Sunday 7 February 2021

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 2 Bab 9: Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

 BAB 9: WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=jD9v8KxbNT8

9.1 WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS

Sistem Pemerintahan Beraja

1. Penggunaan Gelaran Pemerintah

- Kedah, Kelantan: Sultan, Perlis: Raja

2. Cara Pelantikan Pengganti Pemerintah

- pelantikan putera Sultan atau Raja sebagai pengganti, daripada jurai keturunan pemerintah pengasas

3.. Sistem Pemerintahan Beraja

- Sultan atau Raja merupakan hierarki tertinggi. Dikekalkan dengan kedudukan Sultan atau Raja sebagai ketua bagi negeri, bertanggungjawab sebagai ketua agama Islam dan merupakan lambang perpaduan

- Pembesar dilantik sebagai wakil pentadbir bagi pihak kerajaan dan bertanggungjawab terhadap jajahan atau daerah

- Penghulu merupakan penguasa pada peringkat mukim, berperanan orang perantaraan antara rakyat dengan pemerintah. Ketua kampung pada masa kini yang mentadbir unit yang lebih kecil

Adat Istiadat

- keputeraan, perkahwinan, pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, pemakaman pemerintah

- Pertabalan bertujuan memaklumi rakyat dan bagi mengabsahkan kedaulatan raja

1. Majlis Pemasyhuran Pengganti Sultan atau Raja

- sebelum jenazah pemerintah dimakamkan

2. Istiadat Pertabalan

- dimulai dengan mempersembahkan naskhah al-Quran dan alat kebesaran diraja, Sultan/Raja yang dimasyhurkan membaca watikah pertabalan dan mengucup keris kuasa. Menteri Besar mengetuai seruan “Daulat Tuanku”.

3. Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran

- oleh Sultan/Raja merupakan lambang hubungan pemerintah dengan rakyat. Lazimnya, penganugerahan ini disempurnakan bersempena hari sambutan keputeraan. Darjah kebesaran dianugerahkan sebagai pengiktirafan Sultan/Raja, kerabat diraja dan rakyat yang berjasa

Perundangan

- Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah Daruiaman, Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis, Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan

- Penggantian Pemerintah: Sultan atau Raja hendak lelaki, berketurunan raja, berbangsa Melayu, Beragama Islam

- Peranan Sultan/Raja: Ketua Negeri, ketua agama Islam

- Badan Penasihat Sultan/Raja: kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua membantu mentadbir negeri dan rakyat.

- Tanggungjawab Sultan atau Raja: larangan kepada Sultan/Raja, Menteri dan Jemaah Menteri menyerahkan negeri atau kuasa kepada kerajaan lain

- Hak Rakyat dalam Pentadbiran: warganegara 21 tahun atau lebih yang tinggal di dalam negeri layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan

Pemantapan Undang-undang Islam

- Kedah memperkenalkan enakmen zakat yang diuruskan menerusi penubuhan sebuah jawatankuasa 1955

- Kelantan memperkenalkan enakmen dan pekeliling berkaitan undang-undang jenayah Islam dan busana cara Islam dalam kehidupan

- Hukum Maksiat di Kelantan ditulis pada abad 19 yang melarang perbuatan laga lembu dan persembahan menora

Persuratan

- Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad pada tahun 1927. Mencatatkan sejarah istana dan pentadbiran Perlis. Mengisahkan pengasasan dan senarai pemerintah, pembukaan ibu kota , alat kebesaran diraja dan pengislaman pemerintah Kedah

- Hikayat Merong Mahawangsa: 1821, mengisahkan pengasasan kerajaan Kedah, pembukaan Kota pentadbiran dan pengislaman pemerintah

- Salasilah atau Tarikh Kerajaan Kedah: Wan Yahya bin Wan Muhammad Tabib 1911, mencatatkan secara kronologi maklumat jurai pemerintah Kedah dari 630M HINGGA1911, memaparkan perkembangan ekonomi dan pentadbiran kerajaan Kedah menerusi pembahagian daerah

- Syair Sultan Maulana: zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II 91804-1845) kisah perang tentera Kedah bentuk syair

- Hikayat Seri Kelantan: ditulis pada 1914, mengisahkan pemerintahan negeri Kelantan sejak zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong, Raja Abdullah hingga 1900

- Detik detik Sejarah Kelantan: Sa’ad Shukri bin Haji Muda 1971, mencatatkan sejarah pengasasan kerajaan Kelantan dan peristiwa penting setiap pemerintah.

Kesenian

1. Seni Ukir: Kelantan, Kedah, motif haiwan digantikan dengan motif alam yang bersesuaian dalam agama Islam

2. Seni Bina: berupa binaan istana serta hiasan ukiran daripada kayu berkualiti, keunikan binaan rumah tradisional Melayu yang tebar layar berbentuk”V” terbalik yang dihiasi ukiran bermotif alam. Banyak tiang menggunakan hasil hutan tempatan dan berdaya tahan dengan perubahan cuaca.

3. Seni Pertukangan dan Barang Perhiasan daripada emas dan perak: menyerlahkan kreativiti masyarakat tempatan. Pertukangan senjata tradisional seperti keris berkembang pesat terutamanya di Kelantan

4. Seni Kraf Tangan: kreativiti hasil kraf tangan masyarakat seperti anyaman tikar dan bakul rotan. Kelantan terkenal dengan perbuatan wau dan batik.

5. Seni Persembahan: keunikan pada setiap kerajaan. Awang Batil merupakan penglipurlara Perlis. Wayang kulit telah diangkat sebagai warisan kebangsaan di bawah kategori warisan tidak ketara. Mek Mulung merupakan teater tradisional negeri Kedah yang kekal hingga kini.

6. Seni Silat: seni atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri. Kini, sebagai persembahan istimewa dan sesuatu majlis dan menjadi acara dipertandingkan pada peringkat antarabangsa

9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN

Keunikan Adat Perpatih

1. Jurai Keturunan Sebelah Ibu: kaum perempuan dianggap Ibu Soko, iaitu ibu yang melahirkan anggota masyarakat. Setiap anak merupakan anggota suku ibunya. Anggota suku dianggap sedarah kerana berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu.

2. Pelaksanaan hukuman: bersifat pemulihan dengan memberikan pertimbangan terhadap pesalah ke arah kebaikan. Mengutamakan perasaan dan kepentingan pesalah. Sekiranya berlaku kesalahan kecil, maka boleh diselesaikan dengan saling bermaafan ataupun denda ringan.

3. Perkahwinan: sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap sebuah keluarga besar dan bersaudara. Menggalakkan perkahwinan luar suku bagi mewujudkan persaudaraan antara suku. Lelaki berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku isteri, digelar “orang semenda” (orang mendatang). Wanita berkahwin sesama suku akan hilang hak mewarisi pusaka, lelaki pula hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat. Jika hendak mengembalikan ak perlu menjalankan adat memulih pusaka.

4. Upacara kedim: menerima orang suku lain atau orang luar menjadi ahli suku. Bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli suku yang akan disertai serta dibuat penghebahan “Darah dicecah, doa ditampung, sumpah dilabuh, Quran dijunjung”.

5. Wanita mewarisi pusaka: termasuk tanah dan rumah bertujuan supaya wanita tidak terabai. Diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan

Keunikan Pemerintahan di Negeri Sembilan

- perut, suku, luak berkuasa melantik penyandang pesaka adat atau pemimpin

- Penyandang pesaka adat pada semua peringkat dipilih melalui hasil permuafakatan

- Luak: daerah atau jajahan, merupakan kumpulan ketiga dan terbesar dalam susunan masyarakat Minagngkabau

- Suku: merupakan unit kedua dalam sosiopolitik Adat Perpatih, dibentuk oleh beberapa Perut yang menjadkan keluarga berkenaan semakin besar

- Perut: unit terkecil yang ahlinya terdiri daripada keturunan sebelah ibu

- Penghulu merupakan Ketua Luak atau Daerah bagi Inas, Terachei, Jempol, Ulu Muar, Gunung Pasir

- Ibu Soko: dikenali dengan beberapa nama. Contohnya, di Luak Johol dikenali Ibu Waris, di Luak Tampin sebagai Ibu Telapak dan di Minangkabau sebagai Bundo Kandung

1. Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: dipilih oleh Undang Yang Empat, berperanan sebagai ketua negeri, menjadi lambang kesatuan dan persekutuan

2. Undang: ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga, Undang yang Empat ialah Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau. Undang yang Empat akan berkerapatan bagi seorang yang layak daripada keturunan Yamtuan Radin untuk menjadi Yamtuan Besar atau Yang diPertuan Besar

3. Lembaga: Ketua Suku dan dilantik oleh Buapak. Memilih Undang dan Penghulu, menjaga keamanan dan keselamatan, menyelesaikan pertelingkahan antara Suku, mengurus pembahagian harta pusaka

4. Buapak: anak buah dalam Perut akan melantik seorang ketua yang digelar Buapak. Buapak menjadi ketua rujukan aspek yang berkaitan dengan adat dan hukum

5. Ibu Soko: mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang diwakilinya. Terlibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan Buapak dalam kelompok yang diwakilinya. Jika tiada Ibu Soko, semua peringkat pelantikan pemimpin adat di Negeri Sembilan tidak boleh dilaksanakan.


Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 2: Sistem Pemerintahan & Kegiatan Ekonomi Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 3: Sosiobudaya Mayarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Nota Bab 5: Kesultanan Melayu Melaka

Nota Bab 6: Kesultanan Johor Riau

Nota Bab 7: Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Nota Bab 8: Kesultanan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 9: Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Nota Bab 10: Sarawak dan Sabah

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

3 comments: