MODUL 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN AKAUN
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=JoCw20VVwLM
2.1 KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN
KEWANGAN
Akaun Perdagangan: Jualan bersih (jualan, pulangan jualan/ pelangan
masuk) dan kos jualan (belian, belian bersih, pulangan belian/pulangan keluar,
angkutan masuk)
Akaun Untung Rugi: hasil, belanja
Penyata Kedudukan
Kewangan: aset bukan semasa, aset
semasa, liabiliti semasa, liabiliti bukan semasa, ekuiti pemilik
2.2 ITEM SETIAP
KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN
Hasil
- Hasil operasi: hasil
utama daripada aktiviti harian perniagaan, contoh: jualan dan yuran
perkhidmatan, komisen diterima, dividen diterima
- Hasil
bukan operasi: tidak berkaitan dengan aktiviti harian perniagaan. Contoh:
faedah daripada simpanan, dividen pelaburan
-
Hasil yang melibatkan penerimaan wang: jualan, komisen, sewa, faedah
simpanan
-
Hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang: pengurangan peruntukan
hutang ragu dan untung atas pelupusan asset
Belanja
-
Belanja operasi: belanja dalam aktiviti utama perniagaan. Contoh: gaji,
insurans, sewa, kadar bayaran(bil), belanja am, alat tulis, susut nilai
-
Belanja bukan operasi: tidak terlibat dalam aktiviti utama perniagaan.
Contoh: faedah atas pinjaman, faedah atas overdraf bank, rugi atas pelupusan
aset
Aset
Aset semasa
-
harta jangka masa pendek, kurang daripada setahun. Kecairan tinggi, mudah ditukar
kepada tunai
-
Contoh: Akaun belum terima, inventori, tunai, bank, prabayar, komisen belum
terima, sewa belum terima
Aset Bukan Semasa
-
harta jangka masa panjang, lebih daripada setahun. Kecairan rendah, bukan untuk
dijual.
-
Contoh: Premis, Kenderaan, Mesin, Perabot, Lengkapan, Alatan pejabat
Liabiliti
Liabiliti Semasa
-
hutang yang perlu dijelaskan dalam jangka masa pendek biasanya satu tempoh
perakaunan
-
Contoh: Akaun Belum Bayar, Overdraf, Belanja belum bayar
Liabiliti Bukan Semasa
-
hutang perniagaan yang perlu dibayar balik dalam jangka masa panjang, lebih setahun
-
Contoh: pinjaman, gadai janji
Ekuiti Pemilik
-
hutang perniagaan kepada pemiliknya
-
Modal: disumbangkan oleh pemilik ke dalam perniagaan
-
Untung bersih/Rugi bersih: untung bersih ditambah ke dalam modal, rugi
bersih ditolak daripada modal
-
Ambilan: pemilik mengambil tunai atau barang perniagaan untuk kegunaan
sendiri, perlu ditolak daripada modal
2.3 PERSAMAAN PERAKAUNAN
Aset
= Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Aset
= Liabiliti + Modal + Untung bersih/ - rugi bersih
Aset
= Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja
*Rujuk
contoh di buku teks m/s 47-53
2.4 CATATAN KONTRA DAN CARTA AKAUN
CATATAN KONTRA
-
Mengurangkan baki akaun
Akaun |
Catatan Kontra |
Aset Bukan Semasa |
Susut Nilai terkumpul |
Akaun Belum Terima |
Peruntukan hutang ragu |
Modal/Ekuiti Pemilik |
Ambilan |
Jualan |
Pulangan jualan/
pulangan masuk |
Belian |
Pulangan belian/ pulangan
keluar |
-
Peruntukan hutang ragu bermaksud menganggap akaun belum terima (penghutang
kepada perniagaan) tidak akan membayar hutang lagi selepas tempoh panjang tidak
menjelaskan hutangnya
Carta Akaun
-
kod , senarai nombor dan tajuk bagi semua akaun yang disusun dengan sistematik
-
mempunyai sekurang-kurangnya tiga digit.
Contoh:
Kod Item |
Nama Akaun |
100-199 |
Aset Bukan Semasa |
200-299 |
Aset Semasa |
300-399 |
Liabiliti |
400-499 |
Ekuiti Pemilik |
*Ini
merupakan contoh sahaja. Kod item dan akaun bagi setiap kod boleh disusun suka
hati penyedia carta akaun
Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4:
Modul 1: Pengenalan kepada Perakaunan
Modul 2: Klasifikasi Akaun dan Persamaan Akaun
No comments:
Post a Comment