BAB 7: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
Youtube video: https://www.youtube.com/watch?v=HsBV8SnabRw
7.1 MATLAMAT DAN BENTUK PENENTANGAN MASYARAKAT
TEMPATAN
· Matlamat
perjuangan: mempertahankan hak kedudukan pemerintah, mengembalikan pentadbiran
tradisional, menentang pentadbiran baharu.
PENENTANGAN
BERSENJATA
ABAD 19:Dol Said
di Naning
· Abdul Said bin
Omar dikenali sebagai Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said, 1773, dari suku
Semelenggang.
· Bayaran cukai
hasil tahunan 1/10, mendakwa Naning negeri berdaulat.
· Muafakat dengan
pemimpin Rembau, orang Melayu wilayah lain, 400 hulubalang Melayu. 1831, Perang
Naning Pertama berjaya menggunakan senapang Snider Riffles, flintlock, meriam
kecil yang mudah dibawa ke medan pertempuran. British memecahbelahkan
pemuafakatan. Perang Naning Kedua 1832, Yamtuan Rembau dan pembesar lain enggan
membantu. British menakluki Taboh sebagai pusat pentadbiran, menyatukan Naning
dengan Melaka.
Yamtuan Antah di
Negeri Sembilan
· Anak Raja Radin
Y. Besar N.Sembilan. 1875, dilantik Yamtuan Seri Menanti.
· Menentang campur
tangan British di Sungai Ujong.
· Memimpin 4000
pengikut menentang Dato’ Kelana. Mematahkan serangan British pada peringkat
awal. Kubu semulajadi terlalu ampuhdi bukit yang tinggi, halangan ranjau, pokok
tumbang bahagian hadapan, berbukit bukau, dikelilingi hutan tebal.British
mengalahkannya di Paroi dan Bukit Putus menggunakan meriam besar uneuk
menghancurkan kubu. Yamtuan kehabisan peluru dan kekurangan ubat bedil. 1876,
berunding dengan Gabenor NNS, William Jervouis. Dilantik sebagai Yamtuan Besar
Seri Menanti.Berundur ke Johor.
Dato’ Bahaman di
Pahang
· Abdul Rahman bin
Imam Noh, pembesar Temerloh selepas O.K. Indera Segara
· Hilang hak
mengutip cukai, pembinaan balai polis tanpa pengetahuannya
· 1891, gerakan
menentang British bantuan Tok Gajah, Mat Kilau. 1894, menawan Kota Tembeling,
Jeram Ampai. British menghantar Kolonel Walker menawan semula Jeram Ampai.
Berundur ke Kelantan dan Terengganu.
Rentap di Sarawak
· Nama asal Libau,
Rentap:penggoncang dunia, 1800 lahir, Raja Ulu, Raja Darat, pemimpin di Sungai
Skrang dan Sungai Saribas
· Dituduh James
Brooke sebagai lanun, menghapuskan petempatan orang Iban
· 1853,menyerang
kubu Nanga Skrang. Alan Lee pegawai James Brooke terkorban. 1854, James
menyerang kubu Sungai Lang, mengundur ke Bukit Sadok. 1857, 1858,Charles
menggempurnya di Bukit Sadok. Rentap mengundurkan Charles dengan keutuhan kubu
Bukit Sadok, kawasan curam, bukit tinggi, dikelilingi hutan rimba, bukit batu kapur,
halangan kayu belian dua kaki tidak boleh ditembusi peluru,meriam”Bujang
Timpang Berang” diperbuat daripada besi. Charles menggempur kubu Bukit Sadok
kali ketiga( 1861). Menggunakan meriam tembaga”Bukit sadok”, angkatan besar.Berundur
ke Entabai.
Sharif Masahor di
Sarawak
· Pembesar Sarikei
di Sungai Rajang. Dilantik oleh Sultan Abdul Mumin Brunei 1849. Dari Kampung
Igan.
· Sarikei
diletakkan di bawah pentadbiran Brooke.
· 1860, pakat Dato’
Patinggi Abdul Gapur, Pengiran Temenggung Hashim Jalil dari Sadong. Mengajak
Melayu ,Dayak. Menyerang Kanowit membunuh 2 pegawai Britieh. British tidak
dapat membuktikan. Sharif menggunakan jalan air menyerang Kuching dari barat,
Dato’ Patinggi menyerang dari timur. Brooke mematahkan serangan dengan kapal
perang, senjata moden. Dibuang negeri.
ABAD 20: Tok
Janggut di Kelantan
· Haji Hassan bin
Munas. Dilahir 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh. Pendidikan pondok di
Kelantan dan Makkah.
· Cukai 1915
mewajibkan petani membayar cukai tanah. Bersemangat jihad.
· British mendesak
Sultan Muhammad IV Kelantan mengisytiharkannya sebagai penderhakaan terhadap
Sultan. Hal ini menakutkan rakyat agar tidak menyokongnya. 29 April 1915,
mesyuarat Kampung Tok Akib memboikot pengenalan cukai. Merancang menyerang
Pasir Puteh dan mendapat sokongan daripada Haji Said, Penghulu Adam, Che Ishak
Merbol. British menyerang Tok Jaggut berkubu di Kampung Dalam Pupuh Saring. Tok
Janggut terkorban.
Mat Salleh di
Sabah
· Inanam Sabah,
keturunan Bajau dan Suluk.
· SBUB mengambil
hak memungut cukai. Cuba berunding tetapi gagal. Dianggap mengancam kepentingan
SBUB.
· Julai 1897,
menyerang pusat pentadbiran British di Pulau Gaya. Beliau membina kubu di
Ranau. November 1897, menyerang Ambong. 1898, Cowie berunding dengannya di
Menggatal, dibenarkan mentadbir Tambunan. SBUB tidak menepati janji, mengambil
alih pentadbiran Tambunan 1899. Tentera SBUB menyerang kubu di Teboh, Tambunan
secara besaran. 1900, Mat Salleh gugur dalam pentempuran di Tambunan.
Mat Sator di
Sabah
· Orang kanan,
Ketua Leftanan Mat Sator bertanggungjawab melindungi kubu Tibabar. Pemimpin
Kadazandusun Tibabar. Dikenali Mat Jator.
· Meneruskan
perjuangan Mat Salleh
· Membina kubu di
Kampung Kapayan Lama Tambunan dikenali kubu Mat Sator berhampiran kubu Mat
Salleh di Tibabar melambatkan serangan British. 1900, Kota strategic kerana di
tebing Sungai Sunsuron membekalkan sumber air. British berusaha menamatkan
kebangkitan mereka. Mat Sator dan pengikutnya berundur ke Sungai Sunsuron.
April 1900, Mat Sator Berjaya menawan Kudat. British menyerang balas menyebabkannya
terkorban.
MENCABAR
PERJANJIAN
Dato’ Maharaja
Lela
· Keturunan Daeng
Salili anak Raja Bugis dari daerah Luwuk, Sulawesi. Orang Besar Berlapan Perak
yang mentadbir Pasir Salak.
· Residen British
mengambil alih kuasa Sultan, pengambilan hak mengutip cukai dan Residen
mencabuli adat resam orang Melayu
· 16 Oktober 1874,
Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C.Woods peguam P.Pinang
memansuhkan Perjanjian Pangkor tetapi gagal. Memerlukan sokongan British, tidak
diberikan masa cukup untuk meneliti perjanjian. 21 Julai 1875, mesyuarat di
Durian Sebatang, mengankat sumpah tidak memungkari keputusan dicapai. 5
September 1875, mesyuarat di rumah Dato’ Sagor bersumpah meminum air keris
merahsiakan pakatan sulit. 12 September 1875, mengadakan mesyuarat khas malam
di Istana Sultan Ismail di Belanja. Jumlah 7 kali mesyuarat. 2 November 1875,
J.W.W.Birch diiringi Leftanan Abbott, Mat Arshad, jurubahasnya, pasukan tentera
tiba di Pasir Salak untuk menampal perisytiharan mengambil hak memungut cukai.
MENGGUNAKAN
SISTEM PERUNDANGAN.
Haji Abul Rahman
Limbong
· Ketua gerakan
Kebangkitan Tani. Keluarga dari Patani
dan Terengganu. Tahun lahir 1868, meninggal dunia 1929.
· Menentang
pentadbiran Barat, undang tanah yang berlawan hokum syarak.
· 1922, petani Kual
Telemong menentang peraturan baharu dengan membersihkan tanah tanpa mengampil
pas kebenaran. 1925, berkumpul di Kuala Telemong membersihkan 200 ekar tanah
milik Tengku Nik Maimunah, 400 ekar tanah kerajaan. Beliau memohon lessen
wakil(pleader) menjadi wakil tertudauh(penduduk Ulu Telemong) menentang renjer
hutan. Tanah ialah “Hak Allah SWT”, rakyat bebas mengerjakannya tanpa membayar
cukai. Menuntut hak mengerjakan tanah mengikut hokum agama Islam. Peguam
cara(pendakwa) gagal menjelaskan pertanyaannya menyebabkan perbicaraan
ditangguh, berakhir tanpa keputusan. Ditamatkan keputusan berpihak kepada
beliau. Kebangkitan Tani 1928 di Marang, Kuala Telemong, Kuala Berang,
mengisytiharkan perang terhadap British, menduduki balai polis, bangunan kerajaan,
mengibarkan bendera merah di Kuala Berang. Beliau ditangkap atas tuduhan
menghasut dan dibuang negeri ke Makkah.
7.2 KESAN SISTEM PENTADBIRAN BARAT
KESAN TERHADAP
KUASA PEMERINTAHAN
Pentadbiran
tempatan
· Negeri Sembilan: Mencabar
kedudukan Yamtuan Antah. Menguasai Rembau, Jelebu, Seri Menanti dengan menempatan
Pegawai Majistret, Pemungut Hasil. 1895, menyatukan daerah membentuk Negeri
Sembilan.
· Pahang: hilang
kuasa memungut cukai, memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia
Perkasa Pahlawan Semantan daripada Dato’ Bahaman memalukan beliau.
· Perak: menekankan
Sultan Abudullah menandatangani surat pengisytiharan membolehkan Residen
British mentadbir hasil negeri atas nama sultan.
· Kelantan:
jajahan, ketua jajahan mengambil alih kuasa pembesar. Pusat pentadbiran Pasir
Puteh pindah dari Jeram ke Pasir Puteh. Engku Besar Jeram hanya diberi jawatan
rendah: Tok Kweng Muda.
· Terengganu:
pelantikan Penasihat British di Kuala Terengganu, Penolong Penasihat British di
Besut, Kemaman.
· Sabah: mencabar
kuasa dan kewibawaan Mat Salleh
· Sarawak: Brooke
melibatkan penduduk dalam pentadbiran. Pembesar berpengalaman dilantik
mentadbir memudahkannya menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan.
Perundangan
Tempatan
· Naning: mencabar
kuasa penghakiman Dol Said, mengganggu perundangan Naning yang berlandaskan
Adat Perpatih.
· Perak: pembinaan
balaii polis, pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen Larut ,Menteri
Ngah Ibrahim diminta menerima nasihatnya.
· Pahang: konflik
Dato’ Bahaman menjadi serius. British mendirikan balai polis di Lubuk Terua
menyebabkan kedudukannya sebagai penguasa undang tergugat.
Kewangan tempatan
· Perak: Pembatalan
pajakan pungutan cukai, larangan mengutip cukai oleh J.W.W.Birch di Kuala
Sungai Perak, pendapatan Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim terjejas.
· Pahang: Dato’
Bahaman ditawarkan elaun $70 sahaja sebulan. Para pembesar membantah tidak akan
mematuhi keputusan Majlis Mesyuarat Negeri.
KESAN TERHADAP
KEHIDUPAN RAKYAT
· Kesengsaraan
kepada rakyat: sebelum pentadbiran, kutipan cukai berdasarkan jumlah keluaran,
tanah tidak diusahakan tanpa cukai. Selepas kedatangan, mesti melaporkan jumlah
keluasan sawah padi dimiliki. Semua pemilik membayar cukai.
· Masalah membayar
cukai: Pasir Puteh Kelantan, pejabat bayaran cukai jauh dari tempat tinggal dan
mengikut masa pejabat.
· Bercanggah dengan
Nilai Tempatan: Terengganu memerlukan surat untuk mengambil hasil hutan,
membuka tanah petempatan, berhuma. Cukai mesti bayar di pejabat tanah. Yang
tidak membayar akan dipenjarakan atau didenda.
· Sarawak: 1894,
D.J.S.Bailey, pegawai Brooke di Simanggang mengenakan cukai orang Iban di Ulu
Batang Lupar. Mengarah memusnahkan rumah panjang kawasan sepadan dengan kawasan
Belanda di Kalimantan. Paksaan berpindah ke petempatan sepanjang sungai utama
keran menjejaskan tanaman pindah. Ketika memasuki sempadan, barang dibawa
dirampas kerana gagal membayar cukai, didenda. Sepatutnya barangan mewah Iban
tidak dikenakan cukai.Pusat pungutan cukai di hilir sungai.
· Layanan tidak
adil: SBUB melarang Murut membuka tanah baharu pertanian pindah, petempatan.
Mereka kekurangan beras. Dikenakan bayaran menyukat tanah untuk menentukan
sempadan. Suami isteri dipaksa tinggal berasingan dipisahkan oleh aliran
sungai. Setiap kali berjumpa didenda 1 Dolar.
7.3 PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA
BARAT
· Kekuatan:
muafakat( Dato’ Maharaja Rela, Sharif Masahor), Kubu pertahanan ( Rentap, Mat
Sator), persenjataan (Dol Said), perundangan( Haji Abdul Rahman Limbong)
· Kelemahan:
penentangan bersenjata(Yamtuan Antah, Rentap), ancaman perundangan Barat( Haji
Abdul Rahman Limbong), gagal mentafsir perjanjian( Dato’ Maharaja Lela), tipu
muslihat( Tok Janggut,,Mat Salleh)
· Kegagalan penentangan
masyarakat tempatan: penentangan
bersifat di setempat(tidak seluruh negeri), sokongan(tidak menyeluruh,
kurangnya sokongan pihak istana), kelemahan teknologi(senjata Barat lebih
canggih),kelemahan strategi( British pelbagai strategi mengatasi kebangkitan),
British berpakat dengan Belanda, faktor istana( digunakan oleh British)
7.4 KESAN PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
· Kesan terhadap
pentadbiran British: Kerugian akibat peperangan, British lebih berhati-hati
dalam sistem pentadbiran, British merombak semula skim penempatan
pegawai(pegawai mengetahui adat istiadat Melayu, memberikan peluang kepada
aristokrat Melayu menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu,menubuhkan
Perkhidmatan Tadbir Melayu melibatkan Melayu dalam pentadbiran), pemantapan
kuasa Barat.
· Kesan terhadap
masyarakat tempatan: kehilangan jawatan, kedudukan, jiwa, dibuang negeri.
Kedudukan raja pembesar diberi perhatian, Durbar memberikan peluang menyuarakan
pandangan dengan bebas. Majlis Mesyuarakat Negeri menggunakan BM menjadi bahasa
rasmi persidangan, tulisan Jawi dalam urusan surat. Menjadi inspirasi kepada
penjuang kemerdekaan tanah air.
Nota Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat
Nota Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat
Nota Bab 3: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Nota Bab 4: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Nota Bab 5: Pentadbiran Barat di Sabah dan Sarawak
Nota Bab 6: Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial
Nota Bab 7: Penentangan Masyarakat Tempatan
Nota Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat
Nota yang ringkas dan padat ππ»
ReplyDelete