Saturday 25 September 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

 BAB 9: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

9.1 USAHA RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=UXhrbq9_lzs

- Selepas Perang Dunia Kedua, usaha membebaskan negara seperti Mesir, India, Burma dan Filipina.

- British memberikan jaminan akan membantu PTM berkerajaan sendiri secepat mungkin.

- Pilihan Raya Umum 1955 menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri.

- Wakil Parti Perikatan dan Wakil Raja-raja Melayu pergi ke London bagi membincangkan hal keselamatan, hubungan British- Tanah Melayu dan soal berkaitan perlembagaan negara yang akan merdeka.

- Mendapat sokongan Ketua Parti Rakyat iaitu Ahmad Boestaman, Wakil orang Ceylon iaitu E.E.C. Thuraisingham, pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani.

Wakil Raja-Raja Melayu

Wakil Parti Perikatan

Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit Gantang iaitu, Dato’ Haji Wahab Abd Aziz

Tunku Abdul Rahman

Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid

Dato’ Abdul Razak Hussein

Menteri Besar Johor: Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said

H.S.Lee

Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood

Dr. Ismail Abdul Rahman

 

Sebelum 1 Jan 1956

Tungku Abdul Rahman berangkat dari KL ke Singapura dengan kapal terbang

1 Jan 1956, 5.00 pm

Menaiki kapal laut M.V.Asia berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Tujuan untuk berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu dan mendapat persetujuan untuk menyusun strategi bersama-sama.

Selepas 1 Jan 1956

Singgah di Karachi, Pakistan dan menaiki kapal terbang ke London.

14 Januari 1956

Tiba di London.

 

Rundingan Kemerdekaan

- Rundingan kemerdekaan dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956 antara wakil Raja Melayu, wakil Parti Perikatan dan British di Lancaster House, London.

British

Perwakilan Tanah Melayu

Ahli Majlis Eksekutif, selain Ketua Setiausaha dan Peguam Negara dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan nasihat Ketua Menteri.

Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan diganti dengan Menteri Kewangan

Kerjaan PTM memberi ganti rugi kepada pegawai yang diberhentikan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kalangan rakyat PTM

Mengadakan Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama antara PTM dengan British

Menteri Pertahanan daripada rakyat PTM menggantikan pengarah Gerakan yang disandang pegawai British.

Pihak British dan Komanwel memberikan bantuan seperti pertahanan

Tarikh kemerdekaan tidak lewat daripada 31 Ogos 1957

 

Berunding tentang isu Suruhanjaya Perlembagaan, kewangan , keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam.

 

- Satu laporan 20 halaman dihasilkan. Melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956, British bersetuju memberikan kemerdekaan.

- Kedua-dua pihak bersetuju membentuk Suruhanjaya Perlembagaan merangka perlembagaan.

Sambutan Bersejarah di Melaka

- Tunku Abdul Rahman dan rombongan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 20 Februari 1956.

- Rombongan diarak ke Padang Banda Hilir, Melaka. Lebih 100 ribu orang datang.

- Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan. Rakyat melaungkan “Merdeka” dengan gemuruh.

9.2 PERANAN SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

- Dibentuk pada 8 Mac 1956, juga dikenali Suruhanjaya Reid. Mulakan tugas pada akhir bulan Jun 1956.

- Ahli: Lord Reid (Britain), Sir William Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), Hakim B.Malik (India), Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan PTM

1. Memeriksa aturan perlembagaan di seluruh Tanah Melayu, mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan Raja-raja Melayu

2. Memerikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berperlimen dengan dua Dewan Perundangan.

3. Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mempunyai autonomi tertentu

4. Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di negeri masing-masing

5. Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Besar (kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong) untuk PTM.

6. Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi PTM

7. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Gerak Kerja Suruhanjaya Perlembagaan PTM

1. Meminta cadangan daripada semua penduduk secara bertulis dan lisan. Menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak untuk diteliti

2. Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri. Bermesyuarat dan melawat negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.

3. Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu. 118 perjumpaan diadakan dari Jun hingga Oktober 1856. Mengkaji dan membuat laporan serta cadangan membentuk perlembagaan.

9.3 LANGKAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG MERDEKA

- Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima.

Daripada Pihak Raja-raja Melayu

- Persekutuan mempunyai seorang Ketua Negara dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong. Harus dipilih oleh Raja-raja Melayu berdasarkan kekananan. Tempoh jawatan 5 tahun.

- Yang di-Pertuan Agong bolen meletak jawatan dengan persetujuan Majlis Raja-raja.

- Raja- raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Daripada Parti Politik dan Pihak Awam

Soal Kewarganegaraan

- Parti Perikatan memorandum Testament Amanah Politik Perikatan. Terdapat pihak dalam UMNO menolak jus soli.

- Dewan perniagaan Melayu memohon diketatkan.

- Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya menggesa kewarganegaraan menerusi kelahiran.

- Masyarakat India menuntut kewarganegaraan mereka diteliti.

- Masyarakat Serani mehu hak dipertahankan.

Bahasa dan Pendidikan

- MCA menuntut semua sekolah aliran BI atau vernakular diteruskan.

- Semua sekolah kebangsaan mempelajari BI, BM, BC, BT.

 

Draf Perlembagaan

- meneruskan sistem kerajaan Persekutuan dengan negeri berkuasa tertentu.

- Sistem kewarganegaraan berasaskan jus soli.

- Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan.

- Raja-raja diterima dengan konsep Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan Agong dipilih.

- Sebuah parlimen dengan dua Majlis Mesyuarat, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk.

Reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

UMNO

Ahli tidak bersetuju dengan jus soli kerana bimbang kedudukan istimewa Melayu tergugat. Agama Islam harus diakui sebagai agama rasmi. Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi.

PAS

Mengkritik soal kewarganegaraan dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu dan mahu kedudukan agama Islam sebagai asas pemerintahan negara. Menuntut BM sebagai bahasa rasmi.

Parti Negara

Dato’ Onn Jaafar menolak syarat kewarganegaraan yang longgar. Bersama PAS, Parti Rakyat mengadakan kongres.

Masyarakat Cina &India

Ingin Mandarin sebagai bahasa kebangsaan

Mahukan syarat kewarganegaraan dan penggunaan BT diberi perhatian.

 

- 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T.Sambanthan berlepas ke London untuk berbincang isu kewarganegaraan dan isu yang belum muktamad. Hasil pindaan dibincangkan dalam Majlis Raja-raja.

- Draf dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan pada 10-11 Julai 1957.

- Draf diluluskan oleh Parlimen British dan MPP pada 27 Ogos 1957. Dikuatkuasa pada 31 Ogos 1957.

9.4 PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen

Pemilihan seorang raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang dilantik dalam kalangan Raja-raja Melayu 5 tahun sekali.

Perkara 32

Kewarganegaraan

Setiap orang yang lahir dalam Persekutuan pada atau selepas hari merdeka menjadi warganegara. Kewarganegaraan melalui undang-undang, pemohonan didaftarkan sebagai rakyat, naturalisasi.

Perkara 14

Perkara 15

Perkara 19

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum Lain

Rakyat berketurunan Melayu diberi keutamaan dengan mengambil kira status mereka sebagai rakyat asal Tanah Melayu. Hak masyarakat lain tetap diperlihara dan dilindungi

Perkara 153

Kedudukan Agama Islam

Agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara kita.

Perkara 3

Perkara 11

Kedudukan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai bahasa pengantar dan bahasa komunikasi

Perkara 152

 Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Saturday 4 September 2021

Nota Ringkas dan Padat Ekonomi Tingkatan 4 Bab 4: Pengeluaran

 BAB 4: PENGELUARAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=gcuaVjfgAT0

4.1 KONSEP PENGELUARAN, KOS DAN HASIL

Firma

Maksud

Unit ekonomi yang produktif sama ada organisasi atau unit pengeluaran yang merancang , menggabungkan factor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan barang, perkhidmatan.

Peranan

- pembekal barang dan perkhidmatan

- pengguna factor pengeluaran

Objektif

Memaksimumkan keuntungan/ jualan

Saiz

Kecil (milikan tunggal

Besar (syarikat berhad)

Jenis

Swasta (Syarikat AirAsia Berhad, Public Bank Berhad)

Awam (KWSP, Permodalan Nasional Berhad PNB)

 

Pengeluaran

- proses menggabungkan factor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

- proses mengubah input kepada output bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Input

- factor yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Input Tetap

Input Berubah

Kuantiti tetap pada sebarang peringkat

Kuantiti berubah mengikut tingkat output

Tingkat output meningkat/menurun, input tetap kuantitinya masih tetap.

Tingkat output tambah, kuantiti input berubah akan bertambah

Tingkat output sifar, masih terdapat input tetap

Tingkat output sifar, tiada input berubah

Hanya berlaku dalam jangka masa pendek

Berlaku dalam jangka masa penjang, pendek

Contoh: mesin, bangunan, tanah

Contoh: bahan mentah, buruh

 

Output

- barang atau perkhidmatan yang dihasilkan dalam proses pengeluaran. Juga dikenali keluaran. Terdiri daripada barang perantaraan dan barang akhir.

- Barang perantaraan: digunakan untuk proses seterusnya. Contoh: tepung dihasilkan untuk membuat biskut.

- Barang akhir: barang yang siap dan boleh digunakan terus oleh pengguna untuk mencapai kepuasannya. Contoh: Biskut.

Jangka Masa Pengeluaran

- keupayaan firma mengubah kuantiti input tetap dalam proses pengeluaran.

- Jangka masa pendek: sekurang-kurangnya 1 input tetap. Firma tidak dapat menyesuaikan tingkat pengeluaran. Output hanya diubah dengan mengubah kuantiti input berubah.

- Jangka masa Panjang: semua input digunakan dalam proses pengeluaran adalah input berubah. Firma berupaya mengubah tingkat output dengan mengubah semua inpu termasuk loji, mesin dan bangunan. Firma dapat menambah modal, meningkatkan skala pengeluaran, tingkat tekonologi bagi meningkatkan produktiviti.

Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek

- hubungan antara input berubah dengan output pada satu tingkat input tetap.

- Fungsi pengeluaran jangka pendek ditulis sebagai Q= f( K, L) dengan Q= Output, K= input tetap, L= input berubah.

- Jumlah Keluaran (TP)= Keluaran purata (AP) x Input Berubah (L) : jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah input yang dimiliki oleh firma. Apabila input berubah meningkat, jumlah keluaran akan meningkat sehingga mencapai nilai maksimumnya dan kemudian menurun.

- Keluaran Purata (AP) = Jumlah Keluaran (TP)/ Input Berubah (L): jumlah kuantiti keluaran yang dapat dihasilkan oleh seunit input berubah. Apabila input berubah bertambah, keluaran purata meningkat sehingga mencapai nilai maksimumnya, kemudian menurun

- Keluaran Marginal (MP)= Perubahan dalam jumlah keluaran/ Perubahan dalam jumlah input berubah: perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan penggunaan satu unit input berubah. Apabila input berubah bertambah, keluaran marginal meningkat ke nilai mekasimum, kemudian menurun dan boleh mencapai nilai negative.

Kos Pengeluaran

 - segala perbelanjaan terhadap input yang digunakan dalam proses pengeluaran.

- Dalam jangka pendek, wujud kos tetap dan kos berubah. Dalam jangka Panjang, hanya wujud kos berubah.

- Kos Tetap (FC)= Harga input tetap x Kuantiti input tetap: tidak berubah pada setiap tingkat output. Pada tingkat sifar, wujud kos tetap dan jumlah kos sama dengan kos tetap.

- Kos Berubah (VC)= Harga input berubah x Kuantiti input berubah: berubah pada setiap tingkat output. Tidak wujud apabila output sifar.

- Kos Berubah Purata (AVC)= Kos Berubah (VC)/ Jumlah Keluaran (TP): kos berubah seunit output. Kos berubah purata pada mulanya menurun kemudian meningkat dengan pertambahan jumlah output. Hal ini kerana semakin banyak input berubah digunakan, tambahan jumlah yang dihasilkan semakin berkurang. Apabila terlalu banyak input berubah yang ditambahkan, pertambahan jumlah keluaran semakin menurun. Maka jumlah yang input berubah yang dibelanjakan bagi setiap unit output semakin bertambah.

- Jumlah Kos (TC)= Jumlah Kos Tetap(TFC) + Jumlah Kos Berubah (TVC): semua kos yang terlibat dalam pengeluaran. Semakin tinggi tingkat output pengeluaran, semakin tinggi jumlah kos.

- Kos Purata (AC)= Jumlah Kos (TC)/ Jumlah Output (TP): kos seunit output. Kos purata menurun pada permulaan sehingga mencapai nilai minimum dan kemudian meningkat.

- Kos Marginal (MC)= Perubahan dalam jumlah kos/ Perubahan dalam jumlah output: perubahan dalam jumlah kos kesan daripada perubahan dalam seunit output. Dalam jangka pendek, perubahan jumlah kos sama dengan perubahan dalam kos berubah kerana kos tetap tidak berubah.

Hubungan antara Perubahan output dengan Jumlah Kos, Kos Marginal dan Kos Berubah Purata

Jumlah Output Meningkat

Jumlah Kos meningkat

Kos Purata menurun ke nilai minimum dan kemudian meningkat

Kos marginal menurun mencapai nilai minimum dan kemudian meningkat.

Kos Purata dan kos marginal

Apabila kos purata menurun, kos marginal menurun tetapi lebih rendah daripada kos purata. Apabila kos purata meningkat, kos marginal meningkat tetapi lebih tinggi daripada kos purata. Apabila kos purata mencapai nilai minimum, ia akan sama dengan kos marginal.

Output meningkat

Kos berubah purata menurun ke nilai minimum dan kemudian meningkat

 

Konsep Hasil dan Untung

- Jumlah Hasil = Harga (P) x Kuantiti Jualan (Q): jumlah nilai penerimaan yang diperoleh firma daripada jualan keluarannya. Firma menambahkan jumlah hasil dengan meningkatkan harga barang atau menambahkan kuantiti jualan keluarannya.

- Untung= Jumlah Hasil- Jumlah Kos: perbezaan antara jumlah hasil dan jumlah kos. Dua jenis kos.

- Kos Implisit: kos yang sepatutunya dibayar kepada factor pengeluaran tetapi tidak diambil kira dalam kos pengeluaran. Contoh: bayaran gaji kepada pemilik sendiri, faedah atas sumber modal sendiri.

- Kos eksplisit: kos yang dibayar dengan nyata oleh firma terhadap penggunaan input dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Contoh: upah buruh, kos bahan mentah.

Tahap Pengeluaran Paling Cekap

- Hukum Pulangan Berkurangan: apabila suatu input berubah ditambahkan secara berterusan, jumlah keluaran semakin bertambah, tetapi tambahannya adalah semakin berkurangan bagi setiap unit tambahan input berubah.

Tahap 1

Jumlah keluaran bertambah dengan cepat. Pulangan marginal bertambah

Bermula dari 0 sehingga MP=AP dan AP maksimum. Input berubah yang digunakan secara relative lebih kecil daripada input tetap, berlaku pembaziran input tetap.Pengeluar harus terus mengeluarkan output kerana penambahan input berubah meningkatkan output.

Tahap 2

Jumlah keluaran bertambah dengan perlahan. Pulangan marginal berkurang

Bermula dari MP=AP sehingga MP=0. AP dan MP menurun dengan AP>MP. Gabungan input berubah dan input tetap adalah paling cekap.

Tahap 3

Jumlah keluaran merosot. Pulangan marginal negatif

Bermula dari MP=0 hingga TP maksimum. Pengeluar hatus berhenti mengeluarkan barangan kerana penambahan input berubah akan menyebabkan keluaran menurun, berlaku pembaziran input berubah. Tahap ini, berlaku ketidakcekapan dan kerugian.

 

4.2 PRODUKTIVITI DAN EKSTERNALITI

Produktiviti

- keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan

- mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan input

- menjelaskan perhubungan antara output yang dihasilkan dengan input yang digunakan

- Produktiviti = Output/ Input

- Kepentingan: meningkatkan output, meningkatkan keuntungan atau daya saing firma, meningkatkan upah pekerja, meningkatkan pendapatan negara, meningkatkan taraf hidup rakyat

Faktor yang mempengaruhi Produktiviti

- kemahiran dan tahap motivasi tenaga manusia.

- Kecekapan dan keberkesanan system dan prosedur.

- Struktur organisasi yang sesuai.

- Pemimpin yang berwibawa dan memotivasikan

- Persekitaran kerja yang selesa (susun atur dan kemudahan)

- Kualiti dan bekalan bahan mentah, pengurusan inventori yang sistematik

- Penggunaan teknologi yang canggih

- Kelengkapan modal sentiasa berfungsi baik.

Eksternaliti

- kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan barang atau perkhidmatan.

- kesan pada pihak ketiga iaitu selain pengguna dan pengeluar. Tidak dimasukkan dalam harga pasaran.

Kos Sosial

- Kos Sosial= Kos Peribadi + Kos Luaran

- Kos Peribadi: kos nyata sesebuah firma, individu atau kerajaan seperti minyak petrol, insurans.

- Kos Luaran: kesan sampingan negative ditanggung oleh pihak ketiga tanpa pampasan. Contoh: pencemaran alam sekitar, pembebasan asap rokok.

Faedah Sosial

- Faedah Sosial= Faedah Peribadi + Faedah Luaran

- Faedah peribadi: faedah begai seseorang. Contoh, menunggang basikal mempunyai faedah kesihatan

- Faedah Luaran: faedah terhadap pihak luaran. Contoh, berbasikal mengelakkan kesesakan jalan raya.

 

 Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 1:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: