Friday, 29 January 2021

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 2 Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

BAB 4: AGAMA, KEPERCAYAAN DAN KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=ye1daNYf8x4

4.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

- Agama: suatu sistemberkaitan anutan, keimanan dan penyembahan terhadap Tuhan.

- Kepercayaan: peganganyang diyakini dapat menjadi panduan dalam kehidupan

- Animisme: kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat. Berkail rapat dengan kepercayaan terhadap makhluk halus dan penyembahan kepada roh nenek moyang yang telah meninggal dunia. Penting untuk memastikan keluarga yang masih hidup mendapat kebaikan atau menghindar kesusahan di dunia.

- Dinamisme: Kepercayaan terhadap kekuatan yang juga dikenali sebagai mana atau semangat. Setiap benda dan mahkluk dianggap mempunyai mana yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Upacara pemujaan semangat tanaman dilakukan agar mendapat hasil tanaman yang subur dan banyak.

- Agama Hindu, Buddha dating sebelum masihi. Agama Islam abad ketujuh (Champa, Majapahit, Kedah Tua, Parsi), Sistem pemerintahan, Bahasa, persuratan, senibina daripada pengaruh Hindu dan Buddha disesuaikan dengan Islam.

- Funan: Hindu dan Buddha abad pertama (Fan Shih-man mengambil peranan besar perkembangan Buddha) Candi Go Cay Thi

- Angkor: Hindu anutan utama sejak diasaskan dan gemilang pemerintahan Suryavarman II. (Angkor Wat) Buddha annutan utama pemerintahan Jayavarman VII abad 12.

- Champa: Hindu abad keempat Bhadravarman (mendirikan candi Hindu di Lembah Mi Son dikenali Siva-Bhadresvara). Candi Dong Duong (Buddha) Islam abad ke-14 Sultan Zaianl Abidin (batu 1035, batu hiasan 1039 di Panduraga)

- Srivijaya: Pusat kegiatan Buddha abad ketujuh, I-Tsing (China) dating beajar Bahasa Sanskrit, menterjemahkan kitab Buddha. Candi Muara Jambi, Candi Bahal, Candi Muara Takus

- Majapahit: Hindu, Buddha sampai serentak. Hayam Wuruk menyatukan dua agama (tripaksa). Abad 14 (Candi Jabong, Sukuh, Brahu) Islam abad 14, WuPing pegawai Ming beragama Islam menjadi wakil tetap, Gan Eng Chou ketua kaum Cina di Tuban. Selepas keruntuhan, Demak menjadi pusat pengajian Islam terbesar di Jawa abad ke-16.

- Kedah Tua: Buddha abad ke5, anutan utama. Selepanya Hindu. Islam abad 12, Maharaja Derbar Raja II (pemerintah ke-9) 1136

- Gangga Nagara: Buddha (Arca Buddha di Lembah Kinta) patung Avalokitesvara di Bidor, Perak. Abad 6-9.

4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

Sistem Pemerintahan Beraja

- Raja menjadi tonggak utama kerajaan, kedudukan raja diperkukuh dengan system pemerintahan

- Dibantu oleh para pembesar dan memperoleh ketaatan daripada rakyat

1. Pemilihan raja

- berasaskan keturunan dan pembesar mengesahkannya

- dianggap suci dan berdaulat

- dipilih daripada golongan tentera

- dilantik daripada golongan tentera

- dilantik daripada wanita keturunan diraja

2. Kedudukan raja

- dianggap titisan dewa dan mesti dihormati (Hindu, Buddha)

- Sistem Khalifah (Islam)raja sentiasa ditaati, mengingkari raja dianggap mengingkari Tuhan dan perbuatan adalah menderhaka

3. Gelaran Pemerintah

- Raja, Maharaja (Hindu, Buddha) Sultan (Islam) Raja di Gunung, Maharaja di Pulau menggambarkan kebesaran

- Diberi nama mengikut identity dan keunikan kerajaan (Funan, Champa, Angkor, Srivijaya menggunakan “varman”dari Bahasa Sanskrit)

Kebijaksanaan Pemerintah

1. Memilih dan Membangunkan Pusat Pemerintahan

- lokasi strategic sebagai pusat pemerintahan, petemppatan dan pelabuhan iaitu di pesisiran pantai atau lembah sungai

- memperkembangkan kegiatan pertanian di Kawasan subur seperti lembah sungai. Sungai berfungsi sebagai laluan pengangkutan utama.

- memilih tempat menjadi laluan antarabangsa antara timur barat seperti Oc Eo di Funan dan Palembang di Srivijaya

- mengambil kira petunjuk arah seperti bukit, gunung, teluk memudahkan pedagang singgah di pelabuhan. Gunung Jerai mercu tanda kerajaan Kedah Tua. Bukit, teluk merupakan aspek pertahanan.

2. Menjalinkan Hubungan Diplomatik

- Hubungan persahabatan: Srivijaya mengirimkan utusan persahabatan ke China pada abad 7. Majapahit berhubungan dengan China pada abad 14

- Bantuan tenteraan atau senjata: Maharaja Chola India menghantar bantuan tentera ke Srivijaya membantu selesaikan pemberontakan abad 11.

- Perkahwinan: Majapahit, Raden Vijaya dengan puteri Singhasari abad 13. Mendapatkan perlindungan, meluaskan jaringan perdagangan, memperkukuh agama dan budaya.

Kegiatan Ekonomi

1. Memanfaatkan kesuburan tanah

- untuk menjalankan kegiatan pertanian. (S.Mekong, S.Musi, S.Bengawan Solo, S.Brantas)

2. Mencipta Sistem Pengairan

- baray dan system saliran memastikan bekalan air mencukupi di Kawasan pertanian supaya tanaman diusahakan sepanjang tahun

3. Membina Pelabuhan

- Pelabuhan pembekal: pelabuhan persinggahan untuk membekalkan bahan dagangan dan bekalan makanan

- Pelabuhan kerajaan: pelabuhan pembekal yang berkembang apabila eujudnya pusat pentadbiran atau kerajaan.

- Pelabuhan entrepot: tumpuan pedagang dan berperanan sebagai barang dagangan daripada para pedagang serantau antarabangsa

Perkembangan Sosiobudaya

1. Sistem Tulisan dan Bahasa

- mengadaptasi pengaruh luar untuk memperkembangkan system tulisan dan Bahasa mereka

- Tulisan Palava dan Kawi berasal dari India digunakan dengan meluas sebagai medium tulisan Bahasa tempatan dan Sanskrit.

- Huruf-huruf Arab disesuaikan sehingga terbentuknya tulisan Jawi

2. Persuratan

- berkembang dalam bentuk batu bersurat sehingga lahir karya-karya dalam bentuk manuskrip

3. Seni Bina

- memudahkan kehidupa dalam kegiatan pertanian, pelayaran, pedagangan dan keagamaan. Kehidupan di pesisiran pantai dan lembah sungai melahirkan petukang kapal yang handal

Amalan Beragama

1. Sifat Terbuka

- Hindu, Buddha penyebaran awal Islam tersebar aman. Champa, Angkor menganuti Hindu dan sebahagian lain menganut agama Buddha.

2. Sifat Toleransi

- Hindu membina Candi Prambanan berdekatan Barobudur penganut Buddha di Jawa Tengah.

3. Simbol Penyatuan raja dan rakyat

- raja perlu golongan agama mengukuhkan kedudukannya. Brahmin berperanan besar semasa pertabalan raja pengasas kerajaan Angkor, Jayavarman II diistiharkan kedudukan sebagai Dewaraja oleh seseorang Brahmin bernama Hiranyadama.

- golongan agama diberi tempat dan status istimewa, dilantik sebagai pentadbir dan penasihat pemerintah (Funan, Srivijaya, Angkor)

4. Lambang Keagungan Kerajaan (Candi Besar)

- Candi Borobudur, Angkor Wat, Candi Prambanan, Candi Muara Jambi

- institusi agama berperanan sebagai pusat ibadat, tempat pemujaan roh nenek moyang dan pusat perhimpunan para pendeta.

- Masjid dibina sebagai pusat ibadat, Pendidikan dan kebajikan. Institusi pondok, madrasah.


Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 2: Sistem Pemerintahan & Kegiatan Ekonomi Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 3: Sosiobudaya Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 5: Kesultanan Melayu Melaka

Nota Bab 6: Kesultanan Johor Riau

Nota Bab 7: Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Nota Bab 8: Kesultanan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 9: Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 10: Sarawak dan Sabah

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

2 comments: