BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=okDdDqT2PJc
2.1 MAKSUD
NASIONALISME
- perasaan cinta
yang mendalam terhadap bangsa dan negara
- semangat
kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan dengan perjuangan menentang
penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara
- gerakan untuk
mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripda penguasaan orang asing
TOKOH |
PENDAPAT |
Hans Kohn |
Gerakan yang meletakkan kesetiaan
seseorang hanya kepada negara dan bangsanya |
Professor Willian R.Roff |
Kesedaran dan ketegasan diri pada dekad
terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. Kibat kebimbangan terhadap sekularisme
dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu. Ancaman terhadap hak
kepentingan Orang Melayu serta faktor ekonomi |
Dato’ Onn Jaafar |
Menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap
dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan Mengambil tempat
kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu |
Dr. Burhanuddin al-Helmi |
Perjuangan menentang penjajahan hendaklah
ada persatuan dan perpaduan kuat, iaitu National Fonts menebus, merebut dan
merampas kembali hak mutlak bangsa kita |
Dr.R.Suntharalingam |
Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak
bangsa di dunia ini, menuntut kesetiaan ulung individu untuk menubuhkan
negara, memindah saulat kepada rakyat |
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid |
Wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu
Melaka Orang Melayu bersifat ke”Tanah Melayu”an , kesetian kepada raja dalam
konteks |
Profesor Emeritus Tan Sri Dr.Khoo Kay Kim |
Digunakan untuk merujuk perjuangan orang
Melayu bagi mengembalikan kedudukan unggul sebelum merdeka |
2.2 PERKEMBANGAN
IDEA NASIONALISME DI BARAT
|
Revolusi Keagungan (1688) |
Revolusi Amerika (1776) |
Revolusi Perancis (1789) |
Faktor Perjuangan |
-Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen
dan hak asasi rakyat - Raja James II membelakangkan parlimen
semasa mengubal undang - Penentangan ahli parlimen terhadap
pemerintahan raja berkuasa mutlak |
- orang Amerika menentang penjajahan
British yang tidak melindungi hak penduduk Amerika - Menentang akta mengena cukai - Tiada wakit Amerika dalam parlimen |
- memperjuangkan kebebasan, persamaan dan
persaudaraan - Rosseau menulis The Social Contract
mengemukankan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat |
Peristiwa |
- Raja James II melarikan diri ke Perancs
apabila sokongan berkurang disebabkan penentangan disokong oleh Mary II dan
suaminya, Raja William of Orange - Peralihan kuasa berlaku secara aman
tanpa tumpahan darah |
- Pemimpin menubuhkan kongres yang
diketuai George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British - Kongres meluluskan Pengisytiharan
Kemerdekaan Amerika ditulis Thomas Jefferson |
- sasaran terhadap pemerintahan
autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan - golongan ini memonopoli pelbagai
keistimewaan - Raktyat terbeban dengan pelbagai cukai |
Pengakhiran Revolusi |
Bill of Rights digubal untuk memberi
keutamaan kepada parlimen mengubal undangundang dan hak mengutip cukai |
- British mengakui kemerdekaan Amerika - 13 bekas tanah jajahan digabungkan,dinamakan
Amerika Syarikat |
- Golongan revolusi menggempur penjara
Bastile, membebaskan tahanan politik dan mengguling Raja Louis XVI - membawa kemunculan Republik Perancis |
2.3 PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI ASIA
Nasionalisme
di India
- Faktor Penentangan:
-imperialisme British,
Kebangkitan rakyat Dahagi India 1857, Nasionalisme awal ( isu sosioagama),
Penubuhan pertubuhan Brahmo Samaj dam Arya Samaj
- Bentuk
Penentangan: Pada hujung
abad 19, pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelektual. Menubuh
pertubuhan politik untuk menyuarakan pandang, Kongres Kebangsaan India (INC),
Liga Muslim. Pada awal abad 20, muncul gerakan bersifat keras diketuai
nasionalis Bal Gangadhar Tilak, Bipin Chandra Pal. Selepas Perang Dunia Kedua,
INC dan Liga Muslim membentuk jawatankusa khas bagi merangka rancangan
pembahagian India, iaitu India dan Pakistan.
- Pengakhiran
Revolusi: 14 Ogos 1947,
Pakistan diumumkan sebagai negara merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagaI Gabenor Jeneral. India
mengisytiharkan kemerdekaan apda 15 Ogos 1947. Jawaharlal Nehru dilantik
sebagai Perdana Menteri pertama India
Nasionalisme
China
- Faktor
Penentangan: Bertujuan
mengukuhkan oeradaban China dalam kalangan orang Cina. Akibat ancaman
penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Menentang campur tangan kuasa
Barat.
- Bentuk
Penentangan: Penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu
(Kerajaan Manchuria) kerana dianggap orang luar, kehilangan mandat, hilang
kepercayaan kerana gagal menghalang pengaruh Barat. Gerakan nasionalisme
seterusnya bercorak anti-Barat. Br. Sun Yat Sen mempelopori gerakan kebangkitan
rakyat, mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat(San Min Chu-i) sebagai ideologi
perjuangan iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial. Pinsip tersebut
menjadi asas gerakan Revolusi China pada 1911
- Pengakhiran
Revolusi: menumbangkan
pemerintahan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China
Nasionalisme
Empayar Uthmaniyah dan Mesir
- Faktor
Penentangan: Kesedaran
untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam. Akibat diancam
oleh imperialisme Barat pada abad 19, pertembungan budaya Eropah-Amerika
mengubah budaya dan tradisi tempatan
- Gerakan
Islah: gerakan pemullihan Islam, menyeru umat Islam berpegang pada ajaran
Islam berpandukan al-Quran, Hadis. Memperbaiki kehidupan masyarakat untuk
melepaskan diri daripada penjajahan. dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din
al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
- Gerakan
Pan-Islamisme: 1883,
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan al-Urwah al-Wuthqa(ikatan yang kuat).
Ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada
kemajuan. Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan seruan
bangkit menghalang peluasan kuasa Barat. 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan
fatwa menyetu umat bangkit bersama empayar Uthmaniyah. Pemerintah Khalifah
Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme ini. Membawa kepada kebangkitan
Tok Janggut di Kelantan pada 1915.
Nasionalisme
Jepun
- Faktor
Penentangan: kesedaran
mencapai kemajuan, emngelakkan anacaman imperialisme Barat
- Bentuk
Penentangan: Maharaja Mikado Meiji (1868) melancarkan gerakan, menekankan
pemodenan mengikut model Barat. Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas.
Gerakan meliputi semua aspek menjadikan Jepun negara perindustrian dan kuasa
tentera kuat di Asia (abad 20). Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau
menjadikan Jepun kuasa imperialisme di Asia
2.4 PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Nasionalisme
di Filipina
- Faktor
Penentangan: menghapuskan
penjajahan Sepanyol
- Peringkat
Awal: dipimpin oleh Jose
Rizal, Andres Bonofacio dan Emilio Aguinaldo. Berbentuk Gerakan Propaganda yang
dipimpin oleh Jose Rizal. Menuntut Filipina dijadikan sebahagian Sepanyol yang
mempunyai hak sama bangsa Sepanyol. Jose menubuhkan Liga Filipina (1892) untuk
mendesak Sepanyol mengubah politik, ekonomi, sosial namun gagal.
- Peringkat
kedua: bersifat lebih
radikal. Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina
melalui revolusi. Katipunan menggunakan akhbar alayan untuk menyebarkan idea
revolusi. Bonifacio dan Aguinaldo memimpin Katipunan melancarkan Revolusi
Filipina pada 1896 untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol, namun gagal. Agunaldo
bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol dari
Pilipina. Namun, pengisytiharan kemerdekaan oleh Aguinaldo pada 1899 tidak
diiktiraf oleh Amerika Syarikat. Sebaliknya, Pilipina diletakkan di
bawahpenjajahan Amerika Syarikat. Golongan nasionalis menggunakan saluran
diplomasi melalui parti politik sederhana. Pendekatan kerjasama membolehkan
Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalisme dilantik menganggotai Dewan
Perhimpunan Filipina pada 1907. Gerakan menuntut kemerdekaan diteruskan oleh
golongan nasionalis sehingga Perang Dunia Kedua.
Nasionalisme
di Burma (Myanmar)
- Faktor
Penentangan: manifetasi
perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah
universiti) dan golongan petani menentang imperialisme British
- Peringkat
Awal: Nasionalisme
digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat kerana pengaruh
Britiah mengancam kedudukan agama Buddha. Mereka menubuhkan Persatun Belia
Buddha pada 1906 untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan
Burma. Persatuan tersebut menggunakan isu kasut untuk membangkitkan
nasionalisme
- Peringkat
kedua: Bersifat radikal
selepas dipimpin oleh U Ba Pe. Persatuan tersebut dinamakan Majlis Persatuan Am
Kesatuan Buddha. Isu berkaitan bangsa Burma mula diperjuangkan. Revolusi pelajar
menuntut penubuhan universiti .Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Songha
Samagyi dan mencetuskan Pemberontakan Soya San (1930-1932). Pemberontakan
diketuai oleh Soya San, iaitu bekas pongyi mendapat sokongan golongan petani
yang terbeban dengan pelbagai cukai. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935
memisahkan Burma dengan India. Perlembagaan tersebut merangsang perjuangan ke
arah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone
(Kami orang Burma) untuk memperjuang kemerdekaan. Pemimpin parti tersebut
seperti Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin” (tuan).
Mereka menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma. Dr. Ba Maw
memenangi Pilihan Raya 1937 dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.
Nasionalisme
di Vietnam
- Faktor
Penentangan: muncul
perubahan sosiopolitik dan sosioekonmi selepas kedatangan Perancis selepas 1918
- Peringkat
Awal: dipelopori oleh
golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin. Memperjuangkan
pemulihan sistem pemerintahan beraja. Kemunculan golongan intelektual
meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis. Nasionalisme
disalurkan melalui akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik
penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam.
- Peringkat
kedua: Selepas Perang
Dunia pertama, gerakan revolusi didukung oleh dua aliran ideologi iaitu
nasionalisme dan komunisme. Parti utama ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
atau Parti Nasionalis Vietnam, pimpinan Nguyen Thai Hoc, manakala komunis
diterajui oleh Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh. VNQDD
berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme. VNQDD melancarkan
pemberontakan 1930 mengusir Perancis menubuhkan kerajaan republik Vietnam.
Memberikan kesempatan Perancis melumpuhkan gerakan dengan menangkap dan hukum
bunuh Nguyen Thai Hoc. Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh melalui
PKV. September 1945, Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Republik
Demokratik Vietnam di Hanoi, Utara Vietnam. Beliau dilantik sebagai presiden
pertama, manakala Vietnam Selatan berpusat di Saigon berada di bawah pengaruh
Perancis dan Amerika Syarikat. Gr=erakan diteruskan sehingga Republik Vienam
terbentuk pada 1976.
Nasinalisme
di Indonesia
- Faktor
Penentangan: akibat dasar
penjajah Belanda
- Peringkat
Awal: berkisarkan isu
pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda.
Dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini. Perjuangan untuk memajukan pendidikan
kaum wanita. Karya Kartini berjudul Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan
dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa
Indonesia.Kesedaran nasionalisme seterusnya lebih tersusun melalui pertubuhan
Muhammadiyah. Muhammadiyah mempertahankan agama Islam daripada ancaman
sekurialisme Barat.
- Peringkat
kedua: bersifat radikal
dengan penubuhan parti pollitik yang memperjuangkan kemerdekaan. Parti terlibat
ialah Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis
Indonesia (PNI) Kepimpinan Soekarno menjadikan PNI sebagai sebuah parti yang
berpengaruh. Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar (Sumpah Pemuda). Tiga
asas dalam sumpah ialah satu tanah air, satu bangsa, satu bahasa mewujudkan
keutuhan negara. Soekarno mempelopori pembentukan Permuafakatan Perhimpunan
Politik Kebangsaan Indonesia(PPPKI). PPPKI ialah gabungan organisasi dan parti
politik Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.
Nasionalisme
di Thailand
- Faktor
Penentangan: mempertahankan
kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan
- Peringkat
Awal: dipelopori oleh Raja
Thaiand melalui usaha diplomasi dan pemodenan. Raja Mongkut membina hubungan
baik dengan British, Amerika dan Perancis.Baginda melaksanakan birokrasi Barat,
penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan dalam pentadbiran
kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis. Guru dari British dibawa
masuk untuk melaksanakan sistem pentadbiran Barat. Membentuk imej Thailand yang
bersahabat dengan Barat. Pemodenan diteruskan oleh putera, Raja Chulalongkorn
menjadikan Thailand bebas penjajahan kuasa Barat.
- Peringkat
kedua: kelemahan
pentadbiran Raja Vajiravudh menimbulkan kegelisahan terhadap penguasaan politik
kerabat diraja. Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram
menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi hai 1932. Revolusi menamatkan
pemerintahan raja berkuasa mutlak. Pemerintahan raja berperlembagaan
diperkenalkan dengan meletakkan raja pada kedudukan tertinggi, tetapi tidak
mencampuri urusan pentadbiran kerajaan yang dijalankan oleh Perdana Menteri.
- Peringkat
Ketiga: beerkisarkan rasa
tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan
orang Cina. Phibulsongkram meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi
oleh orang Cina dan menggalakkan peribumi terlibat dalam kegiatan ekonomi.
Semasa Perang Dunis Kedua, dasar kerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailan
tidak dijajah oleh Jepun. Thailand turut memperoleh hak semua terhadap wilayah
di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu.
2.5 KESEDARAN
NASIONALISME DI NEGARA KITA
Zaman Kesultanan Melayu Melaka |
Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud
Shah Setelah undur dari Melaka Sultan Mahmus berusaha dapatkan Melaka kembali
dengan 3 kali serangan terhadap portugis namun gagal |
Perjuangan Sultan Kedah |
Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang
SHTI, berusaha mendapatkan P.Pinang kembali |
Pemimpin tempatan |
Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajarela,
Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
pada hujung abad 19 dan awal abad 20/ Bersifat setempat untuk menuntut
kebebasab |
Gerakan Islah |
Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir
Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi |
Penulisan kreatif dan akhbar |
Zainal Abidin Ahmad(Za’ba), Muhammad
Rakawi Yusuf Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan
Fatimah Yaakub |
Pertubuhan sosioekonomi |
Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad,
Ahmad Boestaman dan Burhanuddin al-Hemi meneruskan perjuangan dan penyedaran
walaupun hadapi kekangan kewangan, halang undang-undang dan pengawasan ketat
pemerintah |
2.6 FAKTOR
KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME
Peranan Agama |
Pelajar dari Mesir terdedah kepada
Gerakan Islah |
Penulisan Kreatif |
Hasil sastera nasionalis mengungkap
keperitan hidup bangsa dijajah. Menaikkan semangat nasionalisme. Contoh,
Melor Kuala Lumpur (Harun Aminurrashid), Cerita Awang Putat(Abdul Rahim Kajai)Puteran
Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila (Pak Sako) menyindir penjajah dan
mengingatkan anak bangsa akan kebebasan |
Media Cetak |
Akhbar/majalah penyalur maklumat. Jawi
Peranakan (menegur campurtangan British dalam agama Islam di Singapura dan isu
BM) Sekola Melayu (bahan pembacaan di sekolah Melayu),
Al-Imam,Neracha,Pengasuh (idea pembaharuan), Fajar Sarawak (intelek Melayu
mengkritik dasar Brooke di Sarawak) |
Sistem Pendidikan |
Madrasah al-Attas, Johor Bahru/ Madrasah
al-Masyhur, P.Pinang/ Madrasah al’Adrisiyah Kuala Kangsar (menerima idea
nasionalisme melalui kunjungan ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat dan
pelajar dari Mesir). Raffles Institutiom Singapura, Maktab
Melayu Kuala Kangsar(MCKK), aktab Perguruan Sultan Idris (SITC) melahirkan
golongan memumpin rakyat menuntut hak mendapat pendidikan, pelajar didedahkan
dengan idea tokoh falsafah Islam dan Barat, SITC sebagai medan ilmu dan
hasilan karya nasionalisme untuk penyedaran rakyat |
Kemunculan golongan Intelektual |
Lepasan Timur Tengah: Syed Sheikh al-Hadi Lepasan Pendidikan Inggeris: Avdul Kadir
Adabi, Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah,
Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Ibrahim Haji Yaakob (menggunakan
akhbar/persatuan untuk menyedarkan masyarakat) |
Pengaruh Luar dan Serantau |
Pan Islamisme (sedarkan umat Islam
bersatu menentang ancaman luar), Gerakan Islah (gesa umat buat pembaharuan),
Revolusi China(tewaskan Manchuria dan tubuhkan Republik China, Mahatma Gandhi
di India (menentang British tanpa kekerasan), Jose Rizal di Filipina,
Soekarno di Indonesia |
2.7 PERKEMBANGAN
NASIONALISME
1.
Perjuangan Golongan Intelektual
Intelektual Berpendidikan Agama |
Kaum Muda menyalurkan idea melalui
gerakan Islah. Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dan Haji
Abbas Mohd Taha cenderung kepada gerakan Islah ketika menuntut di Timur
Tengah. Menubuhkan madrasah sebar fahaman Islah. Membawa kemajuan dan
pemodenan sikap dan pentafsiran terhadap Islam, wanita diberi peluang
belajar, menyatukan rumpun Melayu, memajukan Islam, menggunakan akhbar
Al-Imam, Al-Ikhwan, Neracha, Tunas Melayu. |
Intelektual Berpendidikan Inggeris |
Maktab Melayu Kuala Kangsar melahirkan
intelektual berpendidikan Inggeris. Melatih anak bangsawan agi diserapkan
dalam pentadbiran kerajaan. Lepasan menggunakan kedudukan untuk menyuarakan
hak mendapat pendidikan. Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Muhammad
Eunos Abdullah dan Raja Uda Raja Muhammad sebagai pengawai kerajaan menuntut
pembaikan taraf hiup dan peluang pekerjaan orang Melayu dengan cara
berbaik-baik dengan British. Akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Utusan
Melayu. |
Intelektual Berpendidikan Melayu |
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)
peranan guru seperti O.T Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan,
Harul Aminurrashid meniupkan kesedaran p0elajar. Pejabat Karang-Mengarang
diketuai Za’ba menghasilkan buku berkualiti dan menjadi pemngkin mengasah
bakat pelajar. Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah dan Indonesia
mendedahkan pembaharuan dari negara luar. Kurikulum SITC tentang sejarah dan
pendedahan keagungan empayar Melayu. Mata pelajaran Anyaman dan kesihatan
serta sukan penting. 1929 lahir Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan
Semenanjung Borneo yang melahirkan persatuan radikal iaitu Kesatuan Melayu
Muda. |
2.
Perjuangan Melalui Penulisan
Akhbar dan Majalah |
Mengetengahkan isu hak dan masa depan
bangsa. Polemik Kaum Muda dan Kaum Tua, isu pentadbiran, ekonomi dan sosial.
Syarikat Jelutung Press suburkan penerbitan akhbar. Akhbar Melayu:
intelektual Melayu dan Inggeris terlibat dalam perkembangan surat khabar
Melayu, Mohammad Eunos Abdullah menerajui Utusan Melayu dan Lembaga Melaya.
Akhbar Warta Malaya, Warta Jenaka, Fajar Sarawak, Majlis dan Majalah Guru.
Pengarang spt Muhammad Yusof Abdul Hamid, Dato’ Onn Jaafar dan Abdul Rahim
Kajai. Akhbar Inggeris spt The Malay Mail dan The Malay Tribune. Akhbar Fajar
Sarawak ditulis Muhammad Rakawi Yusuf, Muhammad Awi Anang, Muhd Daud Abdul
Ghani, Haji Abd Rahman, seruan “fajar telah disinsing, bangunlah wahai
bangsaku”menggesa rakyat bangkit menuju kemajuan. Di Sabah, kebanyakan isu
pendidikan, tanah bumiputera dan kewangan petani disuarakan oleh Ketua Anak
Negeri dalam mesyuarat dan aktiviti pesatuan sosiobudaya. |
Akhbar Masyarakat Cina |
merangsang pemikiran masyarakat Huachiao
(kaum Cina seberang laut) untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib
wanita dna menyemai perasaan cinta akan negara China. Akhbar Lat Pau, Modern
Daily News dan abad 20, Nanyang Tsung Hui dan Chong Shin Yit Pao. 1930 ,
Nanyang Siang Pao di P.Pinang. |
Akhbar Masyarakat India |
memperjuangakn kepentingan politik dan
sosial India di negara ini. Akhbar Tamil Nesan dan Tamil Murasu, The Indian
dan Indian Pioneer. Tamil Nesan awalnya diterbit oleh peniaga India turut
melapotrkan perkembangan India. |
Karya Kreatif |
Novel bertemakan semangat cinta akan
negara dan perjuangan membela nasib bangsa: Mari Kita Berjuang oleh Abdullah
Sidek. Puisi bertemakan cinta akan negara: Angan-angan dengan Gurindam oleh
Omar Mustaffa, Sedarlaj oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun
Aminurrashid, Serunai Pujangga oleh Abdul Samad Ahmad. Cerpen bertemakan
semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air: Rumah Besar Tiang
Sebatang oleh Ishak Haji Muhammad, Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai,
Di Sini Kita Bukanlah Orang Dagang oleh Shamsuddin Salleh. |
3.
Perjuangan Melalui Persatuan
Kesatuan Melayu Singapura |
Muncul paling awal 1926, pengasas Mohammad
Eunos Abdullah bagi menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran,
memperjuang kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan,
mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi. Berjaya mendorong
penubuhan persatuan negeri lain, dianggotai kakitangan kerajaan, bekerjasama
dengan British dan meminta pertambahan peluang pekerjaan |
Persaudaraan Saudara Pena (PASPAM) |
1934, ditubuhkan di Pulau Pinang untuk
menggalakkan ahlinya untuk bersatu dan bertukar-tukar pendapat. 1934-1939
giat mengadakan perhimpunan rahunan seluruh Tanah Melayu. Usaha menyatukan
pergerangan orang Melayu melalui kongres berjaya menghimpunkan wakil Melayu,
Brunei, Labuan dan Sarawak untuk mengutarakan isu kebangsaan. Di Sarawak,
Muhammad Rakawi Yusuf pengasas PASPAM cawangan Kuching yang mempunyai
hubungan baik dengan KMS. Beliau bersama Johari Anang mengasaskan Persatuan
Melayu Sarawak(OMS) 1939. Di Sabah, ramai tokoh bumiputera aktif dalam
penulisan sehingga membangkitkan kesedaran tentang pentadbiran. Kesedaran
berpersatuan wujud akhir 1930an. Cawangan PASPAM Jesselton, Tawau dan Labuan
1939 meningkatkan kesedaran. Kebanyakan ahli dari guru sekolah Melyau,
pegawai rendah kerajaan, peniaga seperti Mohammad Yaakob, Mohammad Shamsudin
Osman, Zakarian Gun |
Kesatuan Melayu Muda |
Ditubuhkan Mei 1937, Didaftarkan 1938.
Gagasan Ibrahim Haji Yaakob, menggunakan akhbar Majlis. Menentang British dengan
mewujudkna satu gagasan Melayu Raya (gabungan Tanah Melayu dan Indonesia).
Menyeru orang Melayu “bangun sebagai satu bangsa yang mempunyai tamadun dan
kesopanan di tanah airnya”. Dianggap radikal oleh British kerani berani
menyuarakan penentangan terhadap kolonial dan membangkitkan perasaan anti-British
melalui penulisan akhbar dan majalah |
Persatuan Masyarakat Cina |
Sebelum Perang Dunia 2, masyarakat Cina
tertumpu terhadap China. Dr. un Yat Sen berusaha menjalinkan hubungan dengan
pemimpin Cina di negara kita melalui lawatan 4 kali bagi mendapatkan sokongan
menentang Manchuria. Masyarakat yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat(Cina-
Peranakan) memberi perhatian terhadap kebajikan dan perkembangan politik
tempatan. Terdapat yang berpendidikan Inggeris spt Tan Jiak Kim menubuhkan
Persatuan Orang Cina Peranakan(SCBA). 1915 Tan Cheng Lock berusaha
menghudupkan SCBA di Melaka, beliau menuntut peluang perkhidmatan. |
Persatuan Masyarakat India |
Persatuan India Taiping dan Persatuan
India P.Pinang menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu. 1927
Persidangan India Se-Malaya di KL dan diikuti negara lain membincangkan isu
masyarakat India. Malayan Indian Association (MIA) oleh G.V Thaver khususnya
bagi golongan India yang dilahirkan di Tanah Melayu. Centrel India ASssociation
of Malaya (CIAM) Oktober 1936 bawah pimpinan Dr. A.M Soosay menggabungkan 12
persatuan India, 4 dewan perniagaan
mengembangkan idea nasionalisme. Pergerakan disemarakkan lagi dengan lawatan
Pandit Jawarhalal Nehru 1937 di Kuala Kangsar. |
Persatuan Masyarakat Sikh |
Terlibat sebagai pasukan keselamatan. Menjadikan
berek polis/kuarters kerajaan serta gurdwara sebagai tempat aktiviti.
Gurdwara penting bagi Sikh mengembangkan kesedaran plitik anti-British. 1902
Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping menjadi persatuan menjaga
kepentingan masyarakat Sikh |
Persatuan Masyarakat India Muslim |
Melibatkan diri dalam perniagaan dan pentadbiran.
Contohnya Sir Hussein Hasanal Abdoolcader merupakan ahli Majlis Perundangan
Negeri-negeri Selat. |
2.8 KESAN
PERKEMBANGAN NASIONALISME
Politik |
- Meningkatkan peluang pekerjaan dalam
pentadibiran (bilangan orang Melayu dalam MCS bertambah dari 7 pada 1930
kepada 20 pada 1937 - Dasar desentralisasi oleh British (cuba
mengembalikan kuasa sultandan Majlis Mesyuarat Negeri, orang Melayu mula
bersuara dan membincangkan soal politik hingga penubuhan persatuan peringkat
negeri) - Nasionalisme di China (kelab bacaan dan
pasukan drama ditubuhkan agai masyarakat Cina membaca berita China. 1921
banyak sekolah Cina didirikan menggantikan dialek lain) - Masyarakat India (1930an dan 1950an
muncul masyarakat India, dikenali “the Strait born people” berusaha membentuk
identiti sendiri, mementingkan perpaduan) - Tindakan British (British berhati-hati
dan mengadakan sekatan, menangkap dan memenjarakan Ibrahim Haji Yaakob, Ishak
Haji Muhammas dan Ahmad Boestaman di Singapura pada 1941 dan dibebaskan oleh
Jepun pada 1942) |
Ekonomi |
- Peranan Kaum Muda: menggesa memajukan
diri dalam pendidikan dan ekonomi membangkitkan semangat berniaga, penubuhan
persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah di Singapura, menullis rencana
berinformasi tentang kepentingan kemajuan - Pendidikan: British menekankan
pendidikan rendah kepada penduduk telah menyuarakan usaha meningkatkan taraf
hidup. Za’ba membangkitkan isu ini semasa mengajar di SITC menyedarkan guru
pelatih akan kepentingan pendidikan tinggi dan kutikulum bahasa Inggeris - Peranan akhbar: Tha Malay Mail, The Malaya
Tribune mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran ke
luar negara. Disokong oleh Persekutuan Guru-guru Melayu Selangor dan
persatuan negeri. Orang melanjutkan pelajaran luar negara seperti Tunku Abdul
Rahman, Tunku Yaakob, Mohd Zain Arrifin |
Sosial |
- Pendidikan: Tuntutan untuk
mendapatkan peluang pendidikan melalui
akhbar, majalah dan persatuan mewujudkan kesedaran mencorong penulisan dan
menerajui majalah sendiri - Perguruan: lepasan SITC meningkat dari
58 pada Mac 1924 kepada 141 pada September 1940, berkhimat sebagai guru
meningkatkan taraf pendidikan, muncul ramai guru wanita. - Ibu Zain: guru wanita 1930 di Johor
Bahru, menerbitkan majalah Bulan Majalah memuatkan berita kemajuan dan
ppendidikan wanita. Mengingatkan wanita kepentingan ilmu untuk mengangkat
martabat wanita. Menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi untuk anak perempuan
Melayu Semenanjung - Masyarakat India dan Ceylon: menubuhkan
persatuan kebajikan. E.E.C Thuraisingam (Presiden Malayan Rubber Estate Oener
Association) berjaya meningkatkan perusahaan getah pada zaman kemelesetan
ekonomi 1920an dan 1930an. - Masyarakat Cina: meminta British menimbangkan penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerajaan. Tan Cheng Lock (anggota Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat) menuntut British menjaga kebajikan dan menyediakan dana untuk belajar dalam kalangab masyarakat Cina |
Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa
Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme
Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948
Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat
Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan
Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan
No comments:
Post a Comment