Friday, 29 January 2021

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 2 Bab 5: Kesultanan Melayu Melaka

 BAB 5: KESULTANAN MELAYU MELAKA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=jZxxMNTQIg4

5.1 PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

- Diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400.

- merupakan kelangsungan kepada kerajaan masyhur di Alam Melayu

Parameswara

- memilih lokasi strategic iaitu di muara Sungai Bertan/Sungai Melaka. Asalnya merupakan sebuah perkampungan nelayan dan tempat berjual beli serta pertukaran barang dagangan.

- Laluan Perdagangan: laluan perdagangan utama timur barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang.

- Bentuk Muka Bumi: berbukit-bukau dijadikan banteng pertahanan, panduan kapal dagang.

- Terlindung Angin Monsun: muara sungai di Selat Melaka terlindung angin monsoon membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan dengan selamat.

5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

FAKTOR KEGEMILANGAN

1. Kepimpinan Raja

i. Keturunan Raja Palembang

- zuriat keturanan anak Raja Palembang bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain (sumber dari Sulalatus Salatin)

- susur galur memberikan taraf kedudukan tinggi kepada Sultan Melaka dalam kerajaan lain di Alam Melayu.

ii. Peranan yang unggul

- menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran

- ketua angkatan tentera

- mengetuai hubungan diplomatik

- menyelaraskan kegiatan ekonomi

- ketua agama Islam

- menegakkan keadilan

iii. Daulat dan adat kebesaran

- daulat: kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin

- alat kebesaran diraja: cap mohor, nobat, keris, lembing, mahkota digunakan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan, kemangkatan raja.

- konsep daulat, adat kebesaran menjadikan raja tinggi dan istimewa, mengukuhkan kedudukan dalam sistem pemerintahan.

iv. Kewibawaan

- adil, berwibawa dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat

- memerintah berdasarkan bidang kuasa Hukum Kanun Melaka

- Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah mengutamakan keamanan, kebajikan rakyat. Sultan Mansur Shah menasihat putera adil terhadap rakyat, menyiasat segala tuduhan dan kerjasama dengan pegawainya.

2. Sistem Pentadbiran

i. Sistem Empat Lipatan

- pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar dilantik bagi membantu melicinkan pentadbiran.

- pembesar merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat, jajahan, daerah, mukim dan kampung.

- Pembesar berempat -> berlapan -> enam belas -> tiga puluh dua

ii. Tugas Pembesar

- mewujudkan sistem pentadbiran berkesan: menjaga keamanan kawasan, mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah, membekalkan tenaga tentera ketika perang dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah.

- Pengurniaan kawasan khas: bagi mendapatkan sokongan pembesar

- Kawasan pegangan: kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat

- Kawasan pemakanan: kawasan yang dikurniakan kepada pembesar jajahan dan daerah

- Ufti: cukai yang dikutip oleh pembesar dan menyerah kepada pemerintah

Pemerintah berempat

pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama pentadbiran (Orang Kaya Berempat)

Bendahara

penasihat raja, menteri utama pusat. Ketua turas angkatan perang, ketua hakim, pemangku sultan

Penghulu Bendahari

pemungut hasil atau ufti, ketua bendahari, ketua urus setia istana, ketua syahbandar

 

Temenggung

ketua polis dan penjara, penguasa bandar dan kota Melaka, pegawai protokol istana, hakim di darat

Laksamana

Ketua angkatan laut, pengawal peribadi raja, ketua duta, ketua utusan ke luar negara, hakim di laut.

 

3. Sistem Perundangan

i. Hukum Kanun Melaka


- semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456)

- disusun semula semasa pemerintahan Sutan Mahmud Shah (1489-1511)

- 44 fasal yang berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja, pembesar.

- Hukum Islam berkaitan jenayah, urusan jual beli, kekeluargaan.

- mewujudkan keamanan, menjamin keselamatan rakyat

ii. Undang-undang Laut Melaka


- ditulis semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah, menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan

- 25 fasal menerangkan peraturan di laut, tertib berniaga, tatacara berjual beli

- Berkaitan tenggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi, syahbandar

- menyebabkan aktiviti perdagangan jalan lancar, memberi kenyakinan pedagang

iii. Undang-undang adat


- adat temenggung, diasaskan oleh datuk temenggung

- berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan, perwarisan harta, perundangan, sistem penggantian sultan (takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki sulung)

- mengamalkan sistem pemerintahan beraja, kuasa tertinggi sultan atau raja

- membolehkan sistem perwarisan takhta berlaku secara teratur


ASPEK KEGEMILANGAN

Empayar Yang Luas

- meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera

- terdiri daripada tanah jajahan dan naungan

Cara Pembentukan Empayar

1. Penaklukan


menjamin keselamatan dan kemakmuran

Kuala Linggi, Beruas, Pahang, Terengganu, Kelatan (Tanah Melayu) Siak, Rokan, Kampar, Rupat (Sumatera)

2.Perkahwinan


 mengukuhkan hubungan persahabatan, kekeluargaan

Sultan Mansur Shah dengan Raden Galuh Cendera Kirana (Majapahit) menyebabkan pengaruh Melaka semakin luas

3. Naungan

rela bernaung, raja naungan ditabalkan

Lingga, Patani, Kedah

Kepentingan Pembentukan Empayar

- Politik: meluaskan wilayah dan jajahan takluk, mengukuhkan hubungan dengan kerajaan ditakluk, menyekat pengaruh kuasa serantau

- Ekonomi: menerima hadiah (wang, emas, timah, bantuan ketenteraan), mendapat bekalan hasil pertanian, rempah-ratus, bijih timah untuk diperdagangkan di pelabuhan Melaka, menguasai perdagangan

- Sosial: berlaku asimilasi budaya tempatan dengan Arab, India, China, Alam Melayu, wujud masyarakat majmuk daripada pelbagai suku dan bangsa

- Agama: mendorong usaha penyebaran agama Islam, berkembang ke Pahang, Kelantan, Perak, timur Sumatera, Patani

Pentadbiran Empayar

- Pentadbiran pusat: pusat pemerintahan dan pentadbiran terletak tempat raja bersemayam, raja dibantu pembesar pusat

- Pentadbiran Kawasan naungan: Kawasan yang mengakui ketuanan Melaka, menghantar ufti, pemerintahan diketuai pemerintah negeri dan dibantu oleh pembesar tempatan.

- Pentadbiran Kawasan jajahan: pemerintahan diketuai pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka

Pusat Penyebaran Agama Islam

Cara Penyebaran Agama Islam

Pengislaman Pemerintah

Pengislaman Sultan Iskandar Shah, para pembesar dan rakyat (1414), Sultan Muzaffar Shah menjadikan Islam agama rasmi

Perkahwinan

Puteri Sultan Mansur Shah, putera Raja Siak

Peranan Ulama dan Mubaligh

Menghantar ulama dan mubaligh ke Kawasan pengaruh, tasawuf dan sufi berkembang melalui ulama dari Timur Tengah, India.Sultan Alauddin Riayat Shah menghantar ulama mengajar Raja Pahang, Kampar, Inderagiri tentang hal ehwal agama

Perdagangan

Pedagang Arad, India, China mempunyai sifat mubaligh yang mendorong penyebaran Islam, mereka menyebar ke Kawasan disinggahi

Peluasan Kuasa

Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka

Kesan Penyebaran

Tumpuan Utama

Tumpuan ulama dan pendakwah, Sultan menjadi penaung aktiviti dakwah dan perbincangan kitab agama

Tempat Pembelajaran

Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar shah, madrasah, masjid dan surau menjadi tempat pembelajaran al-Quran dan ilmu tasawuf

Persuratan

Pengaruh Islam dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi, berlaku perkembangan tulisan Jawi dan Bahasa melayu, Bahasa Melayu menjadi Bahasa persuratan dan penulisan

Pemerintahan dan Pentadbiran

Ulama memainkan peranan penting dalam hal pentadbiran, mufti dan kadi wujud untuk kelicinan pengurusan agama Islam

Pusat Perdagangan

1. Kedudukan Strategik

- terletak di laluan perdagangan utama (India, China), Selat Melaka muncul sebagai pusat perdagangan, pelabuhan maju

2. Pusat Pengumpulan, pengedaran pelbagai barangan

- timah, emas, kapur barus, hasil hutan, rempah ratus daripada negeri naungan dan jajahan

- benang emas, kain pelekat, batu delima, tembikar, wangian, bahan makanan (negeri luar)

- membuktikan sebagai emporium maju

3. Dikunjungi Pedagang dari Dalam dan Luar Alam Melayu

- Arab, China, Gujerat paling ramai, Pasai, jawa paling ramai dari Alam Melayu, Brunei, Pegu, Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon, Burma, Kemboja, Champa, Annam

4. Pusat Perkapalan

- kapal kecil perahu, sagur, payar, sampan, ghurab, penjajap, baluk, lancuang, kakap, balang, kelulus, kapal besar jong, bahtera

Pengurusan Perdagangan

1. Syahbandar

- diuruskan dengan teratur dan cekap oleh pegawai yang mahir dan berpengalaman

- urusan perdagangan dikenalikan oleh syahbandar, mengurus pasar dan Gudang, menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang, tanggungjawab memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, mengurus cukai, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal

2. Cukai Perdagangan

- sumber pendapatan Kesultanan Melayu, cukai rasmi (cukai import) panduan. Cukai tidak rasmi (hadiah) China, Jepun hadiah 5%. Arab, India, Ceylon, Siam, Pegu 6%, Alam Melayu 3 % bahan makanan tidak dikenakan cukai.

3. Mata Wang

- tukar barang China, Alam Melayu dengan Barat, India

- Awalnya, tukaran nilaian seperti jongkong timah, serbuk emas, kulit siput

- Mata wang timah digunakan dikenali Calanis. Kepingan timah terpahat nama Sultan Melaka yang memerintah. Terdapat mata wang emas, perak. Mata wang dari Pasai, Harmuz, Cambay digunakan.

4. Orang Laut

- memberikan taat setia kepada raja, memainkan peranan penting mengekalkan kestabilan kerajaan, memastikan urusan perdagangan lancer. Pelayar dan petunjuk arah yang cekap. Tentera menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka.

5. Kemudahan Pelabuhan

- Gudang tempat menyimpan barang, kemudahan pengangkutan

- kemudahan bekalan makanan dan minuman, khidmat membaiki kapal

- Tempat penginapan, syahbandar menjaga kebajikan pedagang

- Tempat beribadat.

Hubungan Luar

Alam Melayu

Pasai (dasar sama taraf)

- Perkahwinan Sultan dengan Puteri Ratna Kaumala

- berkongsi pendapat dan perbincangan berkaitan hal agama Islam

Demak

- dasar kepentingan perdagangan, penyebaran Islam

- membekalkan beras, bahan makanan, rempah ratus, tentera

Majapahit

- perkahwinan

- mengukuhkan persahabatan, menjadi semakinluas, tamat ancaman

Makasar

- menghantar utusan persahabatan

- aspek perdagangan, perkapalan, Islam, kebudayaan, kesenian

- Makasar menghadiahi ‘Budak Raja’ kepada Sultan Melaka

Luar Alam Melayu

China

- Hubungan diplomatik, persahabatan, perdagangan, kunjungan utusan diketuai Yin Ching dan Laksamana Zheng He pada 1405

- pengurniaan payung kuning, cap mohor, sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan. Melaka mendapat naungan dan perlindungan China

- mengelakkan Siam. Melaka mahu situasi menang-menang dengan Siam untuk mengekalkan kedaulatannya

Ryukyu (Jepun)

- hubungan diplomatik dan perdagangan

- Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu berkaitan tingkah laku pedagangnya yang melanggar undang di Melaka

- membantu meningkatkan perdagangan

Siam

- diancam Siam (semasa pemerintahan Parameswara, Sutan Muzaffar Shah)

- diplomatik dan perdagangan

- menghantar utusan ke Siam diketuai oleh Tun Telanai, Menteri Jana Putera

- memperoleh bekalan kayu jati, beras, bahan makanan, menjamin keselamatan

Kerajaan lain

- perdagangan (Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel, Bengal)

- hubungan (Mesir, Parsi, Turki, Arab)

5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA YANG BERPUSAT DI MELAKA

- Keruntuhan kerana kedatangan Portugis pada tahun 1511

- menandakan bermulanya serangan Portugis dan penaklukan ke atas Melaka

Faktor Dalaman

1. Masalah Kepimpinan

- kelemahan Sultan Mahmus Shah dan pembesar menyebabkan ketidakstabilan politik. Amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran. Perbalahan sesama sendiri dalam kalangan pembesar

2. Masalah Perpaduan

- rakyat tidak bersatu padu, berlaku persaingan kuasa antara pembesar Melaka menyebabkan perpecahan, askar upahan dari luar tidak taat setia kepada Melaka

3. Serangan Portugis

- ingin mencapai matlamat kekayaan, keagamaan, kemasyuran

- mengawal perdagangan rempah,menyebarkan agama Kristian, menghapuskan penguasaan pedagang Islam. Hubungan Melaka-Portugis mula dengan kedatangan Lopez de Sequeira II September 1509

- kegagalan rundingan menyebabkan Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka

- Serangan tiga kali, 25 Julai 1511, 10 Ogos 1511, 24 Ogos 1511

Strategi Melaka menghadapi serangan Portugis

- aspek diplomasi, strategi, ertahanan, pertempuran

- menggunakan lancaran dan perahu berapi

- pertahanan Melaka diperteguhkan di kawasan pantai dengan kayu-kayan dan pelbagai jenis meriam serta peti-peti berisi serbuk peluru

- tembakan meriam bertalu-talu dari pantai

- menggunakan tentera bergajah bagi menghadapi serangan Portugis

Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan

- Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan serta jajahannya kemudian bersemayam di Bentan

- 1515 hingga 1519, Sultan Mahmud Shah melakukan tiga kali serangan mendapat semula Melaka tetapi gagal. 1526, pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan dimusnahkan oleh Portugis.

- Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar dan mangkat pada 1528.


Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 2: Sistem Pemerintahan & Kegiatan Ekonomi Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 3: Sosiobudaya Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 5: Kesultanan Melayu Melaka

Nota Bab 6: Kesultanan Johor Riau

Nota Bab 7: Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Nota Bab 8: Kesultanan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 9: Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 10: Sarawak dan Sabah

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

8 comments: