Friday, 5 February 2021

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 2 Bab 7: Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

 BAB 7: KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=QlfbMBgNOgw

7.1 PENGASASAN KESULTANAN PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR

Kesultanan Pahang (abad 15)

- abad 15, Pahang sebahagian naungan Melaka. Wakil mentadbir Pahang: Seri Bija Diraja.

- Sultan Mansur Shah menghantar anaknya Raja Muhammad untuk ditabalkan sebagai Sultan Pahang.

- Raja Muhammad berangkat dari Melaka ke Pahang diiringi golongan bangsawan Melaka.

- Mereka dilantik sebagai Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Halubalang Besar serta pengikut untuk membantu mentadbir Pahang

- Raja Muhamad mengasaskan Pahang (1470) dengan gelaran Sultan Muhammad Shah.

- mendirikan pusat pemerintahan di Pekan (hampir Kampung Sg. Pahang). Wilayah pemerintahan dari Sedili Besar ke Terengganu.

- Sultan Abdul Jamil Shah (sultan ke-3) (1495-1512) sultan yang masyhur. Baginda mengekalkan hubungan dengan Melaka, berjaya mempertahankan Pahang semasa diserang Siam dengan bantuan Melaka.

- Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah 01592-1614) tidak berwaris kerana Raja Muda Abdullah mangkat. Pahang diperintah Johor Riau (1614-1884). Pahang merupakan pegangan Bendahara Johor.

- Keluarga Bendahara mengasaskan Pahang. Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad (pengasas) ditabalkan sebagai Sultan Pahang (12 Disember 1884) dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah.

Kesultanan Perak (abad 16)

- abad 15, Perak sebahagian naungan Melaka. Serangan Portugis menyebabkan Sultan Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan Melaka ke Kampar, Sumatera.

- Tun Saban, Nakhoda Kassim (Pembesar Perak) menjemput Raja Muzaffar (putera Sultan) untuk ditabalkan.

- Raja Muzaffar berangkat bersama alat kebesaran: sebilah pedang Cura Si Manja Kini, sebilah keris, cap mohor, nobat, Surat Ciri. Bersama anak, isteri, pengikut, dan pengiring yang dijemput.

- Raja Muzaffar mengasaskan Kesultanan Perak (1528) dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah

- Sultan mendirikan pusat pemerintahan di Tanah Abang, pesisir S.Perak

- Sultan Iskandar Dzulkarnain, Sultan ke-15 91752-1765) memperkemaskan sistem pentadbiran dan mula menggunakan Undang-undang 99 Perak.

Kesultanan Terengganu (abad 18)

- abad 18, wilayah naungan Johor sejak abad 16. 1708, Sultan Abdul Jalil anugerahkan Terengganu kepada Tun Zainal Abidn (putera Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor II) (putera angkat Raja Patani Nang Chayam, Raja Kuning) Raja Patani sedia lengkapan untuk pertabalan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan.

- Tun Zainal Abidin berangkat diiringi 80 orang keluarga Patani termasuk Qadhi Wan Imam Mahmud, Che Buang. Alat kebesaran: keris diraja, keris panjang Nang Chayam

- Tun Zainal Abidin mengasaskan (1708) dengan gelaran Sultan Zainal Abidin I.

- Sultan mendirikan pusat pemerintahan di Tg. Baru, K.Berang, wilayah meliputi dari Keamanan ke Besut.

- Patani: Kesultanan Melayu Abad 16-19, diperintah oleh raja perempuan: Raja Biru, Hijau, Ungu, Kuning

- Sultan Zainal Abidin II(1881-1918) masyhur, membawa pemodenan Terengganu

- pemodenan undang-undang tubuh: undang -undang begi diri Kerajaan Terengganu, memperkemaskan sistem sukat dan timbang, menubuhkan mahkamah syariah, menubuhkan pasukan polis, membina Istana Maziah (istana rasmi Terengganu)

Kesultanan Selangor (abad 18)

- abad 16, sebahagian Johor. Abad 18, Bugis semakin ramai menetap di Selangor. Daeng Chelak (Bugis) menjadi Yang Di-Pertuan Muda Johor.

- Putera Daeng Chelak(Raja Lumu) menghadap Sultan Perak, Sultan Mahmud Shah untuk pengiktirafan. Sultan Mahmud Shah menabalkan Raja Lumu sebagai sultan. Dianugerahkan nobat dan cap mohor.

- Raja Lumu(1766) gelaran Sultan Salehuddin Shah mendirikan pusat pemerintahan di K.Selangor.

- Sultan Ala’iddin Saleiman Shah (1898-1938) membina jalan raya, landasan kereta api, rumah, kedai meningkat, mendorong rakyat menyambut keramaian Jubli emas di Klang sempena genap 40 tahun.

7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR

Sistem Pemerintahan

- Sultan sebagai tonggak utama kerajaan dan penggantian pemerintah yang berasaskan Adat Temenggung

Pahang

- Sistem perwarisan takhta, waris ganti digelar Tengku Mahkota. Perlantikan atas persetujuan Jumaah Pangkuan Biraja Negeri

- Sistem pembesar empat, lapan, enam belas: (a) Orang Kaya Indera Syahbandar (b) OK Indera Segera (c) OK Pahlawan (d) OK Indera Perba Jelai

- pemerintahan dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan

Perak

- sistem penggiliran. Dewan Negara Perak memilih dan melantik sultan. Sultan -> Raja Muda -> Raja Di Hilir -> Raja Kecil Besar -> Raja Kecil Sulang -> Raja Kecil Tengah -> Raja Kecil Bongsu

- sistem pembesar empat, lapan, enam belas, tiga puluh dua: (a) Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja (b) OK Besar Maharaja Di-Raja (c) OK Temenggung Paduka Raja (d) OK Menteri Paduka Tuan/

- pemerintahan dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan

Terengganu

- sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Yang di-Pertuan Muda

- Dewan Pangkuan Diraja berhak memilih dan melantik sultan. Jumaah ini turut dikenali Ahli Al-Hal waal-Aqad (ahli yang memilih dan menjadikan raja)

- pemerintahan dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Selangor

- sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Raja Muda. Pelantikan Sultan atas nasihat dan pengesahan Dewan di-raja (bertanggungjawab membantu dan menasihati sultan dalam menjalankan fungsi baginda) Anggota termasuk Raja Muda, Tengku Laksamana, Tengku Bendahara

- pemerintahan dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan

Agama Islam dalam Pemerintahan

- Sultan merupakan ketua agama bagi setiap negerinya. Kedudukan ini diperihalkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri

- Institusi agama berperanan penting di setiap peringkat negeri dan bidang kuasa mereka mestilah dihormati: peranan mufti, kadi, mahkamah syariah, Jabatan Agama Islam

- Sultan bertanggungjawab mendaulatkan syair Islam. Tauliah penceramah agama dikeluarkan oleh pejabat istana setelah ditandatangani Sultan. Agama menjadi panduan bersahsiah, berakhlak mulia.

Perundangan

- Undang-undang digubal bagi mengawal kehidupan masyarakat

- Hukum Kanun Melaka asas kepada kelahiran undang-undang bertulis negeri-negeri Melayu: Hukum Kanun Pahang, Undang-undang 99 Perak

- Hukum Kanun Melaka terbukti dalam fasal-fasal berhubung peraturan dan larangan istana, kekeluargaan Islam, jenayah, hutang-putang, hukum jual beli

- Perkembangan politik, sosioekonomi menyebabkan perubahan perundangan

- Kempat-empat Kesultanan menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi menyesuaikan perubahan, melengkapkan sistem pemerintahan, sistem kesultanan.

Adat Istiadat

- aturan dan perbuatan yang telah lazim dilakukan sejak sekian lama merupakan identiti dan keunikan warisan

- adat keputeraan: melenggeng perut (kandungan 7 bulan membetulkan kedudukan bayi), bayi diperdengarkan azan sebaik dilahirkan, bercukur (apabila berusia 7 hari), berendoi (letak di buaian dan diperdengarkan alunan marhaban)

- adat perkahwinan: merisik, meminang, bertunang, berinai besar (malam sebelum perkahwinan), Khatam Al-Quran, pernikahan, persandingan dan bertepung tawar, santap beradab, bersiran di atas panca persada

- istiadat pemakaman: tempoh berkabung bergantung pihak istana, pihak istana memberi sedekah kepada rakyat, usungan disediakan untuk mengangkut jenazah ke perkaman dikenali Seraja Diraja, nobat tidak akan dimainkan

Persuratan

- Karya sejarah: Hikayat Pahang (Haji Muhammad Nor, sejarah Pahang abad 19). Misa Melayu Raja Chulan, sejarah Perak abad 18). Syair Tawarikh Sultan Zainal Abidin ketiga (Tengku Dalan Kalthum, sejarah Terengganu abad 19,20). Kenang-kenangan Selangor (Wan Muhammad Min, sejarah Selangor abad 19,20)

- Karya perubatan: Kitab Tib, Haji Mahmud al-Jawi, Terengganu, tahun 1819

- Sastera rakyat: Hikayat Sang Kancil, cerita teladan dan jenaka yang berasaskan manuskrip Hikayat Pelandok Jenaka dibukukan oleh Daeng Abdul Hamid dan Perak 20 buah cerita.

Ekonomi

- Pelabuhan: Perak, Selangor memiliki kedudukan strategik di Selat Melaka, Pelabuhan K.Selanor dan Pangkalan Batu, K.Sg.Perak menjadi pusat perdagangan yang aktif pada abad 17-19. Hasil utama bijih timah. K.Terengganu merupakan pelabuhan entrepot abad 18. Barangan dagang emas, bijih timah, kain sutera, senjata, gula, hasil hutan. Pelabuhan diuruskan oleh syahbandar dan pegawai pelabuhan lain. Sistem cukai cekap dilaksanakan bagi memastikan pelancaran pedagangan.

- Mata wang: Perak terkenal dengan mata wang bongkah timah (bidor) abad 17. Mata wang pitis yang diperbuat daripada timah digunakan di Pahang mulai pemerintahan Sultan Muhammad Shah. Mata wang tampang abad 19. Terengganu, Sultan Zainal Abidin I memperkenalkan mata wang berupa kupang emas. Terdapat mata wang pitis Selangor, turut ditemukan mata wang syiling semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah

Ekonomi Sara Diri dan Jual Beli

- Ekonomi Sara Diri: pertanian, penternakan, perlombongan, mengutip hasil hutan, perikanan bagi menampung keperluan harian dan lebihnya untuk dijual. Perlombongan bijih timah kegiatan utama Selangor, Perak. Selangor mengusahakan tanaman padi dan tanaman sampingan: buah-buahan, sayur-sayuran. Manakala masyarakat Perak pengusaha utama hasil hutan: rotan, sumbu badak, kayu kayan abad 17,18. Abad 18, Terengganu mengusahakan tanaman lada hitam dan perlombongan emas.


 Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 2: Sistem Pemerintahan & Kegiatan Ekonomi Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 3: Sosiobudaya Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 5: Kesultanan Melayu Melaka

Nota Bab 6: Kesultanan Johor Riau

Nota Bab 7: Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Nota Bab 8: Kesultanan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 9: Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 10: Sarawak dan Sabah

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

2 comments:

  1. very easy for me to do revision,thanks!

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus....
    Nota mudah difahami dan sesuai utk study last minute😅

    ReplyDelete