BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
1.1 Konsep
Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=Od1F_BmoDV8
1.1.1 Takrifan
ilmu ekonomi
- bidang sains social
yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi
kehendak manusia yang tidak terhad.
- Ilmu Ekonomi: cara sebuah isi rumah memperoleh, mengagihkan dan menggunakan pendapatannya untuk memenuhi keperluan dan kehendak sehingga isi rumah tersebut dapat mencapai kepuasan maksimum.
- Ekonomi: peraturan rumah tangga(asasnya), sains kekayaan (zaman klasik), sains kebajikan (neoklasik), sains social yang mengkaji kekurangan dan pilihan (moden)
- Isi rumah: seorang individu, sebuah keluarga atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan berfungsi sebagai satu unit ekonomi.
- Firma: sebuah organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
- Kerajaan: sebuah badan organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang untuk menjaga kestabilan ekonomi, social.
1.1.2 Konsep
Kekurangan dan Pilihan
- Kehendak: keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah. Kehendak sentiasa bertambah dan berubah dari semasa ke semasa, tidak terhad, berbeza antara indibidu dan sukar untuk dipenuhi akibat sumber ekonomi terhad.
- Kekurangan: keinginan manusia yang jauh melebihi apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang terhad
- Masalah pilihan: melibatkan pembuatan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan pengorbanan
1.1.3 Faktor
pengeluaran
- sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
1. Tanah: sumber alam semula jadi
2. Modal: alat ciptaan manusia digunakan dalam pengeluaran
3. Buruh: menyumbang dari segi fizikal dan mental dalam pengeluaran
4. Usahawan: menggabungkan dan menyelaraskan faktor pengeluaran lain dalam proses pengeluaran
1.1.4 Takrif Kos
Lepas
- pulangan yang mungkin daripada barang atau perkhidmatan kedua terbauk yang terpaksa dilepaskan akibat daripada pemilihan sesuatu barangan.
1.1.7 Keluk
Kemungkinan Pengeluaran (KKP)
- keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu.
- Andaian untuk analisis KKP: Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh, ekonomi hanya mengeluarkan 2 jenis barnag, sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap, tingkat teknologi adalah tetap.
- Pengiraan kos lepas: Perubahan unit makanan / perubahan unti pakaian
1.2 Sistem Ekonomi
dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
1.2.1 Masalah Asas
Ekonomi
Masalah Asas Ekonomi |
Penentuan |
Penyelesaian |
Tujuan |
Apa yang hendak dikeluarkan |
Jenis barangan |
Permintaan masyarakat |
- Kehendak individu dipenuhi - Sumber tidak dibazirkan |
Berapa yang hendak dikeluarkan |
kuantiti barangan |
permintaan masyarakat |
- Kuantiti barang mencukupi - Tidak wujud lebihan/kurangan |
Bagaimana hendak dikeluarkan |
cara atau teknik pengeluaran |
harga relative atau teknik pengeluaran yang paling cekap |
- meminimumkan kos pengeluaran |
Untuk siapa dikeluarkan |
Corak pengagihan barangan |
corak agihan pendapatan wang |
Agihan kepada setiap individu atau golongan tertentu sahaja |
1.2.2 Sistem
Ekonomi
- peraturan yang diamalkan oleh sesebuah Negara dalam menguruskan ekonominya.
|
Pemilikan faktor pengeluaran |
Penentu kehendak |
Pembuat pilihan |
Contoh Negara |
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas |
Individu atau pihak swata bebas memiliki , mengguna dan mengubah faktor pengeluaran. Pihak kerajaan tidak campur tangan. Undang-undang dan peraturan ditetapkan. |
Pengguna dan pihak pengeluar berhak membuat keputusan ekonomi , pengeluar bebas memperuntukkan faktor pengeluaran untuk memperoleh keuntungan maksimum. |
Individu bebas membuat pilihan belian barangan. Pengeluar bebas dalam pemilikan dan penggunaan faktor pengeluaran. Pengeluar dan pihak firma bebas memilih teknik pengerluaran. |
Amerika Syarikat Hong Kong |
Sistem Ekonomi Campuran |
Individu atau pihak swata bebas memiliki , mengguna dan mengubah faktor pengeluaran.Kerajaan memiliki faktor pengeluaran tertentu dan mengawal pemilihan faktor pengeluaran melalui undang-undang. |
Pengeluar dan pengguna berhak membuat keputusan ekonomi, mempunyai kuasa menentukan corak permintaan. Pengeluar bebas bersaing. Kerajaan membuat keputusan dan mengeluarkan barang awam. |
Individu bebas membuat pilihan pembelian barangan. Pengeluar bebas memilik dan mengguna faktor pengeluaran. Kebebasan individu dan pihak swasta dikawal oleh kerajaan melalui undang. Kerajaan memilih teknik pengeluaran. |
Malaysia, Thailang, Singapura |
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat |
Semua faktor dimiliko secara mutlak oleh kerajaan. Individu dan pengeluar tiada kebebasan memiliki dan mengguna faktor pengeluaran. |
Segala keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan melalui badan perancangan pusat yang ditubuhkan. Badan perancangan pusat merancang dan mengawal peruntukan faktor pengeluaran serta corak agihan barang . |
Individu tiada kebebasan memilih brangan yang ingin dibeli. Pengeluar tiada kebebasan pemilikan dan penggunaan faktor pengeluaran. Penggunaan faktor pengeluaran ditetapkan oleh badan perancangan pusat. |
Cuba Korea Utara |
Kelebihan dan
Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Kelebihan
1. Kepuasan individu dan masyarakat dapat dimaksimumkan
2. Kebebasan yang luas untuk melakukan kegiatan ekonomi
3. Kecekapan dalam penggunaan sumber
4. Menggalakkan perkembangan teknologi dan inovasi
Kelemahan
1. Mewujudkan masyarakat materialistic
2. Mewujudkan ketidakstabilan ekonomi
3. Agihan pendapatan yang tidak setara
4. Mewujudkan kuasa monopoli korporat besar
5. Kesan luaran negative
Kelebihan dan
Kelemahan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Kelebihan
1. Agihan pendapatan yang seimbang
2. Barang awam dan kebajikan masyarakat diutamakan
3. Peruntukan sumber kea rah kebajikan rakyat
4. Pengeluaran secara berskala besar
Kelemahan
1. Pilihan individu terhad
2. Kurang motivasi dan insentif bekerja kuat
3. Keusahawanan individu terhad
4. Risiko kesilapan dalam membuat keputusan
Tujuan campur
tangan kerajaan dalam ekonomi
1. Membekalkan barangan awam
2. Menstabilkan ekonomi
3. Merapatkan jurang pendapatan
4. Mengurangkan kesan eksternaliti
5. Mengawal harga barang dan perkhidmatan
6. Melaksanakan program ekonomi awam
1.2.3 Penyelesaian
Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
Masalah Asas Ekonomi |
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas |
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat |
Sistem Ekonomi Campuran |
Apa yang hendak dikeluarkan |
Mekanisme pasaran |
Kerajaan |
Barang ekonomi: melalui mekanisme pasaran Barang awam: oleh kerajaan |
Berapa yang hendak dikeluarkan |
Jumlah permintaan dan penawaran di pasaran atau mekanisme pasaran |
Kerajaan |
Barang ekonomi: melalui mekanisme pasaran Barang awam: mengikut keperluan rakyat |
Bagaimana hendak dikeluarkan |
Cara yang paling cekap (meminimumkan kos pengeluaran atau memaksimumkan untung) |
Kerajaan |
Barang ekonomi: cara yang dapat memaksimumkan untung Barang awam: cara yang dapat memaksimumkan kebajikan rakyat |
Untuk siapa dikeluarkan |
Corak agihan pendapatan wang atau kuasa beli individu |
Kerajaan |
Barang ekonomi: corak agihan pendapatan wang Barang awam: untuk semua masyarakat |
1.2.4 Ekonomi
Islam
Ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi campuran yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Segala aktiviti dan keputusan ekonomi haruslah berdasarkan syariat Islam.
Ciri-ciri Utama
Ekonomi Islam
1. Sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam
Matlamat ekonomi Islam adalah untuk mencapai al-Falah iaitu mencapai keseimbangan antara kebahagian individu dan masyarakat di dunia dan akhirat.Segala kegiatan ekonomi berlandaskan syariat Islam dianggap sebagai ibadah dan diberi ganjaran pada hari akhirat.Pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk umat dan aktiviti ekonomi yang dijalankan mencerminkan keseluruhan hidup Islam. Aktiviti ekonomi yang tidak halal adalah diharamkan sama sekali
2. Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu
Individu dan pihak swasta bebas mencari dan memiliki kekayaan asalkan tidak bertentangan dengan hokum Islam. Pengguna dan pengeluar berhak membuat keputusan ekonomi. Pengguna bebas memilih barang, perkhidmatan dan pekerjaan yang halal. Pengeluar bebas bersaing. Kerajaan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang-undang.
3. Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat
Kepentingan awam adalah lebih diutamakan. Kerajaan membuat keputusan ekonomi dalam pengeluaran barang awam. Sasaran pengeluaran adalah untuk semua masyarakat. Setiap individu dijamin memperoleh barang keperluan asas. Prinsip kesederhanaan amat dipentingkan. Individu yang cukup syarat dikehendaki membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan kurang kemampuan.
No comments:
Post a Comment