Wednesday 23 September 2020

Nota Ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 3 Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat

BAB 1: KEDATANGAN KUASA BARAT

Youtube video: https://www.youtube.com/watch?v=-ajmigUjcZc 

1.1 KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA

KESTABILAN

Sistem pemerintahan beraja:

·    Sultan( Negeri) lambang kedaulatan negeri: mengetuai pentadiran.

·    Pembesar(Jajahan/daerah): Menjaga keamanan, kedaulatan

·   
Penghulu(Mukim): Ketua kampung/Penggawa, menyampaikan arahan raja atau pembesar kepada orang kampung.

Sistem pentadbiran di Sarawak: Sistem Kesukuan, sistem kesultanan

Sistem pentadbiran di Sabah: Sistem kesukuan, Sistem kesultanan, Sistem Ketua Bebas

Perundangan: undang-undang tidak bertulis( Adat perpatih), undang-undang bertulis( Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang, Undang-undang 99 Perak)

Hubungan luar: Hubungan diplomatik, bentuk ekonomi, politik dan social.

KEMAKMURAN

Hasil Bumi Dan Hasil Alam

·    Hasil bumi: bijih timah, emas dan perak(melampan, mendulang)

·    Hasil Hutan: rempah-ratus, dammar, rotan, getah jelutong, kayu gaharu, kayu cendana

·    Hasil laut: sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara

·    Memanfaatkan hasil alam: kraf tangan, menenun kain pua, menyulan selendang

 

Sistem Ekonomi

·    Perdagangan dan pelabuhan: strategik, Syahbandar dilantik mengurus pelabuhan

·    Timbang, sukat dan ukur: kepul,leng,kal,cupak,gantang(Melayu),kati,tahil,pikul(China),mayam,saga,bungkal,kati(India emas)

·    Mata wang: sistem barter(mulanya), duit kijang(Kelantan), duit pitihTerengganu

·    Sistem percukaian: Bayaran dikenakan ke atas hasil, sumber pendapatan pemerintah.

Kegiatan Keintelektualan

Pendidikan tidak formal:

·    Pendidikan awal, diajar kemahiran memburu(Sabah), ilmu agama, cerita lisan(Sarawak), pantun, syair

·    Membolehkan anak berdikari semasa dewasa kelak(Sabah dan Sarawak)

Pendidikan formal:

·    Istana: hal pentadbiran Negara, sistem politik

·    Masjid dan surau: bacaan solat dan tajwid, mempelajari hadis,fekah dan usuludin

·    Pondok: al-Quran, ilmu hadis, bahasa Arab

·    Madrasah: sukatan pelajaran, kelas, tahap permulaan,pertengahan dan pengkhususan, diawasi mudir

·    Sarawak: masjid dan sekolah agama, al-Quran, tulisan Jawi, ibadat, diajar guru, imam, lebai

·    Sabah: al-Quran, tuliasan jawi di surau, pondok dan rumah guru agama

1.2 FAKTOR KEDATANGAN KUASA BARAT KE NEGARA KITA

·    Syarikat Hyndia Timur Inggeris(SHTI) ditubuh di England 1600, diberi hak monopoli perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.

·    Syarikat Hyndia Timur Belanda ditubuh 1602 , diberi monopoli perdagangan di Timur.

·    Syarikat Hyndia Timur Perancis ditubuh 1664 untuk berdagang di Asia.

·    Abad ke-16, Sepanyol menjadi kuasa ulung di Eropah. Abad ke-16, zaman kegemilangan Portugis dan Sepanyol.

Kedatangan Kuasa Barat pada Abad ke-16:

·    Barangan mewah: dari China(teh, sutera,tembikar)

·    Pusat pengumpulan Barang: China mahukan emas, perak, bijih timah dan rempah-ratus di Kepulauan Melayu sebagai tukaran. Memerlukan pusat pengumpulan bahan mentah tempatan di tengah-tengah laluan perdagangan India dan China.

·    Perlabuhan Persinggahan: Terlindung angin monsun, Memudahkan kapal berlabuh, Mengisi bekalan air, makanan dan Membaiki kemudahan kapal

·    Agama Kristian: penjajahan untuk kekayaan, keagamaan dan kemasyuran.

Kedatangan Kuasa Barat pada Abad ke-17:

·    Revolusi perindustrian: barangan dikeluarkan secara besar-besaran, mencari tempat jajahan membekalkan bahan-bahan mentah, kawasan pasaran yang lebih luas

Kedatangan Kuasa Barat pada Abad ke-18:

·    Perkembangan industri kereta: Getah asli(tayar dan penebat barangan elektrik)

·    Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi

·    Industri mengetin: ciptaan baharu Amerika Syarikat, permintaan bijih timah pesat 1840

·    Pembukaan terusan Suez: mempercepat urusan perdagangan, Ferdinand de Lesseps 1859, menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah

·    Ciptaan kapal wap: membawa muatan banyak, perjalanan cepat, menjimatkan kos

·    Persaingan kuasa barat: semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan diperoleh

·    Ciptaan Telegraf: ahli perniagaan menghubungi ejen Tanah Melayu dengan cepat, melibatkan Tanah Melayu dalam kegiatan pasaran dunia antarabangsa

·    Slogan”Beban orang putih”: membantu memberikan kesejahteraan kepada peribumi. “Tugas menyebarkan tamadun” Perancis kepada penduduk dunia bukan barat yang dianggap mundur

1.3 PERSAINGAN KUASA BARAT UNTUK MENDAPATKAN TANAH JAJAHAN

·    Perancis                     : meluaskan kuasa di Indocina, merancang membina terusan di Segenting Kra

·    Rusia                         : membuka petempatan di Ujung Salang

·    Jerman                       :Pulau Langkawi

·    Belanda                      : seluruh Kepulauan Hindia Timur

·    Portugis                     : Timor Leste

·    Sepanyol                    : Kepulauan Sulu

·    Amerika Syarikat: Terengganu

·    British                        : menjadikan Kesultanan Brunei sebagai negeri naungan

·    Keluarga Brooke        : 1853-1905, meluaskan pengaruh ke sempadan Brunei

·    SBUB                         : membeli wilayah Sabah daripada Sultan Brunei dan Sulu

1.4 PERBEZAAN STRATEGI KUASA BARAT UNTUK MENGUASAI NEGARA KITA

·    Manipulasi: mengambil kesempatan atas sesuatu mengatur dengan bijaksana

·    Ugutan/Desakan: menakut-nakutkan dengan menyatakan atau melakukan sesuatu tidak baik

·    Tipu helah: menipu seseorang atau sesuatu pihak untuk mendapatkan sesuatu

·    Perjanjian: dua pihak saling berjanji untuk melaksanakan suatu hal

·    Pakatan: kerjasama dua pihak atau lebih

·    Pajakan: kontrak membolehkan oranglain menduduki tanah dalam tempoh masa dan bayaran

·    Serangan fizikal: menyerang, menyerang balas, menangkis serangan, serangan balas

·    BELANDA: serangan fizikal, pakatan, perjanjian

·    BRITISH: manipulasi, ugutan/desakan, tipu helah, perjanjian, pakatan, pajakan, serangan fizikal

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat

Nota Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Nota Bab 3: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Nota Bab 4: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Nota Bab 5: Pentadbiran Barat di Sabah dan Sarawak

Nota Bab 6: Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial

Nota Bab 7: Penentangan Masyarakat Tempatan

Nota Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

9 comments:

  1. Thank you this thing! helped me out so much, cause I doesn't need read everything from my textbook kinda hard too, but this note had been very helpful Once again tysm.

    ReplyDelete
  2. Hehe baca sebelum class PdPr, sangat ringkas dan padat ya info. Pernah salin nota form 2 dari sini dulu😁. TerbaikπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸ‘πŸ».

    ReplyDelete
  3. sangat membantu sebelum peperiksaan, semoga harimu kekal berkeselesaan

    ReplyDelete
  4. sangat ii membantu saya untuk memahami dgn lebih mudah

    ReplyDelete