Sunday 23 May 2021

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 4 Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

 BAB 3: KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=kOZgZA358oE

3.1 NASIONALISME DI NEGARA KITA SEBELUM PERANG DUNIA

- Enakmen Undang-undang Islam 1904 diperkenalkan oleh British untuk membendung pengaruh gerakan islah. Enakmen tersebut memastikan sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan agama dan politik Islam perlu mendapatkan keizinan sultan. Hukuman penjara dijatuhkan.

- Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Siasatan Politik diperkenalkan untuk mengawal gerakan Islah.

- Penentangan Tok Janggut merupakan kesan kesedaran politik antarabangsa yang menggerakkan penentangan tempatan. Penentangan ini dipengaruhi oleh penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

- British berwaspada terhadap sokongan pemimpin Melayu terhadap kalifah empayar Uthmaniyah yang dianggap pelindung umat Islam dan penaung tanah suci Mekah dan Madinah.

- Orang Melayu menggunakan akhbar dan majalah untuk meniupkan nasionalisme setelah kegagalan penentangan bersenjata Tok Janggut.

- Kesedaran politik tidak boleh didedahkan secara terang-terangan kerana adanya Publishing and Book Enactment 1919. Oleh itu, kesedaran dan pergerakan tidak meluas sebelum Perang Dunia Kedua.

3.2 LATAR BELAKANG PERANG DUNIA

Perang Dunia Pertama(1914-1918)

Faktor Tercetusnya Perang Dunia Pertama

Faktor

Penerangan

Persaingan kuasa imperialis

Perkembangan Revolusi Industri, negara Eropah bersaing mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah dan pasaran. Membawa permusuhan.

Pakatan ketenteraan

Permusuhan membawa kepada pakatan ketenteraan. Negara berlumba-lumba menghasilkan senjata dan bersaing mendapatkan tanah jajahan. Menyebabkan ketidakstabilan politik

Krisis rantau Balkan

Austri-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat berketurunan Serbia berjuang membebaskan diri. Kemuncak krisis semasa pembunuhan putera mahkota Austria-Hungary, Archduke Ferdinand dan isterinya Sophie oleh pemuda Serbia.


Kuasa Tengah

Pakatan Bertiga

Jerman, Austria-Hungary. Disertai oleh Bulgaria dan empayar Uthmaniyah

Britain, Perancis, Rusia. Disokong oleh Serbia, Itali, Romania, Portugal, Greece


Kronologi Peristiwa Perang Dunia Pertama

Tarikh

Peristiwa

28 Julai 1914

Austri-Hungary (disokong Jerman) mengisytiharkan perang terhadap Serbia

30 Julai 1914

Rusia membantu Serbia

1 Ogos 1914

Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia

3 Ogos 1914

Jerman mengisytiharkan perang terhadap perancis yang menyebelahi Rusia. Jerman menceroboh Belgium untuk menyerang Perancis

4 Ogos 1914

Britain menyertai Rusia dan Perancis

Oktober 1914

Empayar Uthmaniyah menyertai Kuasa Tengah

Mac 1915

Itali menyertai Pakatan Bertiga

April 1917

Amerika Syarikat menyertai Pakatan Bertiga


Berakhir Perang Dunia Pertama

- Penglibatan Amerika Syarikat membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga pada 1918.Jerman dipaksa menandatangani gencatan senjata. Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia.

Persidangan Damai Paris

Tarikh

18 Januari 1919

Tujuan

Pastikan Jerman tidak menjadi ancaman keamanan Eropah, membincang syarat perdamaian

Kesan

Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson(cadangan Presiden Amerika Syarikat). Prinsip utama ialah penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa

Perjanjian Versailles

Tarikh

28 Jun 1919

Tempat

Istana Versailles, Paris, Perancis

Kesan

- Jerman bertanggungjawab terhadap kemusnahan perang, membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga, mengehadkan saiz angkatan tentera, menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.

- Penubuhan Liga Bangsa-bangsa untuk keamanan dan kerjasama antarabangsa.


Kesan Perang Dunia Pertama

Kesan

Penerangan

Keruntuhan pemerintahan beraja

- Jerman: Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta.

- Austria-Hungary: dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan

- Rusia: revolusi menumbangkan Tsar Nicholas II dan kerajaan komunis terbentuk di bawah pimpinan Vladmir Lenin.

- Empayar Uthmaniyah: Sultan Mehmed VI digulingkan dan Republik Turki diketuai oleh Mustafa Kemal Ataturk.

Kemunculan Negara Baharu

Austria-Hungary -> Austria, Hungary, Czechoslovakia, Yugoslavia.

Rusia -> Poland, Estonia, Latvia, Lithuania

Empayar Uthmaniyah -> Lebanon, Syria, Iraq

Kesan Negara kita

Raja Melayu diminta menandatangani perisytiharaan perang menyokong dan taat setia kepada British. Undang berkaitan perang diluluskan . Kos pembiayaan operasi British dalam Perang Dunia Pertama diperoleh daripada wang hasil bijih timah dan getah.

 

3.3 PERANG DUNIA KEDUA (1939-1945)

Kuasa Paksi

Kuasa Bersekutu

Jerman, Itali , Jepun

Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Rusia


Faktor

Penerangan

Kemunculan ideologi baharu

Fasisme di Itali: 1922, gerakan fasisme pimpinan Benito Mussolini berjaya menguasai Itali. Fasisme menekankan kepentingan negara melebihi individu, percaya berperang meningkatkan imej negara. Itali menguasai Habsyah (Ethiopia) di Afrika dan Albania.

Nazisme di Jerman: 1933, Adolf Hitler membentuk kerajaan di Jerman. Nazisme mengagungkan bagsa Jerman. Hitler mengetepikan Perjanjian Versailles dan membina angkatan tentera. Menduduki semula Rhineland, wilayah yang hilang dalam Perjanjian Versailles.

Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles

Jerman: mengganggap tidak adil dan menjejaskan kedaulatannya. Kehilangan tanah jajahan, pampasan perang tinggi menyebabkan kemelesetan ekonomi. Itali: tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti Poland dan Perancis memperoleh

Kegagalan Liga Bangsa- bangsa

Krisis Manchuria(1931-1933): Jepun menakluk Manchuria. LBB tidak mengawal Jepun

Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934): LBB tidak mengawal negara lain daripada mengadakan pelucutan senjata. Jerman keluar dari LBB dan mempebesar angkatan tentera

Krisis Habsyah (1935-1936): Itali menyerang Habsyah. Ahli LBB tidak menyekat Itali


Perang Dunia Kedua di Eropah

Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat

Selepas pengisytiharan perang, Jerman memulakan serangan Blitzkrieg(serangan kilat) untuk menakluki negara di Eropah Barat. 1941, Jerman menguasai hampir semua negara, Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg, Perancis.

Pengeboman Britain

September 1940, Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain. Menyerang dan memusnahkan pelabuhan, kawasan perindustrian dan pertahanan udara Britain. Menjejaskan ekonomi Britain

Itali menyertai perang di Eropah

Jun1940, Itali mengisytiharkan perang terhadap Britain dan Perancis. Perancis diserang dari selatan oleh Itali dan utara oleh Jerman

Serangan Jerman ke atas Rusia

Jun 1941, Jerman melancarkan Operasi Barbarossa iaitu serangan besar-besaran untuk menawan Rusia, empayar terbesar di Eropah untuk menguasai seluruh Eropah. Operasi mensasarkan bandar utama, Leningrad, Moscow dan Stalingrad.


Berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah

Kerjasama Kuasa Besar

Amerika Syarikat, Britain, Rusia bekerjasama. Franklin Roosevelt (presiden Amerika) Winston Churchill (perdana menteri Britain) bertemu. Melibatkan Presiden Rusia, Joseph Stalin. Tentera Bersekutu darat, laut dan udara beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat

Keberkesanan Strategi Serangan

Kegagalan Operasi Menawan Rusia: Jerman kehilangan banyak nyawa tentera apabila melewati dua musim sejuk di Rusia. Jerman kehabisan peluru, minyak dan makanan melemahkan semangat tentera. Jeneral Jerman, Friedrich Von Paulus mengingkari perintah Hitler dan menyerah kalah kepada Rusia di Stalingrad pada Januari 1943.

Kejayaan Operasi D-Day: Tentera Bersekutu(TB) memperdayakan Jerman bahawa pendaratan tentera akan berlaku di Calais, bukan Normandy. TB berjaya mendarat di Normandy. Kejayaan operasi D-Day membolehkan TB memasuki Jerman dari Barat, Rusia dari timur. Hitler mati pada April 1945. Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah.


3.4 PERANG DUNIA DI ASIA PASIFIK

Peluasan Kuasa Jepun

Dasar Peluasan Kuasa Jepun

Keperluan Perindustriaan: mengurangkan pergantungan kepada negara Barat untuk bahan mentah. Jepun memerlukan wilayah membekalkan bahan mentah, pasaran.

Pengaruh Golongan Tentera: Golongan tentera menguasai Jepun pada 1932 yang berpendapat bahawa penaklukan kawasan merupakan penyelesaian. Oktober 1941, Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri mengheret Jepun kepada peperangan

Orde Baharu Asia: mengembangkan kuasa, mewujudkan kebebasan ekonomi, menentang imperialisme Barat. Menguasai Korea (1910), Manchuria (1932), China(1937), Indochina(1941).

Sekatan Ekonomi terhadap Jepun

Jepun menguasai Laut China Selatan termasuk Pulau Hainan dan Indochina. Amerika Syarikat, British, Belanda mengenakan sekatan ekonomi untuk menghalang Jepun memperoleh bahan mentah untuk industri dan operasi perang.

Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan

Jepun merancang menguasai wilayah di selatan merangkumi Asia Tenggara untuk mengatasi sekatan ekonomi. Pakatan dalam Kuasa Paksi membolehkan Jerman menghantar pakarnya ke Jepun untuk mengkaji serangan dan membantu perkembangan industri pembuatan kapal terbang Jepun


Bermulanya Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

8 Dis 1941

Pendaratan Jepun di Kelantan, Pantai Kuala Pak Amat yang terletak antara Pantai Santak-Pantai Badang, Kota Bharu. (2.15 pagi masa Tokyo)

8 Dis 1941

Jepun menyerang Pearl Habour, Hawai (3.25 apgi) melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat yang boleh menjadi penghalang peluasan kuasa Jepun

8 Dis 1941

Mendarat di Singgora, Thailand (4.00 pagi)

10 Dis 1941

Mendarat di Pulau Guam

16 Dis 1941

Menguasai Miri

22 Dis 1941

Pendaratan pertama di Filipina

23 Dis 1941

Pulau Wake jatuh selepas seranan kedua Jepun

25 Dis 1941

Hong Kong menyerah kalah

2 Jan 1942

Manila dikalahkan

2 Jan 1942

Menakluk Burma

19 Jan 1942

Menguasai Sandakan

15 Feb 1942

Singapura dikalahkan

19 Feb 1942

Mengebom Darwin

27 Feb 1942

Pertempuran di Laut Jawa, Jepun mengalahkan tentera Bersekutu

28 Feb 1942

Menyerang Jawa


3.5 FAKTOR KEDATANGAN JEPUN KE NEGARA KITA

Eksploitasi Sumber Bahan Mentah

Untuk kegunaan Pembaharuan Meiji dan operasi ketenteraan Jepun. Tanah Melayu pengeluar bijih timah, getah, emas, bijih besi, arang batu, bauksit. Sasaran Sarawak untuk sumber minyak terutama Miri dan Lutong. Pendudukan merupakan sebahagian rancangan pembentukan kawasan Lingkungan Semakmuran Asia Timur Raya untuk mengukuhkan ekonomi Jepun. Jepun menggunakan propaganda “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia” untuk menanamkan semangat antipenjajah dan menonjolkan imejnya sebagai pembela negara Asia.

Kepentingan Strategik Ketenteraan

Pangkalan tentera laut British di Singapura. Penguasaan membuka laluan penguasaan Jepun terhadap telaga minyak di Sumatera. Pulau Borneo penting untuk menjayakan operasi penaklukan di Pulau Jawa

Serangan Jepun terhadap Negara kita

-Bermula daripada pendaratan Jepun di Kota Bharu, Kelantan dan Singgora(Thailand). Pasukan Thailand memasuki Kedah dan berpecah kepada 2 pasukan: 1 pasukan mara ke selatan bermula dari Pulau Pinang, 1 lagi melalui jalan darat menuju bandar utama di negeri pantai barat. Pasukan Kelantan melalui jalan darat ke negeri timur.Kapal Repulse dan Prince of Wales digerakkan menyekat kemaraan Jepun tetapi ditenggelamkan di perairan Kuantan. 15 Februari 1942, Singapura ditawan menyebabkan Seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

- Jepun mendarat di Miri. Sepasukan tentera menduduki Kuching dan Sibu. Sepasukan lagi mara ke Sabah melalui Labuan dan menduduki bandar utama di Sabah. Pendudukan di Sandakan melengkapkan kempen serangan tentera Jepun di Sabah.

3.6 DASAR PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

Dasar Pentadbiran

Pentadbiran Tentera Jepun

Memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu. Peringkat Awal: Tanah Melayu gabung dengan Sumatera membentuk Kawasan Pertahanan Khas, bawah pentadbiran pasukan tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Singapura. April 1944, Tanah Melayu dan Sumatera berasing kerana perbezaan sistem politik dan ekonomi. Sumatera di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25 berpusat di Bukit Tinggi, Sumatera. Tanah Melayu oleh pasukan ke-29 di Taiping, Perak. Singapura dikenali Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan)asing dengan Tanah Melayu Malai Baru (Melayu Baru). Negeri Melayu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu bawah Thailand. Sarawak, Sabah, Brunei digabungkan dikenali Kita Boruneo diketuai Gabenor Jeneral bawah pasukan ke-37 di Kuching

Dasar terhadap Raja- raja Melayu

Mengiktiraf kedudukannya sebagai ketua dalam hal ehwal islam dan adat Melayu serta dibayar pencen. Sultan di bawah pengawasan Gabenor Jepun. Pengiktiradfan dibuat semasa persidangan Raja-raja Tanah MMelayu dan Sumaera di Singapura pada Januari 1943

Dasar Terhadap Kepimpinan Tempatan

Memberi peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin berpendidian dan berpengalaman ke jawatan tinggi. Bagi mengatasi kekurangan pegawai dan mendapat sokongan penduduk. Menubuhkan Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda atau Koa Kunrenjo melatih dan menanamkan semangat memperjuangkan cita-cita politik Jepun dalam penduduk tempatan


Dasar Ekonomi

Akibat kemelesetan ekonomi, melaksanakan sistem ekonomi kawalan. Rancangan Pengeluaran Lima Tahun dan Jawatankuasa Penyelidikan Bahan diperkenalkan untuk mengawal selia pelupusan dan membuat penyelidikan kegunaan baharu sumber tempatan. Rancangan Perindustrian Lima Tahun membangunkan industri tempatan dan memastikan penggunaan optimum daripada peralatan dan kemudahan sedia ada. Mata wang Jepun dicetak menggantikan mata wang British.

DASAR SOSIAL

- Pendidikan: menutup sekolah Inggeris dan China, Bangunan sekolah digunakan untuk pentadbiran. Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan untuk membentuk semangat persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu). Pendidikan menekankan semangat Jepun (Nippon Seishin), menghormati kebudayaan dan Maharaja Jepun (Tenno Heika). Pengajaran Bahasa Jepun (Nippon Go) menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantaraan (lingua franca) dalam Lingkungan Semakmuran Asia Timur Raya. Sekolah bermula dengan perhimpunan pagi menghadap arah negara Jepun dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun (Kimigayo).

- Sikap Jepun terhadap Agama: menghormati agama Islam dan adat Melayu serta tidak campur tangan dalam adat resam tempatan. Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan. Majlis Agama Negeri dibentuk dan persidangan agama Islam diadakan di Singapura dan Kuala Kangsar       .

- Catuan dan Penghasilan Makanan: Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting diperkenalkan untuk mengawal bekalan barangan akibat kekurangan makanan. Kad catuan makanan dikuatkuasakan. Kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk mencukupkan makanan dalam negeri.

- Layanan terhadap Penduduk: layanan baik kepada orang Melayu dan peribumi lain yang bekerjasama dengan Jepun untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi melicinkan pentadbiran. Membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara bagi mendapatkan kerjasama menguasai negara India. Layanan kejam terhadap orang Cina lanjutan permusuhan daripada perang China-Jepun. Orang Cina terpaksa membayar sejumlah wang sebagai hukuman penentangan mereka terhadap Jepun. Terdapat orang Melayu, India, Cina dipaksa menjadi buruh Landasan Kereta Api Maut. Ramai terkorban akibat kerja berat, kekurangan makanan dan ubat-ubatan pelbagai penyakit serta suasana buruk tempat kerja.

3.7 PERJUANGAN RAKYAT MENENTANG PENDUDUKAN JEPUN

Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Tanah Air

- Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu bersama-sama pasukan British menentang Jepun di Kelantan. Rejimen Askar Melayu bertempur dengan tentera Jepun di Singapura. Leftenan Jeneral A.E.Percival, Panglina Pemerintah Tentera British di Tanah Melayu menyifatkan semangat juang tinggi.

Penentangan MPAJA

- Orang Cina mencari perlindungan di bawah Parti Komunis Malay (PKM) kerana layanan kejam Jepun bagi mengelakkan diseksa dan dibunuh. PKM menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) mewujudkan pasukan sukarela dilatih oleh British menentang Jepun.

- 165 anggota PKM dilatih di Sekolah Latihan Khas di Singapura untuk menjalankan kerja sabotaj dan perang gerila terhadap Jepun. Mereka dihantar ke Tanah Melayu membentuk pasukan gerila yang menjadi asas pembentukan lapan rejimen MPAJA.

Kerjasama MPAJA dan Force 136 (Disember 1943)

- MPAJA memperoleh bantuan senjata, ubat, kewangan, latihan ketenteraan daripada British.

Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA

- Gerila Cina dikuasai nasionalis Parti Kuomintang (KMT) menentang di utara Tanah Melayu. Mereka menubuhkan Overseas Chinese Anti-Japanese Army (OCAJA) yang dikenali Tentera Bintang Satu.

Force 136

- British menubuhkan South East Asia Command (SEAC) berpusat di Colombo, Sri Lanka membentuk unit khas Force 136 pada 1943. Anggota berlatih di India dan Sri Lanka. Mereka dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau payung terjun mendapatkan sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan gerila menentang Jepun.

Kerjasama Force 136 dan Pertubuhan Gerila Melayu

- Ulu Perak Disember 1944 Askar Melayu Setia ditubuhkan . Pahang Januari 1945 Wataniah Pahang ditubuhkan. Kedah Februari 1945 Gerila melayu Kedah ditubuhkan.

- Mengumpulkan maklumat, sabotaj, menyebarkan propaganda, bersiap melancarkan Operasi Zipper (serangan besar-besaran menawan Tanah Melayu semula pada 1945).

Penentangan Individu

1. Gurchan Singh: menyebarkan risalah dan propaganda menggunakan nama samaran Lion of Malaya. Diedarkan secara teratur dan berkesan untuk memberitahu penduduk fakta sebenar perang dan pendudukan tentera Jepun. Berjaya menghasiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan dan mendalangi sabotaj landasan kereta api menjejaskan pengangkutan tentera Jepun. Ditangkap oleh Kempeitai namun berjaya melarikan diri ke Burma sehingga perang tamat.

2. Sybil Kathigasu: Sybil Medan Daly, jururawat berani dan cekal membantu mansa perang dan gerila anti-Jepun di Perak. Beliau dan suaminya, Dr. Abdon Clement Kathigasu mengendalikan sebuah klinik di Ipoh sebelum perang sehingga kedatangan Jepun. Memberikan bantuan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan kepada gerila anti-Jepun. Sybil menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat diperoleh dengan siaran radio British. Sybil dan suaminya ditangkap dan penyeksaan menyebabkan suaminya mati.

Operasi Semut

- siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia di Sarawak dilaksanakan oleh Jabatan Peninjaunan Perkhidmatan Australia untuk mengumpulkan risikan dan melatih orang tempatan melancarkan gerila

- Mei 1945, anggota mendarat di kawasan tengah dan timur Sarawak untuk mengatur penentangan dan membuat persediaan pendaratan pasukan Bersekutu. Terdiri daripada Australia, British, New Zealand.

- Rekrut tempatan dikenali gerila Semut diambil daripada orang Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut. Orang Iban dari Rajang menyertai perjuangan. Kepakaran gerila Semut penting merancang taktikal perang gerila kerana penduduk tempatan mengetahui selok-belok bumi Sarawak.

Pemberontakan Jesselton

- pemberontakan Double Tenth, penentangan  pendudukan Jepun di Sabah diketuai Albert Kwok.

- Kumpulan gerila Kinabalu menyerang pejabat pentadbiran, balai polis dan kemudahan Tentera Diraja Jepun serta membunuh tentera Jepun di Jesselton, Kota Belud, Menggatal dan Tuaran

- Jepun menyerang balas mengebom kawasan perkampungan di pesisiran pantai. Beratusan orang disoal siasat dan diseksa sehingga mati bagi mencari pemimpin dan anggota pemberontak.

- Disember 1943, Albert Kwok menyerah diri berharap dapat menamatkan serangan balas Jepun. Beliau bersama 175 orang dihukum bunuh di Petagas. 131 orang dipenjarakan di Labuan. Terdapat pasukan gerila anti-Jepun dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun.

3.8 PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME TEMPATAN DAN PENDUDUKAN JEPUN

Perkembangan Semangat Antipejajahan

- slogan “Asia untuk Asia” dan konsep “Lingkungan Semakmuran Asia Timur Raya” menekankan kebebasan negara Asia, menentukan kemajuan dan meningkatkan persaudaraan sejagat.

-Konsep ini selari dengan perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM) bekerjasama berharap Jepun memberikan kemerdekaan Tanah Melayu. Kejayaan Jepun menyedarkan orang Asia mampu mengalahkan orang Eropah.

Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah

- Kegiatan penduduk melalui persatuan yang ditaja oleh Jepun. Orang Cina persatuan Kakeo Kokokai. Orang Melayu dan Iban diberi jawatan kuasa tinggi sebagai pegawai daerah untuk memberikan kesedaran dan kenyakinan kepada pegawai tempatan

- Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) ditubuhkan selepas pendudukan. Parti Kebangsaan Kebangsaan Melayu Tawau ditubuhkan dipengerusikan Orang Kaya-kaya Abu Bakar.

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam kalangan Orang Melayu

- Jepun membebaskan ahli KMM yang dipenjarakan, memberikan ruang kegiatan KMM untuk mendapat sokongan tempatan.

-Jun 1942, Jepun membubarkan KMM kerana pemimpin menuntut kemerdekaan. Pemimpin sedar Jepun tidak memberikan kemerdekaan walaupun KMM telah membantu. Perjuangan diteruskan dengan taktik dan strategi baharu.

- Anggota KMM dalam organisasi tentera Jepun Giyu Gun dan Giyu Tai menyertai gerakan bawah tanah tetapi pada masa yang sama bekerjasama dengan pentadbiran tentera Jepun.

- Jun 1945, tentera Jepun berusaha memenangi hati nasionalis Melayu kerana serangan pihak Bersekutu

3.9 KEADAAN NEGARA KITA SELEPAS KEKALAHAN JEPUN

6 Ogos 1945

Amerika Syarikat menggugurkan bom atom Little Boy ke bandar Hiroshima

8 Ogos 1945

Kabinet Jepun bermesyuart memutuskan untuk meneruskan peperangan

9 Ogos 1945

Bom atom Fat Man digugurkan ke atas Bandar Nagasaki

15 Ogos 1945

Maharaja Hirohito mengumumkan Jepun menyerah kalah

 

- Selepas Jepun menyerah kalah, Lord Louis Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara merancang untuk segera mendarat di Tanah Melayu semula. Beliau tidak dibenarkan sehingga selesai upacara penyerahan rasmi oleh pemerintah tentera Jepun kepada Jeneral Bouglas Mac Arthur, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Pasifik pada 2 September 1945. Tentera British mula kembali ke Tanah Melayu pada 3 September 1945. Upacara rasmi penyerahan kalah tentera Jepun diadakan di Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu

- kelewatan pendaratan semula British menyebabkan kekosongan kuasa politik. Bintang Tiga OKM melalui MPAJA mengambil alih penguasaan. Menganggap kekalah tentera Jepun menjadi lambang keunggulan, kekuatan dan keberanian mereka menentang Jepun.

- PKM melalui Bintang Tiga menguasai bandar, balai polis, pejabat pentadbiran kerajaan. Menjalankan undang sendiri, menggunakan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa kerjasama Jepun terutama Melayu. Menyeksa dan membunuh polis, askar, pegawai daerah, sukarelawan Melayu.

- 14 hari di bawah penguasaan Bintang Tiga. Perlakuan melampau dan mencabar kesabaran Melayu

Tindak balas Orang Melayu

Gerakan Fi-Sabilillah mempertahankan maruah bangsa, hak dan harta serta kelangsungan hidup orang Melayu. Di Johor, Haji Salleh Abdul Karim atau Kiai Salleh mempelopori gerakan dengan pasukan Tentera Selempang Merah. Di Sungai Manik Perak, Tuan Haji Bakri Haji Mohd Sman menjadi Khalifah Parang Panjang.

Kompromi dan Usaha Perundingan

1. Usaha Dato’ Onn Jaafar: dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat ditugaskan menamatkan kekacauan. Ogos 1945, mengatur perundingan Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat. Berjaya memujuk Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan di Parit Raja, Bintang Tiga menamatkan penguasaan di Balai Polis Batu Pahat.

2. Peranan Raja-raja Melayu: Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah berangkat ke Kuala Lipis untuk mengingatkan penduduk tidak bergaduh antara orang Cina dan Melayu. Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah melawat dan memantau beberapa daerah  dan berjumpa dengan pemimpin setempat. Mesyuarat dengan penghulu, ketua kampung dan pegawai kerajaan diadakan memastikan kerja pemulihan diberikan keutamaan

Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah

Ketegangan kaum berlaku di beberapa tempat sebelum pendaratan tentera Australia pada 11 September 1945. Di Kanowit, permusuhan antara bekas gerila peribumi dengan orang Cina yang bersuhabat dengan Jepun. Di Kuching, campur tangan tentera Australia mengenakan perintah berkurung berjaya menghalang pertumpuhan darah.

Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa

Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948

Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan

Nota Bab 8: Pilihan Raya

Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: