Friday 2 April 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=okDdDqT2PJc

2.1 MAKSUD NASIONALISME

- perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

- semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara

- gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripda penguasaan orang asing

TOKOH

PENDAPAT

Hans Kohn

Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara dan bangsanya

Professor Willian R.Roff

Kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. Kibat kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu. Ancaman terhadap hak kepentingan Orang Melayu serta faktor ekonomi

Dato’ Onn Jaafar

Menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan Mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu

Dr. Burhanuddin al-Helmi

Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan kuat, iaitu National Fonts menebus, merebut dan merampas kembali hak mutlak bangsa kita

Dr.R.Suntharalingam

Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak bangsa di dunia ini, menuntut kesetiaan ulung individu untuk menubuhkan negara, memindah saulat kepada rakyat

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

Wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka Orang Melayu bersifat ke”Tanah Melayu”an , kesetian kepada raja dalam konteks

Profesor Emeritus Tan Sri Dr.Khoo Kay Kim

Digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mengembalikan kedudukan unggul sebelum merdeka


2.2 PERKEMBANGAN IDEA NASIONALISME DI BARAT

 

Revolusi Keagungan (1688)

Revolusi Amerika (1776)

Revolusi Perancis (1789)

Faktor Perjuangan

-Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat

- Raja James II membelakangkan parlimen semasa mengubal undang

- Penentangan ahli parlimen terhadap pemerintahan raja berkuasa mutlak

- orang Amerika menentang penjajahan British yang tidak melindungi hak penduduk Amerika

- Menentang akta mengena cukai

- Tiada wakit Amerika dalam parlimen

- memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan

- Rosseau menulis The Social Contract mengemukankan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat

Peristiwa

- Raja James II melarikan diri ke Perancs apabila sokongan berkurang disebabkan penentangan disokong oleh Mary II dan suaminya, Raja William of Orange

- Peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa tumpahan darah

- Pemimpin menubuhkan kongres yang diketuai George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British

- Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis Thomas Jefferson

- sasaran terhadap pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan

- golongan ini memonopoli pelbagai keistimewaan

- Raktyat terbeban dengan pelbagai cukai

Pengakhiran Revolusi

Bill of Rights digubal untuk memberi keutamaan kepada parlimen mengubal undangundang dan hak mengutip cukai

- British mengakui kemerdekaan Amerika

- 13 bekas tanah jajahan digabungkan,dinamakan Amerika Syarikat

- Golongan revolusi menggempur penjara Bastile, membebaskan tahanan politik dan mengguling Raja Louis XVI

- membawa kemunculan Republik Perancis


2.3 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

Nasionalisme di India

- Faktor Penentangan: -imperialisme British, Kebangkitan rakyat Dahagi India 1857, Nasionalisme awal ( isu sosioagama), Penubuhan pertubuhan Brahmo Samaj dam Arya Samaj

- Bentuk Penentangan: Pada hujung abad 19, pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelektual. Menubuh pertubuhan politik untuk menyuarakan pandang, Kongres Kebangsaan India (INC), Liga Muslim. Pada awal abad 20, muncul gerakan bersifat keras diketuai nasionalis Bal Gangadhar Tilak, Bipin Chandra Pal. Selepas Perang Dunia Kedua, INC dan Liga Muslim membentuk jawatankusa khas bagi merangka rancangan pembahagian India, iaitu India dan Pakistan.

- Pengakhiran Revolusi: 14 Ogos 1947, Pakistan diumumkan sebagai negara merdeka dengan Muhammad Ali  Jinnah sebagaI Gabenor Jeneral. India mengisytiharkan kemerdekaan apda 15 Ogos 1947. Jawaharlal Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri pertama India

Nasionalisme China

- Faktor Penentangan: Bertujuan mengukuhkan oeradaban China dalam kalangan orang Cina. Akibat ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Menentang campur tangan kuasa Barat.

- Bentuk Penentangan: Penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu (Kerajaan Manchuria) kerana dianggap orang luar, kehilangan mandat, hilang kepercayaan kerana gagal menghalang pengaruh Barat. Gerakan nasionalisme seterusnya bercorak anti-Barat. Br. Sun Yat Sen mempelopori gerakan kebangkitan rakyat, mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat(San Min Chu-i) sebagai ideologi perjuangan iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial. Pinsip tersebut menjadi asas gerakan Revolusi China pada 1911

- Pengakhiran Revolusi: menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

- Faktor Penentangan: Kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam. Akibat diancam oleh imperialisme Barat pada abad 19, pertembungan budaya Eropah-Amerika mengubah budaya dan tradisi tempatan

- Gerakan Islah: gerakan pemullihan Islam, menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam berpandukan al-Quran, Hadis. Memperbaiki kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajahan. dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh

- Gerakan Pan-Islamisme: 1883, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan al-Urwah al-Wuthqa(ikatan yang kuat). Ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan. Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan seruan bangkit menghalang peluasan kuasa Barat. 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyetu umat bangkit bersama empayar Uthmaniyah. Pemerintah Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme ini. Membawa kepada kebangkitan Tok Janggut di Kelantan pada 1915.

Nasionalisme Jepun

- Faktor Penentangan: kesedaran mencapai kemajuan, emngelakkan anacaman imperialisme Barat

- Bentuk Penentangan: Maharaja Mikado Meiji (1868) melancarkan gerakan, menekankan pemodenan mengikut model Barat. Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas. Gerakan meliputi semua aspek menjadikan Jepun negara perindustrian dan kuasa tentera kuat di Asia (abad 20). Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau menjadikan Jepun kuasa imperialisme di Asia

2.4 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Nasionalisme di Filipina

- Faktor Penentangan: menghapuskan penjajahan Sepanyol

- Peringkat Awal: dipimpin oleh Jose Rizal, Andres Bonofacio dan Emilio Aguinaldo. Berbentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal. Menuntut Filipina dijadikan sebahagian Sepanyol yang mempunyai hak sama bangsa Sepanyol. Jose menubuhkan Liga Filipina (1892) untuk mendesak Sepanyol mengubah politik, ekonomi, sosial namun gagal.

- Peringkat kedua: bersifat lebih radikal. Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi. Katipunan menggunakan akhbar alayan untuk menyebarkan idea revolusi. Bonifacio dan Aguinaldo memimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina pada 1896 untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol, namun gagal. Agunaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol dari Pilipina. Namun, pengisytiharan kemerdekaan oleh Aguinaldo pada 1899 tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat. Sebaliknya, Pilipina diletakkan di bawahpenjajahan Amerika Syarikat. Golongan nasionalis menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana. Pendekatan kerjasama membolehkan Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalisme dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina pada 1907. Gerakan menuntut kemerdekaan diteruskan oleh golongan nasionalis sehingga Perang Dunia Kedua.

Nasionalisme di Burma (Myanmar)

- Faktor Penentangan: manifetasi perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan golongan petani menentang imperialisme British

- Peringkat Awal: Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat kerana pengaruh Britiah mengancam kedudukan agama Buddha. Mereka menubuhkan Persatun Belia Buddha pada 1906 untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma. Persatuan tersebut menggunakan isu kasut untuk membangkitkan nasionalisme

- Peringkat kedua: Bersifat radikal selepas dipimpin oleh U Ba Pe. Persatuan tersebut dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan Buddha. Isu berkaitan bangsa Burma mula diperjuangkan. Revolusi pelajar menuntut penubuhan universiti .Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Songha Samagyi dan mencetuskan Pemberontakan Soya San (1930-1932). Pemberontakan diketuai oleh Soya San, iaitu bekas pongyi mendapat sokongan golongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memisahkan Burma dengan India. Perlembagaan tersebut merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami orang Burma) untuk memperjuang kemerdekaan. Pemimpin parti tersebut seperti Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin” (tuan). Mereka menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma. Dr. Ba Maw memenangi Pilihan Raya 1937 dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.

Nasionalisme di Vietnam

- Faktor Penentangan: muncul perubahan sosiopolitik dan sosioekonmi selepas kedatangan Perancis selepas 1918

- Peringkat Awal: dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin. Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja. Kemunculan golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis. Nasionalisme disalurkan melalui akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam.

- Peringkat kedua: Selepas Perang Dunia pertama, gerakan revolusi didukung oleh dua aliran ideologi iaitu nasionalisme dan komunisme. Parti utama ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam, pimpinan Nguyen Thai Hoc, manakala komunis diterajui oleh Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh. VNQDD berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme. VNQDD melancarkan pemberontakan 1930 mengusir Perancis menubuhkan kerajaan republik Vietnam. Memberikan kesempatan Perancis melumpuhkan gerakan dengan menangkap dan hukum bunuh Nguyen Thai Hoc. Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh melalui PKV. September 1945, Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi, Utara Vietnam. Beliau dilantik sebagai presiden pertama, manakala Vietnam Selatan berpusat di Saigon berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat. Gr=erakan diteruskan sehingga Republik Vienam terbentuk pada 1976.

Nasinalisme di Indonesia

- Faktor Penentangan: akibat dasar penjajah Belanda

- Peringkat Awal: berkisarkan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda. Dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini. Perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita. Karya Kartini berjudul Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia.Kesedaran nasionalisme seterusnya lebih tersusun melalui pertubuhan Muhammadiyah. Muhammadiyah mempertahankan agama Islam daripada ancaman sekurialisme Barat.

- Peringkat kedua: bersifat radikal dengan penubuhan parti pollitik yang memperjuangkan kemerdekaan. Parti terlibat ialah Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI) Kepimpinan Soekarno menjadikan PNI sebagai sebuah parti yang berpengaruh. Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar (Sumpah Pemuda). Tiga asas dalam sumpah ialah satu tanah air, satu bangsa, satu bahasa mewujudkan keutuhan negara. Soekarno mempelopori pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia(PPPKI). PPPKI ialah gabungan organisasi dan parti politik Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.

Nasionalisme di Thailand

- Faktor Penentangan: mempertahankan kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan

- Peringkat Awal: dipelopori oleh Raja Thaiand melalui usaha diplomasi dan pemodenan. Raja Mongkut membina hubungan baik dengan British, Amerika dan Perancis.Baginda melaksanakan birokrasi Barat, penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan dalam pentadbiran kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis. Guru dari British dibawa masuk untuk melaksanakan sistem pentadbiran Barat. Membentuk imej Thailand yang bersahabat dengan Barat. Pemodenan diteruskan oleh putera, Raja Chulalongkorn menjadikan Thailand bebas penjajahan kuasa Barat.

- Peringkat kedua: kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh menimbulkan kegelisahan terhadap penguasaan politik kerabat diraja. Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi hai 1932. Revolusi menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan dengan meletakkan raja pada kedudukan tertinggi, tetapi tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan yang dijalankan oleh Perdana Menteri.

- Peringkat Ketiga: beerkisarkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Phibulsongkram meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina dan menggalakkan peribumi terlibat dalam kegiatan ekonomi. Semasa Perang Dunis Kedua, dasar kerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailan tidak dijajah oleh Jepun. Thailand turut memperoleh hak semua terhadap wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu.

2.5 KESEDARAN NASIONALISME DI NEGARA KITA

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah Setelah undur dari Melaka Sultan Mahmus berusaha dapatkan Melaka kembali dengan 3 kali serangan terhadap portugis namun gagal

Perjuangan Sultan Kedah

Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang SHTI, berusaha mendapatkan P.Pinang kembali

Pemimpin tempatan

Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajarela, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong pada hujung abad 19 dan awal abad 20/ Bersifat setempat untuk menuntut kebebasab

Gerakan Islah

Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi

Penulisan kreatif dan akhbar

Zainal Abidin Ahmad(Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub

Pertubuhan sosioekonomi

Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman dan Burhanuddin al-Hemi meneruskan perjuangan dan penyedaran walaupun hadapi kekangan kewangan, halang undang-undang dan pengawasan ketat pemerintah


2.6 FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME

Peranan Agama

Pelajar dari Mesir terdedah kepada Gerakan Islah

Penulisan Kreatif

Hasil sastera nasionalis mengungkap keperitan hidup bangsa dijajah. Menaikkan semangat nasionalisme. Contoh, Melor Kuala Lumpur (Harun Aminurrashid), Cerita Awang Putat(Abdul Rahim Kajai)Puteran Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila (Pak Sako) menyindir penjajah dan mengingatkan anak bangsa akan kebebasan

Media Cetak

Akhbar/majalah penyalur maklumat. Jawi Peranakan (menegur campurtangan British dalam agama Islam di Singapura dan isu BM) Sekola Melayu (bahan pembacaan di sekolah Melayu), Al-Imam,Neracha,Pengasuh (idea pembaharuan), Fajar Sarawak (intelek Melayu mengkritik dasar Brooke di Sarawak)

Sistem Pendidikan

Madrasah al-Attas, Johor Bahru/ Madrasah al-Masyhur, P.Pinang/ Madrasah al’Adrisiyah Kuala Kangsar (menerima idea nasionalisme melalui kunjungan ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat dan pelajar dari Mesir).

Raffles Institutiom Singapura, Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK), aktab Perguruan Sultan Idris (SITC) melahirkan golongan memumpin rakyat menuntut hak mendapat pendidikan, pelajar didedahkan dengan idea tokoh falsafah Islam dan Barat, SITC sebagai medan ilmu dan hasilan karya nasionalisme untuk penyedaran rakyat

Kemunculan golongan Intelektual

Lepasan Timur Tengah: Syed Sheikh al-Hadi

Lepasan Pendidikan Inggeris: Avdul Kadir Adabi, Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Ibrahim Haji Yaakob (menggunakan akhbar/persatuan untuk menyedarkan masyarakat)

Pengaruh Luar dan Serantau

Pan Islamisme (sedarkan umat Islam bersatu menentang ancaman luar), Gerakan Islah (gesa umat buat pembaharuan), Revolusi China(tewaskan Manchuria dan tubuhkan Republik China, Mahatma Gandhi di India (menentang British tanpa kekerasan), Jose Rizal di Filipina, Soekarno di Indonesia


2.7 PERKEMBANGAN NASIONALISME

1. Perjuangan Golongan Intelektual

Intelektual Berpendidikan Agama

 

Kaum Muda menyalurkan idea melalui gerakan Islah. Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha cenderung kepada gerakan Islah ketika menuntut di Timur Tengah. Menubuhkan madrasah sebar fahaman Islah. Membawa kemajuan dan pemodenan sikap dan pentafsiran terhadap Islam, wanita diberi peluang belajar, menyatukan rumpun Melayu, memajukan Islam, menggunakan akhbar Al-Imam, Al-Ikhwan, Neracha, Tunas Melayu.

Intelektual Berpendidikan Inggeris

 

Maktab Melayu Kuala Kangsar melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris. Melatih anak bangsawan agi diserapkan dalam pentadbiran kerajaan. Lepasan menggunakan kedudukan untuk menyuarakan hak mendapat pendidikan. Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Muhammad Eunos Abdullah dan Raja Uda Raja Muhammad sebagai pengawai kerajaan menuntut pembaikan taraf hiup dan peluang pekerjaan orang Melayu dengan cara berbaik-baik dengan British. Akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Utusan Melayu.

Intelektual Berpendidikan Melayu

 

Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) peranan guru seperti O.T Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan, Harul Aminurrashid meniupkan kesedaran p0elajar. Pejabat Karang-Mengarang diketuai Za’ba menghasilkan buku berkualiti dan menjadi pemngkin mengasah bakat pelajar. Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah dan Indonesia mendedahkan pembaharuan dari negara luar. Kurikulum SITC tentang sejarah dan pendedahan keagungan empayar Melayu. Mata pelajaran Anyaman dan kesihatan serta sukan penting. 1929 lahir Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo yang melahirkan persatuan radikal iaitu Kesatuan Melayu Muda.


2. Perjuangan Melalui Penulisan

Akhbar dan Majalah

 

Mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa. Polemik Kaum Muda dan Kaum Tua, isu pentadbiran, ekonomi dan sosial. Syarikat Jelutung Press suburkan penerbitan akhbar. Akhbar Melayu: intelektual Melayu dan Inggeris terlibat dalam perkembangan surat khabar Melayu, Mohammad Eunos Abdullah menerajui Utusan Melayu dan Lembaga Melaya. Akhbar Warta Malaya, Warta Jenaka, Fajar Sarawak, Majlis dan Majalah Guru. Pengarang spt Muhammad Yusof Abdul Hamid, Dato’ Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai. Akhbar Inggeris spt The Malay Mail dan The Malay Tribune. Akhbar Fajar Sarawak ditulis Muhammad Rakawi Yusuf, Muhammad Awi Anang, Muhd Daud Abdul Ghani, Haji Abd Rahman, seruan “fajar telah disinsing, bangunlah wahai bangsaku”menggesa rakyat bangkit menuju kemajuan. Di Sabah, kebanyakan isu pendidikan, tanah bumiputera dan kewangan petani disuarakan oleh Ketua Anak Negeri dalam mesyuarat dan aktiviti pesatuan sosiobudaya.

Akhbar Masyarakat Cina

merangsang pemikiran masyarakat Huachiao (kaum Cina seberang laut) untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita dna menyemai perasaan cinta akan negara China. Akhbar Lat Pau, Modern Daily News dan abad 20, Nanyang Tsung Hui dan Chong Shin Yit Pao. 1930 , Nanyang Siang Pao di P.Pinang.

Akhbar Masyarakat India

memperjuangakn kepentingan politik dan sosial India di negara ini. Akhbar Tamil Nesan dan Tamil Murasu, The Indian dan Indian Pioneer. Tamil Nesan awalnya diterbit oleh peniaga India turut melapotrkan perkembangan India.

Karya Kreatif

 

Novel bertemakan semangat cinta akan negara dan perjuangan membela nasib bangsa: Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek. Puisi bertemakan cinta akan negara: Angan-angan dengan Gurindam oleh Omar Mustaffa, Sedarlaj oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurrashid, Serunai Pujangga oleh Abdul Samad Ahmad. Cerpen bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air: Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Muhammad, Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai, Di Sini Kita Bukanlah Orang Dagang oleh Shamsuddin Salleh.


3. Perjuangan Melalui Persatuan

Kesatuan Melayu Singapura

 

Muncul paling awal 1926, pengasas Mohammad Eunos Abdullah bagi menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran, memperjuang kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan, mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi. Berjaya mendorong penubuhan persatuan negeri lain, dianggotai kakitangan kerajaan, bekerjasama dengan British dan meminta pertambahan peluang pekerjaan

Persaudaraan Saudara Pena (PASPAM)

 

1934, ditubuhkan di Pulau Pinang untuk menggalakkan ahlinya untuk bersatu dan bertukar-tukar pendapat. 1934-1939 giat mengadakan perhimpunan rahunan seluruh Tanah Melayu. Usaha menyatukan pergerangan orang Melayu melalui kongres berjaya menghimpunkan wakil Melayu, Brunei, Labuan dan Sarawak untuk mengutarakan isu kebangsaan. Di Sarawak, Muhammad Rakawi Yusuf pengasas PASPAM cawangan Kuching yang mempunyai hubungan baik dengan KMS. Beliau bersama Johari Anang mengasaskan Persatuan Melayu Sarawak(OMS) 1939. Di Sabah, ramai tokoh bumiputera aktif dalam penulisan sehingga membangkitkan kesedaran tentang pentadbiran. Kesedaran berpersatuan wujud akhir 1930an. Cawangan PASPAM Jesselton, Tawau dan Labuan 1939 meningkatkan kesedaran. Kebanyakan ahli dari guru sekolah Melyau, pegawai rendah kerajaan, peniaga seperti Mohammad Yaakob, Mohammad Shamsudin Osman, Zakarian Gun

Kesatuan Melayu Muda

 

Ditubuhkan Mei 1937, Didaftarkan 1938. Gagasan Ibrahim Haji Yaakob, menggunakan akhbar Majlis. Menentang British dengan mewujudkna satu gagasan Melayu Raya (gabungan Tanah Melayu dan Indonesia). Menyeru orang Melayu “bangun sebagai satu bangsa yang mempunyai tamadun dan kesopanan di tanah airnya”. Dianggap radikal oleh British kerani berani menyuarakan penentangan terhadap kolonial dan membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan akhbar dan majalah

Persatuan Masyarakat Cina

 

Sebelum Perang Dunia 2, masyarakat Cina tertumpu terhadap China. Dr. un Yat Sen berusaha menjalinkan hubungan dengan pemimpin Cina di negara kita melalui lawatan 4 kali bagi mendapatkan sokongan menentang Manchuria. Masyarakat yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat(Cina- Peranakan) memberi perhatian terhadap kebajikan dan perkembangan politik tempatan. Terdapat yang berpendidikan Inggeris spt Tan Jiak Kim menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan(SCBA). 1915 Tan Cheng Lock berusaha menghudupkan SCBA di Melaka, beliau menuntut peluang perkhidmatan.

Persatuan Masyarakat India

 

Persatuan India Taiping dan Persatuan India P.Pinang menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu. 1927 Persidangan India Se-Malaya di KL dan diikuti negara lain membincangkan isu masyarakat India. Malayan Indian Association (MIA) oleh G.V Thaver khususnya bagi golongan India yang dilahirkan di Tanah Melayu. Centrel India ASssociation of Malaya (CIAM) Oktober 1936 bawah pimpinan Dr. A.M Soosay menggabungkan 12 persatuan India,  4 dewan perniagaan mengembangkan idea nasionalisme. Pergerakan disemarakkan lagi dengan lawatan Pandit Jawarhalal Nehru 1937 di Kuala Kangsar.

Persatuan Masyarakat Sikh

 

Terlibat sebagai pasukan keselamatan. Menjadikan berek polis/kuarters kerajaan serta gurdwara sebagai tempat aktiviti. Gurdwara penting bagi Sikh mengembangkan kesedaran plitik anti-British. 1902 Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping menjadi persatuan menjaga kepentingan masyarakat Sikh

Persatuan Masyarakat India Muslim

 

Melibatkan diri dalam perniagaan dan pentadbiran. Contohnya Sir Hussein Hasanal Abdoolcader merupakan ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.


2.8 KESAN PERKEMBANGAN NASIONALISME

Politik

 

- Meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadibiran (bilangan orang Melayu dalam MCS bertambah dari 7 pada 1930 kepada 20 pada 1937

- Dasar desentralisasi oleh British (cuba mengembalikan kuasa sultandan Majlis Mesyuarat Negeri, orang Melayu mula bersuara dan membincangkan soal politik hingga penubuhan persatuan peringkat negeri)

- Nasionalisme di China (kelab bacaan dan pasukan drama ditubuhkan agai masyarakat Cina membaca berita China. 1921 banyak sekolah Cina didirikan menggantikan dialek lain)

- Masyarakat India (1930an dan 1950an muncul masyarakat India, dikenali “the Strait born people” berusaha membentuk identiti sendiri, mementingkan perpaduan)

- Tindakan British (British berhati-hati dan mengadakan sekatan, menangkap dan memenjarakan Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammas dan Ahmad Boestaman di Singapura pada 1941 dan dibebaskan oleh Jepun pada 1942)

Ekonomi

 

- Peranan Kaum Muda: menggesa memajukan diri dalam pendidikan dan ekonomi membangkitkan semangat berniaga, penubuhan persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah di Singapura, menullis rencana berinformasi tentang kepentingan kemajuan

- Pendidikan: British menekankan pendidikan rendah kepada penduduk telah menyuarakan usaha meningkatkan taraf hidup. Za’ba membangkitkan isu ini semasa mengajar di SITC menyedarkan guru pelatih akan kepentingan pendidikan tinggi dan kutikulum bahasa Inggeris

- Peranan akhbar: Tha Malay Mail, The Malaya Tribune mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Disokong oleh Persekutuan Guru-guru Melayu Selangor dan persatuan negeri. Orang melanjutkan pelajaran luar negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tunku Yaakob, Mohd Zain Arrifin

Sosial

 

- Pendidikan: Tuntutan untuk mendapatkan  peluang pendidikan melalui akhbar, majalah dan persatuan mewujudkan kesedaran mencorong penulisan dan menerajui majalah sendiri

- Perguruan: lepasan SITC meningkat dari 58 pada Mac 1924 kepada 141 pada September 1940, berkhimat sebagai guru meningkatkan taraf pendidikan, muncul ramai guru wanita.

- Ibu Zain: guru wanita 1930 di Johor Bahru, menerbitkan majalah Bulan Majalah memuatkan berita kemajuan dan ppendidikan wanita. Mengingatkan wanita kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita. Menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi untuk anak perempuan Melayu Semenanjung

- Masyarakat India dan Ceylon: menubuhkan persatuan kebajikan. E.E.C Thuraisingam (Presiden Malayan Rubber Estate Oener Association) berjaya meningkatkan perusahaan getah pada zaman kemelesetan ekonomi 1920an dan 1930an.

- Masyarakat Cina: meminta British menimbangkan penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerajaan. Tan Cheng Lock (anggota Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat) menuntut British menjaga kebajikan dan menyediakan dana untuk belajar dalam kalangab masyarakat Cina