Saturday 16 October 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

 BAB 10: PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=jzBN_18YrFg

10.1 PENGERTIAN KEMERDEKAAN

Bahasa Melayu

- bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing

- bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara

Kamus Dewan

- bebas daripada penjajahan, kurungan dan naungan.

- negara yang berdaulat, iaitu mempunyai kuasa tertinggi

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah).

Rashid Rida

Kedaulatan negara bagi membebaskan diri daripada penjajah Barat dengan menghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman

Mahatma Gandhi

Kemerdekaan merangkumi politik, ekonomi dan moral. Stiap negara berhak menguruskan negaranya walaupun sukar supaya komuniti hidup harmoni.

Nelson Mandela

Kebebasan bukan hanya satu petempuran untukk melawan satu kumpulan atau warna kulit tetapi terhadap sebuah sistem yang menindas. Boleh dicapai melalui politik, bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan.

Soekarno

- bebas selama-lamanya. Merangkumi kebebasan berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik.

- Kemerdekaan membentuk masyarakat demokratik tanpa kelas dan kasta.

Tunku Abdul Rahman

- kemerdekaan ibarat tempat perhentian bagai mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat.

- Rakyat perlu berkhidmat untuk negara, berusaha dengan tenaga, fikiran bagi mencipta bangsa baharu yang cita-cita keadilan dan kebebasan.

Tun Temenggong Jaguh anak Barieng

- keselamatan negeri tejamin dan kuat. Dapat mengatasi ancaman komunis. Penduduk Sarawak sanggup berkorban mempertahankan negara.

Tun Fuah Stephens

- keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya tejamin. Usaha pembangunan pesat menaikkan semangat.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

- merdeka bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati, sanggup berkorban demi negara dengan apa-apa cara .


10.2 PERSEDIAAN MENYAMBUT PEMASYHURAN KEMERDEKAAN NEGARA

- 8 Julai 1957, Tunku Abdul Rahman berucap dalam Radio Malaya menyeru seluruh rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah supaya kekal sejarah negara.

- 3 Ogos 1957, 7.33 pagi, Dato’ Abdul Razak Hussein memaklumkan rakyat menerusi Radio Malaya tentang atur cara sambutan kemerdekaan.

Jawatankuasan Persediaan Fizikal

- prasarana fizikal seperti pembinaan Stadium Merdeka untuk meraikan kemerdekaan dan istana untuk Tang di-Pertuan Agong.

- Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk dengan dipengerusikan Tunku Abdul Rahman dan dibantu Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Penerangan). Lagu Negaraku dicipta berasal daripada lagu negeri Perak, Terang Bulan dan liriknya ditulis oleh Saiful Bahari.

- Penggunaan bendera PTM dijadikan bendera kebangsaan. Reka bentuk bendera dicipta oleh Mohamed Hamzah. Mula dikibarkan pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor.

- Penggunaan Jata Negara diperkenankan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1957.

- Kementerian Pertanian meninjau pendapat rakyat untuk menentukan bunga kebangsaan. Bunga Raya dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan.

Jawatankuasa Sambutan

- Bangunan di sekitar bandar, jalan raya dan Padang Kelab Selangor dihiasi lampu. 75 ribu benddera PTM ditempah khas dari kilang kain Jepun dan dibawa dengan kapal laut.

- Menteri dan pegawai tinggi disediakan pakaian khas Tunku Abdul Rahman sendiri. Pakaian negeri Kedah, “baju muskat” diubah suai lengkap dengan seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok direka untuk menteri.

- Khusus khas berkaitan protokol diikuti oleh 300 orang pegawai kerajaan selama 3 hari. Mereka bertindak sebagai pegawai penerangan dan pegawai pengiring tetamu serta pegawai jemputan luar.

-Semua pegawai dan kakitangan diberi gaji seminggu lebih awal. Keretapi Tanah Melayu di pantai timur habis ditempah. Begitu juga tiket bas.

Jawatankuasa Lain

- Jawatankuasan usat Perayaan Merdeka dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman

- Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka diketuai oleh Dato’ Abdul Razak Hussein

- Jawatankuasa Perayaan Ibu Kota Persekutuan dipengerusikan oleh H.S.Lee

- Jawatankuasa Derma Perayaan Kemerdekaan ditubuhkan mengutip derma membantu perbelanjaan

10.3 DETIK PEMASYHURAN KEMERDEKAAN NEGARA

10:00 p.m.

Wakil Parti Perikatan berpakaian baju Melayu hitam diketuai Sardon Jubir mengambil tempat duduk

10:30 p.m.

300 pemuda membentuk perbarisan kehormat diketuai Ismail Bontak mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raya (menara jam)

11:58 p.m.

Semua lampu di padang dipadamkan sehingga seluruh kawasan gelap-gelita

12:00 a.m.

Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi 12.00 tengah malam diikuti laungan “Merdeka” oleh ornag ramai. Tunku Abdul Rahamn dibawa ke pentas. Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan lagu God Save The Queen. Bendera PTM dibaikkan dengan lagu Negaraku. Sorakan “Merdeka dilaungkan sebanyak 7 kali. Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera PTM dinaikkan.

12:10 a.m.

Tunku Abdul Rahman memeriksa perbarisan perwakilan negeri dan mengambil tempat di pentas. Pasukan Pemuda Perikatan 24 orang diketuai Abdul Majid Othman membawa dulang berisi rantai emas yang ergantung padanya sebutir pingat emas. Pingat berukir peta Semenanjung dan gambar Tunku Abdul Rahman dalamnya dan tepinya ditulis “Bapa Kemerdekaan Tanah Air”. Rantai Emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher beliau diikuti laungan “ Bapa Kemerdekaan Tanah Air” sebanyak 3 kali.

12:25 a.m.

Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan.

12:55 a.m.

Bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.


Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka

6:00 pagi

Hujan turun pada awalnya.

8:15 pagi

Ketibaan Tunku Abdul Rahman, Raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri, Duke dan Duchess of Gloucester. Kedengaran bunyi nafiri setiap kali ketibaan pembesar. Duke of Gloucester memberikan ucapan dan menyerahkan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepada Tunku Abdul Rahman. Nafiri dimainkan. Tunku Abdul Rahman membaca Penasyhuran Kemerdekaan bagi mengisytiharkan kemerdekaan. Dengan tangan di udara, beliau melaungakn “MERDEKA” 7 kali dan disahut oleh para hadirin. Laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari. Bendera PTM dinaikkan diiringi Negaraku. 101 das tembakan dilepaskan menandakan PTM menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

11:00 pagi

IstiadaT Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong diadakan di Balairong Seri, Istana Negara. Kemudian, Pelantikan Jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenot Pulau Pinang dan Melaka.

1:30 p.m.

Majlis jamuan di Residensi diadakan mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

5:25 p.m.

Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke England. Beliau diberikan penghormatan dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batalion Keempat Askar Melayu.

 

10.4 KESAN KEMERDEKAAN TERHADAP NEGARA KITA

Politik

Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan

Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua utama negara dnegan bidang kuasa tertentu

Demokrasi Berparlimen

Rayat berkuasa memilih kerajaan dan pemerintah melalui pilihan raya. Rakyat berhak bersuara untuk menentukan hala tuju masa depan dan kesejahteraan negara. Parlimen berkuasa menggubal undang-undang pada peringkat Persekutuan. Dewan Perundangan Negeri berkuasa menggubal undang-undang peringkat negeri.

Pentadbiran Negara

Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri PTM pertama. Beliau mengekalkan ahli kabinet dan melantik Dato’ Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri. Menteri Luar PTM pertama disandang Tunku Abdul Rahman menandakan kebebasan negara menjalankan dasar luar negara.

Cabaran Kerajaan Persekutuan

Menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan. Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Abdul Razak Hussein memberikan komitmen tinggi melaksanakan penggantian secara berperingkat.

Peringkat Antarabangsa

Dasar Luar

1957,kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain mendapatkan latihan. TOkoh penting termasuklah Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dan Dr. Ismail Abdul Rahman yang pernah dilantik Menteri Luar. Menjalinkan hubungan dengan Indonesia, India, Australia, New Zealang, Mesir, Jepun

Menganggotai Komanwel

Bermanfaat untuk merapatkan hubungan sosioekonomi dengan negara ahli. Menjadi medan untuk negara kita mempamerkan komitmen terhadap isu yang dihadapi oleh negara ahli.

Pertahanan Negara

Sebelum merdeka, negara dilindungi melalui kerjasama Britain, Australia dan New Zealand. Selepas merdeka, Keadaaan negara yang belum kuat pertahanan memerlukan bantuan Britain ketika itu memeterai perjanjian pertahanan Anglo Malayan Defence Agreement 1957.

Penyertaan dalam Blok Sterling

Negara menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa. PTM sebagai negara berpendapatan tinggi daripada hasil getah dan kelapa sawit memperkuat mata wang Pound Sterling. PTM mempunyai kedudukan ekonomi kukuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel memperkukuh kedudukan ekonomi ahlinya.

Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Diterima pada 17 September 1957 sebagai anggota PBB ke-82. Bendera dikibarkan dalam satu upacara rasmi di ibu pejabat PBB di New York pada 15 Oktober 1957. Negara kita menjunjung prinsip PBB melindungi hak asasi manusia

Misi Pengaman PBB

Pasukan pengaman PBB di Congo, pemilihan ini menggambarkan kepercayaan dan pengiktirafan tinggi PBB kepada sebuah negara baharu untuk bersama-sama terlibat dalam pengurusan konflik antarabangsa.

Ekonomi

Rancangan Malaya Pertama 1956-1960

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan tumpuan pada sektor luar bandar. Kerajaan mempelbagaikan keluaran pertanian agar tidak hanya bergantung pada pengeluaran getah di samping menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Ditubuhkan pada 1956 untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran. Keluarga dari kawasan luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDA untuk menanam getah atau kelapa sawit. Perumahan dan kemudahan asas disediakan untuk peneroka.

Institusi Kewangan Tempatan

Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Melayu merupakan bank pertama khusus untuk Melayu ditubuhkan di Klang Steet, Kula Lumpur oleh Maarof Zakaria. Bank Negara mula beroperai pada 26 Februari 1959 bagi menggalakkan kestabilan kewangan. Terdapat juga Kwong Yik Bank ditubuhkan pada 1913 di Kuala Lumpur.

Pembangunan Luar Bandar

Kementerian Pembangunan Luar Bandar diwujudkan pada 17 November 1959, bertanggungjawab membangunkan infrastruktur, sosial dan ekonomi luar bandar. Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat Negeri dan daerah bagi merancnag dan menyelaraskan pelaksanaan projek pembangunan. Keutamaan kepada penyediaan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar

Rancangan Buku Merah

Dilancarkan pada 25 Januari 1961 mengandungi projek kemudahan asas. Pemantauan dan maklum balas berdasarkan rekod yang terdapat dalam Buku Merah diletakkan di dalam Bilik Gerakan Kemajuan Negara pda peringkat daerah, negeri dan pusat.

Sosial

Pendidikan

Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Penyata ini memberikan penekanan kepada BM sebagai bahasa pengantar di sekolah

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran.

Jabatan Penerangan

Menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan luar negara. Hal ini selaras dengan fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan dengan falsafah, dasar dan wawasan negara terutama menjelang kemerdekaan dan pada tahun-tahun awal negara merdeka.

Kesihatan

Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar. Ketika mencapai kemerdekaan, terdapat 65 hospital. Kementerian Kesihatan berperanan memulihkan isu sosial serta pembangunan masyarakat demi kesejahteraan rakyat.

Kemudahan Asas

Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih diutamakan demi keselesaan dan kesihatan penduduk. Kemudahan ini meningkatkan taraf hidup selain merapatkan jurang antar penduduk luar bandar dengan bandar

10.5 PRINSIP KEDAULATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Wilayah Pengaruh

Kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk PTM. Setiap negeri berdaulat diketuai oleh Sultan atau Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.

Kerajaan

Instirusi yang bertanggungjawab menguruskan dan mentadbir negara. 3 komponen utama iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif, Badan Kehakiman. Rakyat bertanggungjawab memilih wakil mereka melalui pilihan raya.

Kedaulatan undang-undang

Kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang. Penting bagi memastikan keamanan negara demi kesejahteraan negara. Kandungan Perlembagaan PTM 1957 menjadi asas kedaulatan negara dan memelihara hak rakyat

Lambang Kebesaran

Jata Negara, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan bunga kebangsaan merupakan identiti dan jati diri rakyat. Menjadi simbol perpaduan dan mempunyai nilai kedaulatannya tersendiri.

Pengiktirafan sebagai rakyat

Membolehkan kita mendapat hak asasi iaitu hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang. Rakyat bertanggungjawab terhadap negara dan negara berhak terhadap rakyat.

 Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Saturday 25 September 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

 BAB 9: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

9.1 USAHA RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=UXhrbq9_lzs

- Selepas Perang Dunia Kedua, usaha membebaskan negara seperti Mesir, India, Burma dan Filipina.

- British memberikan jaminan akan membantu PTM berkerajaan sendiri secepat mungkin.

- Pilihan Raya Umum 1955 menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri.

- Wakil Parti Perikatan dan Wakil Raja-raja Melayu pergi ke London bagi membincangkan hal keselamatan, hubungan British- Tanah Melayu dan soal berkaitan perlembagaan negara yang akan merdeka.

- Mendapat sokongan Ketua Parti Rakyat iaitu Ahmad Boestaman, Wakil orang Ceylon iaitu E.E.C. Thuraisingham, pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani.

Wakil Raja-Raja Melayu

Wakil Parti Perikatan

Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit Gantang iaitu, Dato’ Haji Wahab Abd Aziz

Tunku Abdul Rahman

Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid

Dato’ Abdul Razak Hussein

Menteri Besar Johor: Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said

H.S.Lee

Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood

Dr. Ismail Abdul Rahman

 

Sebelum 1 Jan 1956

Tungku Abdul Rahman berangkat dari KL ke Singapura dengan kapal terbang

1 Jan 1956, 5.00 pm

Menaiki kapal laut M.V.Asia berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Tujuan untuk berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu dan mendapat persetujuan untuk menyusun strategi bersama-sama.

Selepas 1 Jan 1956

Singgah di Karachi, Pakistan dan menaiki kapal terbang ke London.

14 Januari 1956

Tiba di London.

 

Rundingan Kemerdekaan

- Rundingan kemerdekaan dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956 antara wakil Raja Melayu, wakil Parti Perikatan dan British di Lancaster House, London.

British

Perwakilan Tanah Melayu

Ahli Majlis Eksekutif, selain Ketua Setiausaha dan Peguam Negara dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan nasihat Ketua Menteri.

Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan diganti dengan Menteri Kewangan

Kerjaan PTM memberi ganti rugi kepada pegawai yang diberhentikan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kalangan rakyat PTM

Mengadakan Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama antara PTM dengan British

Menteri Pertahanan daripada rakyat PTM menggantikan pengarah Gerakan yang disandang pegawai British.

Pihak British dan Komanwel memberikan bantuan seperti pertahanan

Tarikh kemerdekaan tidak lewat daripada 31 Ogos 1957

 

Berunding tentang isu Suruhanjaya Perlembagaan, kewangan , keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam.

 

- Satu laporan 20 halaman dihasilkan. Melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956, British bersetuju memberikan kemerdekaan.

- Kedua-dua pihak bersetuju membentuk Suruhanjaya Perlembagaan merangka perlembagaan.

Sambutan Bersejarah di Melaka

- Tunku Abdul Rahman dan rombongan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 20 Februari 1956.

- Rombongan diarak ke Padang Banda Hilir, Melaka. Lebih 100 ribu orang datang.

- Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan. Rakyat melaungkan “Merdeka” dengan gemuruh.

9.2 PERANAN SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

- Dibentuk pada 8 Mac 1956, juga dikenali Suruhanjaya Reid. Mulakan tugas pada akhir bulan Jun 1956.

- Ahli: Lord Reid (Britain), Sir William Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), Hakim B.Malik (India), Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan PTM

1. Memeriksa aturan perlembagaan di seluruh Tanah Melayu, mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan Raja-raja Melayu

2. Memerikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berperlimen dengan dua Dewan Perundangan.

3. Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mempunyai autonomi tertentu

4. Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di negeri masing-masing

5. Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Besar (kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong) untuk PTM.

6. Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi PTM

7. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Gerak Kerja Suruhanjaya Perlembagaan PTM

1. Meminta cadangan daripada semua penduduk secara bertulis dan lisan. Menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak untuk diteliti

2. Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri. Bermesyuarat dan melawat negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.

3. Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu. 118 perjumpaan diadakan dari Jun hingga Oktober 1856. Mengkaji dan membuat laporan serta cadangan membentuk perlembagaan.

9.3 LANGKAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG MERDEKA

- Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima.

Daripada Pihak Raja-raja Melayu

- Persekutuan mempunyai seorang Ketua Negara dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong. Harus dipilih oleh Raja-raja Melayu berdasarkan kekananan. Tempoh jawatan 5 tahun.

- Yang di-Pertuan Agong bolen meletak jawatan dengan persetujuan Majlis Raja-raja.

- Raja- raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Daripada Parti Politik dan Pihak Awam

Soal Kewarganegaraan

- Parti Perikatan memorandum Testament Amanah Politik Perikatan. Terdapat pihak dalam UMNO menolak jus soli.

- Dewan perniagaan Melayu memohon diketatkan.

- Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya menggesa kewarganegaraan menerusi kelahiran.

- Masyarakat India menuntut kewarganegaraan mereka diteliti.

- Masyarakat Serani mehu hak dipertahankan.

Bahasa dan Pendidikan

- MCA menuntut semua sekolah aliran BI atau vernakular diteruskan.

- Semua sekolah kebangsaan mempelajari BI, BM, BC, BT.

 

Draf Perlembagaan

- meneruskan sistem kerajaan Persekutuan dengan negeri berkuasa tertentu.

- Sistem kewarganegaraan berasaskan jus soli.

- Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan.

- Raja-raja diterima dengan konsep Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan Agong dipilih.

- Sebuah parlimen dengan dua Majlis Mesyuarat, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk.

Reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

UMNO

Ahli tidak bersetuju dengan jus soli kerana bimbang kedudukan istimewa Melayu tergugat. Agama Islam harus diakui sebagai agama rasmi. Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi.

PAS

Mengkritik soal kewarganegaraan dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu dan mahu kedudukan agama Islam sebagai asas pemerintahan negara. Menuntut BM sebagai bahasa rasmi.

Parti Negara

Dato’ Onn Jaafar menolak syarat kewarganegaraan yang longgar. Bersama PAS, Parti Rakyat mengadakan kongres.

Masyarakat Cina &India

Ingin Mandarin sebagai bahasa kebangsaan

Mahukan syarat kewarganegaraan dan penggunaan BT diberi perhatian.

 

- 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T.Sambanthan berlepas ke London untuk berbincang isu kewarganegaraan dan isu yang belum muktamad. Hasil pindaan dibincangkan dalam Majlis Raja-raja.

- Draf dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan pada 10-11 Julai 1957.

- Draf diluluskan oleh Parlimen British dan MPP pada 27 Ogos 1957. Dikuatkuasa pada 31 Ogos 1957.

9.4 PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen

Pemilihan seorang raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang dilantik dalam kalangan Raja-raja Melayu 5 tahun sekali.

Perkara 32

Kewarganegaraan

Setiap orang yang lahir dalam Persekutuan pada atau selepas hari merdeka menjadi warganegara. Kewarganegaraan melalui undang-undang, pemohonan didaftarkan sebagai rakyat, naturalisasi.

Perkara 14

Perkara 15

Perkara 19

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum Lain

Rakyat berketurunan Melayu diberi keutamaan dengan mengambil kira status mereka sebagai rakyat asal Tanah Melayu. Hak masyarakat lain tetap diperlihara dan dilindungi

Perkara 153

Kedudukan Agama Islam

Agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara kita.

Perkara 3

Perkara 11

Kedudukan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai bahasa pengantar dan bahasa komunikasi

Perkara 152

 Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: