Saturday 28 August 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 8: Pilihan Raya

 BAB 8: PILIHAN RAYA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=kEN5lfsnbsk

8.1 PERKEMBANGAN PILIHAN RAYA DI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

- Pilihan raya merupakan asas berkerajaan sendiri dan memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan.

Pilihan raya di PTM

Diadakan selaras dengan peruntukan dalam perjanjian PTM 1948.

Jawatankuasa Pilihan Raya

Diwujudkan bagi Majlis Mesyuarat Perundangan bagi mengkaji dan membuat cadangan tentang pilihan raya.

Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan

Pada 1950 memberikan kuasa kepada majlis tempatan untuk mengadakan pilihan raya.

Pilihan Raya Majlis Perbandaran yang Pertama di Geoge Town, Pulau Pinang 1951

Untuk memilih 9 ahli Pesuruhjaya Perbandaran George Town. Sebelum pilihan raya, ahli dalam Majlis Perbandaran dilantik oleh Gabenor Negeri-negeri Selat. Hari pendaftaran pemilij diadakan selama 6 minggu mulai 17 Mei hingga 30 Jun 1951. 14514 orang pengundi mendaftar.

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur Februari 1952

Merebut 12 kerusi Majlis Perbandaran Kuala Lumpurbagi kawasan Sentul, Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya. UMNO bahagian KL dan MCA bahagian Selangor bergabung menjadi Perikatan. Pilihan raja majlis perbandaran diadakan pada peringkat bandar lain, UMNO-MCA mendapat kemenangan kerusi yang dipertandingkan.

Pilihan Raya peringkat Negeri 1954

UMNO-MCA memenangi 226 keruusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Hal ini menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap kerjasama kaum dalam politik negara.

8.2 PROSES PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA

- Pilihan Raya Umum Pertama perlu diadakan bagi merintis jalan ke arah kemerdekaan. Pilihan raya memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Pengisytiharan oleh Sir Donald MacGilivray.

Rundingan sebelum pilihan raya umum

- 1 Feb 1954, Jawatankuasa Pilihan Raya dibentuk dengan 46 ahli untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya.

- Dua bentuk penyata susunan MPP dinamakan bentuk A dan bentuk B.

BENTUK A

BENTUK B

Seorang Speaker

Tiga orang ahli yang dilantik

Sebelas orang wakil negeri

20 orang dilantik mewakili kepentingan tertentu

3 orang dilantik mewakili golongan minoriti

2 orang ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi)

60 orang melalui pilihan raya

44 orang melalui pilihan raya. 8 orang tambahan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi

Pilihan raya perlu dilakukan tidak lewat dari November 1954

Tiada tetapan tarikh atau masa tertentu untuk pilihan raya.

 

- Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama Tan Cheng Lock, T.H.Tan dan Dato’ Abdul Razak Hussein pada 21 April 1954 bagi menyatakan hasrat menentukan tiga perlima bilangan anggota MPP dipilih melalui pilihan raya. Dengan pertolongan Lord Ogmore, Tunku Abdul Rahman berjaya bertemu dengan ahli parlimen Parti Buruh British, Parti Konservatif dan Parti Liberal. Tunku Abdul Rahman membuat kenyataan tentang hasrat mereka melalui akhbar kepada rakyat dan ahli parlimen.

- 14 Mei 1954, Tunku Abdul Rahman berjaya berunding dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan British di London. Rundingan tersebut gagal, tetapi disambut meriah oleh penduduk.

- Akhirnya, bilangan ahli MPP yang dipersetujui oleh British dan Parti Perikatan untuk dipilih melalui pilihan raya ialah 52 orang.

Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

26 April 1954

Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan dan berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya

Ogos 1954

Rang undang-undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan

29 Oktober 1954

Pendaftaran pengundi mulai 18 Oktober 1954 di selutuh Tanah Melayu, manakala di Terengganu bermula 29 Oktober 1954.

Syarat Menjadi Pengundi: Warganegara PTM, Umur 21 ke atas, Tinggal di PTM dalam 6 bulan terdahulu.

15 Jun 1955

Penamaan calon. Syarat menjadi calon: warganegara PTM, Umur 21 ke atas, Tinggal di Ptm dalam 12 bulan sebelum hari penamaan. Berpengetahuan dalam BI dan BM.

16 Jun- 26 Julai 1955

Kempen pilihan raya

27 Julai 1955

Mengundi

Selepas 27 Julai 1955

Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi dan dikira.

Pengumuman keputusan.

 

Pilihan Raya Awal di Sarawak

- Pilihan raya tempatan pertama pada 1956 bagi Kuching Municipal Council (KMC). Kuching dibahagikan kepada 9 kawasan(ward). William Tan sebagai pengerusi pertama dan Ong Kee Hui timbalan.

- Pilihan raya Sibu Urban District Council (SUDC) pada 1957, Sibu dibahagikan kepada 9 kawasan. Ting Chew Huat sebagai pengerusi dan John Loo Ling Chong timbalan.

Pilihan Raya Awal di Sabah

- Pilihan raya kerajaan tempatan pertama pada 16 Disember 1962 bawah Local Government Elevtions Ordinance untuk 118 kawasan (ward). Setiausaha Kolonial selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankannya. 202 calon bertanding bagi 118 kawasan. 53 kawasan menang tanpa bertanding.

8.3 PENUBUHAN MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN

- Setelah menang dalam Pilihan Raya PTM 1955, parti Perikatan membentuk Kerajaan Persekutuan.

- Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri PTM yang pertama.

- MPP yang mengubal undang-undang pentadbiran pada peringkat PTM mengalami perubahan bilangan keanggotaannya.

Majlis Perundangan Persekutuan 1948

Majlis Perundangan Persekutuan 1955

52 orang

Ahli tidak rasmi dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu

52 orang

Ahli dipilih melalui pilihan raya

3 orang ex officio

Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha Kerajaan, Penguam Besar Persekutuan

35 orang

Ahli lantikan mewakili kumpulan berkepentingan

9 residen

Residen British dari 9 Majlis Negeri

11 orang

Menteri Besar mewakili negeri

2 orang

Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu P.Pinang dan Melaka

2 orang

Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu P.Pinang dan Melaka

11 orang

Ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan

 

Jumlah 77 orang

Jumlah 100 orang

 

Kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

- Kerajaan diketuai Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri mengambil alih tugas Pesuruhjaya Tinggi British.

- Proses pertukaran dan pembaharuan secara berperingkat dan mengambil masa. Pesuruhjaya Tinggi British masih memegang tampuk kepimpinan peringkat atasan yang menentukan hala tuju negara

- Kuasa pegawai British dipindahkan kepada rakyat tempatan. Namun, masih ada pegawai British sebagai penyelia atau penasihat bidang keselamatan. Sistem Ahli dimansuhkan.

- Keanggotaan MPP menyaksikan perkembangan penting amalan pentadbiran demokrasi di negara kita. Keadaan ini menggambarkan kejayaan Kerajaan Persekutuan yang dibentuk dan dipimpin oleh rakyat tempatan, manakala ahlinya dipilih oleh rakyat.

8.4 PERANAN KABINET PERTAMA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

- Kabinet pertama PTM dibentuk selepas Pilihan Raya Umum1955.

- Ketua Menteri: Tunku Abdul Rahman, berkuasa menubuhkan kabinetnya sendiri

- 10 orang Menteri dan 3 pegawai British dalam Setiausaha Kewangan, Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi dan Setiausaha Pertahanan.

-Selepas mendapat perkenan Raja-raja Melayu, Jemaah Menteri diumumkan rasmi oleh Sir Donold MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British pada 4 Ogos 1955 di King’s House, KL.

NAMA

JAWATAN

Tunku Abdul Rahman

Ketua Menteri

Dato’ Abdul Razak Hussein

Meneteri Pelajaran

Dato’ Sulaiman Dato’ Abdul Rahman

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancang Bandar

Dr. Ismail Abdul Rahman

Menteri Tanah dan Galian

H.S. Lee

Menteri Pengangkutan

Sardon Jubir

Menteri Kerja Raya

V.T. Sambanthan

Menteri Buruh

Leong Yew Koh

Menteri Kesihatan

Ong Yoke Lin

Menteri Pos dan Telefon

Abdul Aziz Ishak

Menteri Pertanian

 

Peranan Kabinet Pertama

- Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam.

- menyambung sistem yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan berasaskan Model Westminster (sistem pemerintahan demokrasi megikut British)

- Mengurangkan kuasa pentadbiran British

- Meminta Kuasa Veto (kuasa penuh kepada pihak tertentu sahaja, kuasa pembatal) Pesuruhjaya Tinggi British

- Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan

- Ketua Menteri: menunaikan mandat daripada rakyat untuk mencapai kemersdekaan

- Menteri Pelajaran: membina bangsa bersatu melalui sistem pendidikan

- Menteri Buruh:  menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan, mengurangkan pengawai Eropah dalam Malayan Civil Service secara berperingkat.

- Menteri Kesihatan: meningkatkan mutu perkhidmatan perubahan dan kesihatan secepat mungkin.

Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 7: Usaha Ke Arah Kemerdekaan

 BAB 7: USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=yctHAiAJSqw

7.1 LATAR BELAKANG IDEA NEGARA MERDEKA

1938

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Pimpinan Ibrahim Haji Yaakob. Berjuan melalui konsep Melayu Raya, persamaan daerah, darah, kebudayaan dan bahasa yang menjadi satu rumpun sama iaitu Melayu. Selepas diharamkan, idea Melayu Raya diteruskan oleh KRIS dan PKMM

1945

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman. Perjuangkan Melayu Raya. Mendaulatkan hak rakyat melalui slogan “Merdeka”

1946

Angkatan Pemuda Insaf (API)

Pimpinan Ahmad Boestaman. Menekankan pemerintahan demokrasi dan keadilan sosial. Risalah Testament Politil API diterbitkan Disember 1946 dengan slogan “Merdeka dengan Darah” menyeru perjuangan secara lembut. Namun, perjuangan akan secara kekerasan jika terpaksa. Pendekatan radikal menyebabkannya diharamkan.

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

Pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, menentang penyerahan kepada British. Ingin berkerajaan sendiri sepeti yang dijanjikan dalam Perlembagaan 1941 oleh Raja Brooke

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

Di Sibu, rela berkorban untuk kemerdekaan Sarawak. Catatan “Merdeka” dalam surat-menyurat menjelaskan gerakannya. Menubuhkan Rukun 13 membunuh gabenor, pegawai British, Datu Melayu yang menyokong penyerahan.

United Malays National Organisation (UMNO)

Dipimpin Dato’ Onn Jaafar, menyatukan orang Melayu. Slogan “Hidup Melayu”, menentang Malayan Union memelihara status quo orang Melayu. 1951, slogan menjadi “Merdeka”.

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

Pimpinan Tengku Noordin, Zakaria Gunn, menuntut Sabah Merdeka. Laungan “Hidup Melayu-Merdeka” dalam penulisan surat Zakaria Gunn kepada ahli PKML.

Malayan Indian Congress (MIC)

Pimpinan John Thivy. Bekerjasama kaum lain menuntut kemerdekaan. Menegaskan kewarganegaraan tunggal kepada yang taat setia kepada Tanah Melayu sebagai tanah air

1947

Hizbul Muslimin

Perhimpunan di Maahad al-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, perak melahirkan Majlis Agama Islam Tertinggi (MATA) diterajui ulama berpengaruh Abu Bakar al-Baqir, Sheikh Fadhlulah Suhaimi dan Sheikh Abdullah Fahim. Melahirkan Hizbul Muslimin bertujuan merdeka sebagai negara Islam. British tidak senang hati, maka diharamkan.

1949

Malayan Chinese Association (MCA)

Pimpinan Tan Cheng Lock, menjadikan Tanah Melayu demokrasi penuh. Berusaha menyatukan masyarakat Cina dan kerjasama dengan kaum lain.

1951

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

Pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi. Membina negara dan bangsa teguh dengan BM sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi yang tunggal. Menuntut merdeka dengan menjalankan hukum Islam

Independence of Malayan Party (IMP)

Pimpinan Dato’ Onn Jaafar melaksanakan idea :Tanah Melayu untuk Malayan”. Selepas 1949, pemikiran kepada perpaduan kebangsaan. Beliau mahu orang Melayu menjadi pemimpin orang bukan Melayu yang turut mempunyai hak politik dan ekonomi.

 

7.2 JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM (CLC)

-CLC  ditubuhkan pada Januari 1949 menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.

- Objektif CLC: mengkaji hubungan kaum secara mendalam, membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian yang adil untuk semua komuniti. Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk di negara ini.

Penasihat

Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara)

Pengerusi

E.E.C.Thuraisingham (wakil orang Ceylon)

Wakil Melayu

Dato’ Onn Jaafar (Menteri Besar Johor/Presiden UMNO)

Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz Dato’ Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak)

Mohd Salleh Hakim ( Ahli Majlis Perundangan Negeri Selangor)

Dr. Mustapha Osman (AJK UMNO)

Zainal Abidin Haji Abas (Setiausaha UMNO)

Wakil Cina

Tan Cheng Lock (Melaka)

Lee Tiang Keng (Pulau Pinang)

C.C.Tan (Singapura)

Yong Shook Lin (Selangor)

Ahli Lain

Roland Braddell (wakil orang Eropad)

L.R.Doraisany Iyer (wakil kaum India)

Dr. J.R.Goonting (wakil orang Serani)

 

Peranan Jawatankuasa Hubunagn Antara Kaum

Politik

Bercadang pilihan raya diadakan pada peringkat majlis bandaran, majlis negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui, kepentingan sah kaum lain diiktiraf

Kedudukan Ekonomi Orang Melayu

Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) pada 1950 tuntutan Dato’ Onn Jaafar. Bantuan ekonomi dan kemajuan luar bandar perlu sebagai tolak ansur terhadap kelonggaran syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu.

Kewarganegaraan Bukan Melayu

Syarat kewarganegaraan dilonggarkan untuk memberi kedudukan politik kepada bukan Melayu dan memupuk semangat patriotik dan tanggungjawab terhadap negara

Pendidikan

Penubuhan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji sistem pendidikan bagi melahirkan pendidikan seragam dan diterima semua kaum.

 

7.3 SISTEM AHLI

- Selepas Perang Dunia Kedua, British menjalankan dasar dekolonisasi. Kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan menyebabkan Dato’ Onn Jaafar meminta tindak diambil.

Pembentukan Sistem Ahli

- Dilaksanakan pada April 1951 hingga Jun 1955 iaitu sebelum pilihan raya MPP diadakan pada Julai 1955. 1951, Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British mengumumkan senarai anggota.

- Sistem Ahli merupakan sistem melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran PTM. Memberikan latihan kepada penduduk tempatan berkaitan pentadbiran negeri sebelum British memberikan kemerdekaan.

- Beberapa orang MPP diberi tanggungjawab terhadap beberapa jabatan. Tiga Portfolio kekal bawah British: Hal Ehwal Rkonomi, Perindustrian dan Perhubungan Sosial, Perumahan dan Kerja Raya.

- 1954, Rombakan Sistem Ahli. Beberapa portfolio diwujudkan dan dijawat warganegara PTM yang menjadi anggota MPP.

Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

Dato’ Onn Jaafar

Ahli Pelajaran

E.E.C.Thuraisingham

Ahli Kesihatan

Lee Tiang Keng

Ahli Pertanian dan Perhutanan

Tunku Yaacob ibni Sultan Abd.Hamid

Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan

Dato’ Mahmud Mat

Ahli Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancang Bandar

Dato’ Nik Ahmad Kamil

Ahli Pengangkutan

H.S. Lee

Ahli Hasil Bumi

Dr Ismail Abdul Rahman

 

Ciri Sistem Ahli

- Ahli bertaraf “Menteri bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi jabatan dan agensi kerajaan.

- Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

- Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang berkaitan jabatannya dalam MPP

- Ahli di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi

- Satu sistem kabinet bayangan terdiri daripada beberapa pegawai pentadbir dan tokoh masyarakat

Kepentingan Sistem Ahli ke Arah Kemerdekaan

- Menyediakan asas penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.

- Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan

- Merupakan proses memupuk perpaduan kam kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum

- Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan penduduk PTM.

7.4 SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Laporan

Cadangan

Kandungan

Laporan Barnes 1951

Menekankan kepentingan sekolah rendah

- Sekolah rendah mengggunakan BM atau BI sebagai bahasa pengantar.

- Sekolah menengah menggunakan BI sebagai bahasa pengantar

Laporan Fenn-Wu 1951

penambahbaikan untuk menjadikan sekonlah Cina sebagai institusi berfaedah

- Sekolah Cina diteruskan secara berasingan bawah sistem kebangsaan

- Pendidikan sekolah Cina berorientasikan Tanah Melayu

Ordinan Pelajaran 1952

Membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan

- 2 jenis sekolah rendah: menggunakan BM dan Bi sebagai bahasa pengantar

-BC dan BT diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah sekiranya terdapat 15 murid kumpulan sama.

- Sekolah Menengah menggunakan BI sebagai bahasa pengantar.

Laporan Woodhead di Sarawak dan Sabah 1955

- Memerkasakan pensisikan peringkat rendah dan menengah

- menitikberatkan kepentingan BI sebagai bahasa pengantar

- Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur

Sarawak

- sekolah menengah menggunakan BI sebagai bahasa pengantar

- menyeragamkan sukatan pelaaran dan peperiksaan

- memperkenalkan buku teks yan berlatarbelakangkan unsur tempata

- memastikan pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah

Sabah

- mempertingkatkan pengajaran BM dna BI di sekolah Cina

- Memastikan BI diajar di sekolah Melayu dan BM diajar di sekolah Inggeris

- menetapkan peperikasaan di sekolah menengah dikendalikan dalam BI

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

- Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak semua bangsa

- Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

- kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan

- Sekolah Umum (rendah) menggunakan BM.

- Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan sama ada BI, BC atau BT.

- BM dan BI dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah

- SMK menggunakan MB sebagai bahasa pengantar, BI menjadi mata pelajaran

 

7.5 PENUBUHAN PARTI POLITIK

Tahun 1940-an

Parti Politik

Tarikh Penubuhan

Pemimpin

Perjuangan

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Oktober 1945

Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishal Haji Muhammad, Ahmad Boestaman

Melahirkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu, menekankan perpaduan, mencapai kemerdekaan memperjuangkan Melayu Raya

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)

1946

Abang Haji Zaini, Abang Haji Openg, Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

Memupuk kesetiaan perpaduan kaum Sarawak, menentang penyerahan, penjenamaan semula PMS yang diharamkan semasa pendudukan Jepun

Angkatan Pemuda Insaf (API)

Februari 1946

Ahmad Boestaman

Menggembleng tenaga pemuda sebagai penggerak perubahan politik, slogan “Merdeka Dengan Darah”

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

Mac 1946

Mohamad Sirat Yaman, Awang Rambli, Rosli Dhoby, Morshidi Sidek

Menentang penjajahan British, menuntut kemerdekaan Sarawak

United Malays National Organisation (UMNO)

Mei 1946

Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman

Menentang MU, Kerjasama kaum lain mencapai kemerdekaan

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

Jun 1946

Tengku Noordin, Zakaria Gunn

Meningkatkan kemajuan sosioekonomi, menuntut Sabah merdeka

Malayan Indian Congress (MIC)

Ogos 1946

John Thivy, K.L.Devasar

Menjaga kepentingaan orang India, memperjuang kemajuan politik bersama kaum lain

Barisan Pemuda (BARIP)

Disember 1946 (Jesselton dan Labuan)

Mandur Syarif, Imam Suhaili Yaakub, Pengiran Ahmad

Menyatukan anak negeri, kerjasama memperbaik keadaan ekonomi dan politik, menuntut keadilan.

Barisan Pemuda Sarawak (BPS)

Jun 1947

Abang Mohd. Kassim Taha, Ahmad Zaidi Adruce

Memperjuang kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri, menentang penyerahan

Malayan Chinese Association (MCA)

Februari 1949

Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin, H.S.Lee

Memelihara kepentingan kaum Cina, kerjasama menentang komunis

 

Tahun 1950-an

Parti Politik

Tarikh Penubuhan

Pemimpin

Perjuangan

Independence of Malayan Party (IMP)

September 1951

Dato’ Onn Jaafar, Tan Cheng Lock

Menyatukan rakyat, kerjasama kaum sebagai dasar penting kemerdekaan

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

November 1951

Haji Ahmad Faud Hassan, Dr. Burhanuddin al- Helmi

Memperjuangkan kemerdekaan penuh, penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu

People’s Progressive Party (PPP)

Januari 1953

Dr. S.Kanapathippilai, Dr. Seenivasagam

Memperjuangkan hak sama semua kaum, keadilan sosioekonomi berasaskan demokrasi berparlimen

Parti Negara

Februari 1954

Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Hamzah Abdullah, Heah Joo Seang, E.E.C.Thuraisingham, P.Ramani

Menuntut kemerdekaan kerjasama semua kaum, satu parti untuk semua rakyat membentuk negara Tanah Melayu

 

Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan

1. Pakatan PUTERA-AMCJA: PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan AMCJA diketuai Tan Cheng Lock bergabung pada Disember 1947. Memupuk perpaduan, melahirkan Perlembagaan Rakyat mencadangkan pemerintahan sendiri, pembentukan Dewan Pemerintahan sendiri, penerimaan satu kewarganegaraan.

2. Persidangan Kebangsaan: Februari 1954 oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz membincangkan pembentukan gabungan parti politik. Disertai IMP, MIC, Persatuan Ceylonese Malay, Persatuan Eurasian Malaya. Menuntut pilihan raya Persekutuan diadakan.

3. Konvensyen Kebangsaan: UMNO, pimpinan Tunku Abdul Rahman dan MCA pimpinan Tan Cheng Lock pada Ogos 1954 membincangkan usaha kemerdekaan dan masa depan. Disertai PAS, Persetian Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Semenanjung. Meluluskan revolusi mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan

4. Pembentukan Parti Perikatan: Oktober 1954, MIC menyertai UMNO dan MCA membentuk Parti Perikatan. Memilih kapal layar sebagai logo melambangkan kesediaan menempuh cabaran dan rintangan.

Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: