BAB 8: KEBIJAKSANAAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU MENANGANI CABARAN BARAT
Youtube video:https://www.youtube.com/watch?v=gAiSjn7Nbbg
8.1 REAKSI PEMERINTAH TERHADAP TINDAKAN BARAT
Protokol Sempadan
Perjanjian Bangkok 1909
· Garis sempadan
berasaskan legeh dan lembah sungai. Bermula dari Sungai Perlis ke muara Kuala
Tabal. Pulau Langkawi dan pulau bahagian selatan menjadi wilayah British, Pulau
Terutau dan pulau bahagian utara milik Siam.
Reaksi pemerintah
Negeri-negeri Melayu Utara terhadap Perjanjian Bangkok
· Perlis: Raja Syed
Alwi Jamalullail membantah tindakan Siam mengambil wilayah Pujoh yang sebelum
ini ditadbir oleh kerajaan Perlis melalui Penghulu Kuala Perlis dimasukkan ke
dalam wilayah Setul.
· Kedah: Sultan
Abdul Hamid Halim Shah tersinggung kerana tidak dibawa berunding perihal negeri
kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulau Terutau, Butang. Menegaskan sempadan
baharu harus ditentukan mengikut criteria sempadan yang sedia ada. Amat murka
menyatakan tidak akan memaafkan pihak menjual negeri Kedah seperti menjual
seekor kerbau.
· Terengganu:
Sultan Zainal Abidin III mengecam tindakan Siam ,tanpa pengetahuan baginda,
mempertahankan kedaulatan negeri. Siam tidak berhak ke atas Terengganu,
penghantaran bunga emas sebagai tanda persahabatan, mengemukakan bantahan
kepada Gabenor Negeri Selat pada 24 Mei 1909.
· Kelantan:
J.S.Mason, wakil Siam datang ke Johor Bharu menghadap Sultan Muhammad IV,
menolak perjanjian. Kecewa dengan tindakan British menyerahkan wilayah Tabal,
daerah Kelantan yang dihuni 15000 Melayu.
Kebijaksanaan
pemerintah Johor menyekat kemaraan British
Temenggung Daeng
Ibrahim peka terhadap rancangan British, membina jati diri sebagai pemerintah
yang berdaulat. Menjamin keselamatan perairan Johor dan Singapura, mendapat
pedang keemasan daripada Ratu Victoria. Mengasaskan Bandar Iskandar Puteri,
memindahkan pusat pentadbiran Johor daro Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung
Puteri untuk mengelakkan tekanan British. Tanjung Puteri sebagai ibu negeri.
Memodenkan pentadbiran negeri, sistem tradisional diperkukuh dengan unsur
baharu dari barat, birokrasi moden. Mengeksploitasi hasil hutan getah perca
menguntungkan dijual kepada pedagang British, Temenggung mengisytiharkannya
sebagai monopoli Johor, memperkenalkan Sistem Kangcu, kemasukan orang Cina
mengusahakan tanaman gambir, lada hitam.
8.2 TINDAKAN RAJA MELAYU DALAM MENANGANI CABARAN BARAT
1. TUNTUTAN RAJA
MELAYU MELALUI DURBAR
· Raja Melayu
jurubicara menzahirkan suara, melindungi kepentingan bangsa.
· Durbar Kuala
Lumpur 1903: Sultan Idris Murshidul Adzam Shah Perak mendesak langkah
mengembalikan kuasa institusi raja, bilangan pegawai Melayu perkhidmatan
kerajaan ditambah,dilantik ke jawatan tinggi. Tuanku Muhammad ibni Yamtuan
Antah menuntut Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan.
· Durbar Pekan,
Pahang 1932: Sultan Iskandar Shah Perak mendesak mengembalikan kuasa
pemerintahan
· Durbar Klang,
Selangor 1937: Tuanku Abdul Rahman Negeri Sembilan menggesa peluang
perkhidmatan buruh dari Alam Melayu. Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam
Shah Pahang mendesak masalah Melayu tiada pekerjaan, tanah.
· Durbar Seri
Menanti 1939: Sultan Hisamuddin Alam Shah Selangor menubuh Malay Girls College
meningkatkan pendidikan kaum wanita.
2. DIPLOMASI
MENANGANI TEKANAN BRITISH
· Sulatan Abu Bakar
Johor hingga 1914: mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Negeri Selat
(British mengekalkan Teluk Belanga, Singapura milik Johor, Baginda menetap
sehingga 1889 berpindah ke Johor), kunjungan ke England bertemu dengan Ratu
Victoria( gelaran Maharaja Johor 1868, meredakan tekanan Gabenor NNS, diberi
kepercayaan), menubuhkan Lembaga Penasihat Johor di London(ahli dilantik oleh
baginda dalam kalangan pegawai membantu menasihati dalam hal pentadbiran)
· Sultan Zainal
Abidin III Terengganu hingga 1919: kebijaksanaan dalam rundingan(berangkat ke
Singapura berunding dengan Gabenor NNS selepas Perjanjian Bankok),
menandatangani Perjanjian British-Terengganu 1910( hanya bersetuju
menandatangani perjanjian jika mengakui Terengganu negeri merdeka)
3. KEENGGANAN
PEMERINTAH MENERIMA PENASIHAT BRITISH
· Perlis: Meadow
Frost, 28 April 1930, Perjanjian Perlis-British menerima naungan British,
meningkatkan kawalan Penasihat terhadap pentadbiran negeri melalui Majlis
Mesyuarat Negeri Perlis.
· Kedah:
W.G.Maxwell, Majlis Mesyuarat Negeri Kedah diterajui oleh Tunku Mahmud
menganggapnya melampaui mencampuri urusan pentadbiran negeri,menuntut surat
rasmi mesti melalui Residen Jeneral, ditulis dalam BI, mengetepikan nama Kedah
dalam surat rasmi, mengibarkan Union Jack di kediamannya. Perjanjian
Kedah-British 1 November 1923. Walaupun menjadi naungan British, mengekalkan
identity sebagai negeri Melayu: penggunaan BM dalam pentadbiran,perunddangan,
penggunaan kalender Hijrah, cuti umum hari Jumaat, keutamaan melantik pegawai
Melayu dalam pentadbiran.
· Kelantan:
J.S.Masor, perjanjian 1910, Sultan Kelantan mengikut, melaksanakan nasihat
Penasihat British, tidak berhubungan dengan kuasa luar.
· Terengganu: hanya
menerima wakil tidak berkuasa dalam pentadbiran 1910, Sultan Muhammad II,
Perjanjian Terengganu-British 24 Mei 1919, wakil British ditukarkan kepada
Penasihat British, J.L.Humphreys. Sultan lebih berunding dengan pembesar
menyebabkannya menuruntakhta 1920 digantikan oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam
Shah.
4. MENGGUBAL
UNDANG-UNDANG TUBUH
· Johor: 14 April
1895, Sultan Abu Bakar, menjadikan Johor negeri Melayu pertama mengamalkan
sistem raja berpelembagaan, berunsur demokratik. Sultan Menteri, Jemaah
Pangkuan Kerajaan tidak menyerahkan negeri kepada kuasa asing, Jemaah Menteri
terdiri daripada Melayu, rakyat, Islam, Islam sebagai agama hegeri
selama-lamanya. Kepentingan( mengimbangi kuasa British, mempertahankan identity
negeri, kerajaan berterakan demokrasi)
· Terengganu: 2
November 1911, Sultan Zainal Abidin III. Kerajaan Melayu Islam, asas
perundangan negeri Islam, tidak menyerahkan negeri kepada kuasa asing. Jika
menyerah hendak turun takhta, Menteri Besar mesti Islam, rakyat, Ahli Mesyuarat
Negeri boleh bukan Islam tetapi rakyat. Kepentingan(memantapkan pentadbiran,
memelihara kedautan, mengukuhkan perpaduan, menghalang campur tangan)
5. Raja menerajui
pemodenan negeri
· Johor: Sultan Abu
Bakar dengan kerjasama Majlis Jemaah Menteri meneruskan pemodenan pentadbiran
Temenggung Daeng Ibrahim, bersama pembesar berwibawa, menubuhkan jabatan
mengurus pembangunan rakyat, negeri, cekap dan berkesan sehingga British tiada
ruang untuk campur tangan.
· Kedah: Sultan
Abdul Hamid Halim Shah Bapa Kedah Moden dibantu pembesar negeri. Abad 19,
Jabatan Perbendaharaan, Tanah dan Ukur, Audit, Pejabat Besar Pos dan Telekom,
Mahkamah Keadilan, Pasukan Polis Kedah.
· Terengganu:
Sultan Zaianal Abidin III bersama Yang Dipertuan Mulia Tengku Muhammad
menubuhkan Jemaah Mesyuarat Kerajaan, Jemaah Menteri 1912, jabatan kerajaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan, Perbendaharaan, Pesuruhjaya Keadilan, Agama dan
Pelajaran, Kerja Raya, Pesuruhjaya Hutan.
8.3 USAHA PEMBESAR MELAYU DALAM PEMODENAN NEGERI
1. PEMBANGUNAN
SOSIOEKONOMI
· Long Jaafar:
Larut, memperkenalkan negeri Melayu di pasaran dunia sebagai pengeluar utama
bijih timah, menggalakkan pusat pengajian agama dan membina Sekolah Melayu
Matang 1826 memberikan pendidikan kepada anak tempatan.
· Tengku Menteri
Ngah Ibrahim: menemui Sultan Abu Bakar mempelajari sistem pentadbiran moden
bagi mamjukan Larut, dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
2. PEMBANGUNAN
PERTANIAN
· Wan Muhammad
Saman: Tokoh Pembangunan Negeri Kedah, membina terusan dari Alor Setar ke kaki
Gunung Jerai, Gurun, dikenali Terusan Wan Muhammad Saman, banyak tanah dibuka
untuk tanaman padi dan terusan unruk mengairinya.
3. PEMBANGUNAN
BANDAR
· Dato’ Muhammad
Salleh bin Perang: melukis peta lengkap pertama Johor memudahkan kerajaan
menggerakkan pembangunan pertanian, perbandaran, sistem perhubungan. Pembukaan
Bandar Maharani(Muar), Endau, Bandar Penggaram(Batu Pahat)
4. PENTABIRAN DAN
PENDIDIKAN
· Dato’ Jaafar bin
Muhammad: mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih randah daripada
bendera Johor, memartabatkan BM dalam penulisan surat rasmi kerajaan,
mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi Johor.
· Dato' Abdul
Rahman bin Andak: mematahkan usaha peluasan kuasa British menyebabkannya
dibersarakan daripada pentadbiran Johor atas desakan British, perintis
penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa 1888 merupakan badan
persuratan terulung ketika itu.
· Dato’ Muhammad
Ibrahim Munsyi: penubuhan Jabatan Pelajaran 1883, sekolah di Johor,
Jawatankuasa Pelajaran Negeri, mendesa diwartakan pendidikan wajib kepada
kanak-kanak Johor.
· Syeikhul Islam
Terengganu: memberi nasihat dan semangat perjuangam kepada sultan ketika
berhadapan peluasan kuasa British di Terengganu.
5. AHLI MAJLIS
MESYUARAT PERSEKUTUAN
· Dato’ Abdullah
Haji Dahan, Raja Chulan menuntut pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja untuk
menjaga keselamatan bangsa, mendesak British membuka lebih banyak peluang
kepada anak-anak watan dalam perkhidmatan awam.
6. KEPIMPINAN
TEMPATAN DI SARAWAK DAN SABAH
· Datuk Halim Imam
Abang Haji Murshidi: bersama Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Abang Haji
Bolhassan menubuhkan sekolah khas kaum wanita mempelajari ilmu agama dikenali
Sekolah Kajang, 1925, sebagai Datuk Hakim, Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Negeri
Sarawak, 1932, Datu Imam. Mengasaskan Majlis Syuyukh Islam kemudiannya dikenali
Majlis Islam Sarawak.
· OKK Haji Mohammad
Arshad: menjaga keamanan, mengutip cukai, mengurus hal.
8.4 KEBERKESANAN PERANAN PEMERINTAH TEMPATAN DALAM
MENANGANI CABARAN BARAT
· Kemakmuran
Negeri, melambatkan peluasan kuasa British, kemajuan pendidikan, penubuhan
Rejimen Askar Melayu Diraja, Pegawai tadbir Melayu, mempertahankan institusi
Beraja.
Nota Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat
Nota Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat
Nota Bab 3: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Nota Bab 4: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Nota Bab 5: Pentadbiran Barat di Sabah dan Sarawak
Nota Bab 6: Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial
Nota Bab 7: Penentangan Masyarakat Tempatan
Nota Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat
Terima kasih !!!
ReplyDeleteSama-sama :)
Deleteterima kasihh
ReplyDeleteterima kasihh banyak, sangat ringkas dan berguna π
ReplyDeleteTerima kasih tapi ada sedikit kesilapan ejaan.But still faham.π₯°
ReplyDeleteTerima kasih sbb is sangat membantu
ReplyDeleteRingkas,padat,mudah difahami.. Terima kasih
ReplyDeleteTq sangat ii memang menyusahkan
ReplyDeleteKerana nota ringkas ni saya dpt menyiapkan 3 dlm 2 hari
ReplyDeleteTerima kasih banyak
ReplyDeleteSemoga hari anda Isnin selalu
����