Saturday, 30 January 2021

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 2 Bab 6: Kesultanan Johor Riau

BAB 6: KESULTANAN JOHOR RIAU

Youtube Link: https://www.youtube.com/watch?v=2M-R6b0fiQw

6.1 PENGASASAN KESULTANAN JOHOR RIAU

- Diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka, mewarisi sistem pemerintahan, pentadbiran, wilayah jajahan takluk dan naungannya. Tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal Alam Melayu.

1. Pengasasan Kerajaan

- Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah, gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564)

- Bendahari Seri Nara Diraja menghimpun rakyat membuka negeri di pesisir Sungai Johor

2. Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua

- semasa Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (1528)

- terletak berhampiran sungai lebar dan dalam memudahkan keluar masuk kapal

- Kawasan berbukit bukau menjadi bentang pertahanan daripada ancaman luar

- diserang Portugis 1535

3. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang

- Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur ke sini

- selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai sempit

4. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama (Tanjung Batu)

- semasa Sultan Alauddin Riayat Shah (1540)

- di Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang

CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN

1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis (Perang Tiga Segi/ Perang Seratus Tahun)

- untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka

- berakhir apabila Johor memberikan bantuan Belanda mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka (1641). Acheh mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani.

- Acheh menyerang Johor kerana perdagangan Acheh tergugat; Johor menyerang Portugis kerana hendak merampas semula Melaka; Acheh menyerang Portugis kerana Portugis hendak menguasai perdagangan Acheh; Portugis menyerang Johor kerana adanya pakatan Johor, Acheh.

2. Perang Johor-Jambi

- Johor menuntut Tungal daripada JambiKrisis peperangan berlaku dari 1659 Ke 1679.

-Johor menyerang Jambi bulan Jun 1679.Jambi tewas dan tanduk bawah kuasa Kesultanan Johor Ria yang berpusat di Rlau.

3. Konflik Pembesar

- antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai peerintahan

- berakhir dengan pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu

- Keturunan Bendahara berpengaruh pemerintahan. Tun Habib meningaal dunia dan dikenali Bendahara Padang Saujana. Bendahara digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil

4. Ancaman Raja Kechil

- menyerang Johor (1718) menuntut takhta kerajaan Johor. Mendakwa diri sebagai puteraa Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud mangkat dijulang) (1685-1699) dan mengisytiharkan diri sebagai Sultan Johor Riau dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah.

- Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV minta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil.

- dapat dikalahkan (4 Oktober 1722) Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (17222-1760). Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yantuan Muda Bugis yang pertama di Johor.

STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

1. Pemindahan Kota Pemerintahan

- sebahagian besar terletak di pesisir Sungai Johor

- Sultan Ibrahim (1677-1685), kegemilangan diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang menjadi pusat pemerintahan baharu.

- sering berpindah disebabkan keperluan strategi ketenteraan dan pertahanan serta muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh.

2. Membina Kota Pertahanan

- sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan, bentuk dan ciri tersendiri

- Kota Kara: terletak di Kuala Sungai Telor, pagar dibuat dengan pancang kayu besar 40 kaki (12meter), diperkuatkan dengan bedil dan meriam

3. Menjalinkan hubungan dengan Belanda

- hubungan bermula pada 1602 apabila Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II (1597-1615) untuk melindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh.

- Perjanjian ditandatangani (17Mei 1606) antara Admiral Belanda, Cornelis Matelif de Jonge dan Sultan Alauddin Riayat Shah II di atas kapal Belanda bernama Oranje.

- Belanda meminta bantuan untuk menyerang Melaka.

- Johor: membantu pengangkutan peralatan perang, menggali parit kubu, menyekat musuh lari ke dalam hutan, membuat tapak meriam, menaikkan semangat tentera Belanda

- membantu Belanda mengepung dan menyerang Portugis di Melaka (2 Ogos 1640)

- Portugis berjaya ditewaskan pada Januari 1641

6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU

PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL

1. Kedudukan Strategik

- Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar, Panchor mudah dimudiki kapal besar kerana S.Johor lebar, dalam

- Lokasi di selatan Melaka mengawal lalu lintas kapal dagang Timur dan Barat

- Pelabuhan Riau di persimpangan maritim menjadi tumpuan pedagang luar berurus niaga

2. Tumpuan Para Pedagang

- China, Gujerat, Belanda, Inggeris, tanah jajahan, naungan, kerajaan Alam Melayu lain

- Jawa menjadikan Johor pelabuhan pilihan, tidak mahu berdagang dengan Portugis di Melaka

- Siam memasarkan hasil pertanian, Melaka menjadi tumpuan pedagang pada abad 16, 17

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan

- Gujerat (kain, wangian, manik), Siam & Jawa (beras)

- Tanah jajahan: lada hitam (Jambi), emas (Inderagiri), bijih timah (Klang, S.Ujong, Bernam, P.Bangka Sumatera)

- Pahang, timur Sumatera, Kepulauan Riau, S.Ujong, Klang, Naning, Rembau (kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga, lillin, garam)

- China (benang emas, kain sutera putih, tembikar, seramik, kuali besi, teh, tembaga) di Pelabuhan Batu Sawar.

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

- 500-600 kapal dagang pelbagai bangsa terutama Pelabuhan Riau.

- Kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu

PENGURUSAN PELABUHAN

- kecekapan pengendalian barang dagangan dan pembekalan kapal cepat, murah menjadikannya pelabuhan entrepot

1. Kemudahan Pelabuhan

- gudang bawah tanah (menyimpan barangan untuk mengelakkan kebakaran)

- pegawai terlatih mengendalikan urusan perdagangan

- membekalkan barang keperluan pedagang: lada hitam, rempah ratus

2. Urusan Jual Beli

- tukar barang dan menggunakan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah I: wang emas=mas, wang perak=kepang, wang timah=katun.

- Akhir abad ke-18, Dolar Sepanyol, Dolar Mexico, duit Belanda digunakan.

- Syahbandar: mengurus sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan dikenakan berpatutan. Syahbandar menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan.

3. Sistem Naungan

- pedagang luar dan tempatan mendapat naungan daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu.

- Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan.

- mudah mendapat surat kebenaran Belanda, belayar tanpa gangguan di selat Melaka

4. Peranan Orang Laut

- pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka.

- mengawal keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan menjadi tentera angkatan laut

5. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal

- kemudahan bersaiz kecil

- Orang Laut mahir membina kapal. Mereka membuat kapal pesisir pantai: kolek, banteng, penjajap, balok, pencalang. Membantu memajukan Kesultanan.

PUSAT PERSURATAN

- Batu Sawar, Pulau Penyengat, Riau memainkan peranan penting

- Karya agung bermaksud karya yang tertulis dalam Bahasa Melayu yang mampu mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup Bahasa Melayu. Karya Agung melambangkan pencapaian unggul dalam tamadun Melayu yang mencerminkan pemikiran dan pandangan hidup bangsa Melayu.

1. Sulalatus Salatin

- Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-raja. Asal bernama Hikayat Melayu telah disusun dan situlis semula oleh Tun Seri Lanang pada 1612.

- menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan, sejarah KMM.

2. Hikayat Hang Tuah

- dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada tahun 1641

- epik kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

- berkaitan ketaatan/ kesetiaan Hnag Tuah kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka

3. Tun Seri Lanang

- Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja, dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada 1565

- menjadi Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II

- menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja Abdullah, adidda Sultan Alauddin Riayat Shah II.

- penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh, Raja Uleebalang di Samarlanga

4. Karya Lain

- Tajul Salatin/ Mahkota Raja-raja (Bukhari al-Jauhari) karya persuratan tersohor pada zaman KJR

- Tuhfat Al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis, Gurindam 12 (Raja Ali Haji), Hikayat Anak Panah Sedasa (Tun Hisap Misai), Syair Ungku Puteri (Raja Ahmad)


Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 2: Sistem Pemerintahan & Kegiatan Ekonomi Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 3: Sosiobudaya Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 5: Kesultanan Melayu Melaka

Nota Bab 6: Kesultanan Johor Riau

Nota Bab 7: Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Nota Bab 8: Kesultanan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 9: Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 10: Sarawak dan Sabah

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

7 comments:

  1. very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very very good

    ReplyDelete