Friday, 8 January 2021

Nota Ringkas dan Padat Geografi Tingkatan 2 Bab 5: Pengangkutan di Malaysia

 BAB 5: PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=atWYz_hqp0s

5.1 Pengangkutan Darat di Malaysia

Jaringan jalan raya di Malaysia

- lebih tertumpu di pantai barat, dibina untuk mempercepat dan memudahkan perjalanan

- Lebuh raya Utara-Selatan (Bukit Kayu Hitam- Kedah- Johor Bahru, lebuhraya terpanjang, 847.7km)

- Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya KL-Karak, Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Timur-Barat, Lebuhraya K.Krai-G.Musang-K.Lipis, Lebuhraya Tun Razak, Lebuhraya Pan Borneo

- Jenis jalan: jalan raya persekutuan, bandaran, berturap, tidak bereturap

- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) bertanggungjawab terhadap jalan raya dan jalan keretaapi

Jaringan landasan kereta api

- Landasan pertama dibina: Taiping ke Port Weld mengangkut bijih timah 13 km pada tahun 1885.

- Landasan utama dari Padang Besar (Perlis) ke Johor Bahru, Landasan kereta api dari Tumpat(Kelantan) menganjur ke Gemas (N.Sembilan), Stesen Sentral Kuala Lumpur- rel bersepadu KL, Stesen kereta api Gemas-persimpangan p.timur dan barat, Landasan kereta api Sabah-menghubungkan T.Aru, Papar, Beaufort, Tenom.

- Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTM) menguruskan perkhidmatan kereta api di Semenanjung Malaysia. Keretapi Negeri Sabah menguruskan perkhidmatan di Sabah.

5.2 Pengangkutan Udara dan Air di Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa

- Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 2, Senai, Kuching, Kota Kinabalu

Pelabuhan utama di Malaysia

- kawasan perairan terlindung

- Pelabuhan P.Pinang (Pintu masuk Semenanjung, perkhidmatan feri,marina), Pelabuhan Klang (Pusat muatan negara untuk kontena tempatan dan serantau. Terminal Northport, Westport), Pelabuhan T.Pelepas(kontena tercanggih, Process Compliant Port of 2017 Global Ports Forum), Pelabuhan Kontena T.Sepanggar (mengendalikan kontena, 70% operasi kontena Sabah), Pelabuhan Bintulu (laluan tunggal eksport utama gas asli cecair)

- Pelabuhan utama Keamanan, T.Manis, Kuching, Sandakan, Tawau, Johor. Pelabuhan kontena: Johor, Kuching

5.3 Pengangkutan Awam di Malaysia

Darat

- Jalan raya: Bas, Teksi, e- panggilan

- Jalan Kereta api: Monorel, KTM komuter,KTM antarabangsa, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KLIA ekspres/KLIA Transit (ERL), Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)

Air

- Feri, Bot

Udara

-Kapal Terbang

5.4 Fakotr-faktor yang Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan

Bentuk muka bumi

-tanah tinggi: sukar, kos tinggi

-Tanah pamah: rata, sesuai dibina

- Sungai: pembinaan di kawasan berpaya kos tinggi perlu ditambak dan dibina jambatan

- Laut: yang berteluk sesuai pelabuhan, terlindung dan dalam

Kemajuan teknologi

- SMART menjadi saliran air dan laluan kenderaan, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah P.Pinang (24km), Lebuh Raya Timur Barat merentasi tanah tinggi dan sungai,  laluan bawah tanah MRT

Dasar kerajaan

- bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menambah baik pengangkutan awam bandar

- 55 Bilion East Coast Rail Line (ECRL) Lembah Klang ke pantai timur (Pembentangan Bajet 2017)

- Dasar penswastaan: Utara- Saelatan PLUS, LRT, bas prasarana Malaysia Berhad

Kegiatan Ekonomi

- ppengangkutan dibina di kawasan yang terdapat sumber mineral memudahkan kerja penghantaran, pemprosesan, pemasaran sumber petroleum.

- Di kawasan pertanian memudahkan penghantaran dan pemasaran hasil pertanian

- kawasan giat perniagaan, perdagangan, perindustrian, perlombongan mempunyai jaringan padat

5.5 Kepentingan Pengangkutan Darat, Udara Air

Darat

1. Membawa penumpang dan barangan

2. Mempertingkatkan darjah ketersampaian

3. Pembangunan wilayah koridor ekonomi

4. Membangunkan bandar satelit

5. Meningkatkan sektor perniagaan

6. Membangunkan kawasan sekitar

Udara

1. Menggalakkan integrasi nasional

2. Meningkatkan darjah ketersampaian

Air

1. Menghubungkan kawasan pedalaman

2. Membawa penumpang, barangan

3. Mengendalikan urusan perdagangan

5.6 Kepentingan Pengangkutan Awam

1. Mengurangkan kesesakan lalu lintas

2. Memajukan industri pelancongan

3. Mengurangkan kos

4. Mempertingkatkan darjah ketersampaian

5. Mengurangkan pencemaran udara

6. Mewujudkan peluang pekerjaan

5.7 Amalan Pengangkutan Lestari

Kepentingan

1. Mengurangkan kos bahan api

2. Mengelakkan kesesakan lalu lintas

3. Mengurangkan pelepasan bahan pencemar udara

4. Meningkatkan keselamatan

5. Mengurangkan hakisan

6. Meminimumkan kemusnahan flora dan fauna

Amalan Pengangkutan Lestari

1. Penggunaan kereta elektrik, hibrid

2. Berkongsi kereta

3. Penggunaan pengangkutan awam


 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Skala dan Jarak

Nota Bab 2: Peta Topografi

Nota Bab 3: Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim

Nota Bab 4: Cuaca dan Iklim di Malaysia

Nota Bab 5: Pengangkutan di Malaysia

Nota Bab 6: Telekomunikasi di Malaysia

Nota Bab 7: Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia

Nota Bab 8: Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia 

Nota Bab 9: Pemanasan Global

Nota Bab 10: Teknologi Hijau

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 

No comments:

Post a Comment