Monday, 4 January 2021

Nota Ringkas dan Padat Geografi Tingkatan 2 Bab 4: Cuaca dan Ikim di Malaysia

BAB 4: CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=GM0Mp0Yl_xM

4.1 Jenis dan Ciri Iklim di Malaysia

Iklim Khatulistiwa

- panas dan lembap sepanjang tahun

- garisan lintang 0° hingga 10°U dan 0° hingga 10°S Garisan Khatulistiwa

Suhu

- tinggi, hampir sekata

- min suhu 27°C, julat suhu tahunan kecil, 1°C hingga 3 °C, julat suhu harian besar, 5°C hingga 10°C hampir pantai, 8°C hingga 12°C di kawasan pedalaman

Hujan

- jumlah hujan tahunan kira-kira 2600 mm. Taburan hujan tidak sekata dipengaruhi bentuk muka bumi dan tiupan angin monsun. Hujan maksimum semasa peralihan monsun, hujung bulan Mac hingga awal Mei dan Oktober hingg pertengahan November2.

- Hujan tahunan tertinggi: cerun bukit kawasan pedalaman Sarawak (>5000mm), cerun bukit menghadap angin lembap mengalami hujan lebih banyak

- Hujan paling sedikit: Kuala Pilah (<1500mm), kawasan lindungan hujan

- Hujan perolakan: permukaan dipanaskan , air tersejat, wap air terbentuk, udara panas, wap air naik ke paras yang tinggi (atmosfera), udara menjadi sejuk dan mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air, membentuk awan komulonimbus, hujan lebat turun pada lewat petang disertai kilat dan petir.

- Hujan bukit: udara lembap naik ke cerun bukit dari laut kerana dihalang oleh tanah tinggi, udara menjadi sejuk, proses pemeluwapan wap air menjadi titisan air lalu membentuk awan. Udara enjadi sejuk, proses pemeluwapan wap air menjadi titisan air lalu membentuk awan, hujan bukit turun di kawasan tanah tinggi yang menghadap udara lembap. Cerun yang terlindung menerima hujan yang sedikit dikenali kawasan lindungan hujan.

Angin

Angin monsun

- Angin monsun Timur Laut: awal bulan November hingga Mac, dari pedalaman Benua Asia, merentasi Laut Cina Selatan dan sampai di Malaysia membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan barat Sarawak, pantai utara dan timur Sabah.

- Angin monsun Barat: dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September, dari benua Australia, merentasi Lautan Hindi dan sampai di Malaysia membawa hujan sederhana lebat ke Malaysia, dihalang oleh tanah tinggi Sumatera.

- Angin Sumatera (skual) : bulan April hingga Mei, September hingga Oktober dari Sumatera, tiup kencang tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh ke pantai barat Semenanjung terutam adari Pelabuhan Klang hingga Johor Bahru, membawa hujan lebat disertai kilat dan petir.

Angin Tempatan

- Bayu laut: berlaku pada waktu siang di kawasan berhampiran pantai kerana tekanan udara di permukaan laut aalebih tinggi daripada tekanan udara di daratan, udara bergerak dari laut yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah.

- Bayu darat: berlaku pada waktu malam di kawasan berhampiran pantai kerana tekanan udara di daratan lebih tinggi daripada tekanan udara di permukaan laut, udara bergerak dari daratan yang bertekanan tinggi ke permukaan laut yang bertekanan rendah.

4.2 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia

Pertanian

- Padi ( Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelatan), Kelapa sawit (Segitiga Jengka Pahang, Lahad Datu), Lada Hitan (sekitar Kuching dan Sri Aman)

- 18°C-21°C di tanah tinggi sesuai untuk tanaman teh, sayur, bunga, buah-buahan hawa sederhana

- Cameron Highlands di Pahang dan Kundasang di Sabah

Pembalakan

- suhu tinggi dan hujan banyak menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika, pokok kayu keras seperti cengal, meranti, keruing menggalakkan pembalakan. Pembalakan sukar dijalankan pada musim tengkujuh kerana jalan licin dan terdedah kepada bahaya tanah runtuh.

Perikanan

- musim tengkujuh (Tiupan angin monsun Timur Laut), nelayan di timur Semenanjung tidak turun kerana keadaan Laut Cina Selatan bergelora, melakukan aktivit membaiki jala dan pukat.)

- barat Semenanjung menangkap ikan sepanjang tahun. Selat Melaka terlindung daripada angin Monsun oleh Banjaran Titiwangsa dan Monsun Barat Daya oleh Sumatera. Aktiviti jemur ikan dilakukan semasa cuaca panas

Pelancongan

- Iklim Khatulistiwa menarik pelancong, kawasan tanah tinggi bersuhu sederhana dan nyaman, suhu air laut 20°C hingga 3 °C menggalakkan pertumbuhan batu karang dan aktiviti menyelam skuba

- Pantai Damai(Sarawak), Pulau Redang (Terengganu), Pulau Sipadan ( Sarawak)

4.3 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia

Kesan Rumah Hijau

- peningkatan suhu bumi akibat banyak haba terperangkap dalam atmosfera bumi yang boleh mengakibatkan perubahan iklim, sebahagian haba akan dipantulkan ke angkasa lepas. Gas rumah hijau penting untuk mengekalkan suhu bumi tetapi kita meningkatkan pelepasan gas ini ke atmosfera.

- Punca: pelupusan sampah, pembakaran bahan api fosil, pembakaran sisa pertanian, kegiatan pembalakan pembakaran hutan

Pulau Haba

- suhu kawasan tepu rapat bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan sekitarnya, menyebabkan keselesaan penduduk di bandar terjejas kerana keadaan suhu tinggi

- Punca: kesesakan jalan raya, pelepasan bahan pencemar, kekurangan tumbuh-tumbuhan, bangunan konkrit dan permukaan berturap memerangkap haba.

Hujan Asid

- hujan yang mengandungi kandungan asid lemah nilai pH kurang daripada 5.6. Gas sulfur dioksida, karbon dioksida, nitrogen oksida terlarut dalam wap ait dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Wap air membentuk awan dan hujan.

- Kesan: memusnahkan tanaman, melunturkan cat, menjejaskan kualiti air, mengancam kesihatan manusia

Jerebu

- zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi

- Punca: letusan gunung berapi, pembakaran bahan api fosil, pembakaran hutan, pembakaran terbuka

- Kesan: mengurangkan jarak penglihatan, mengganggu pertumbuhan tanaman, masalah kesihatan, menjejaskan aktiviti pengangkutan

4.4 Perubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia

Fenomena El Nino

- pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa

- Keadaan normal: angin Timuran bertiup dari Timur Lautan Pasifik ke barat Lautan Pasifik dan membawa hujan lebat ke Asia Tenggara, Australia dan Papua New Guinea.

- Semasa El Nina: tiupan angin Timuran lemah disebabkan tekanan udara rendah. Angin Timuran digantikan oleh angin Baratan bertiup ke Timur Lautan Pasifik

- mengakibatkan negara di barat Lautan Pasifik mengalami kemarau, negara di timur mengalami hujan lebat. Berlaku dalam tempoh 6 hingga18 bulan pada pertengahan tahun, kemuncak pada akhir tahun, lemah menjelang awal tahun

Fenomena La Nina

- penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik.

- mengakibatkan pembentukan awann tebal dan hujan lebat. Memberi kesan kepada negeri di timur Semenanjung, Sabah, Sarawak terutama ketika monsun Timur Laut.


 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Skala dan Jarak

Nota Bab 2: Peta Topografi

Nota Bab 3: Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim

Nota Bab 4: Cuaca dan Iklim di Malaysia

Nota Bab 5: Pengangkutan di Malaysia

Nota Bab 6: Telekomunikasi di Malaysia

Nota Bab 7: Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia

Nota Bab 8: Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia 

Nota Bab 9: Pemanasan Global

Nota Bab 10: Teknologi Hijau

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 

5 comments: