Wednesday 23 September 2020

Nota ringkas dan padat Sejarah Tingkatan 3 Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat

BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

Youtube video: https://youtu.be/MHHDqpT95LI

2.1 PELUASAN KUASA BRITISH DI PULAU PINANG, SINGAPURA DAN MELAKA

LATAR BELAKANG SEBELUM PELUASAN KUASA BRITISH

·    Pulau Pinang: wilayah Kesultanan Kedah, Batu Uban(pelabuhan paling awal) dibuka oleh orang Melayu Sumatera dan diahugerahkan bagi membalas jasanya membantu menentang Siam.

·    Singapura: wilayah Kesultanan Johor Riau, ladang gambir diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di Singapura

·    Melaka: 1511, ditawan oleh Portugis, 1642-1824, menjadi tanah jajahan Belanda sebagai pusat pengumpulan hasil bijih timah, Belanda mementingkan Betawi di Pulau Jawa sebagai pusat perdagangan utama

PELUASAN KUASA BRITISH DI PULAU PINANG

Kedudukan Strategik Memenuhi Keperluan British

·    Pusat pengumpulan barang:  mengumpul bahan tukaran dengan China

·    Pelabuhan persinggahan: memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik, laluan perdagangan India dan China

·    Pangkalan tentera: mempertahankan petempatan di India daripada Perancis dan saingan Belanda, Bombay di pantai barat India sukar mengwal petempatan Madras di pantai timur India

Kronologi pendudukan British di Pulau Pinang

·    Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tetapi di tentang oleh Kerabat Diraja Kedah bersama Bugis di Selangor. Baginda memohon bantuan SHTI yang kemudian menghantar Edward Monckton untuk rundingan tetapi gagal kerana SHTI tidak menjamin Kedah daripada ancaman musuh.

·    Siam menuntut penghantaran bunga emas yang terhenti semasa Perang Siam-Burma semasa pemerintahan Sultan Abdullah. Baginda meminta bantuan SHTI , menawarkan Pulau Pinang sebagai pengkalan dan mendapatkan bantuan ketenteraan. Baginda meminta Francis Light, pedagang persendirian untuk menyampaikannya kepada Gabenor Jeneral British di India.

·    Francis Light berjanji SHTI akan memenuhi syarat, Sulatan Abdullah menawarkannya membuka petempatan di Pulau Pinang(1786) sementara menunggu jawapan SHTI. Pulau Pinang dinamakan Prince of Wales Island. Petempatan dinamakan Georgetown, nama Raja England.

Pengukuhan Kuasa British melalui Perjanjian

·    1786,Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah. Sultan Abdullah meminta bantuan daripada SHTI tetapi tiada perjanjian. Baginda menyedari ditipu dan menghimpun tentera di seberang perai untuk mengambil balik Pulau Pinang. Baginda ditewaskan dan dipaksa menandatangani perjanjian (1791) mengiktiraf kedudukan British.

·    George Leith, Gabenor Pulau Pinang mendesak Sultan Dhiauddinmenandatangani perjanjian( 1800) membolehkan British menduduki Seberang Perai sebagai benteng pertahanan dan kawasan pertanian.

PELUASAN KUASA BRITISH DI SINGAPURA

Kepentingan Singapura kepada British

·    Bangkahulu berada di luar Alam Melayu,kebanyakan kapal berlabuh di Betawi, Riau dan Lingga bawah pengaruh Belanda

·    British memerlukan pelabuhan. Singapura strategic di selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengwal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda serta sebagai pusat pengumpulan hasil ekonomi Alam Melayu.

Pertapakan British di Singapura

·    Sultan Mahmud Shah III mempunyai duo orang putera. 1812, baginda mangkat, Tengku Abdul Rahman hadir semasa pemakaman di Lingga tetapi Tengku Hussein berada di Pahang.

·    Tengku Hussein ditabalkan sebagai Sultan Johor dan mendapat iktiraf daripada orang Belanda dan Bugis. Tengku Hussein diketepikan dan berundur menetap di Riau.

·    Stamford Raffles memujuk Temenggung  Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura. Dua Sultan: Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga dan Sultan Hussein bersemayam di Singapura

Perjanjian Mengukuhkan kuasa British di Singapura

·    Perjanjian 6 Februari 1819: Stamford Raffles dan Sultan Hussein, Temenggung Abdul Rahman. Petempatan British diiktiraf, bendera Union Jack dinaikkan, Willian Farquhar sebagai Residen pertama

·    Perjanjian 2 Ogos 1824: Residen Singapura, John Crawfurd menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Singapura diserahkan selama-lamanya, Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan, diberi bayaran pampasan dan pencen bulanan seumur hidup

Peluasan kuasa British di Melaka

·    Menamatkan Perikaian British dan Belanda berkaitan Singapura: British memajukannya dalam tempoh singkat,yakinnya sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera penting. Belanda mendakwanya bawah lingkungan Belanda, menuntut British berundur, bimbang kemajuannya menjejaskan perdagangan Betawi.

·    Dasar persahabatan British dan Belanda di Eropah: Belanda dekat dengan Britain. Melalui perang Napolean, Belanda ditewas Perancis dan berundur ke England menandatangani Surat Kew. Belanda perlu berbaik-baik dengan British yang menjagajajahannya . British mengambil pengalaman perancis menjadikan Belanda sebagai pangkalan menyerang Britain.

·    Penyelesaian untuk perdamaian:  mengelakkan perperangan abad-17,18. Belanda terbeban dengan masalah kewangan selepas Perang Napoleon

2.2 PERJANJIAN LONDON 1824 DAN KESANNYA TERHADAP ALAM MELAYU

·    Syarat: British berundur dari Sumatera, menyerahkan Bangkahulu, tidak membuka petempatan di Kepulauan lain. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura, menyerahkan Melaka dan Naning tidak bertempat di Tanah Melayu

·    Pembahagian Alam Melayu kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat: Selat Melaka dan Selat Singapura menjadi sempadan, meminggirkan kedaulatan Alam Melayu, Tanah Melayu( British), Hindia Timur Belanda

·    Perpecahan Empayar Johor Riau: Singapura menjadi tanah jajahan British, Sultan Hussein meninggalkan Kampung Gelam, Singapura berpindah ke Bandar Hilir Melaka. 1911, institusi Kepulauan Riau Lingga di bawah Sultan Abdul Rahman dihapuskan oleh Belanda. Diperintah oleh Residen Riau. Bendahara Tun Ali cuuba membebaskan Pahang daripada Kesultanan Johor Riau berikutan pergolakan. 1853, Pahang berdaulat dengan muafakat pembesar.

·    Selat Melaka di bawah penguasaan British: tiga perlabuhan strategic

2.3 PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI SELAT

Latar belakang sebelum pentadbiran negeri-negeri Selat

·    Pulau Pinang: Francis Light sebagai pesuruhjaya bertanggungjawab Gabenor Jeneral British di India, pelabuhan bebas, pedagang persendirian, Presidensi keempat, gabenor dilantik ketua pentadbir

·    Singapura: Residen bertanggungjawab Leftanan Gabenor British di Bangkahulu, Sumatera, pelabuhan bebas, pusat pertemuan pedagang persendirian mengumpul hasil perdagangan dengan China

·    Melaka: Residen Konsular, Sistem Kapitan diteruskan , ketua kaum penegak undang-undang, penghulu luar Bandar.

Negeri-negeri Selat 1826

·    Kepentingan pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British: menguasai Selat Melaka, Taraf pelabuhan bebas menarik kedatangan pedagang, pusat pengumpulan hasil mengimbangi perdagangan China, menyaingi pelabuhan Belanda, Pintu masuk buruh luar mewujudkan berbilang kaum, penanaman modal.

·   Kepentingan antara Negeri-negeri Selat dengan Tanah Melayu: Negeri-negeri Selat memerlukan hasil ekonomi Tanah Melayu, melabour modal perlombongan bijih timah di Tanah Melayu, Negeri-negeri Melayu memerlukan pelabuhan untuk memperdagangkan hasil ekonomi.

2.4 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

Negeri-negeri Selat di bawah Kerajaan British di India(1826-1867)

·    Negeri-negeri Selat di bawah SHTI: Gabenor Negeri-negeri Selat mengetuai Residen Konsular menjalankan pentadbiran, Pulau Pinang pusat pentadbiran pertama, dipindah ke Singapura 1832,lebih strategic dan maju.

·    Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat India: Undang British dikuatkuasakan, pemberontakan India menyebabkannya tidak mentadbir baik. Tidak memberikan perhatian melindungi pedagang, menimbulkan rasa tak puas hati dalam pedagang

Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat Tanah Jajahan London

·  Tiada wakil dalam Majlis Perundangan, gagal mengawal masalah rompakan kapal dagang dan               pertelingkahan kumpulan Cina, mahu menjadikan mata wang rupee India menggantikan mata wang        Dolar Sepanyol, cadangan mengenakan cukai pelabuhan menjejaskan taraf pelabuhan bebas, tempat      buangan banduan menjejaskan imej
·  Gabenor Negeri-negeri Selat, Majlis eksekutif( mengurus hal pentadbiran), Majlis perundangan(            menggubal undang-undang)
·  Mohammad Eunos Abdullah pendidikan Inggeris di Raffles Institution orang Melayu pertama                menganggotai Majlis Perundangan


Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat

Nota Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Nota Bab 3: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Nota Bab 4: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Nota Bab 5: Pentadbiran Barat di Sabah dan Sarawak

Nota Bab 6: Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial

Nota Bab 7: Penentangan Masyarakat Tempatan

Nota Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

Nota Sejarah Tingkatan 4:

Nota Sejarah Tingkatan 5:

Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

3 comments: