BAB 5: PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=AfueeuyzKig
5.1 LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN TEMPATAN
Sistem Kesukuan
· Sarawak: Iban( Tuai
Rumah), Bidayuh( Tua Kapung), Kenyah( Peran Lepo), Kayan (Kelunan Maren),
Melanau (Menteri), menyelesaikan pertelingkahan penduduk, memastikan
keharmonian, dilantik mengikut kebolehan peribadi
· Sabah: Orang
Tua(Ketua Kampung), diamalkan oleh Kadazandusun, Murut, Bajau( matto’a sebagai
pelindung adat, kepentingan anak buah). Majlis Kampung(membantu Orang Tua
mengurus adat dan kehidupan seharian), Tukang-tukang Adat( memastikan upacara
dilakukan betul bagi mengelakkan bencana)
Sistem
Pentadbiran Tempatan
· SARAWAK: 3 bentuk
iaitu Sungai Kerajaan, Sungai Tulin, Sungai Kuripan,Kawasan pedalaman ditadbir
oleh Orang Kaya, Berdasarkan sistem penguasaan tanah. Sistem kedatuan: Kerajaan
Sawaku ditadbir oleh Datu Merpati Jepang. Keturunannya bergelar Datu Patinggi,
Datu Bendahara, Datu Temenggung menjadi wakil Sultan Brunei mentadbir dan
membangunkan Sarawak tanpa campur tangan Sultan Brunei
· SABAH: barat
dikuasai Kesultanan Brunei, Timur dikuasai Kesultanan Sulu. Brunei berdasarkan
sistem penguasaan tanah oleh pembesar tempatan sebagai wakil sultan. Sistem
Datu mewakili Sultan Sulu. Kuasa golongan Datu berdasarkan milikan bilangan
hamba dan kemampuan menghantar ufti tetap.Sistem Ketua Bebas: sikap berani dan
keperwiraan tokoh mencabar kewibawaan Sultan, berkait dengan keluarga Sultan
Brunei atau Sulu, Mempunyai undang-undang sendiri dan tidak diiktiraf kuasa
lain, menjalankan pentadbiran di kawasan masing-masing.
5.2 PELUASAN KUASA DINASTI BROOKE DI SARAWAK
Sarawak ketika
Kehadiran James Brooke
· Sultan Omar Ali
Saifuddin II, Sultan Brunei: 1827 berhasrat mengawal kegiatan perdagangan
Sarawak. Pengiran Indera Mahkota mendirikan pusat penradbiran di Kuching
mengenakan cukai tinggi dan kerahan tenaga.
·
Pengiran
Raja Muda Hashim: dihantar untuk menyelesaikan masalh di Sarawak. Bapa saudara
Sultan , memujuk Datu Patinggi Ali dean pembesar Melayu tetapi gagal, Meminta
bantuan James Brooke.
·
Datu
Patinggi Ali: pembesar tempatan Sarawak, penentangan untuk membebaskan Sarawak
daripada cengkaman Pengiran Indera Mahkota. Berunding dengan James Brooke dan
menamatkan penentanagan
· James Brooke:
menjalankan pengembaraan antara Sarawak dan Singapura dengan kapalnya Royalist.
Sokongan angkatan tentera laut British
James Brooke
mendapatkan kuasa pemerintahan
· Rundingan: dengan
Pengiran Muda Hashim apabila diminta menyelesaikan pertelingkahan Sarawak,
menawarkan Sarawak kepada James Brooke 2 kali
·
Ugutan:
1. Pengiran Raja Muda Hasim berdolak-dalik dan tidak bersetuju menyerahkan
Sarawak, James mengugut sedia menyerang kedudukannya di Kuching.2. terhadap
Sultan Omar Ali Saifuddin apabila James Brooke hadir ke Brunei diiringi
angkatan tentera laut British untuk mengesahkan penyerahan.
·
Perjanjian
1841: James Brooke dengan Pengiran Raja Muda Hashim, James memerintah
Sarawak, menguasai hasilnya, menghormati, memelihara undang-undang adat
Melayu. Perjanjian 1842: James Brooke dengan Sultan Brunei, menyerahkan Sarawak
dari Tanjung Datu ke Sungai Samaraahan, James memberi ufti tahunan 2500 Dolar
Sepanyol, tidak campur tangan dalam hal adat dan agama, tidak pindah milik
tanpa izin Sultan Brunei. Mengiktiraf James sebagai Raja Putih Sarawak.
· Ketenteraan:
sokongan kapal HMS Dido yang dimiliki angkatan tentera laut British. Memerangi
ancaman lanun yang mengganggu perdagangan dan ketenteraman Sarawak.
Pengukuhan kuasa
James Brooke
· Kekuatan Tentera:
kapal perang HMS Dido menghancurkan kubu kuat orang Iban di Sungai Saribas dan
Sungai Skrang.
·
Menentang
Kebangkitan Orang Tempatan: sebagai lanun, menjadi alasan meluaskan kuasa di
kawasan orang Iban sebagai tindakan yang sah dan mendapat sokongan British
·
Memperoleh
sokongan sebahagian masyarakat tempatan: Orang Melayu, Iban
·
Mengambil
kesempatan daripada pertelingkahan yang wujud dalam masyarakat tempatan: Di
Mukah, menyokong Pengiran Matusin yang berkonflik dengan Pengiran Ersat dan
anaknya yang lebih dihormati. Membolehkannya memecahkan kekuatan masyarakat
tempatan di Mukah
·
Memperkukuh
pertahanan Sarawak: Benteng dan kubu dilengkapi dengan meriam. 1862, Renjer
Sarawak ditubuhkan untuk mengawasi keamanan dan pertahanan
· Sokongan kewangan:
pemodal Eropah terutama Baroness Angela Burdett-Counts
5.3 PELUASAN KUASA SBUB DI SABAH
Kemakmuran Sabah
menarik Pemodal Asing
· Kedudukan
strategic: laluan perdagangan antara China dan Singapura, berhampiran Pulau
Palawan yang merupakan laluan maritime kapal dagang ke China dan Jepun, penting
dalam aktiviti perdagangan kepulauan Sulu hingga Papua New Guinea. Pelabuhan
membolehkan kapal berlabur dengan selamat
· Kekayaan Ekonomi:
sarang burung mendapat pasaran di China. Sagu, rotan, getah perca, gamat, sirip
ikan yu. Indigo dan kapas membolehkan pertanian komersial dijalan giat.
Sabah sebelum
Penguasaan SBUB
· Pulau
Balambangan: 1763, Alexander Dalryample membuat perjanjian dengan Kesultanan
Sulu, menghadapi masalah serangan lanun. Meninggalkan pulau pada November 1805.
· Pulau Labuan:
Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada British melalui perjanjian 18 Disember
1846, British bertanggungjawab menumpaskan lanun seta melindungi perdagangan.
James Brooke Gabenor pertama.
Pertapakan SBUB
Sultan Brunei→Charles
Lee Moses menyewa selama 10 tahun pada 1865→Menjual kepada J.W.Torrey dan
T.B.Harris dan menjadikan Kimanis pusat perdagangan→Alfred, Edward Dent memajak
pantai timur Sabah daripada Sultan Sulu 1878→Baron Gustavus von Overbeck
berkerjasama dengan Alfred dan Edward memajukan Sabah→Torrey menjual kepada
Baron→Julai 1881, Alfred Dent dan adiknya menubuhkan British North Borneo
Provisional Association Ltd. Dan mendapat status piagam pada 1 November
1881→1888, Borneo Utara menjadi hegeri haungan British. SBUB memerintah Borneo
Utara hingga tahun 1942
Peluasan Kuasa
SBUB
· Syarat piagam
diraja: Menerima Penasihat British,
melantik Pegawai Tadbir daripada pegawai diakui British, tidak dibenarkan
diserahkan kepada pihak lain tanpa izin British. Memelihara adat resam, agama,
undang-undang penduduk, adail, saksama
·
Matlamat:
pembangunan ekonomi malalui eksploitasi sumber dan melindungi, mempertahankan
hak masyarakat tempatan.
·
Sir
Rutherford Alcock menjadi presiden pertama, Alfred Dent sebagai pengarah
urusan, William Hood Treacher sebagai Gabenor pertama.
· Kuasa sebenar di
London. Sistem birokrasi digunakan.
5.4 BENTUK PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH
1. Pembahagian
wilayah
· Sarawak: Zaman
Raja Brooke, 3 bahagian. Charles Brooke menambahkan 2 bahagian pada 1885 dan
1890. Bahagian pertama: Sg. Sarawak,Sadong. Bahagian kedua: Batang Lupar,
Saribas, Kalaka, Simanggang. Bahagian ketiga: Sg Rajang, Oya, Mukah, Bintulu,
Matu. Bahagian keempat: Sg. Baram. Bahagian kelima: Limbang, Trusan, Lawas.
· Sabah: Pada tahap
awal, 2 residensi iaitu Residensi Pantai Timur berpusat di Sandakan, Residensi
Pantai Barat berpusat di Jesselton. 1922, 5 residensi iaitu Kudat, Pantai
Barat, Pedalaman, Pantai Timur dan Tawau berjumlah 17 daerah.
Residen(Residensi), Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah berbangsa Inggeris
atau Eropah.
2. Pengekalan
pembesar tempatan
· Sarawak: Kalangan
Datu dikekalkan, jawatan baharu Datu Imam, Datu Hakim. Zaman Charles Vyner
Brooke, Datu Menteri, Datu Pahlawan, Datu Bentara, Datu Amar. Semua
undang-undang, adat tidak bercanggah dengan sistem Barat dikekalkan. Pembesar
tidak memungut cukai, diberi gaji, membantu pentadbiran.
· Sabah: SBUB
membahagikan Ketua Anak Negeri diakui diserap ke dalam sistem pentadbiran dan
diberi gaji, Ketua Anak Negeri tidak diakui tidak dibayar gaji. Ketua bergaji
memelihara keamanan, mengutip cukai kepala, mentadbir keadilan, hakim di
Mahkamah Anak Negeri. Juga digelar Orang Kaya(O.K.) membantu Pegawai Daerah
menjalankan pentadbiran daerah. Institusi Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung
(Orang Tua), Mahkamah Anak Negeri.
3.Pentadbiran
berhierarki
· Sarawak:
Raja→Majlis tertinggi/Majlis Negeri→Residen(Bahagian)→Pegawai Daerah→Penghulu
· Sabah: Lembah
Pengarah(Pemegang Saham)→Gabenor(Majlis Penasihat menasihati dalam hal ehwal pentadbiran)→Setiausaha→Ketua
Jabatan/ Residen→Pegawai Daerah→Ketua Anak Negeri→Ketua Kampung
4. Pentadbiran
berasaskan Kaum
· Sarawak: sistem
pecah dan pemerintah, Melayu(pentadbiran),Cina(ekonomi, sitem Kapitan, Kangcu),
Iban(keselamatan,ketenteraan, Temenggung)
· Sabah: berasaskan
peribumi, Penolong Pegawai Daerah(pentadbir), ketua etnik berperanan dan
dipilih berdasarkan personaliti dan kepakaran
5. Perundangan
· Sarawak:
Undang-undang lapan perkara(Januari 1842), Mahkamah diadili raja, dibantu ketua
Majistret, Mahkamah Residen( Residen sebagai Majistret), Mahkamah Adat(
mengadili kesalahan masyarakat tempatan), Mahkamah Cina di Kuching(kes
masyarakat Cina)
· Sabah: undang-undang barat dan tempatan, Mahkamah Majistret(undang-undang Barat ,diadili Pegawai Daerah), Mahkamah Anak Negeri( diadili Ketua Anak Negeri)
Nota Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat
Nota Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat
Nota Bab 3: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Nota Bab 4: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Nota Bab 5: Pentadbiran Barat di Sabah dan Sarawak
Nota Bab 6: Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial
Nota Bab 7: Penentangan Masyarakat Tempatan
Nota Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat
Nice info thanks...sangat berguna🤗
ReplyDeletegood\
ReplyDeleteSangat berguna
ReplyDeletethanks untuk nota yang mudah untuk difahami
ReplyDeletesenang kalau cikgu suruh buat nota sejarah nanti....
ReplyDeleteterutama yg sekolah SMK Lembah Keramat dan duduk Rumah Bakti Dato Harun......
ReplyDeletetq..senang nak buat nota
ReplyDeletemANtaP
ReplyDelete