Tuesday 5 April 2022

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 5 Bab 2: Perlembagaan Persekutuan

BAB 2: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Youtube link:https://www.youtube.com/watch?v=gr4bQfMpLrQ

2.1 LATAR BELAKANG SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan: undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.

Perlembagaan Persekutuan berasaskan nilai tradisi Kesultanan Melayu dan kemudiannya beberapa prinsip undang-undang Inggeris disesuaikan dengann nilai tempatan.

Undang-undang Negeri Melayu

Raja sebagai pemerintah. Rakyat taat setia. Undang-undang dan pemerintahan ditentukan oleh raja. Undang-undang yang wujud pada zaman KMM seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di negeri Melayu lain.

Undang-undang Inggeris

Negeri-Negeri Selat (NNS)

 

British memperkenalkan Charter of Justice yang diambil daripada undang-undang England, Piagam terpilih yang bersesuaian dengan kegunaan NNS diguna pakai seperti Charter of Justice 1807. Melindungi penduduk asal daripada penindasan dan ketidakadilan.

Sarawak

- The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 menggunakan The Common Law of England.

- Ogos 1956, Council Negri (Majlis Negeri) mengandungi 45 orang ahli dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha diberi kuasa membuat undang-undang.

-Majlis Tertinggi dipengerusikan oleh Gabenor turut dianggotai oleh Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara. Perlembagaan Sarawak 1959 memberi kuasa pentadbiran kepada Majlis Tertinggi dan Council Negeri.

Sabah

- Sabah Application of Laws Ordinance 1951.

- Majlis Undangan, Majlis Kerja pada 1950. Majlis Undangan memberi kuasa kepada Gabenor untuk menggubal undang-undang dalam pemerintahannya.

 

2.2 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1877

Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak 1877 dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf menjadi titik tolak. Majlis Negeri Perak menggubal undang-undang Perak. Majlis Negeri lain memainkan peranan sama.

1946

Undang-undang di NNS digubal oleh Majlis Undangan Negeri, NNMB oleh Majlis Persekutuan, NNMTB oleh Majlis Negeri.

1948

Perjanjian PTM 1948 membentuk persekutuan terdiri daripada negeri Melayu, Melaka dan P.Pinang. Kandungan ialah pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan.

1957

Suruhanjaya Perlembagaan PTM (Reid). Perlembagaan PTM 1957 disesuaikan dengan model Westminster berkuat kuasa selepas kemerdekaan, menjadi asas perlembagaan negara.

 

2.3 CIRI UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

CIRI TRADISIONAL

Pemerintahan Beraja

Sultan pemerintah berdaulat dan berkuasa penuh. Yang di-Pertuan Agong pemerintah tertinggi berkuasa mengampun, menangguhkan hukuman dan perlantikan. Raja ketua negeri berkuasa eksekutif dilaksanakan melalui nasihat Majlis Mesyuarat Negeri. Berkuasa mengampun, menangguhkan hukuman, perlantikan.

Agama Islam

Zaman British, raja Melayu tidak perlu menerima nasihat penasihat British. Selepas merdeka, di bawah raja setiap negeri dan Yang di-Pertuan Agong bagi wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja.

Bahasa Melayu

Menjadi lingua franca dan bahasa ilmu. Menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera

Sebelum merdeka, di bawah kuasa raja dan ketua peribumi. Selepas merdeka, dipelihara oleh Yang di-Pertuan Agong

CIRI MODEN

Kerajaan Persekutuan

Satu system kerajaan persekutuan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkuasa dalam bidang tertentu. Sarawak dan Sabah diberi autonomi.

Sistem Demokrasi Berparlimen

Asas demokrasi ialah pilihan raya umum 1955 untuk memberikan kebebasan rakyat memilih wakil pemimpin dan menubuhkan kerajaan. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan menjalankan pilihan raya.

Kewarganegaraan

Sebelum 1948, rakyat dikategorikan sebagai Rakyat Raja dan rakyat British bagi yang lahir di Melaka atau P.Pinang. Kemerdekaan melahirkan kewarganegaraan persekutuan yang sama taraf bagi semua rakyat.


2.4 PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1963 DAN 1965

Pindaan dibuat dengan memasukkan klausa baharu pada bahagian tertentu bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa.

Pindaan Perlembagaan 1963

Struktur Mahkamah Atasan

Mengikut model Mahkamah Tertinggi England membahagikan kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan. 3 buah Mahkamah Atasan (Mahkamah Persekutuan): di PTM, Sarawak dan Sabah serta Singapura. Mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

Menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah. 1963, Ketua Hakim Borneo diwujudkan berpusat di Kuching, Sarawak. 1994, nama jawatan diubah kepada Ketua Hakim Sarawak dan Sabah.

Jawatan Yang di-Pertua Negeri

Sarawak dan Sabah diketuai Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertua Negeri perlu mengikut nasihat Majlis Tertinggi Sarawak dan Kabinet Negeri Sabah.

Pindaan Perlembagaan 1965

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selaku Perdana Menteri membawa usul pindaan perlembagaan yang dinamakan pindaan Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965. Parlimen meluluskan membolehkan Singapura keluar daripada Malaysia, semua perkara perkaitan Singapura dimansuhkan.