BAB 3: WANG, BANK DAN PENDAPATAN INDIVIDU
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=vc3XcaoVMmQ
3.1 WANG DAN BANK
3.1.1 Fungsi Wang
Wang |
Sistem barter |
Diterima umum |
Masalah kehendak serentak (contoh: Ali mahu daging tapi abu hanya
ada ikan) |
Mudah dibawa |
Masalah membawa barang |
Tahan lama |
Tidak tahan lama |
Mudah dibahagikan |
Sukar membahagikan barang kepada unit kecil |
Kestabilan nilai |
Sukar menentukan kadar penukaran |
Fungsi Wang
1. Alat Perantaraan Pertukaran: pertukaran semasa membeli sesuatu
2. Alat Ukuran Nilai: setiap berang dan perkhidmatan berharga dalam nilai wang
3. Alat Penyimpan Nilai: disimpan dalam tabung untuk kegunaan masa hadapan
4. Alat Bayaran Tertunda: bayaran deposit untuk membeli kereta, rumah dan sebagainya
3.1.2 Fungsi Bank Pusat
Mengawal Kestabilan Nilai Mata Wang
Kuasa beli ialah kemampuan wang untuk
membeli sesuatu. Kenaikan harga, iaitu inflasi akan menjejaskan nilai mata
wang.
1. Mewujudkan sandaran minimum: iaitu 80.59% dalam bentuk emas atau rizab antarabangsa. Maksudnya,
jika mahu mencetak RM 100, sandaran minimum dimiliki RM80.59
2. Campur tangan dalam pasaran
pertukaran asing (FOREX): apabila nilai RM rendah,
RM dibeli dan USD dijual untuk menstabilkan RM.
3. Mengawal inflasi: menggunakan alat dasar kewangan untuk mengawal kadar inflasi
Jurubank kepada Kerajaan
1. Mentadbir Akaun Negara |
menguruskan akaun kewangan (hasil dan perbelanjaan kerajaan) dan
akaun pinjaman kewangan (pinjaman oleh kerajaan). Menerima bayaran kepada
kerajaan |
2. Memberi pendahuluan sementara |
kepada kerajaan apabila masalah kewangan. Kerajaan bayar balik
tidak lama daripada 3 bulan setelah berakhir tahun kewangan |
3. Mengurus Hutang Negara |
memperoleh pinjaman dari sumber negeri, luar negara, penjualan bil
perbendaharaan dan surat jaminan kerajaan, di pasaran modal antarabangsa.
Menerbitkan sijil pelaburan untuk institusi kewangan Islam |
4. Memberi Nasihat Pelaburan |
kepada kerajaan dalam pelaburan luar negara |
5. Mengurus Pertukaran Asing |
memastikan rizab antarabangsa mencukupi, mata wang stabil |
Jurubank Kepada Bank Perdagangan
1. Menyediakan akaun penjelasan antara
bank: menunjukkan hutang antara bank disebabkan
pengeluaran cek yang membayar wang antara bank berbeza
2. Menjaga Rizab Berkanun: simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat pada kadar tertentu.
Hal ini akan menyebabkan kemampuan bank menawarkan pinjaman menjadi rendah jika
kadar tinggi.
3. Sumber Pinjaman terakhir kepada bank perdagangan: pinjaman tunai
3.1.3 FUNGSI BANK PERDAGANGAN
Menerima Deposit
1. Akaun Simpanan |
boleh dikeluarkan bila-bila masa. Faedah rendah. Kemudahan
pemindahan wang, ATM, Perbankan Internet, buku bank, pembayaran bil. |
2. Akaun Simpanan Tetap |
faedah tinggi. Jika simpanan dikeluarkan sebelum tempoh tamat,
faedah tidak diberi. Pemegang akaun diberi sijil simpanan, boleh dijadikan
cagaran untuk membuat pinjaman. |
3. Akaun Semasa |
tiada faedah, dikenakan caj perkhidmatan. Memerlukan seorang
perujuk untuk membuka akaun. Kemudahan cek dan overdraf diberikan. |
Memberi Pinjaman
1. Overdraf |
untuk akaun semasa. Mengeluarkan wang lebih daripada baki akaun
berdasarkan had bank. Dikenakan faedah. |
2. Pinjaman peribadi |
18 tahun ke atas, tidak memerlukan cagaran tetapi seorang
penjamin. Membiayai kos pendidian, pembelian barang tahan lama. |
3. Pinjaman bercagar |
membeli hartanah. Dikenakan faedah, bayar balik secara ansuran.
Jika gagal membayar balik, cagaran akan dilelong. |
4. Pinjaman kenderaan |
sehingga 90% harga kereta, tempoh 9 tahun, dikenakan faedah, bayar
ansuran |
5. Pinjaman kad kredit |
dikenakan faedah tinggi, tiada cagaran atau penjamin |
6. Mendiskaunkan bil pertukaran |
perjanjian oleh penghutang kepada pemberi hutang. Jika pemberi
hutnag memerlukan wang sebelum tempoh matang, boleh mendapat pinjaman daripada
bank dengan mendiskaunkan bil pertukaran. Jumlah diskaun atas bil pertukaran
ialah kadar faedah yang dikenakan. |
Menerima dan Membuat Bayaran
1. Sistem Cek |
akaun semasa. Membayar gaji, pembelian dan perbelanjaan |
2. Debit Langsung |
bayaran pada Tarikh tertentu untuk bayaran bil. |
3. Pindahan kredit |
bayaran terus kepada penerima. Membayar gaji |
4. Perintah sedia ada |
bayaran tetap pada Tarikh tetap. Contoh sewa, insurans, ansuran |
5. Draf bank |
cek oleh bank diminta oleh pelanggan untuk bayaran, dikenakan caj
perkhidmatan |
6. Kad(Kad ATM) |
Urus niaga kewangan secara layan diri |
7. Kad Kredit |
membeli secara kredit. Bank membiayai perbelanjaan dan pemegang
bayar balik. Jika gagal membayar mengikut tempoh tetap. Kadar faedah tinggi
dikenakan. |
8. Perkhidmatan lain |
perbankan Internet, pelaburan emas, saham, unit Amanah, penulisan
wasiat, perkhidmatan insurans, urusan bayaran eksport dan import. |
PRINSIP PERBANKAN ISLAM
Wadiah (pemegang Amanah) |
Bank pemegang Amanah harta pelanggan. Tiada pulangan tetapi
mungkin menerima hibah(hadiah) daripada bank. |
Akaun semasa, akaun simpanan |
Mudharabah (perkongsian untung) |
Bank sebagai usahawan melabur wang pelanggan(pemodal). Untung
dibahagikan mengikut nisbah tertentu. Kerugian yang bukan disebabkan kecuaian
bank akan ditanggung akan pelanggan |
Akaun pelaburan am, Akaun pelaburan khas |
Bai Bithaman Ajil (jualan secara ansuran) |
Bank menjual barang dengan pembayaran tertangguh pada harga
tertentu termasuk margin keuntungan. Bayaran secara ansuran berdasarkan
syarat tetap |
Pembiayaan rumah, Instrumen deposit boleh niaga, Pembiayaan kad
kredit dan pembiayaan rumah. |
Takjiri (pindah mili harta sewa) |
Bank membeli asset diperlukan oleh pelanggan dan pelanggan
membayar sewa untuk tempoh tertentu, selepas tamat tempoh, asset dipindah
milik kepada pelanggan |
Pembelian kenderaan, Pembelian mesin, Pembelian bon. |
3.2 PENDAPATAN INDIVIDU
Sektor Utama: pengeluaran daripada alam semula jadi tanpa mengubah suai bentuk
barang
Sektor Kedua: pemprosesan bahan mentah kepada barang separuh siap dan barang siap
Sektor Ketiga: perkhidmatan seperti Pendidikan, pengangkutan, perbankan, kesihatan
dnan insurans
Perubahan struktur ekonomi mempengaruhi
corak guna tenaga negara. Perubahan struktur ekonomi daripada struktur utama
kepada sector kedua dan ketiga telah menyebabkan corak guna tenaga negara
tertumpu kepada sector kedua dan ketiga.
Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan
Pekerjaan
1. Upah |
perbezaan upad disebabkan kelayakan akademik, pemgalaman,
kemahiran, risiko, kesatuan sekerja, permintaan dan penawaran buruh. |
2. Faedah Sampingan |
tempat tinggal, pakej percutian, faedah persaraan, skim insurans
kesihatan dan kemalangan, elaun, cuti, pinjaman, diskaun pembelian dan
pelajaran. |
3. Jaminan Kerja |
pekerja sector awam mempunyai jaminan lebih tinggi. |
4. Lokasi Tempat Kerja |
dekat dengan tempat tinggal |
5. Suasana Tempat Kerja |
selesa dan selamat, berisiko rendah |
6. Faktor-faktor Lain |
kepuasan kerja, waktu bekerja, prospek pekerjaan, saiz firma,
pengalaman dan kemahiran |
Jenis Pendapatan Individu
1. Upah |
kepada buruh. Dibayar mengikut masa kerja atau output. Upah
benar/kuasa beli upah= upah wang/harga purata barangan. |
2. Sewa |
kepada pemilik factor tanah Memberi hak penggunaan kepada orang
lain |
3. Faedah |
sanggup menangguhkan perbelanjaan semasa, berpisah dengan wang
tunai serta menanggung risiko kejatuhan nilai wang. Faedah = jumlah simpanan X kadar
faedah X tempoh simpanan |
4. Untung |
factor usahawan. Menanggung risiko, menggabungkan factor
pengeluaran, mengeluarkan idea perniagaan, menguruskan perniagaan. Untung=
jumlah hasil – jumlah kos |
5. Dividen |
sebahagian keuntungan syarikat. Dibayar kepada pemegang saham dan
pemegang unit Amanah. |
6. Bayaran Pindahan |
wang saku,, pampasan, biasiswa, wang pencen, bantuan kewangan |
Kaitan antara kerjaya dengan Matlamat
pendapatan peribadi
1. Pilihan Kerjaya |
risiko tinggi menawarkan gaji tinggi |
2. Pilihan Pendidikan |
kelayakan akademik tinggi gaji tinggi |
3. Kemahiran |
kemahiran meningkatkan produktiviti |
4. Keusahawanan |
berani menanggung risiko, berfikiran kreatif dan inovatif, berani
merebut peluang. |
5. Keadaan ekonomi |
keadaan ekonomi melambung meningkatkan permintaan, pengeluaran dan
permintaan buruh. Tingkat upah akan meningkat. |
3.3 PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU
Pendapatan boleh guna= pendapatan individu- potongan wajib
Potongan Wajib
1.Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP): semua pekerja sector swasta dan pekerja
tidak pencen wajib mencarum dalam KWSP. Caruman digunakan untuk pelaburan dan
dibayar dividen.
Gaji < RM 5000 |
Gaji > RM 5000 |
Pekerja:
11%daripada gaji |
Pekerja:
11%daripada gaji |
Majikan:
13%daripada gaji |
Majikan:
12%daripada gaji |
Akaun 1 |
Akaun 2 |
70% daripada simpanan khusus untuk persaraan |
30% untuk pengeluaran prapersaraan. Pengeluaran perumahan,
Pendidikan, kesihatan, umur 50, simpanan lebih 1 juta, haji. |
Boleh dikeluarkan apabila : mencapai
umur 55, meninggalkan negara, meninggal dunia, tidak berupaya untuk bekerja,
pencen |
2. Caruman
Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO): memberi insurans social. Pekerja gaji RM4000
ke bawah wajib mencarum dalam Perkeso. Kadar caruman 1.75% majikan dan 0.5%
pekerja.
Skim Bencana Pekerjaan |
Perlindungan kemalangan semasa bekerja dan perjalanan ke tempat pekerjaan |
Skim keilatan (Kecacatan kekal) |
Perlindungan kepada pekerja jika berlaku ilat atau kematian atas
sebab tidak berkaitan pekerjaan sebelum 60 tahun. |
3. Cukai
Pendapatan Individu: dikutip oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN). Pendapatan boleh cukai ialah pendapatan tahunan tolak
pelepasan cukai yang layak diterima . Pelepasan cukai ialah amaun pendapatan
yang dibenarkan untuk dikecualikan daripada pengiraan cukai.
Pendapatan
Boleh Cukai= pendaptan tahunan – pelepasan cukai
Cukai boleh dikira
dengan menggunakan kadar cukai pendapatan individu yang ditetapkan oleh
kerajaan.
4. Bayaran
zakat: dikenakan atas orang Islam. Dibayar atas
pendapatan. Kadar zakat adalah 2.5%.
Keperluan
dan Kehendak
Keperluan |
Kehendak |
Perkara yang mesti dipenuhi Untuk meneruskan kehidupan Bilangan terhad Mudah dipengaruhi Harga dikawal kerajaan Tidak dipengaruhi oleh saiz pendapatan |
Perkara yang tidak semestinya dipenuhi Untuk hidup lebih selesa Bilangan tidak terhad Sukar dipengaruhi Harga tidak dikawal kerajaan Dipengaruhi oleh saiz pendapatan |
Penggunaan
Pendapatan Individu
Pendapatan boleh
guna= perbelanjaan penggunaan + tabungan
Perbelanjaan
penggunaan atas barang tahan lama, barang tidak tahan lama dan perkhidmatan
Faktor yang Mempengaruhi Corak
Perbelanjaan Pengguna
Pendapatan |
Peningkatan pendapatan meningkatkan perbelanjaan |
Harga |
Harga tinggi menjejaskan kuasa beli |
Barang Pengganti |
Peningkatan harga barang yang tiada barang pengganti meningkatkan
perbelanjaan kerana terpaksa membeli barang keperluan walaupun harga tinggi |
Pengiklanan dan pemasaran |
Pemasaran menyalurkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna
manakala pengiklanan memujuk melalui komunikasi untuk menyampaikan maklumat
produk |
Cita rasa dan segmen pasaran |
Pengguna akan membeli barnag atau perkhidmatan memenuhi cita
rasanya. Segmen pasaran ialah pembahagian golongan pengguna sasaran. |
Kaedah
Pembayaran untuk Pembelian Barang
Tunai
Kelebihan |
Kekurangan |
Harga murah tiada faedah Berdisiplin semasa perbelanjaan Diskaun tunai dinikmati Diterima secara meluas Barang terus menjadi hak milih kerana harga dibayar penuh |
Tidak dapat menikmati barang mewah Dijejas oleh inflasi Kurang sesuai untuk barang mahal Risiko kehilangan tunai Sukar mendapat perkhidmatan selepas jualan kerana penjual tidak
bertanggungjawab selepas barang ditukar milik |
Bayaran
Secara Kredit
Kelebihan |
Kekurangan |
Bayaran secara ansuran meringankan beban Menikmati barang walaupun belum dijelaskan Taraf hidup meningkat kerana manggunakan barang mahal Enggalakkan pembeli merancang perbelanjaan Menggunakan barang secara kredit |
Terpaksa membayar faedah Mendorong pengguna berbelanja melebihi kemampuan dan menyebabkan
pembaziran Menangguhkan perbelanjaan kerana bayaran ansuran Barang boleh ditarik balik |
Bayaran
Pendahuluan: sebelum membeli barang secara kredit. Bayaran
dipulangkan jika penjual tidak menyerahkan barang dalam tempoh ditetapkan.
Penjual berhak menghapus kira bayaran pendahuluan yang dibayar jika pengguna
enggan menunaikan kewajipannya.
Kadar Faedah: untuk bayaran kredit ditentukan oleh pihak bank dan syarikat kredit.
Bergantung kepada tempoh bayaran ballik dan bayaran pendahuluan. Biasanya
bergantung pada kadar asas(VR) dan kadar efektif pembiayaan indikatif (IELR)
yang ditetapkan oleh bank pusat.
Caj Kewangan: atas baki kad kredit belum dijelaskan selepas Tarikh ramat tempoh.
Dikira atas baki harian.
Jumlah yang
perlu dibayar= Harga belian – deposit (bayaran pendahuluan) + jumlah faedah
yang dikenakan(harga belian selepas tolak deposit x
kadar faedah)
Belanjawan
Peribadi
Anggaran
perbelanjaan berdasarkan aggaran pendapatan boleh guna untuk tempoh tertentu.
Belanjawan peribadi membantu mencapai matlamat kewangan.
Kepentingan
Belanjawan Peribadi
1. Membolehkkan
individu mendahulukan perkara penting
2. Membantu
individu menabung
3. Membantu
menyelaraskan perbelanjaan mengikut pendapatan
4. Mengelakkan
hutang
5. Mengelakkan
kenaikan harga barang (inflasi)
Strategi
Simpanan
1. Bank perdagangan |
akaun semasa, akaun simpanan tetap, akaun simpanan |
2. Bank Islam |
akaun simpanan i-Wadiah, Al-Awfar, deposit tempoh-i(Tawarruq ) |
3. Bank Simpanan Nasional (BSN) |
akaun GIRO, akaun tabungan, akaun simpanan tetap, akaun SEDAR,
akaun CHESS, membeli sijil simpanan premium. |
4. Lembaga Tabung Haji |
kepada semua warganegara beragama Islam. Bonus dan dividen dibayar |
5. Unit Amanah |
terdiri daripada unit Amanah saham. Pemegang dibayar dividen dan
bonus saham |
6. Koperasi |
menjadi ali untuk menyimpan dalam koperasi dan dibayar dividen |
7. Insurans nyawa |
membeli polisi insurans nyawa. Dua jenis: insurans konvensional
dan insurans takaful. Disamping dilindungi risiko, dibayar pulangan berbentuk
dividen |
8. Syarikat Kewangan |
kemudahan simpanan Islamik dan konvensional. Pulangan faedah atau
dividen |
9. Simpanan Lain |
pembelian bon simpanan, pembelian emas |
PELABURAN
1. Simpanan di bank |
menawarkan kadar faedah pada akhir tempoh pelaburan |
2. Hartanah |
rumah, tanah, kedai, mengambil kira aspek keadaan ekonomi, lokasi.
Menerima pendapatan bentuk sewa dan keuntungan modal iaitu kenaikan nilai
hartanah |
3. Saham |
membeli saham dan menyumbangkan modal kepada syarikat. Menerima
dividen dan keuntungan modal iaitu kenaikan nilai saham |
4. Unit Amanah: |
diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah. Mengumpul dana
pelabur dan melabur. Pulangan berbentuk dividen dan keuntungan modal iaitu
kenaikan nilai unit Amanah |
5. Sekuriti Pinjaman |
membeli sekuriti pinjaman dan meminjam wang kepada pemminjam.
Pendapatan berbentuk faedah pinjaman dan mendapatkan semula jumlah pokok
pinjaman pada tempoh matang sekuriti |
6. Logam Berharga |
nilai harga logam bergantung pada ketulenan logam dan keadaan
ekonomi. Risiko rendah kerana kurang terdedah kepada ketidakstabilan nilai.
Keuntungan modal iaitu kenaikan nilai logam berharga |
7. Urus Niaga Pertukaran Asing (FOREX) |
Pembelian satu mata wang dengan menjual satu mata wang asing.
Keuntungan modal iaitu kenaikan nilai mata wang. |
Risiko
Pelaburan, Pulangan Pelaburan, Kecairan Pelaburan
Risiko pelaburan
ialah kemungkinan seseorang mengalami ketidakpastian daripada pelaburan
Pulangan pelaburan
ialah Keuntungan yang dinikmati. Pendapatann pelaburan iaitu faedah, sewa,
dividen. Keuntungan modal iaitu kenaikan nilai asset, mata wang, logam
berharga.
Semakin Tinggi
tisiko, semakiin tinggi pulangan
Jenis Pelaburan Peribadi |
Tahap Risiko |
Tahap Pulangan |
Tahap Kecairan |
Simpanan Tetap |
Bebas Risiko |
Rendah |
Tinggi |
Sekuriti Kerajaan |
Bebas Risiko |
Rendah |
Sederhana |
Unit Amanah |
Rendah |
Rendah |
Tinggi |
Hartanah |
Rendah |
Rendah |
Rendah |
Logam Berharga |
Sederhana |
Tinggi |
Rendah |
Saham Syarikat |
Tinggi |
Tinggi |
Sederhana |
Urus Niaga Pertukaran Asing (FOREX) |
Tinggi |
Tinggi |
Tinggi |
the noted so short i like it
ReplyDelete