BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA
Youtube Link: https://www.youtube.com/watch?v=bFRwtelkxnA
1.1 Latar Belakang
Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
Ciri-ciri Negara bangsa
kerajaan alam Melayu
1. Raja: raja menjadi tonggak utama kerajaan. Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh pembesar. Raja ditaati dan dianggap suci.
2. Undang-undang: terpakai di seluruh wilayah pengaruh, menjadi panduan pentadbiran, memastikan kesejahteraan.
3. Wilayah pengaruh: kawasan rakyat menerima dan memperakui pemerintahan raja.
4. Rakyat: penduduk di wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka.
* Kerajaan Srivijaya meneruskan ciri Negara bangsa yang diasaskan oleh Funan dan Champa. Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor Riau mewarisi ciri Negara bangsa Srivijaya.
1.2 Ciri-ciri
Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Kerajaan
Raja pemerintah tertinggi, dibantu oleh pembesar. Pemerintahan beraja diperkukuh dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Selepas kedatangan Islam, Kesultanan Melayu Melaka mula menggunakan gelaran sultan.
Rakyat
Menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan. Secara umum, rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan orang Laut. Golongan diperintah terdiri daripada rakyat yang merangkumi golongan merdeka dan hamba. Hubungan timbale balik iaitu sultan menjamin kesejahteraan, rakyat mengakui kekuasaan sultan, mewujudkan persefahaman dan ikatan.
Kedaulatan
Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan, hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah. Kesultanan ini diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing, diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming.
Wilayah Pengaruh
Kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas. Wilayah ini diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan. Wilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini.
Undang-undang
2 undang bertulis: Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat, menjadikan kerajaan unggul.
Lambang kebesaran
Identity sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka. Menjadi simbol kedaulatan sultan. Adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia, cap mohor.
1.3 Keunggulan
Sistem Pentadbiran dan Undang-undang
Sistem Pentadbiran
- Sistem Pembesar Empat Lipatan: Sultan, Bendahara, Penghulu Bendahari/ Temenggung/ Laksamana, Syahbandar/ Bentara/ Orang Kaya. Hulubalang/ penghulu. Sultan memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada pembesar Berempat, dikenali sebagai kawasan pengangan.
- Pentadbiran pusat: dilaksanakan oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
- Bendahara merupakan pembesar yang berperanan sangat penting. Bendahara sebagai ketiua pentadbir, ketua turus angkatan tentera, menasihati sultan dalam pelbagai hal, menjadi pemangku sultan.
- Sistem kewangan: sumber pendapatan daripada urusan perdagangan, cukai dan ufti daripada wilayah taklukan serta naungan. Penghulu Bendahari dilantik menguruskan perbendaharaan secara teratur. Syahbandar mengutip cukai di pelabuhan. Pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan. Hasil perbendaharaan disalurkan untuk kepentingan kerajaan.
- Sistem Keselamatan: Temenggung menjaga keselamatan kota Melaka, Laksamana sebagai panglima angkatan laut Melaka.
- Pentadbiran jajahan: pembesar menguruskan pentadbiran di daerah dan kampong. Pembesar dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat. Mereka menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran dan mengutip cukai.
Undang- undang
- Hukum Kanun Melaka: 44 fasal membincangkan jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal berkaitan ekonomi.
-Undang-undang Laut Melaka: diusahakan oleh Nakhoda Melaka, iaitu Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak. Undang ini diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah. Nakhoda berkuasa penuh dan diibaratkan sebagai raja dalam pelayaran. Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda.Undang ini mengandungi perkara berkaitan peranan nakhoda, pelayaran, jenayah di atas kapal dan percukaian.
1.4 Peranan
Pemerintah dan Rakyat
- selaras dengan konsep waadat.Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon; jikalau tiada akar mescaya pohon tiada akan dapat berdiri demikian lagi raja itu dengan rakyatnya.
- Peranan Sultan: menaungi dan menjaga keselamatan rakyat, mewujudkan perpaduan, bertanggungjawab terhadap kemakmuran, kestabilan kerajaan, memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.
- Peranan Pembesar: memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan, menjadi perantara sultan dengan rakyat, mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.
-Peranan Rakyat: menunjukkan taat setia kepada pemerintah, mematuhi arahan pemerintah, tidak menderhaka kerana takut ditimpa tulah, menjadi tentera, menghadiri majlis umum, menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang, menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah.
Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa
Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme
Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948
Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat
Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan
Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan
No comments:
Post a Comment