Friday, 5 February 2021

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 2 Bab 8: Kesultanan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

 BAB 8: KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS

Youtube Link: https://www.youtube.com/watch?v=qV0Z7VqBSfg

8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS

Kedah

- Maharaja Derbar Raja dari Parsi datang ke K.Sg.Merbok, Kedah, 630M

- Tan Dermadewa dan Tun Perkasa, ketua orang Melayu Kedah menghadap dan melantik Maharaja Derbar Raja menjadi Raja Kedah

- pemasyhuran disusuli dengan pengiktirafan alat kebesaran yang dibawa dari Parsi, iaitu nobat.

- Membina pusat kerajaan di Sungai Mas

- Kawasan pemerintahan berkembang menerusi pembukaan kota atau pusat pemerintahan baharu stelah pemerintah menaiki takhta, ini strategi menghadapi ancaman dalam dan luar.

- Kota Siputih dibuka oleh Tunku Ahmad (Raja Muda) 1282 untuk menghadapi ancaman Siam dan Acheh di utara. Tempat bersemayam Sultan Kedah ke 6, Sultan Ibrahim (1321-1373). Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Mu’adzam Shah II, Sultan Kedah 19(1710-1778) mengasaskan Alor Setar yang diisytiharkan sebagai ibu negeri Kedah.

- K.Sg.Merbok menghala Selat Melaka dan Gunung Jerai (puncak tertinggi di Kedah) menarik kehadiran pedagang , membolehkannya menjadi pusat perdagangan dan muncul sebagai sebuah negeri makmur

- Penggantian pemerintah daripada jurai keturunan pengasasnya

Kelantan

- sebahagian Negara Patani Besar yang diasaskan oleh Raja Sakti I(1650)

- Kemangkatan Raja Bahar 1670 (pemerintah terakhir) menyebabkan Kelantan (Kelantan Barat berpusat di Kota Kubang Labu)(Kelantan Timur berpusat di Kota Pangkalan Datu)

- Long Yunus, putera pemerintah di Kota Kubang Labu berjaya menyatukan kedua-dua wilayah dan mengasaskan kerajaan Kelantan 1762, Yang di-Pertuan Kelantan, mendapat pengiktirafan Sultan Terengganu.

- 1777, memindah pusat pemerintah ke Kota Galoh di timur tebing Sg.Kelantan, mengerahkan pembinaan Masjid Kampung Laut yang merupakan simbol pentadbiran Islam di Kelantan

- Sultan Muhammad II (1837-1886) mengasaskan Kota Bharu sebagai pusat pemerintahan 1844. Istana Balai Besar dibina sebagai tempat bersemayam dan pentadbiran kerajaan Kelantan, menguatkuasakan undang-undang syarak, Kelantan menjadi negeri aman. Kelantan makmur menjadi tumpuan para pedagang dari negara jiran dan negeri Melayu yang lain. Keturunan Long Yunus mewarisi Kelantan.

- Che Siti Wan Kembang: memerintah wilayah tebing Sungai Lebir yang dikenali sebagai Kampung Chali pada abad 17. Kijang merupakan binatang kesayangan yang dijadikan simbol pemerintahan Kelantan

Negeri Sembilan

- naungan Kesultanan Johor Riau

- abad 15, Minangkabau dari Sumatera merantau dan mendiami beberapa wilayah

- 1770, empat Penghulu Luak terdiri daripada Sg.Ujong, Jelebu, Johol, Rembau menghantar utusan untuk menjemput anak raja Minangkabau di Sumatera bagi dirajakan

- Raja Minangkabau mengutuskan Raja Melewar sebagai pemerintah di Negeri Sembilan

- Raja Melewar mengasaskan NS berpusat di Seri Meranti 1773, Yamtuan Seri Menanti, mendapat pengiktirafan pemerintah Kesultanan Johor Riau

- Yamtuan Antah (1872-1888) berusaha menjamin keamanan negeri daripada campur tangan kuasa luar. Kestabilan membolehkan NS memperluaskan hubungan perdagangan

- Sg.Ujong, Jelebu, Jempol, Johol, Rembau, Tampin, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir

- Tradisi melantik pemerintah Minangkabau berakhir dengan kemangkatan Yamtuan Lenggeng, Yam Tuan Radin(putera Yamtuan Lenggeng)1830 bermula sistem penggantian waris pemerintah tempatan daripada keturunan Yamtuan Radin. Kuasa memilih ditentu oleh Undang Ynag Empat: Sg.Ujong, Jelebu, Johol, Rembau. Seri Menanti tetap menjadi tempat bersemayam. Istana Seremban istana hinggap.

Perlis

- Perlis sebahagian Kedah. Sultan Muhyiddin Mansur Shah, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (Sultan Kedah) menjadikan Perlis pusat pemerintahan kerajaan. Sultan Muhyiddin Mansur Shah Sultan 14(1651-1661) membina Kota Sena yang menjadi asas perkembangan bandar Kangar

- Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I, Sultan 15 (1661-1688) mengasas dan membangunkan Kota Kayong yang merangkumi kawasan pelabuhan K.Perlis dan Kota Keran. Baginda mangkat 1688, dimakamkan di Kota Sayong.

- Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, Sultan ke-21 (1798-1804) membangunkan Kota Kayang II semasa menjadi Raja Muda, membentuk mukim Arau, melantik Syed Harun Jamalullail sebagai Penghulu 1798.

- Semasa di bawah pengaruh Siam 1839, Kedah dipecah kepada 4: Setul, Perlis, Kubang Pasu, Kedah. Perlis ditadbir oleh Syed Hussin jamalullail. 1843, Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah Perlis dengan gelaran Phya Songkhram Ramu Wichit Willis Asmara Phya Pelit, menjadikan Arau pusat pemerintahan.

- Setul kemudian diserap sebagai wilayah Siam, Kubang Pasu kembali kepada wilayah Kedah 1859.

- Bunga Mas merupakan sepohon bunga emas dan perkakas pengiring dengan kadar yang ditentukan oleh pihak raja dan kerajaan Siam. Bunga Mas dihantar ke Bangkok setiap 3 tahun, tanda persahabatan dan menjamin keselamatan

8.2 HUBUNGAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS DENGAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG LAIN

Asas Hubungan

- Tujuan: hendak memperkukuh kedaulatan, mendapatkan pengiktirafan kedaulatan kerajaan, kestabilan mendorong menjalinkan hubungan luar untuk kemakmuran negeri

1. Keserumpunan: persamaan dalam aspek bahasa dan budaya memudahkan interaksi, sikap toleransi dalam menerima amalan budaya kerajaan lain

2. Geografi: sempadan antara negeri berjiran memudahkan perhubungan, hasil sumber alam dan sumber bumi, sungai penting sebagai laluan perhubungan, mendorong menjamin keselamatan laluan, pembentukan pelabuhan mengalakkan hubungan

3. Agama: berlaku melalui penerimaan Islam oleh pemerintah, diperkukuhkan dalam kegiatan keagamaan menerusi peranan ulama, berkongsi institusi pendidikan agama menerusi kehadiran penuntut dari pelbagai wilayah

Hubungan Diplomatik

1. Pengiktirafan

- bertujuan mengabsahkan sultan sebagai pemerintah, mewujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat yang mempunyai taraf yang sama

- abad 15, Sultan Mahmud Shah mengiktiraf Kedah sebagai kerajaan berdaulat, kerajaan Kedah mengkui pertuanan Sultan Melaka

- 1775, Sultan Terengganu mengiktiraf Kelantan yang disatukan oleh Long Yunus

2. Pertahanan

- aspek penting dalam memastikan kelangsungan sesebuah kerajaan, dapat mengekalkan kedaulatan kerajaan daripada campur tangan kuasa lain.

- Long Yunus mendapat bantuan ketenteraan daripada Terengganu, kerajaan Reman di Hulu Perak untuk menyatukan Kelantan. Pelantikan Long Gaffar dari Reman sebagai Perdana Menteri Kelantan merangkap Panglima Perang telah membantu mengekalkan keamanan di Kelantan

3. Perkahwinan

- amalan tradisi, mengukuhkan hubungan, menjamin kedaulatan

- Orang Kening, puteri Kelantan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah melahirkan Raja Muzaffar yang menjadi Sultan Perak pertama.

- Che’ Ku Wan, puteri Long Yunus dikahwinkan dengan Tengku Muhammad, putera Sultan Terengganu

- Raja Perlis, Raja Syed Hussin berkahwin dengan Tengku Nor Asiah, cucunda Sultan Abdulah Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-20

Perdagangan

1. Pelabuhan

- asas pembentukan hubungan dengan pedagang tempatan serta pedagang luar

- Kedah: pangkalan Lembah Bujang, Pangkalan K.Merbok di Sg.Merbok, Pangkalan K.Muda di Sg.Muda. Sultan Muhammad Jiwa (1472-1506) memperkemaskan penggunaan mata wang Kedah di pelabuhan

- Kelantan: Pgkln Galoh(Pgkln pertama)di Sg. Kelantan, menggunakan mata wang logam dinar sejak1181

- Perlis: pelabuhan K.Perlis di Sg.Perlis, Pekan Kangar terletak di pertemuan cabang anak Sg.Perlis menjadi tempat pertemuan pedagang

- N.Sembilan: Pgkln di Sg.Linggi pedagang Rembau menguasai aktiviti perdagangan dengan pedagang luar

2. Barangan Dagangan

- Kedah: emas, garam, damar, kapur barus, emas urai, gading gajah

- Perak/Melaka: arang kayu, papan, ikan kering

- Kelantan: emas, dikunjungi pedagang dalam dan luar

- Perlis: beras dan bijih timah dengan negeri berjiran dan Siam

-  Negeri Sembilan: bijih timah, sirih, kayu gaharu, kapur barus dengan Johor dan Melaka


 Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 2: Sistem Pemerintahan & Kegiatan Ekonomi Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 3: Sosiobudaya Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 5: Kesultanan Melayu Melaka

Nota Bab 6: Kesultanan Johor Riau

Nota Bab 7: Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Nota Bab 8: Kesultanan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 9: Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 10: Sarawak dan Sabah

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

No comments:

Post a Comment