Wednesday, 23 September 2020

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 3 Bab 4: Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

BAB 4: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

Youtube video:https://www.youtube.com/watch?v=nb5XlvLnrk4

4.1 PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU

Kerajaan Perlis

·    Wilayah Kedah yang terpisah pada 1842 .Raja Pertama: Phya Songkhram RamU WiChit Willis Asmara Phya Pelit(Syed Hussin Jamalullail di Bangkok) diiktiraf oleh Maharaja Siam.

·    Tuan Syed Abdullah ibni Syed Hrun sebagai Raja Muda, Dato’ Arau sebagai Perdana Menteri digelar Dato’ Belat Paduka Seri Perdana Menteri,  22 mukim

·    Hubungan Siam agar tidak diganggu gugat oleh kuasa lain

·    Berdasarkan Undang-undang Kesultanan Kedah, menitikberatkan kebajikan rakyat

Kesultanan Kedah

·    Bermula sejak abad ketujuh, kerajaan terawal. Pertapakan Islam sejak abad 12 memulakan sistem pemerintahan Islam dengan pusat di Kota Bukit Meriam. Pemerintah pertama: Sultan Mudzaffar Shah

·    128 mukim bawah pengawasan para pembesar

·    Hubungan Siam untuk melindungi daripada ancaman Burma

·    Kanun Undang-undang Kedah pada 1650

Kesultanan Kelantan

·    Long Yunus menyatukan Kelantan pada 1776-1794, menaiki takhta dengan gelaran Yang Dipertuan. Maharaja Siam mengurniakan gelaran Phya Pipit Pakdi kepada Sultan Muhammad I dan Siam meluaskan pengaruhnya di Kelantan

·    Sistem Jemaah Menteri dibentuk oleh Muhammad I. 3 jajahan, Selatan Batu Mekebang,Pasir Puteh, Pasir Mas. Pentadbiran paling bawah Tok Kweng atau penggawa dibantu imam.

·    Hubungan Siam semasa Sultan Muhammad I, dengan Terengganu,Kedah,Patani

·    Undang-undang syarak di Kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad II

Kesultanan Terengganu

·    Sultan Zainal Abidin  pengasas paling akhir menerima Penasihat British

·    Sistem Penghulu diperkemas semasa Sultan Omar, Sultan Zainal AbidinIII dibantu Tengku Musa, Tuan Hitam dan Che Abdul Rahim. Dato’ Mata-mata menyambut kedatangan pelawat. Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan memutuskan hukuman. Ahli dikenali sebagai ahli Mesyuarat.

·    Hubungan Siam , Kelantan, Patani, Johor agar diakui berdaulat

·    Sultan Zainal Abidin I prinsip keadilan Islam. Tengku Musa sebagai Ketua Jabatan Mahkamah. 1911, Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Kesultanan Johor

·    Diperintah Bendahara Melaka. Temenggung Daeng Ibrahim pemerintah. Anaknya, Daeng Abu Bakar Sultan 1885.

·    Maharaja Abu Bakar zaman pemodenan. Pembesar kerajaan: Dato’ Seri Amar Diraja, Dato’ Bentara. Menteri Besar, Setiausaha Kerajan diwujudkan

·    Hubungan dengan Eropah, Jepun, negeri Melayu. Mengiktiraf kedudukannya.

·    Undang-undang Tubuh Kerajaan

4.2 PELUASAN KUASA BRITISH

Faktor peluasan kuasa British

·    Kedudukan strategik: antara Siam dan Singapura

·    Menghalang kemasukan Barat lain: ingin menguasai bahan mentah, Jerman Pulau Langkawi, Amerika Syarikat Terengganu, Perancis Segenting Kra mengancam perdagangan,kedudukan Singapura pelabuhan antarabangsa, Rusia Ujung Salang.

·    Kemakmuran dan kekayaan sumber hasil: pertanian, penternakan Kedah, Perlis bekalan makanan Pulau Pinang, aktiviti pembuatan(Kelantan, Terengganu)

·    Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang: Pembinaan jalan raya,kereta api dan telegraf antara Burma, Pulau Pinang membolehkannya terus berhubungan dengan India, bagi perdagangan dan keselamatan British

·    Beban orang putih: Siam melakukan kekejaman. Bagi mewajarkan tindakan.

Strategi peluasan kuasa British

·    Bagi kerajaan Siam, negeri ini bawah naungannya dikehendaki menghantar bunga emas, perak tiga tahun sekali sebagai tanda pertuanan. Sebaliknya, negeri ini menganggapnya tanda persahabatan.

·    Matlamat utama :memastikan laluan perdagangan antara India, China selamat

·    Perjanjian Burney 1826→Perjanjian Sulit 1897( British mengakui pertuanan Siam ke atas negeri)→Perjanjian Sempadan 1899( menyelesaikan masalah sempadan antara Perak dan Remam)→Perjanjian 1902( Siam mengawal hubungan luar, tidak boleh diserahkan konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam)

·    Perjanjian Bangkok 1909: April 1907(Perjajian Penasihat Am Siam, E.H.Strobel dengan Ralph Paget, wakil British di Bangkok)→Jun1907( Pejabat Tanah Jajahan membernarkan→13 September 1907( Strobel menemui Putera Damrong, Menteri Dalam Negeri Siam bagi menyampaikan hasrat British)→Novenber 1907(disampaikan kepada Raja Siam)→Januari 1908 ( Draf perjanjian dirangka)→ Januari 1909(dipersetujui)→10 Mac 1909( ditandatangani antara Ralph Paget, Putera Devawongse Varaprakar,wakil Siam juga merupakan Menteri Hal Ehwal Luar Siam.

4.3 PELUASAN KUASA BRITISH DI JOHOR

Kemajuan dan Kemakmuran Johor

·    Perkembangan pesat dalam ekonomi komersial terutamanya pertanian

·    Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah

·    Golongan pentadbir komited, menjalankan tugas dengan berkesan

·    Pemodenan pentadbiran, infrastruktur ,social membawa kemajuan, kemakmuran

Strategi British Menguasai Johor

·    Perjanjian 1855 antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim. Kesang hendaklah terlebih dahulu ditawarkan kepada British jika mahu dijual.

·    Perjanjian Setia 1885: Johor menerima seorang ejen berperanan sama dengan pegawai Konsul dan lebih rendah daripada Penasihat. Hal ehwal luar dikawal.

·    1879, Gabenor NNS mencadang menempatkan Residen British di Johor.

·    British menawarkan pinjaman 200,000 dolar kepada Johor bagi pembinaan kereta api. Tidak diterima kerana menjejaskan ekonomi Johor.

·    12 Mei 1914, Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor NNS. Jawatan Konsul di Johor ditukarkan kepada Penasihat Am British.

4.4 SISTEM PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

Latar belakang NNMTB

·    Pentadbiran bersifat longgar,  pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB berterusan hingga Perang Dunia Kedua , berusaha menggabungkan kedua-dua sistem pentadbiran namun gagal, adanya tentangan raja Melayu NNMTB

·    Tidak ada perjanjian khas

·    Tetap negeri Melayu pemerintahan beraja yang bebas, berkuasa autonomi

·    Raja NNMTB berkuasa lebih besar berbanding NNMB

·    Bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi NNMB yang juga merupakan Gabenor NNS

Pentadbiran NNMTB

PERLIS

Penasihat British terlibat secara langsung

Majlis Mesyuarat Negeri dipengerusikan oleh Sultan dan Penasihat British sebagai anggota Majlis

Kakitanagn perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu

Setiausaha Kerajaan pegawai tadbir terpenting

KEDAH

KELANTAN

Kakitangan perkhinatan awam terdiri daripada Orang Melayu dan orang Eropah

Menteri Besar peranan penting dalam pentadbiran

TERENGGANU

Majlis Mesyuarat Negeri, Jemaah Menteri

Berlandaskan Undang-undang Bagi Diri Kerjaan Terengganu


Johor

·    Sultan tidak dibenarkan menyerahkan negeri kepada kuasa lain

·    berlandaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

·    Majlis Mesyuarat Menteri, Majlis Mesyuarat Negeri membantu Sultan

·    Orang Melayu dan orang Eropah dilayan sama taraf, keutamaan kepada Melayu

·    Pentadbiran oleh Menteri Besar, Setiausaha negeri ialah orang Melayu yang menjadi jurucakap kerajaan rasmi

Perkembangan Pentadbiran

·    Pengekalan Kedudukan Sultan dan pembesar: Sultan kuasa terutama dalam hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Pembesar tidak mengutip cukai dan pajak, diberikan elaun dan pencen

·    Penerusan Sistem Pentadbiran Tradisional: Sistem Jemaah Menteri, Majlis Negeri, peraturan Undang-undang Tubuh Kerajaan diteruskan. P[eminjaman pegawai Perknidmatan Awam NNMB, NNS. Mempunyai sistem perkhidmatan awamnya sendiri. Perjanjian bahawa semua jawatan perkhidmatan hendaklah diisi dengan pegawai Melayu Kedah.

·    Pengenalan Birokrasi Barat: Penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri, mengurangkan kuasa sultan dan pembesar. Jabatan baharu, pasukan polis, mahkamah sivil diperkenalkan, pegawai British sebagai pegawai pentadbiran kerajaan.

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat

Nota Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Nota Bab 3: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Nota Bab 4: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Nota Bab 5: Pentadbiran Barat di Sabah dan Sarawak

Nota Bab 6: Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial

Nota Bab 7: Penentangan Masyarakat Tempatan

Nota Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

No comments:

Post a Comment