Saturday 23 January 2021

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 2 Bab 10: Sarawak dan Sabah

BAB 10: SARAWAK DAN SABAH

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=YNYuvd7EbUE

10.1 SARAWAK  DAN  SABAH  DALAM  ALAM  MELAYU

- Sarawak di barat daya pulau Bormeo, Sabah di uatara pulau Borneo.

- Muncul seiring dengan kerajaan awal seperti Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara.

- Sejak sebelum Masihi, penduduk di pesisir Sarawak dan Sbah berhubungan dengan Alam Melayu dan    dunia luar seperti kemunculan pusat pembuatan tembikar di Gua Niah, Sarawak dan di Bukit Tengkorak, Semporna,  Sarawak. Penduduk di Bukit Tengkorak telah menjalankan perdagangan dengan kawasan luar Sabah. Pada aabd 3, muncul Chu-Po, iaitu pelabuhan di utara Sabah dan menjadi tempat ,engeksport besi ke Funan dan Champa.

- Abad7, Santubong muncul sebagai kerajaan awal yang mempunyai pelabuhan di lembah sungai Sarawak, terdapat penemuan tembikar zaman Dinasti Tang dan Sung , membekalkan kapur barus, kayu laka, lilin lebah dan kulit penyu. Abad 13, muncul industry peleburan bijih beside Santubong. Terdapat kemunculan pusat perdagangan lain: Gedong, Bukit Sandong, Kalka yang menjalankan perdagangan dengan Siam, China.

- Kemajuan perdagangan menarik kerajaan lain meluaskan pengaruhnya. Beberapa kawasan pesisir pantai barat laut merupakan zon tamadun Melayu menerima pengaruh kerajaan Alam Melayu. Srivijaya pernah meluaskan pengaruhnya di selatan Sarawak bagi mengawal perdagangan Laut China Selatan, Majapahit mempunyai pengaruh di Sarawak dan utara Sabah. Jumpaan gendang gangsa jenis Moko di Pulau Banggi, Sabah membuktikan hubungan perdangan Majapahit dengan penduduk di utara Sabah.Gendang gangsa ini dikenali sebagai Gendang gangsa Timbang Dyang yang dibuat di Pulau Jawa.

- Kemerosotan Majapahit membawa perkembangan pengarauh Kesultanan Melayu Brunei dan Sulu di kawasan barat dan utara pantai Pulau Borneo. Berlaku penyebaran kuasa di Sarawak oleh Kesultanan Brunei. Abad 14, Brunei muncul dan menjalinkan persahabatan dengan kerajaan Sambas,membolehkan Sambas menyerahkan wilayahnya di Sarawak kepada Brunei. Brunei juga meluaskan pengaruhnya ke utara Borneo. Kesultanan Sulu di utara Borneo membawa kepada tersebarnya pengaruhnya di pantai timur laut Borneo.

- Kebangkitan Brunei melemahkan kerajaan Santubong, Kalka, Samadong dan Melano di Srawak kerana tumpuan perdagangan dialihkan. Kesultanan Sulu abad 15 meningkatkan perdagangan di utara Sabah. Kawasan ini kaya dengan hasil laut. Laut terutama sarang burung menarik pedagang hina. Kedua-dua kesultanan mengalami kemerosotan menjelang abad 19 apabila bersaing dengan kuasa Barat.

- Sarawak dan Sabah juga dipengaruhi kedatangan agama Hindu, Buddha dan Islam, dibawa secara tidak langsung oleh kerajaan Alam Melayu. Pada zaman kegemilangan Srivijaya terdapat tinggalan objek agama Buddha di Santubong. Terdapat penemuan patung Ganesha di Limbang.Pengaruh Brunei di Sabah dan Sarawak membawa penyebaran agama Islam dan kesan ketara ialah penerimaan Islam oleh kebanyakan penduduk kaum Melayu dan Melanau di pesisir pantai. Sulu memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam I pantai timur Sabah.

 

10.2  KEMUNCULAN PEMERINTAHAN TEMPATAN

SARAWAK

1. KEPIMPINAN KESUKUAN

- Di kawasan pedalaman terdapat kepimpinan kesukuan berbeza daripada muara sungai. Setiap kaum mempunyai ketua yang bebas daripada kawalan kuasa luar. Masyarakat Iban mempunyai ketua dikenali Tuai rumah. Kaum Kayan: Kelunan Maren atau Hipun Uma.Kaum Kenyah: Peran Lepo, Kaum Kelabit: Laih Rayeh.

 

2. KEPIMPINAN LEMBAH SUNGAI

(A) KERAJAAN

- Terdapat kerajaan di kawasan lembah sungai: Sawaku, Samadong, Kalka, Saribas dan Melano, wujud interaksi antara kerajaan ini dengan kerajaan luar, kerajaan ini muncul abad 7.

(B) WAKIL RAJA

- Pergerakan dan penghijrahan penduduk membawa perubahan dan pembentukan tamadun yang lebih tinggi. Penduduk di pesisir pantaiterdiri daripada daripada kaum Melayu dipengaruhi oleh Srivijaya, Brunei dan Majapahit, Kerajaan Sewaku berpusat di Satubong,kerajaan Samadong di lembah Sungai Samarahan dan kerajaan Kalka di Kuala Sungai Krian membentuk sistem berkerajaan sendiri dengan menggelarkan raja sebagai Datu, Daruk Abang dan Dayang. Kesultanan Brunei mengekalkan sistem pemerintahan kerajaan Melayu di Sarawak kecuali kaum Dayak yang diberikan gelaran Orang Kaya.

- SAWAKU: Santubong dan sekitar Sungai Sarawak, Datu Merpati, abad 7

- SAMADONG: Samarahan dan Sadong, abad 7

- KALKA: Kuala Sungai Kalka, Dayang Hubu dan Dayang Ruku

- MELANO: Sungai Retus, Tungau, abad 11

- SARIBAS: Lembah Sungai Saribas dan Sungai Rimbas, Pengiran Temenggung Abdul Kadir, Pusat di

- Tandang Sari Muara Sungai Rimbas, abad 15

 

SABAH

1.KEPIMPINAN  KESUKUAN

- Masyarakat pedalaman Sabah mempunyai kesukuan tersusun dan bebas daripada kawalan kuasa-kuasa luar.Hal ini boleh dilihat dalam kepimpinan kesukuan kaum Kadasandusun, Murut dan Orang Sungai.

- Kaum Kadasandusun, Murut dan Orang Sungai mempunyai ketua dikenali Orang Tua, Bobohizan/Bobohian bagi Kadazandusun dan Babalian bagi kaum Murut akan mengurus soal adat dan pantang larang.

- Keterbukaan kawasan lembah sungai membawa kemunculan tiga corak kepimpinan yang berbeza mengikut pengaruh Brunei, Sulu dan ketua bebas.

 

2. KEPIMPINAN LEMBAH SUNGAI

(a) WAKIL RAJA

- Pengaruh Brunei dan Sulu di Sabah adalah menerusi wakil raja. Kuasa pemerintah wakil raja ini adalah dalam aspek kehakiman ,menjaga keamanan dan kebajikan penduduk, mengutip cukai daripada penduduk dan aktiviti perdagangan.

(b) KETUA BEBAS

- Mentadbir wilayah di muara sungai, terdiri daripada Syarif Osman yang menguasai kawasan Marudu dan Datu Kurunding yang menguasai kawasan Tungku. Ketua bebas menegakkan kekuasaan dan menjalankan undang sendiri, biasanya mempunyai pertalian dengan keluarga diraja sama ada dari Brunei, Sulu atau Arab Syarif. Penduduk terdiri daripada pengikut mereka.

 

10.3 KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT SARAWAK DAN SABAH

SARAWAK

Lokasi

Kegiatan

Kaum

Pesisir pantai

·         Perdagangan

·         Menangkap ikan

·         Membuat perahu

·         Perusahaan sagu

·         Melayu

·         Melanau

·         Kedayan

Lembah sungai

·         Menanam padi

·         Menanam buah-buahan dan sayur

 

·         Melayu

·         Iban

·         Bisaya

·         Melanau

·         Bidayuh

Pedalaman

·         Mengutip hasil hutan

·         Memburu haiwan liar

·         Menanam padi

·         Kenyah

·         Iban

·         Penan

·         Kayan

·         Kelabit

·         Punan

SABAH

Lokasi

Kegiatan

Kaum

Pesisir pantai

·         Menangkap ikan

·         Membuat perahu

·         Mengutip hasil hutan

·         Perdagangan

·         Berunai

·         Bajau/sama

·         Iranun

·         Suluk

Lembah sungai

·         Menanam padi

·         Menanam buah-buahan dan sayur

 

·         Kadazandusun

·         Rungus

·         Orang sungai

Pedalaman

·         Mengutip hasil hutan

·         Mengutip sarang burung

·         Menanam padi

·         Murut


10.4 KEUNIKAN MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK DAN SABAH

MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK

- Bumi putera lain: Bisaya, Bukitan, Dusun, Kedayan, Kajang, Kejaman, Lahanan, Lisum, Lugat , Sebop, Sekapan, Sipeng, Tagal, Tanjong dan Ukit.

- IBAN: Berasal dari Sungai Kapuas mula berhijrah dan menetap di kawasan hulu Sungai Batang Lupar.

- MELAYU: Bermula abad 6, menetap di semua bahagian Sarawak seperti Belanga, Baram dan Skrang.

- BIDAYUH:Berasal dari Sungkung, Kalimantan dan kemudian berhijrah ke selatan Sarawak.

- MELANAU: Mendiami kawasan tengah Sarawak.

- ORANG ULU: Terdiri daripada Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan dan Punan.Kayan dan Kenyah berasal dari Sungai Kayan dan berhijrah ke kawasan hulu Sungai Rajang, Balui, Baram dan Hulu Kemena.

 

MASYARAKAT BUMIPUTERA SABAH

-  Kaum lain: Balabak atau Molbog, Binadan, Bisaya, Bulungan, Idahan, Kadayan, Berunai, Iranun, Cocos, Lundayeh, Rungus, Tagaas dan Tatana.

- KADAZANDUSUN: Mnediami kawasan Panampang, Papar, Tuaran, Tambunan dan Ranau. Nama Dusun diberi oleh orang Brunei yang bermaksud petani pedalaman.

- BAJAU/SAMA: Dua pendapat tentang asal usulnya iaitu dari Sambaungan(Zamboanga) dan Johor.Menetap di kawasan pantai timur dan barat Sabah, keunikan yang tinggal di pantai barat Sabah ialah budaya menunggang kuda.

- MURUT: Tinggal di kawasan Tenom hingga Kalabakan. Nama Murut diberikan oleh oaring Brunei bermaksud orang bukit atau orang dari pedalaman pergunungan yang terpencil.

- SULUK: Berasal dari Kepulauan Sulu dan menetap di kawasan pantai timur Sabah.

- ORANG SUNGAI: Tinggal di Sungai Kinabatangan, Sungai Sugut, Sungai Paitan dan Sungai Labuk.

- Tamu merupakan pasar terbuka jualan pelbagai barangan: barang basah, buah-buahan, kraf tangan dan pakaian, tempat pertemuan kaum-kaum di Sabah.

 

KEPENTINGAN SUNGAI

- Kegunaan harian

- Pengangkutan

- Petempatan

- Sumber rezeki

- Perdagangan

- Kegiatan rekreasi


KESENIAN

SARAWAK

1. TENUNAN KAIN

- IBAN: Pua kambu dibuat daripada kain kapas, digunakan dalam pelbagai majlis: kelahiran, perkahwinan dan kematian.

- MELAYU: Keringkam dibuat daripada pelbagai jenis kain: kain kapas dan kain sutera, kain disulam dengan benang emas, perak dan tembaga.

KRAF TANGAN

- IBAN: Sintung Duduk untuk membawa benih padi, lanji untuk membawa hasil padi dan basong untuk memburu.

- ORANG ULU: Menghiasi bakul dengan manic. Simbol naga, manusia, burung kenyalang dan harimau dihiasi pada bakul digunakan oleh kelas atasan.

- MELANAU: Penutup kepala iaitu terendak, digunakan semasa kerja harian dan adat tertentu, Pesta Kaul.

PERTUKANGAN

- ORANG ULU: Tiang Totem melambangkan status masyarakat, hanya mayat golongan atasan boleh diletak tinggi di atas tiang ini.

- IBAN: Patung Burung Kenyalang lambang kepahlawanan.Ukiran digunakan sebagai pemberi semangat kepada pahlawan. Patung menjadi penjaga rumah panjang daripada semangat jahat dan penyakit.


SABAH

TENUNAN KAIN

- RUNGUS: Menggubah Inavol dan menghasilkan selendang berwarna-warni.

- IRANUN: Kain dastar yang biasa digunakan sebagai tanjak.

KRAF TANGAN

- MASYARAKAT KAWASAN PEDALAMAN: Bakul sebagai waked untuk membawa barang besar, tayen untuk membawa hasil kebun dan barang hantaran perkahwinan, dan buan sebagai tempat menyimpan barang.

- BAJAU/SAMA: Barangan berwarna-warni daripada daun serdang seperti tikar pandan dan duang(tudung saji)

PERTUKANGAN

- BAJAU/SAMA: Mewarisi cara pembuatan barangan besi seperti Guuk, Bdi’ untuk memotong rumput dan Pida’ untuk upacara perkahwinan.

- PEDALAMAN SABAH: Jaket kulit kayu


PERAYAAN

SARAWAK

- IBAN, BIDAYU, ORANG ULU: Pesta Menuai atau Gawai Dayak. Upacara Miring dilakukan unutk menyatakan rasa terima kasih kepada petara atau tuhan bagi IBAN. Acara Kumang dan Keling Gawai ialah pemilihan ratu cantik dan jejaka tampan.

- BISAYA: Pesta Babulang( pesta menuai), Lumba kerbau antara acara.

- KADAYAN: Makan Tahun diadakan sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperoleh oleh petani.

- MELANAU: Pesta Kaul untuk mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat yang dipanggil Ipok. Acara Tibau diadakan iaitu permainan berayun oleh golongan lelaki.


SABAH

- KADAZANDUSUN, MURUT: Pesta Kaamatan merupakan simbol kesyukuran untuk meraikan semangat padi  atau Bambaazon atau Bambarayon dijalankan oleh Bobohizan/Bobolian.Penduduk berharap agar tahun hadapan akan mendapat lebih banyak hasil tuaian padi. Acara: pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau, berkaitan dengan asal usul pengorbanan Huminodun( seorang puteri iaitu anak Kinoingan atau Minamangun pencipta yang mengorbankan dirinya unutk membantu manusia dalam kesusahan semasa kemarau.

- BAJAU/SAMA: Pesta Regata Lepa merupakan perayaan memperingati peranan lepa dalam kehidupan. Acara menghiasi lepa dan perlumbaan perahu.

 

TARIAN

SARAWAK

- TARIAN DATUN JULUD: Berasal daripada kaum Orang Ulu, sebagai lambing kegembiraan dan terima kasih.Penarinya ialah wanita yang memakai pakaian berwarna-warni dengan perhiasan kepala, bulu burung kenyalang digunakan semasa menari. Diiringi alat muzuk tradisional, sape.

- NGAJAT: Iban dan Orang Ulu . Jenis: Ngajat Indu, Ngajat Lesung. Sebagai pemberi semangat kepada pejuang yang hendak pergi berperang.

- BERMUKUN: Acara bergendang. Gendangnya yang dipalu oleh wanita dan penarinya hanya lelaki. Ditarikan semasa majlis perkahwinan, para pemukul gendang akan berbalas pantun.


SABAH

- Diwarisi zaman-berzaman. Berbeza tarian, hiasan baju penari, peralatan dan gerak tarian.

- SUMAZAU: Kadazandusun. Terdapat variasi mengikut kawasan: Penampang dan Papar. Ditarikan semasa Pesta Kaamatan dan majlis keramaian. Sumazau diambil daripada perkataan ‘sazau’ yang merujuk pergerakan tangan penari seperti seekor burung helang.

- MAGUNATIP: Mururt di kawasan pedalaman. Menggunakan dua batang buluh, semasa majlis keramaian.

- LIMBAI: Bajau/Sma dari pantai barat, secara berpasangan. Pasangan wanita memakai sarimpak(hiasan kepala), ditarikan semasa perkahwinan dan majlis keramaian.

 

SENI BINA

SARAWAK

- RUMAH PANJANG: Iban, Bidayuh, Orang Ulu.Tujuan keselamatan dan pertahanan serta mewujudkan kerjasama , tempat berinteraksi dan mengadakan acara-acara perayaan. Kayu keras digunakan terutama kayu belian. Atapnya diperbuat daripada daun tebalseperti daun rumbia.Bilik- ruang bilik setiap keluarga.Tanju-ruang pelbagai guna. Ruai- tempat berkumpul untuk majlis ssosial.

- RUMAH TINGGI: Melanau. Dibina 10 meter dari aras tanah untuk mengelak serangan musuh. Kayu keras dan bulat seperti belian menjadi bahan utama dalam pembuatan rumah.

- RUMAH BARUK: Bidayuh. Bulat dan berbentuk kon dengan puncak dihiasi dengan lambing burung kenyalang.Menjadi temoat menyimpan tengkorak, menyimpan senjata, pusat ritual, mesyuarat dan majlis social. Kayu keras: belian digunakan untuk membina . Atapnya akan ditutup dengan daun rumbia dan dinding diperbuat daripada buluh.


SABAH

- RUMAH PANJANG RUNGUS: Dikenali sebagai Vinatang. Bilik tidurnya dibina dengan kedudukan kepala pada sudut tepat arah Gunung Kinabalu.Menjadi kediaman dan kubu pertahanan aripada serangan musuh. Mewujudkan semangat bekerjasama dan melindungi ahli-ahlinya.Bahan perbuatan: kayu bulat, buluh, kulit kayu dan daun nipah.Ongkob- ruang bilik keluarga. Apad- tempat berkumpul untuk majlis tertentu dan tempat bersantai bersama penghuni rumah panjang.

- RUMAH PANJANG MURUT: Diknali Tulus dan Pahun. Dibina atas faktor keselamatan dan pertahanan. Pintu dibina di tepi rumah dan terdapat ruang memanjang yang memisahkan bili keluarga. Di tengah terdapat tempat pertemuan dan lantai untuk tarian atau lansaran.Bahan pembuatan: kayu bulat,kulit kayu, daun tolidus.Sulap- bilik keluarga,Lansaran- lantai tarian,Tabon- pintu utama, Salo-ruang terbesar untuk majlis social dan agama.

- LEPA: Perahu Bjau/Sama di pantai timur untuk mengangkut barang dan menjadi tempat kediaman.Diperbuat daripada kayu ; Kayu obasuluk, seraya, mata-mata dan gagir. Bahagian atap diperbuat daripada daun nipah. Perbuatan diberi perhatian seperti hari dan bulan untuk mengambil kayu dan bahan lain untuk membuatnya.

 

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 2: Sistem Pemerintahan & Kegiatan Ekonomi Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 3: Sosiobudaya Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 5: Kesultanan Melayu Melaka

Nota Bab 6: Kesultanan Johor Riau

Nota Bab 7: Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Nota Bab 8: Kesultanan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 9: Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 10: Sarawak dan Sabah

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

No comments:

Post a Comment