Wednesday 23 September 2020

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 3 Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

 BAB 8: KEBIJAKSANAAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU MENANGANI CABARAN BARAT

Youtube video:https://www.youtube.com/watch?v=gAiSjn7Nbbg

8.1 REAKSI PEMERINTAH TERHADAP TINDAKAN BARAT

Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909

·    Garis sempadan berasaskan legeh dan lembah sungai. Bermula dari Sungai Perlis ke muara Kuala Tabal. Pulau Langkawi dan pulau bahagian selatan menjadi wilayah British, Pulau Terutau dan pulau bahagian utara milik Siam.

Reaksi pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara terhadap Perjanjian Bangkok

·    Perlis: Raja Syed Alwi Jamalullail membantah tindakan Siam mengambil wilayah Pujoh yang sebelum ini ditadbir oleh kerajaan Perlis melalui Penghulu Kuala Perlis dimasukkan ke dalam wilayah Setul.

·    Kedah: Sultan Abdul Hamid Halim Shah tersinggung kerana tidak dibawa berunding perihal negeri kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulau Terutau, Butang. Menegaskan sempadan baharu harus ditentukan mengikut criteria sempadan yang sedia ada. Amat murka menyatakan tidak akan memaafkan pihak menjual negeri Kedah seperti menjual seekor kerbau.

·    Terengganu: Sultan Zainal Abidin III mengecam tindakan Siam ,tanpa pengetahuan baginda, mempertahankan kedaulatan negeri. Siam tidak berhak ke atas Terengganu, penghantaran bunga emas sebagai tanda persahabatan, mengemukakan bantahan kepada Gabenor Negeri Selat pada 24 Mei 1909.

·    Kelantan: J.S.Mason, wakil Siam datang ke Johor Bharu menghadap Sultan Muhammad IV, menolak perjanjian. Kecewa dengan tindakan British menyerahkan wilayah Tabal, daerah Kelantan yang dihuni 15000 Melayu.

Kebijaksanaan pemerintah Johor menyekat kemaraan British

Temenggung Daeng Ibrahim peka terhadap rancangan British, membina jati diri sebagai pemerintah yang berdaulat. Menjamin keselamatan perairan Johor dan Singapura, mendapat pedang keemasan daripada Ratu Victoria. Mengasaskan Bandar Iskandar Puteri, memindahkan pusat pentadbiran Johor daro Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri untuk mengelakkan tekanan British. Tanjung Puteri sebagai ibu negeri. Memodenkan pentadbiran negeri, sistem tradisional diperkukuh dengan unsur baharu dari barat, birokrasi moden. Mengeksploitasi hasil hutan getah perca menguntungkan dijual kepada pedagang British, Temenggung mengisytiharkannya sebagai monopoli Johor, memperkenalkan Sistem Kangcu, kemasukan orang Cina mengusahakan tanaman gambir, lada hitam.

8.2 TINDAKAN RAJA MELAYU DALAM MENANGANI CABARAN BARAT

1. TUNTUTAN RAJA MELAYU MELALUI DURBAR

·    Raja Melayu jurubicara menzahirkan suara, melindungi kepentingan bangsa.

·    Durbar Kuala Lumpur 1903: Sultan Idris Murshidul Adzam Shah Perak mendesak langkah mengembalikan kuasa institusi raja, bilangan pegawai Melayu perkhidmatan kerajaan ditambah,dilantik ke jawatan tinggi. Tuanku Muhammad ibni Yamtuan Antah menuntut Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan.

·    Durbar Pekan, Pahang 1932: Sultan Iskandar Shah Perak mendesak mengembalikan kuasa pemerintahan

·    Durbar Klang, Selangor 1937: Tuanku Abdul Rahman Negeri Sembilan menggesa peluang perkhidmatan buruh dari Alam Melayu. Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah Pahang mendesak masalah Melayu tiada pekerjaan, tanah.

·    Durbar Seri Menanti 1939: Sultan Hisamuddin Alam Shah Selangor menubuh Malay Girls College meningkatkan pendidikan kaum wanita.

2. DIPLOMASI MENANGANI TEKANAN BRITISH

·    Sulatan Abu Bakar Johor hingga 1914: mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Negeri Selat (British mengekalkan Teluk Belanga, Singapura milik Johor, Baginda menetap sehingga 1889 berpindah ke Johor), kunjungan ke England bertemu dengan Ratu Victoria( gelaran Maharaja Johor 1868, meredakan tekanan Gabenor NNS, diberi kepercayaan), menubuhkan Lembaga Penasihat Johor di London(ahli dilantik oleh baginda dalam kalangan pegawai membantu menasihati dalam hal pentadbiran)

·    Sultan Zainal Abidin III Terengganu hingga 1919: kebijaksanaan dalam rundingan(berangkat ke Singapura berunding dengan Gabenor NNS selepas Perjanjian Bankok), menandatangani Perjanjian British-Terengganu 1910( hanya bersetuju menandatangani perjanjian jika mengakui Terengganu negeri merdeka)

3. KEENGGANAN PEMERINTAH MENERIMA PENASIHAT BRITISH

·    Perlis: Meadow Frost, 28 April 1930, Perjanjian Perlis-British menerima naungan British, meningkatkan kawalan Penasihat terhadap pentadbiran negeri melalui Majlis Mesyuarat Negeri Perlis.

·    Kedah: W.G.Maxwell, Majlis Mesyuarat Negeri Kedah diterajui oleh Tunku Mahmud menganggapnya melampaui mencampuri urusan pentadbiran negeri,menuntut surat rasmi mesti melalui Residen Jeneral, ditulis dalam BI, mengetepikan nama Kedah dalam surat rasmi, mengibarkan Union Jack di kediamannya. Perjanjian Kedah-British 1 November 1923. Walaupun menjadi naungan British, mengekalkan identity sebagai negeri Melayu: penggunaan BM dalam pentadbiran,perunddangan, penggunaan kalender Hijrah, cuti umum hari Jumaat, keutamaan melantik pegawai Melayu dalam pentadbiran.

·    Kelantan: J.S.Masor, perjanjian 1910, Sultan Kelantan mengikut, melaksanakan nasihat Penasihat British, tidak berhubungan dengan kuasa luar.

·    Terengganu: hanya menerima wakil tidak berkuasa dalam pentadbiran 1910, Sultan Muhammad II, Perjanjian Terengganu-British 24 Mei 1919, wakil British ditukarkan kepada Penasihat British, J.L.Humphreys. Sultan lebih berunding dengan pembesar menyebabkannya menuruntakhta 1920 digantikan oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

4. MENGGUBAL UNDANG-UNDANG TUBUH

·    Johor: 14 April 1895, Sultan Abu Bakar, menjadikan Johor negeri Melayu pertama mengamalkan sistem raja berpelembagaan, berunsur demokratik. Sultan Menteri, Jemaah Pangkuan Kerajaan tidak menyerahkan negeri kepada kuasa asing, Jemaah Menteri terdiri daripada Melayu, rakyat, Islam, Islam sebagai agama hegeri selama-lamanya. Kepentingan( mengimbangi kuasa British, mempertahankan identity negeri, kerajaan berterakan demokrasi)

·    Terengganu: 2 November 1911, Sultan Zainal Abidin III. Kerajaan Melayu Islam, asas perundangan negeri Islam, tidak menyerahkan negeri kepada kuasa asing. Jika menyerah hendak turun takhta, Menteri Besar mesti Islam, rakyat, Ahli Mesyuarat Negeri boleh bukan Islam tetapi rakyat. Kepentingan(memantapkan pentadbiran, memelihara kedautan, mengukuhkan perpaduan, menghalang campur tangan)

5. Raja menerajui pemodenan negeri

·    Johor: Sultan Abu Bakar dengan kerjasama Majlis Jemaah Menteri meneruskan pemodenan pentadbiran Temenggung Daeng Ibrahim, bersama pembesar berwibawa, menubuhkan jabatan mengurus pembangunan rakyat, negeri, cekap dan berkesan sehingga British tiada ruang untuk campur tangan.

·    Kedah: Sultan Abdul Hamid Halim Shah Bapa Kedah Moden dibantu pembesar negeri. Abad 19, Jabatan Perbendaharaan, Tanah dan Ukur, Audit, Pejabat Besar Pos dan Telekom, Mahkamah Keadilan, Pasukan Polis Kedah.

·    Terengganu: Sultan Zaianal Abidin III bersama Yang Dipertuan Mulia Tengku Muhammad menubuhkan Jemaah Mesyuarat Kerajaan, Jemaah Menteri 1912, jabatan kerajaan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Perbendaharaan, Pesuruhjaya Keadilan, Agama dan Pelajaran, Kerja Raya, Pesuruhjaya Hutan.

8.3 USAHA PEMBESAR MELAYU DALAM PEMODENAN NEGERI

1. PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

·    Long Jaafar: Larut, memperkenalkan negeri Melayu di pasaran dunia sebagai pengeluar utama bijih timah, menggalakkan pusat pengajian agama dan membina Sekolah Melayu Matang 1826 memberikan pendidikan kepada anak tempatan.

·    Tengku Menteri Ngah Ibrahim: menemui Sultan Abu Bakar mempelajari sistem pentadbiran moden bagi mamjukan Larut, dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

2. PEMBANGUNAN PERTANIAN

·    Wan Muhammad Saman: Tokoh Pembangunan Negeri Kedah, membina terusan dari Alor Setar ke kaki Gunung Jerai, Gurun, dikenali Terusan Wan Muhammad Saman, banyak tanah dibuka untuk tanaman padi dan terusan unruk mengairinya.

3. PEMBANGUNAN BANDAR

·    Dato’ Muhammad Salleh bin Perang: melukis peta lengkap pertama Johor memudahkan kerajaan menggerakkan pembangunan pertanian, perbandaran, sistem perhubungan. Pembukaan Bandar Maharani(Muar), Endau, Bandar Penggaram(Batu Pahat)

4. PENTABIRAN DAN PENDIDIKAN

·    Dato’ Jaafar bin Muhammad: mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih randah daripada bendera Johor, memartabatkan BM dalam penulisan surat rasmi kerajaan, mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi Johor.

·    Dato' Abdul Rahman bin Andak: mematahkan usaha peluasan kuasa British menyebabkannya dibersarakan daripada pentadbiran Johor atas desakan British, perintis penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa 1888 merupakan badan persuratan terulung ketika itu.

·    Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi: penubuhan Jabatan Pelajaran 1883, sekolah di Johor, Jawatankuasa Pelajaran Negeri, mendesa diwartakan pendidikan wajib kepada kanak-kanak Johor.

·    Syeikhul Islam Terengganu: memberi nasihat dan semangat perjuangam kepada sultan ketika berhadapan peluasan kuasa British di Terengganu.

5. AHLI MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN

·    Dato’ Abdullah Haji Dahan, Raja Chulan menuntut pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja untuk menjaga keselamatan bangsa, mendesak British membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak watan dalam perkhidmatan awam.

6. KEPIMPINAN TEMPATAN DI SARAWAK DAN SABAH

·    Datuk Halim Imam Abang Haji Murshidi: bersama Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Abang Haji Bolhassan menubuhkan sekolah khas kaum wanita mempelajari ilmu agama dikenali Sekolah Kajang, 1925, sebagai Datuk Hakim, Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Negeri Sarawak, 1932, Datu Imam. Mengasaskan Majlis Syuyukh Islam kemudiannya dikenali Majlis Islam Sarawak.

·    OKK Haji Mohammad Arshad: menjaga keamanan, mengutip cukai, mengurus hal.

8.4 KEBERKESANAN PERANAN PEMERINTAH TEMPATAN DALAM MENANGANI CABARAN BARAT

·    Kemakmuran Negeri, melambatkan peluasan kuasa British, kemajuan pendidikan, penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja, Pegawai tadbir Melayu, mempertahankan institusi Beraja.

Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat

Nota Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Nota Bab 3: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Nota Bab 4: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Nota Bab 5: Pentadbiran Barat di Sabah dan Sarawak

Nota Bab 6: Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial

Nota Bab 7: Penentangan Masyarakat Tempatan

Nota Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 3 Bab 7: Penentangan Mayarakat Tempatan

BAB 7: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

Youtube video: https://www.youtube.com/watch?v=HsBV8SnabRw

7.1 MATLAMAT DAN BENTUK PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

·    Matlamat perjuangan: mempertahankan hak kedudukan pemerintah, mengembalikan pentadbiran tradisional, menentang pentadbiran baharu.

PENENTANGAN BERSENJATA

ABAD 19:Dol Said di Naning

·    Abdul Said bin Omar dikenali sebagai Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said, 1773, dari suku Semelenggang.

·    Bayaran cukai hasil tahunan 1/10, mendakwa Naning negeri berdaulat.

·    Muafakat dengan pemimpin Rembau, orang Melayu wilayah lain, 400 hulubalang Melayu. 1831, Perang Naning Pertama berjaya menggunakan senapang Snider Riffles, flintlock, meriam kecil yang mudah dibawa ke medan pertempuran. British memecahbelahkan pemuafakatan. Perang Naning Kedua 1832, Yamtuan Rembau dan pembesar lain enggan membantu. British menakluki Taboh sebagai pusat pentadbiran, menyatukan Naning dengan Melaka.

Yamtuan Antah di Negeri Sembilan

·    Anak Raja Radin Y. Besar N.Sembilan. 1875, dilantik Yamtuan Seri Menanti.

·    Menentang campur tangan British di Sungai Ujong.

·    Memimpin 4000 pengikut menentang Dato’ Kelana. Mematahkan serangan British pada peringkat awal. Kubu semulajadi terlalu ampuhdi bukit yang tinggi, halangan ranjau, pokok tumbang bahagian hadapan, berbukit bukau, dikelilingi hutan tebal.British mengalahkannya di Paroi dan Bukit Putus menggunakan meriam besar uneuk menghancurkan kubu. Yamtuan kehabisan peluru dan kekurangan ubat bedil. 1876, berunding dengan Gabenor NNS, William Jervouis. Dilantik sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.Berundur ke Johor.

Dato’ Bahaman di Pahang

·    Abdul Rahman bin Imam Noh, pembesar Temerloh selepas O.K. Indera Segara

·    Hilang hak mengutip cukai, pembinaan balai polis tanpa pengetahuannya

·    1891, gerakan menentang British bantuan Tok Gajah, Mat Kilau. 1894, menawan Kota Tembeling, Jeram Ampai. British menghantar Kolonel Walker menawan semula Jeram Ampai. Berundur ke Kelantan dan Terengganu.

Rentap di Sarawak

·    Nama asal Libau, Rentap:penggoncang dunia, 1800 lahir, Raja Ulu, Raja Darat, pemimpin di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

·    Dituduh James Brooke sebagai lanun, menghapuskan petempatan orang Iban

·    1853,menyerang kubu Nanga Skrang. Alan Lee pegawai James Brooke terkorban. 1854, James menyerang kubu Sungai Lang, mengundur ke Bukit Sadok. 1857, 1858,Charles menggempurnya di Bukit Sadok. Rentap mengundurkan Charles dengan keutuhan kubu Bukit Sadok, kawasan curam, bukit tinggi, dikelilingi hutan rimba, bukit batu kapur, halangan kayu belian dua kaki tidak boleh ditembusi peluru,meriam”Bujang Timpang Berang” diperbuat daripada besi. Charles menggempur kubu Bukit Sadok kali ketiga( 1861). Menggunakan meriam tembaga”Bukit sadok”, angkatan besar.Berundur ke Entabai.

Sharif Masahor di Sarawak

·    Pembesar Sarikei di Sungai Rajang. Dilantik oleh Sultan Abdul Mumin Brunei 1849. Dari Kampung Igan.

·    Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke.

·    1860, pakat Dato’ Patinggi Abdul Gapur, Pengiran Temenggung Hashim Jalil dari Sadong. Mengajak Melayu ,Dayak. Menyerang Kanowit membunuh 2 pegawai Britieh. British tidak dapat membuktikan. Sharif menggunakan jalan air menyerang Kuching dari barat, Dato’ Patinggi menyerang dari timur. Brooke mematahkan serangan dengan kapal perang, senjata moden. Dibuang negeri.

ABAD 20: Tok Janggut di Kelantan

·    Haji Hassan bin Munas. Dilahir 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh. Pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah.

·    Cukai 1915 mewajibkan petani membayar cukai tanah. Bersemangat jihad.

·    British mendesak Sultan Muhammad IV Kelantan mengisytiharkannya sebagai penderhakaan terhadap Sultan. Hal ini menakutkan rakyat agar tidak menyokongnya. 29 April 1915, mesyuarat Kampung Tok Akib memboikot pengenalan cukai. Merancang menyerang Pasir Puteh dan mendapat sokongan daripada Haji Said, Penghulu Adam, Che Ishak Merbol. British menyerang Tok Jaggut berkubu di Kampung Dalam Pupuh Saring. Tok Janggut terkorban.

Mat Salleh di Sabah

·    Inanam Sabah, keturunan Bajau dan Suluk.

·    SBUB mengambil hak memungut cukai. Cuba berunding tetapi gagal. Dianggap mengancam kepentingan SBUB.

·    Julai 1897, menyerang pusat pentadbiran British di Pulau Gaya. Beliau membina kubu di Ranau. November 1897, menyerang Ambong. 1898, Cowie berunding dengannya di Menggatal, dibenarkan mentadbir Tambunan. SBUB tidak menepati janji, mengambil alih pentadbiran Tambunan 1899. Tentera SBUB menyerang kubu di Teboh, Tambunan secara besaran. 1900, Mat Salleh gugur dalam pentempuran di Tambunan.

Mat Sator di Sabah

·    Orang kanan, Ketua Leftanan Mat Sator bertanggungjawab melindungi kubu Tibabar. Pemimpin Kadazandusun Tibabar. Dikenali Mat Jator.

·    Meneruskan perjuangan Mat Salleh

·    Membina kubu di Kampung Kapayan Lama Tambunan dikenali kubu Mat Sator berhampiran kubu Mat Salleh di Tibabar melambatkan serangan British. 1900, Kota strategic kerana di tebing Sungai Sunsuron membekalkan sumber air. British berusaha menamatkan kebangkitan mereka. Mat Sator dan pengikutnya berundur ke Sungai Sunsuron. April 1900, Mat Sator Berjaya menawan Kudat. British menyerang balas menyebabkannya terkorban.

MENCABAR PERJANJIAN

Dato’ Maharaja Lela

·    Keturunan Daeng Salili anak Raja Bugis dari daerah Luwuk, Sulawesi. Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir Pasir Salak.

·    Residen British mengambil alih kuasa Sultan, pengambilan hak mengutip cukai dan Residen mencabuli adat resam orang Melayu

·    16 Oktober 1874, Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C.Woods peguam P.Pinang memansuhkan Perjanjian Pangkor tetapi gagal. Memerlukan sokongan British, tidak diberikan masa cukup untuk meneliti perjanjian. 21 Julai 1875, mesyuarat di Durian Sebatang, mengankat sumpah tidak memungkari keputusan dicapai. 5 September 1875, mesyuarat di rumah Dato’ Sagor bersumpah meminum air keris merahsiakan pakatan sulit. 12 September 1875, mengadakan mesyuarat khas malam di Istana Sultan Ismail di Belanja. Jumlah 7 kali mesyuarat. 2 November 1875, J.W.W.Birch diiringi Leftanan Abbott, Mat Arshad, jurubahasnya, pasukan tentera tiba di Pasir Salak untuk menampal perisytiharan mengambil hak memungut cukai.

MENGGUNAKAN SISTEM PERUNDANGAN.

Haji Abul Rahman Limbong

·    Ketua gerakan Kebangkitan Tani.  Keluarga dari Patani dan Terengganu. Tahun lahir 1868, meninggal dunia 1929.

·    Menentang pentadbiran Barat, undang tanah yang berlawan hokum syarak.

·    1922, petani Kual Telemong menentang peraturan baharu dengan membersihkan tanah tanpa mengampil pas kebenaran. 1925, berkumpul di Kuala Telemong membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah, 400 ekar tanah kerajaan. Beliau memohon lessen wakil(pleader) menjadi wakil tertudauh(penduduk Ulu Telemong) menentang renjer hutan. Tanah ialah “Hak Allah SWT”, rakyat bebas mengerjakannya tanpa membayar cukai. Menuntut hak mengerjakan tanah mengikut hokum agama Islam. Peguam cara(pendakwa) gagal menjelaskan pertanyaannya menyebabkan perbicaraan ditangguh, berakhir tanpa keputusan. Ditamatkan keputusan berpihak kepada beliau. Kebangkitan Tani 1928 di Marang, Kuala Telemong, Kuala Berang, mengisytiharkan perang terhadap British, menduduki balai polis, bangunan kerajaan, mengibarkan bendera merah di Kuala Berang. Beliau ditangkap atas tuduhan menghasut dan dibuang negeri ke Makkah.

7.2 KESAN SISTEM PENTADBIRAN BARAT

KESAN TERHADAP KUASA PEMERINTAHAN

Pentadbiran tempatan

·    Negeri Sembilan: Mencabar kedudukan Yamtuan Antah. Menguasai Rembau, Jelebu, Seri Menanti dengan menempatan Pegawai Majistret, Pemungut Hasil. 1895, menyatukan daerah membentuk Negeri Sembilan.

·    Pahang: hilang kuasa memungut cukai, memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan daripada Dato’ Bahaman memalukan beliau.

·    Perak: menekankan Sultan Abudullah menandatangani surat pengisytiharan membolehkan Residen British mentadbir hasil negeri atas nama sultan.

·    Kelantan: jajahan, ketua jajahan mengambil alih kuasa pembesar. Pusat pentadbiran Pasir Puteh pindah dari Jeram ke Pasir Puteh. Engku Besar Jeram hanya diberi jawatan rendah: Tok Kweng Muda.

·    Terengganu: pelantikan Penasihat British di Kuala Terengganu, Penolong Penasihat British di Besut, Kemaman.

·    Sabah: mencabar kuasa dan kewibawaan Mat Salleh

·    Sarawak: Brooke melibatkan penduduk dalam pentadbiran. Pembesar berpengalaman dilantik mentadbir memudahkannya menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan.

Perundangan Tempatan

·    Naning: mencabar kuasa penghakiman Dol Said, mengganggu perundangan Naning yang berlandaskan Adat Perpatih.

·    Perak: pembinaan balaii polis, pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen Larut ,Menteri Ngah Ibrahim diminta menerima nasihatnya.

·    Pahang: konflik Dato’ Bahaman menjadi serius. British mendirikan balai polis di Lubuk Terua menyebabkan kedudukannya sebagai penguasa undang tergugat.

Kewangan tempatan

·    Perak: Pembatalan pajakan pungutan cukai, larangan mengutip cukai oleh J.W.W.Birch di Kuala Sungai Perak, pendapatan Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim terjejas.

·    Pahang: Dato’ Bahaman ditawarkan elaun $70 sahaja sebulan. Para pembesar membantah tidak akan mematuhi keputusan Majlis Mesyuarat Negeri.

KESAN TERHADAP KEHIDUPAN RAKYAT

·    Kesengsaraan kepada rakyat: sebelum pentadbiran, kutipan cukai berdasarkan jumlah keluaran, tanah tidak diusahakan tanpa cukai. Selepas kedatangan, mesti melaporkan jumlah keluasan sawah padi dimiliki. Semua pemilik membayar cukai.

·    Masalah membayar cukai: Pasir Puteh Kelantan, pejabat bayaran cukai jauh dari tempat tinggal dan mengikut masa pejabat.

·    Bercanggah dengan Nilai Tempatan: Terengganu memerlukan surat untuk mengambil hasil hutan, membuka tanah petempatan, berhuma. Cukai mesti bayar di pejabat tanah. Yang tidak membayar akan dipenjarakan atau didenda.

·    Sarawak: 1894, D.J.S.Bailey, pegawai Brooke di Simanggang mengenakan cukai orang Iban di Ulu Batang Lupar. Mengarah memusnahkan rumah panjang kawasan sepadan dengan kawasan Belanda di Kalimantan. Paksaan berpindah ke petempatan sepanjang sungai utama keran menjejaskan tanaman pindah. Ketika memasuki sempadan, barang dibawa dirampas kerana gagal membayar cukai, didenda. Sepatutnya barangan mewah Iban tidak dikenakan cukai.Pusat pungutan cukai di hilir sungai.

·    Layanan tidak adil: SBUB melarang Murut membuka tanah baharu pertanian pindah, petempatan. Mereka kekurangan beras. Dikenakan bayaran menyukat tanah untuk menentukan sempadan. Suami isteri dipaksa tinggal berasingan dipisahkan oleh aliran sungai. Setiap kali berjumpa didenda 1 Dolar.

7.3 PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BARAT

·    Kekuatan: muafakat( Dato’ Maharaja Rela, Sharif Masahor), Kubu pertahanan ( Rentap, Mat Sator), persenjataan (Dol Said), perundangan( Haji Abdul Rahman Limbong)

·    Kelemahan: penentangan bersenjata(Yamtuan Antah, Rentap), ancaman perundangan Barat( Haji Abdul Rahman Limbong), gagal mentafsir perjanjian( Dato’ Maharaja Lela), tipu muslihat( Tok Janggut,,Mat Salleh)

·    Kegagalan penentangan masyarakat tempatan: penentangan  bersifat di setempat(tidak seluruh negeri), sokongan(tidak menyeluruh, kurangnya sokongan pihak istana), kelemahan teknologi(senjata Barat lebih canggih),kelemahan strategi( British pelbagai strategi mengatasi kebangkitan), British berpakat dengan Belanda, faktor istana( digunakan oleh British)

7.4 KESAN PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

·    Kesan terhadap pentadbiran British: Kerugian akibat peperangan, British lebih berhati-hati dalam sistem pentadbiran, British merombak semula skim penempatan pegawai(pegawai mengetahui adat istiadat Melayu, memberikan peluang kepada aristokrat Melayu menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu,menubuhkan Perkhidmatan Tadbir Melayu melibatkan Melayu dalam pentadbiran), pemantapan kuasa Barat.

·    Kesan terhadap masyarakat tempatan: kehilangan jawatan, kedudukan, jiwa, dibuang negeri. Kedudukan raja pembesar diberi perhatian, Durbar memberikan peluang menyuarakan pandangan dengan bebas. Majlis Mesyuarakat Negeri menggunakan BM menjadi bahasa rasmi persidangan, tulisan Jawi dalam urusan surat. Menjadi inspirasi kepada penjuang kemerdekaan tanah air.

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat

Nota Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Nota Bab 3: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Nota Bab 4: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Nota Bab 5: Pentadbiran Barat di Sabah dan Sarawak

Nota Bab 6: Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial

Nota Bab 7: Penentangan Masyarakat Tempatan

Nota Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: