Monday 22 March 2021

Nota ringkas dan padat Prinsip Perakauan Tingkatan 4 Modul 3: Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat

 BAB 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

Youtube link: youtube.com/watch?v=dEJR8MN7LTs

3.1 DOKUMEN PERNIAGAAN

- bukti bahawa urus niaga berlaku

- sebagai sumber rekod dalam buku perakaunan

- sebagai rujukan pada masa depan

- menyediakan maklumat tentang sesuatu urus niaga

- sebagai peringatan kepada peniaga tentang hutangnya

Aliran Dokumen Perniagaan

- secara tunai: pesanan belian (drpd pembeli), tunai (drpd pembeli), bil tunai (drpd pembekal)

- secara kredit: pesanan belian (drpd pembeli), invois (drpd pembekal), nota debit / kredit (drpd pembekal), tunai/cek (drpd pembeli), resit (drpd pembekal)

Dokumen Sumber

1. Bil Tunai: bukti belian secara tunai atau cek. Disimpan oleh pembeli (asal), disimpan oleh pembekal (salinan)

2. Keratan cek: keratan di tepi cek yang boleh ditanggalkan.Cek disimpan oleh pembekal.keratan cek Disimpan oleh pembeli.

3. Invois: memaklumkan kepada pembeli tentang hutangnya (pembeli secara kredit). Invois (salinan) disimpan oleh pembekal, invois (asal) disimpan oleh pembeli

4. resit: bukti penerimaan atau pembayaran tunai atau cek (dalam urus niaga secara kredit). Resit asal disimpan oleh pembeli, resit salinan disimpan oleh pembekal.

5. Nota debit: dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli untuk menambahkan jumlah amaun dalam invois. Invois terkurang nilai kerana catatan tertinggal, kesilapan pengiraan, faedah bayaran lewat dikenakan ataupun caj tambahan.

6. Nota kredit: dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli untuk mengurangkan jumlah amaun dalam invois. Invois terlebih caj kerana pembeli memulangkan kotak kosong, memulangkan barang niaga (pulangan jualan), salah pengiraan ataupun komisen dan elaun tambahan

7. makluman debit: dikeluarkan oleh bank kepada pemilik akaun untuk memaklumkan bahawa amaun banknya telah dikurangkan disebabkan bayaran kepada bank ataupun yuran tetap

8. Makluman kredit: dikeluarkan oleh bank kepada pemilik akaun untuk memaklumkan bahawa amaun banknya telah ditambahkan disebabkan dividen diterima, pindahan wang ataupun faedah simpanan tetap.

9. Slip Daftar Tunai: penyata bercetak dikeluarkan daripada mesin daftar tunai apabila pembeli membayar secara tunai (resit biasa semasa membeli-belah di pasar raya)

10. Baucar pembayaran: dokumen dalaman untuk merekodkan urus niaga yang tiada resit ataupun dokumen sumber lain. Hanya disediakan dalam satu salinan sahaja.

11. Slip bank/ Slip pindahan wang/ Slip transaksi : bukti tunai dimasukkan atau dikeluarkan dari bank

12. Memo: dokumen dalaman untuk merekodkan ambilan/ modal/ urusan dalaman. Hanya disediakan dalam satu salinan

Maklumat penting dalam Invois

- Syarat serahan: lazimnya dicatat “angkutan dibayar” iaitu kos angkutan dibayar oleh pembekal

- Diskaun Niaga: diskaun yang diberi untuk menggalakkan pembelian secara pukal

- Diskaun Tunai: diskaun yang diberi untuk menggalakkan pembayaran hutang dengan segera

- K & K di K: Kesilapan dan ketinggalan dikecualikan. Pembekal berhak membetulkan sebarang kesilapan atau ketinggalan dengan nota kredit dan nota debit.

Dokumen Bukan Sumber

- Penyata Akaun: dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli sebagai peringatan tentang baki invois

- Penyata bank: salinan Akaun Semasa pelanggan bank untuk menyemak ketepatan catatan Buku Tunai, mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran melalui bank, mengetahui baki wang dalam Akaun Semasanya.

 

Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4:

Modul 1: Pengenalan kepada Perakaunan

Modul 2: Klasifikasi Akaun dan Persamaan Akaun

Modul 3: Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

Sunday 7 March 2021

Nota ringkas dan padat Prinsip Perakauan Tingkatan 4 Modul 2: Klasifikasi Akaun dan Persamaan Akaun

MODUL 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN AKAUN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=JoCw20VVwLM

PDF LINK KLIK SINI

2.1 KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

Akaun Perdagangan: Jualan bersih (jualan, pulangan jualan/ pelangan masuk) dan kos jualan (belian, belian bersih, pulangan belian/pulangan keluar, angkutan masuk)

Akaun Untung Rugi: hasil, belanja

Penyata Kedudukan Kewangan: aset bukan semasa, aset semasa, liabiliti semasa, liabiliti bukan semasa, ekuiti pemilik

2.2 ITEM SETIAP KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

Hasil

- Hasil operasi: hasil utama daripada aktiviti harian perniagaan, contoh: jualan dan yuran perkhidmatan, komisen diterima, dividen diterima

- Hasil bukan operasi: tidak berkaitan dengan aktiviti harian perniagaan. Contoh: faedah daripada simpanan, dividen pelaburan

- Hasil yang melibatkan penerimaan wang: jualan, komisen, sewa, faedah simpanan

- Hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang: pengurangan peruntukan hutang ragu dan untung atas pelupusan asset

Belanja

- Belanja operasi: belanja dalam aktiviti utama perniagaan. Contoh: gaji, insurans, sewa, kadar bayaran(bil), belanja am, alat tulis, susut nilai

- Belanja bukan operasi: tidak terlibat dalam aktiviti utama perniagaan. Contoh: faedah atas pinjaman, faedah atas overdraf bank, rugi atas pelupusan aset

Aset

Aset semasa

- harta jangka masa pendek, kurang daripada setahun. Kecairan tinggi, mudah ditukar kepada tunai

- Contoh: Akaun belum terima, inventori, tunai, bank, prabayar, komisen belum terima, sewa belum terima

Aset Bukan Semasa

- harta jangka masa panjang, lebih daripada setahun. Kecairan rendah, bukan untuk dijual.

- Contoh: Premis, Kenderaan, Mesin, Perabot, Lengkapan, Alatan pejabat

Liabiliti

Liabiliti Semasa

- hutang yang perlu dijelaskan dalam jangka masa pendek biasanya satu tempoh perakaunan

- Contoh: Akaun Belum Bayar, Overdraf, Belanja belum bayar

Liabiliti Bukan Semasa

- hutang perniagaan yang perlu dibayar balik dalam jangka masa panjang, lebih setahun

- Contoh: pinjaman, gadai janji

Ekuiti Pemilik

- hutang perniagaan kepada pemiliknya

- Modal: disumbangkan oleh pemilik ke dalam perniagaan

- Untung bersih/Rugi bersih: untung bersih ditambah ke dalam modal, rugi bersih ditolak daripada modal

- Ambilan: pemilik mengambil tunai atau barang perniagaan untuk kegunaan sendiri, perlu ditolak daripada modal

2.3 PERSAMAAN PERAKAUNAN

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Aset = Liabiliti + Modal + Untung bersih/ - rugi bersih

Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja

*Rujuk contoh di buku teks m/s 47-53

2.4 CATATAN KONTRA DAN CARTA AKAUN

CATATAN KONTRA

- Mengurangkan baki akaun

Akaun

Catatan Kontra

Aset Bukan Semasa

Susut Nilai terkumpul

Akaun Belum Terima

Peruntukan hutang ragu

Modal/Ekuiti Pemilik

Ambilan

Jualan

Pulangan jualan/ pulangan masuk

Belian

Pulangan belian/ pulangan keluar

 

- Peruntukan hutang ragu bermaksud menganggap akaun belum terima (penghutang kepada perniagaan) tidak akan membayar hutang lagi selepas tempoh panjang tidak menjelaskan hutangnya

Carta Akaun

- kod , senarai nombor dan tajuk bagi semua akaun yang disusun dengan sistematik

- mempunyai sekurang-kurangnya tiga digit.

Contoh:

Kod Item

Nama Akaun

100-199

Aset Bukan Semasa

200-299

Aset Semasa

300-399

Liabiliti

400-499

Ekuiti Pemilik

*Ini merupakan contoh sahaja. Kod item dan akaun bagi setiap kod boleh disusun suka hati penyedia carta akaun


Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4:

Modul 1: Pengenalan kepada Perakaunan

Modul 2: Klasifikasi Akaun dan Persamaan Akaun

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3