Friday, 8 January 2021

Nota Ringkas dan Padat Geografi Tingkatan 2 Bab 7: Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia

 BAB 7: KEPELBAGAIAN IKLIM DAN PENGARUHNYA TERHADAP KEGIATAN MANUSIA DI ASIA

Yourube Link: https://www.youtube.com/watch?v=z_hH9XT0MIc

ZON SEJUK (65°U-90°U)

Iklim Tundra

- mengalami musim sejuk yang panjang dan melampau

- Kawasan: di sepanjang pantai utara Asia, terutamanya pantai utara Siberia yang terletak dalam lingkungan Garisan Artik

- Suhu: min -14°C, Musim panas jangka masa pendek, Mei hingga Ogos, sederhana sejuk dengan suhu kurang 10°C. Musim sejuk panjang 8 bulan, bawah takat beku, -32°C hingga -5°C. Julat suhu tahunan 42°C.

- Angin: Angin Baratan membawa hujan maksimum musim panas. Ribut salji sering berlaku, kelajuan 200km sejam

- Hujan: 250mm hingga 300mm. Kebanyakan turun pada musim panas dalam bentuk hujan perolakan. Kerpasan turun bentuk salji musim sejuk.

- Pengaruh iklim tundra terhadap kegiatan manusia

Perikanan

Ikan ditangkap untuk keperluan sendiri, sumber protein penduduk.

Siberia (utara)

Musim panas, menangkap ikan paus, salmon. Menangkap Ikan paus menggunakan harpoon

Pemburuan

Membekalkan daging sumber makanan, kulit membuat kayak, khemah, pakaian. Tulang: rangka khemah, lemak menyalakan pelita, memanaskan iglu.

Siberia(utara)

Pekerjaan Eskino berubah ikut musim. Musim sejuk buru walrus (singa laut), serigala, rusa kutub (karibu)


ZON IKLIM SEJUK SEDERHANA (45°U-65°U)

Iklim Laurentia

- iklim sejuk sederhana pantai timur atau iklim monsun sejuk sederhana

- Mengalami empat musim: musim bunga, panas, luruh, sejuk

- Kawasan: China (utara), Korea Utara, Jepun(utara)

- Suhu: min 9°C hingga 17°C, Musim sederhana panas dan singkat, antara 21°C hingga 26°C Suhu musim sejuk -6°C hingga 10°C, panjang dan kering. Julat suhu tahunan 20°C hingga 30°C.

- Angin: Arus sejuk merendahkan suhu di kawasan pantai Jepun, China, Korea Utara, Siberia

- Hujan: 500mm-1000mm. Turun sepanjang tahun, lebih banyak musim panas, salji turun musim sejuk. Hujan maksimum dibawa oleh angin Monsun Tenggara pada musim panas

- Pengaruh iklim tundra terhadap kegiatan manusia

Perikanan

Untuk pasaran tempatan, luar negara

Pantai Jepun Hokodate, Wakkanai, Kushino, pelabuhan Jepun utama

Pantai Jepun di persimpangan arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio yang menggalakkan pertumbuhan plankton. Laut Jepun kaya hasil laut. Dijalankan pada musim panas dan bunga.

Pertanian

Pengeluaran makanan untuk penduduk tempatan

Hokkaido Jepun, Dataran Manchuria, China, Korea Utara

Suhu panas 20°C, sejuk 10°C sesuai penanaman gandum, kentang, sayur-sayuran, buah-buahan. Hujan 1000mm menggalkkan pertumbuhan tanaman

 

ZON PANAS SEDERHANA

Iklim China

- iklim monsun panas sederhana atau iklim panas sederhana pantai timur

- Mengalami empat musim: musim bunga, panas, luruh, sejuk

- Kawasan: China (tengah dan selatan), Korea Selatan, Jepun Selatan, Taiwan Utara

- Suhu: min 15°C, Musim panas: sederhana panas 28°C(Mei-September) musim sejuk: sederhana sejuk dan kering 5°C (Oktober hingga AprilJulat suhu tahunan >25°C.

- Angin: Angin Monsun Tenggara tiup ke kawasan tekanan rendah pada musim panas dan membawa hujan lebat. Akhir musim panas, China (selatan), HK dan Taiwan mengalami ribut taufan kerana siklon tropika bertiup dari Lautan Pasifik

- Hujan: 508mm-1520mm, hujan turun dalam bentuk hujan siklon

- Pengaruh iklim tundra terhadap kegiatan manusia

Pertanian

Padi, gandum sumber makanan

Padi: lembah Sg. Yang Tze

 Teh: bukit antara lembangan Chang Jiang, Xi Jiang

Gandum: Dataran China Tengah

Musim panas 28°C hujan >1000mm sesuai padi, dijalankan musim hujan. Gandum, teh kawasan suhu sederhana panas, 16°C-18°C

Penternakan

Pengeluar, pengguna utama. Permintaan tinggi dalam daging, susu segar kerana menggalakkan peningkatan taraf kesihatan

Kawasan penternakan utama: Shanghai Bright, Inner Mongolia Yili, Shijizhuang Sanlu

Kawasan penternakan ayam: Shandong

Kawasan penternakan khinzir:Hunan, Henan, Shandong, Anhui

Musim panas 28°C, sejuk 5°C sesuai penternakan lembu. Dijalankan di kaki bukit suhu lebih sejuk. Suhu dingin menggalakkan pertumbuhan rumput untuk makanan ternakan.

Iklim Mediterranean

- Kawasan: Turki, Lubnan, Syria

- Suhu: Musim panas sederhana 20°C-24°C musim sejuk sederhana 6°C- 10°C

- Hujan: hujan tahunan 275mm-900mm

Iklim Steppe

- Kawasan: Rusia (selatan), Mongolia

- Suhu: Musim panas 21°C musim sejuk -10°C- 0°C

- Hujan: hujan tahunan 500mm, ribut salji musim sejuk

ZON IKLIM PANAS

Iklim Gurun Panas

- Kawasan: Gurun Arab, Arab Saudi, Iraq, Oman

- Suhu: min 25°C, Musim panas sangat 32°C hingga 36°C Suhu musim sejuk sederhana 16°C .Julat suhu tahunan 17°C hingga 20°C. Cuaca waktu siang panas(40°C) kerana kekurangan litupan awan yang menyebabkan pancaran matahari terus ke Bumi. Cuaca waktu malam sejuk (5°C), langit tidak berawan, haba dibalikkan ke atmosfera dengan cepat.

- Angin: Angin Timuran kering dari kawasan darat, tidak membawa hujan

- Hujan: jumlah hujan tahunan <250mm, mewujudkan keadaan gersung (sangat kering)

- Pengaruh iklim tundra terhadap kegiatan manusia

Pertanian

Pokok kurma secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya

Ladang kurma wilayah Qasim, Arab Saudi

Kurma ditanam di kawasan oasis secara ladang, dapat tumbuh pada suhu 7°C-40°C

Penternakan

Unta, kambing, biri-biri, lembu diternak untuk daging, susu, kulit dan bulu

Ladang ternakan unta:Hudaibiyah, Arab Saudi. Ladang ternakan lembu: Gurun Arab

Hujan kurangmenyebabkan rumput, semak semun, tumbuh renek dan jarang. Dijadkan makanan ternakan seperti unta, lembu, kambing

 

Iklim Khatulistiwa

- panas lembap sepanjang tahun

- Kawasan: Malaysia Singapura, Brunei Darussalam

- Suhu: min 27°C, hujan melabihi 2600mm

Iklim Steppe

- mengalami musim kering dan lembap yang nyata

- Kawasan: India, Laos, Myanmar, Thailand

- Suhu: Min 24°C- 27°C , hujan 1000mm-2000mm

 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Skala dan Jarak

Nota Bab 2: Peta Topografi

Nota Bab 3: Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim

Nota Bab 4: Cuaca dan Iklim di Malaysia

Nota Bab 5: Pengangkutan di Malaysia

Nota Bab 6: Telekomunikasi di Malaysia

Nota Bab 7: Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia

Nota Bab 8: Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia 

Nota Bab 9: Pemanasan Global

Nota Bab 10: Teknologi Hijau

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 

1 comment: