Monday 21 June 2021

Nota ringkas dan padat Prinsip Perakauan Tingkatan 4 Modul 4: BUKU CATATAN PERTAMA

 BAB 4: BUKU CATATAN PERTAMA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=A2sNldXN6oE

- Invois, Nota debit, Nota kredit, Memo (kadang-kadang) tidak boleh dimasukkan ke dalam buku tunai

Invois/nota debit (asal) diterima

Jurnal Belian (brg niaga)

Jurnal Am (aset bukan semasa)

Invois/nota debit (salinan) dihantar

Jurnal Jualan (brg niaga)

Jurnal Am (aset bukan semasa)

Nota kredit (asal) diterima

Jurnal Pulangan Belian

Nota kredit (salinan) dihantar

Jurnal Pulangan Jualan

Memo (ambilan/modal tambahan) brg niaga/ aset bukan semasa

Jurnal Am

Memo (ambilan/ tambahan wang)

Buku Tunai

Resit/ Makluman kredit & debit/ Baucar pembayaran/ slip bank/ keratan cek/ bil tunai

 

Jurnal Am

- merekodkan urus niaga jual beli barang bukan niaga secara kredit dan juga butiran berkaitan modal (sumber dokumen: memo)

- Untuk setiap catatan, mesti mempunyai satu debit dan satu kredit

Tarikh

Butir

Fol.

Debit (RM)

Kredit(RM)

 

 

 

 

 

*jangan lupa tahun dan (penerangan)

Jurnal khas/ Jurnal Pulangan

- merekodkan urusan jual beli barang niaga secara kredit (invois)

- Pada akhir bulan, akaun belian/jualan/pulangan akan direkodkan dengan jumlah bulan tersebut.

Tarikh

Butir

Fol.

No. Dokumen

RM

 

 

 

 

 

*Invois tulis jumlah (tolak diskaun niaga, tidak termasuk diskaun tunai)

Buku Tunai

- merekodkan urus niaga secara tunai atau cek. Termasuk ambilan tunai dan penjelasan invois.

- Butir ditulis seperti jualan, belian, sewa dan sebagainya. Bagi penjelasan invois, butir ditulis nama akaun belum bayar/ akaun belum terima.

Tarikh

Butir

D.Beri

Tunai

Bank

Tarikh

Butir

D.terima

Tunai

Bank

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*Diskaun tunai semasa menjelaskan invois dikira dalam diskaun diterima/diberi

*Diskaun niaga tidak dicatat dalam buku catatan

Buku Tunai Runcit

- menggunakan sistem panjar iaitu pada hujung bulan, rekupmen akan diberikan. Contohnya, jika pada awal bulan, wang runcit yang diberi ialah RM300. Pada hujung bulan, baki wang hanya RM50, maka pada awal bulan seterusnya, rekupmen sebanyak RM250 akan diberi.

Tarikh

Butir

Debit

Kredit

Analisis Pembayaran

Alat Tulis

Pos

Belanja Pejabat

Belanja am

Pelbagai

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

- Analisis pembayaran akan diberi dalam soalan. Contohnya: sediakan Buku Tunai Runcit sehingga X dengan menunjukkan lajur Alat Tulis, Pos, Belanja Pejabat dan Pelbagai.

- Segala butiran perlu dimasukkan dalam debit/kredit dan juga analisis pembayaran.

Wednesday 9 June 2021

Nota Ringkas dan Padat Ekonomi Tingkatan 4 Bab 2: Pasaran

BAB 2: PASARAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=wXll4JW-btE

2.1 KESEIMBANGAN PASARAN

HUKUM PERMINTAAN

- Permintaan: keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tetentu dan jangka masa tertentu.

- Permintaan berkesan: permintaan yang disokong oleh kuasa beli (kemampuan)

- Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut dan sebaliknya.

- Permintaan individu: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

- Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah bersifat songsang (negative). Apabila harga meningkat, kuantiti diminta menurun.

- Permintaan pasaran: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

- Keluk permintaan individu lebih curam manakala keluk permintaan pasaran lebih landai kerana keluk permintaan pasaran menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta semua individu. (Jumlahkan semua kuantiti diminta individu untuk membentuk keluk permintaan pasaran)

Penentu Permintaan

1. Harga barang itu: ikut hukum permintaan. Menyebabkan pergerakan sepanjang keluk yang sama.

2. Harga barang lain: Apabila harga barang pengganti menurun, kuantiti diminta menurun. (pengguna membeli barang pengganti) Apabila harga barang penggenap menurun, kuantiti diminta meningkat.

3. Cita Rasa: meningkat permintaan. Iklan dan kesedaran kesihatan mempengaruhi cita rasa masyarakat.

4. Pendapatan: Apabila pendapatan meningkat, permintaan meningkat.

5. Musim: Musim perayaan/ Cuaca panas, permintaan segelintir barang meningkat.

6. Jangkaan Harga Masa Depan: Apabila harga dijangka meningkat, permintaan kini akan meningkat.

7. Dasar Kerajaan: cukai akan menurun kuantiti diminta. Bantuan kerajaan akan meningkat kuantiti diminta.

Perubahan dalam Kuantiti Diminta

- perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk yang sama.

- dipengaruhi oleh harga barang itu.

- ditunjukkan oleh pergerakan ke atas (penguncupan permintaan) kuantiti berkurang, harga meningkat dan pergerakan ke bawah (pengembangan permintaan) kuantiti meningkat, harga menurun.

Perubahan Permintaan

- dipengaruhi oleh factor bukan harga barang itu.

- ditunjukkan melaui peralihan keluk ke kiri (pengurangan permintaan) atau ke kanan (pertambahan permintaan) yang selari dengan keluk permintaan asal

HUKUM PENAWARAN

- Penawaran: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.

- Hukum Penawaran: semakin tinggi sesuatu barang, semakin banyak kuantiti dikeluarkan dan sebaliknya.

- Penawaran Firma: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

- Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah bersifat positif. Apabila harga meningkat, kuantiti ditawar meningkat.

- Permintaan pasaran: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawar oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

- Keluk penawaran firma lebih curam manakala keluk penawaran pasaram lebih landai kerana keluk penawaran pasaran menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawar semua firma. (Jumlahkan semua kuantiti ditawar firma untuk membentuk keluk penawaran pasaran)

Penentu Penawaran

1. Harga Barang Itu: Semakin tinggi harga, semakin banyak ditawarkan

2. Harga Faktor Pengeluaran: peningkatan harga factor pengeluaran menyebabkan kos pengeluaran meningkat, kuantiti ditawarkan menurun.

3. Jangkaan Masa Depan: apabila harga barang dijangkakan meningkat, kuantiti kini ditawarkan berkurang.

4. Cuaca: cuaca buruk merosakkan hasil pertanian menyebabkan kuantiti ditawarkan menurun.

5. Tingkat Teknologi: tingkat teknologi yang cekap meningkatkan penawaran

6. Matlamat Pengeluar: jika firma memaksimumkan jualan, maka penawaran akan meningkat dan harga menurun. Jika firma memaksimumkan keuntungan, maka penawaran menurun dan harga meningkat.

7. Dasar Kerajaan: kenaikan cukai pengeluaran mengurangkan kuantiti ditawarkan. SSubsidi pula meningkatkan penawaran kerana kos pengeluaran menurun.

Perubahan dalam Kuantiti Ditawarkan

- perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk yang sama.

- dipengaruhi oleh harga barang itu.

- ditunjukkan oleh pergerakan ke bawah (penguncupan penawaran) kuantiti berkurang, harga menurun dan pergerakan ke atas (pengembangan penawaran) kuantiti meningkat, harga meningkat.

Perubahan Penawaran

- dipengaruhi oleh factor bukan harga barang itu.

- ditunjukkan melaui peralihan keluk ke kiri (pengurangan penawaram) atau ke kanan (pertambahan penawaran) yang selari dengan keluk penawaran asal

KESEIMBANGAN PASARAN

- Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan

- keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran

- Pasaran langsung: pembeli berdepan dengan penjual apabila menjalankan urus niaga

- E-dagang: segala urus niaga dijalankan secara atas talian

Ketidakseimbangan Pasaran

- Harga lebih tinggi daripada harga keseimbangan: lebihan penawaran kerana pada harga tinggi, permintaan berkurang dan penawaran bertambah. Hal ini mungkin menyebabkan pembaziran berlaku. Harga akan turun dan pengguna akan bertambah permintaan. Pengeluar akan mengurangkan penawaran sehingga keseimbangan pasaran tercapai.

- Harga lebih rendah daripada harga keseimbangan: lebihan permintaan kerana pada harga rendah, permintaan meningkat dan penawaran berkurang, hal ini menyebabkan kekurangan produk dalam pasaran. Harga akan meningkat dan pengguna akan mengurangkan permintaan. Pengeluar akan menambahkan penawaran sehingga keseimbangan pasaran tercapai.

Perubahan Keseimbangan

- Pertambahan Permintaan: keluk permintaan beralih ke kanan, harga dan kuantiti keseimbangan meningkat.

- Pengurangan Permintaan: keluk permintaan beralih ke kiri, harga dan kuantiti keseimbangan menurun.

- Pertambahan Penawaran: keluk penawaran beralih ke kanan, harga keseimbangan menurun, kuantiti keseimbangan meningkat.

- Pengurangan Penawaran: keluk penawaran beralih ke kiri, harga keseimbangan meningkat, kuantiti keseimbangan menurun.

2.2 KEANJALAN HARGA

KEANJALAN HARGA PERMINTAAN

- peratus perubahan dalam kuantiti diminta kesan daripada peritus perubahan harga barang itu.

- Keanjalan harga permintaan (Ed) = peratus perubahan kuantiti diminta(%^Q) ÷ peratus perubahan harga barang (%^P)

- %Q = (kuantiti baharu - kuantiti asal) ÷ kuantiti asal × 100

- %P = (harga baharu - harga asal) ÷ harga asal × 100

- Ed= Elasticity of demand, Q= quantity, P= Price

- Jawapan pengiraan keanjalan harga permintaan mempunyai tanda negative. Tanda negative tersebut menunjukkan hubungan negative antara harga dengan kuantiti diminta (hukum permintaan). Tanda negative tersebut akan dikecualikan semasa menulis jawapan.

- Jika jawapan ialah 2. Maka apabila harga menaik sebanyak 1%, kuantiti diminta akan menurun sebanyak 2%. Jika harga menurun sebanyak 10%, maka kuantiti diminta akan meningkat sebanyak 20%.

Anjal

Tidak Anjal

Ed > 1

Ed < 1

%Q > %P

%Q < %P

Contoh: barang mewah

Contoh: barang keperluan

Keluk permintaan berbentuk landai

Keluk permintaan berbentuk curam


- Contohnya, barang mewah adalah anjal kerana apabila harga jatuh sedikit, pengguna akan membelli dengan banyak, kuantiti diminta akan meningkat dengan banyak.

- Contohnya, barang keperluan tidak anjal kerana walaupun harga menaik secara banyak, namun pengguna tetap beli untuk keperluan hidup.

Penentu Keanjalan Harga Permintaan

1. Jenis Barangan: barang mewah anjal, barang keperluan asas tak anjal.

2. Faktor jangka masa: jangka masa pendek tak anjal kerana sukar mencari barang pengganti.

3. Bilangan barang pengganti: banyak maka anjal, kurang maka tak anjal.

4. Nisbah perbelanjaan dengan pendapatan: semakin besar nisbah semakin anjal.

5. Bilangan kegunaan: banyak kegunaan maka anjal, penggunaan terhad maka tak anjal

6. Ketagihan: tahap ketagihan tinggi tak anjal. Walaupun harga naik, pengguna tetap beli.

7. Ketahanan barang: tahan lama maka anjal kerana boleh simpan. Tidak tahan lama tak anjal.

Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil

- Jumlah hasil= Kuantiti × Harga

- Anjal: penurunan harga boleh meningkatkan jumlah hasil kerana penurunan harga sedikit boleh meningkatkan kuantiti diminta dengan banyak.

- Tak anjal: peningkatan harga boleh meningkatkan jumlah hasil kerana peningkatan harga kurang mempengaruhi kuantiti diminta.

KEANJALAN HARGA PENAWARAN

- peratus perubahan dalam kuantiti ditawarkan kesan daripada peritus perubahan harga barang itu.

- Keanjalan harga penawaran (Es) = peratus perubahan kuantiti ditawarkan(%^Q) ÷ peratus perubahan harga barang (%^P)

- %Q = (kuantiti baharu - kuantiti asal) ÷ kuantiti asal × 100

- %P = (harga baharu - harga asal) ÷ harga asal × 100

- Es= Elasticity of supply, Q= quantity, P= Price

- Jawapan pengiraan keanjalan harga penawaran mempunyai tanda positif. Tanda positif tersebut menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti ditawarkan (hukum penawaran).

- Jika jawapan ialah 2. Maka apabila harga menaik sebanyak 1%, kuantiti ditawarkan akan meningkat sebanyak 2%. Jika harga menurun sebanyak 10%, maka kuantiti ditawarkan akan menurun sebanyak 20%.

Anjal

Tidak Anjal

Es > 1

Es < 1

%Q > %P

%Q < %P

Contoh: barang perkilangan

Contoh: barang pertanian

Keluk permintaan berbentuk landai

Keluk permintaan berbentuk curam

 - Contohnya, barang perkilangan adalah anjal kerana jika harga meningkat, kilang mampu memproseskan barangan untuk ditawarkan.

- Contohnya, barang pertanian tidak anjal kerana walaupun harga meningkat, hasil pertanian tidak dapat ditambah kerana memerlukan masa untuk bercambah.

Penentu Keanjalan Harga Penawaran

1. Tambahan kos: tambahan kos pengeluaran sangat besar maka tak anjal.

2. Faktor masa: jangka masa pendek tak anjal kerana memerlukan factor pengeluaran tertentu.

3. Bilangan firma dalam pasaran: banyak maka anjal, kurang maka tak anjal kerana kurang keluaran

4. Corak penggunaan factor pengeluaran: tak anjal jika sukar diperoleh. Anjal jika mudah diperoleh

5. Mobiliti Faktor Pengluaran: boleh dipindah dengan mudah maka anjal

6. Ketersediaan Stok atau Inventori: anjal jika stok barang banyak membolehkan fima bertindak cepat.

KEPENTINGAN KEANJALAN HARGA

Firma

- meningkatkan hasil (rujuk bahagian Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil)

Kerajaan

- Percukaian: cukai yang dikenakan pada permintaan anjal, beban cukai pengguna adalah lebih kecil daripada pengeluar. Cukai yang dikenakan pada permintaan tak anjal pula, beban cukai pengguna adalah lebih besar daripada pengeluar.

- Hal ini demikian kerana apabila cukai dikenakan, bilangan penawaran akan berkurang, titik keseimbangan akan beralih ke kiri menyebabkan harga berubah. Bagi permintaan anjal, harga berubah sebikit sahaja manakala harga berubah banyak bagi permintaan tak anjal.

- Subsidi: subsidi yang diberi untuk permintaan anjal, subsidi yang dinikmati oleh pengguna adalah lebih kecil daripada pengeluar. Subsidi yang diberi untuk permintaan tak anjal, subsidi yang dinikmati oleh pengguna lebih banyak daripada pengeluar.

- Hal ini demikian kerana apabila subsidi diberikan, bilangan penawaran bertambah, titik keseimbangan akan beralih ke kanan menyebabkan harga berubah. Bagi permintaan anjal, harga berubah sedikit sahaja, manakala harga berubah banyak bagi permintaan tidak anjal.

- Oleh itu, konsep keanjalan harga pentinguntuk menentukan polisi percukaian dan subsidi (cukai pada barangan anjal dan subsidi pada barang tak anjal sebagai keutamaan kerana menguntungkan pengguna)

 Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 1:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: