7. Insurans nyawa

membeli polisi insurans nyawa. Dua jenis: insurans konvensional dan insurans takaful. Disamping dilindungi risiko, dibayar pulangan berbentuk dividen

8. Syarikat Kewangan

kemudahan simpanan Islamik dan konvensional. Pulangan faedah atau dividen

9. Simpanan Lain

pembelian bon simpanan, pembelian emas

 

PELABURAN

1. Simpanan di bank

menawarkan kadar faedah pada akhir tempoh pelaburan

2. Hartanah

rumah, tanah, kedai, mengambil kira aspek keadaan ekonomi, lokasi. Menerima pendapatan bentuk sewa dan keuntungan modal iaitu kenaikan nilai hartanah

3. Saham

membeli saham dan menyumbangkan modal kepada syarikat. Menerima dividen dan keuntungan modal iaitu kenaikan nilai saham

4. Unit Amanah:

diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah. Mengumpul dana pelabur dan melabur. Pulangan berbentuk dividen dan keuntungan modal iaitu kenaikan nilai unit Amanah

5. Sekuriti Pinjaman

membeli sekuriti pinjaman dan meminjam wang kepada pemminjam. Pendapatan berbentuk faedah pinjaman dan mendapatkan semula jumlah pokok pinjaman pada tempoh matang sekuriti

6. Logam Berharga

nilai harga logam bergantung pada ketulenan logam dan keadaan ekonomi. Risiko rendah kerana kurang terdedah kepada ketidakstabilan nilai. Keuntungan modal iaitu kenaikan nilai logam berharga

7. Urus Niaga Pertukaran Asing (FOREX)

Pembelian satu mata wang dengan menjual satu mata wang asing. Keuntungan modal iaitu kenaikan nilai mata wang.


Risiko Pelaburan, Pulangan Pelaburan, Kecairan Pelaburan

Risiko pelaburan ialah kemungkinan seseorang mengalami ketidakpastian daripada pelaburan

Pulangan pelaburan ialah Keuntungan yang dinikmati. Pendapatann pelaburan iaitu faedah, sewa, dividen. Keuntungan modal iaitu kenaikan nilai asset, mata wang, logam berharga.

Semakin Tinggi tisiko, semakiin tinggi pulangan

Jenis Pelaburan Peribadi

Tahap Risiko

Tahap Pulangan

Tahap Kecairan

Simpanan Tetap

Bebas Risiko

Rendah

Tinggi

Sekuriti Kerajaan

Bebas Risiko

Rendah

Sederhana

Unit Amanah

Rendah

Rendah

Tinggi

Hartanah

Rendah

Rendah

Rendah

Logam Berharga

Sederhana

Tinggi

Rendah

Saham Syarikat

Tinggi

Tinggi

Sederhana

Urus Niaga Pertukaran Asing (FOREX)

Tinggi

Tinggi

Tinggi

 Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 1:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: