BAB 5: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=Y6uuEeSse6g
5.1 LATAR
BELAKANG PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
- Menggantikan Malayan
Union 1946.
Jawatankuasa
Kerja
- ditubuhkan pada 25
Julai 1946
- Untuk merangka dan
membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM 1948).
- Terdiri daripada
wakil UMNO: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin, Haji Megat Yunus
- Wakil Kerajaan
British: A.T. Newboult (ketua setiausaha MU), K.K.O’Connor (peguam negara MU),
W.D.Godsall (Setiausaha Kewangan), Dr.W.Linehan(MCS), A.Williams (MCS),
D.C.Watherson (setiausaha)
- Wakil Raja-raja
Melayu: Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur (Raja Kecil Tengah Perak), Dato’
Hamzah Abdullah (O.K.Menteri Besar Selangor), Haji Mohamad Sheriff Osman Setiausaha
Kedah), Dato’ Nik Ahmad Kamil Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja Kelantan)
- Cadangan: menyatukan
negeri Melayu dan 2 buah Negeri Selat. Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja
Melayu. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain.
Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri. Syarat kewarganegaraan
yang kuat.
Nasionalis
Melayu Radikal
- membidas kerajaan
British kerana berunding secara tertutup dengan UMNO, mengetepikan PKMM.
- Bergabung membentuk
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
- Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) dipengerusikan Dr. Burhanuddin al-Helmi. Angkatan Pemuda
Insaf (API) presiden Ahmad Boestamam. Gerakan Angkatan Myda (GERAM) diketuai
Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail. Hizbul Muslimin diketuai Abu Bakar al-Baqir.
Angkatan Wanita Sedar (AWAS) diketuai Shamsiah Fakeh. Barisan Tani Malaya
(BATAS) diketuai Musa Ahmad.
Gabungan
PUTERA-AMCJA
- golongan bukan
Melayu bergabung membentuk All Malaya Council of Joint Action(AMCJA) pengerusi
Tan Cheng Lock
- Pan-Malayan
Federation of Trade Union (PMFTU) setiausaha Chan Loo. Malayan Democratic Union
(MDU) pengerusi John Eber. Malayan Indian Congress (MIC) presiden John Thivy.
- PUTERA-AMCJA menolak
persekutuan kerana Jawatankuasa Kerja tiada wakil bukan Melayu, tidak
demokratik, mengukuhkan British dan perkauman. menganggap British tunduk kepada
tuntutan UMNO.
Sumbangan Nasionalis
Melayu Radikal
- melaungkan
perjuangan kemerdekaan membebaskan tanah air daripada penjajahan, menyatukan seluruh
Tanah Melayu dan enggan berkompromi dengan penjajah untuk mencapai kemerdekaan.
- Memperjuangkan hak semua
kaum, memberi tekanan kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan meneritkan
akhbar. Ahmad Boestaman menerbitkan Suara Rakyat.
- memperjuangkan
fahaman kebangsaan. PKMM menubuhkan cawangan di Perak, Hulu Langat, Selangor
dan Temerloh. Jumlah keahlian pada Julai 1947 melebihi 53 ribu.
- memperjuangkan pembelaan
terhadap ketidakadilan, berdasarkan prinsip dan falsafah.
Cadangan
PUTERA-AMCJA
- cadangan PUTERA:
kedudukan BM. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri. Syarat kewarganegaraan
Tanah Melayu. Bendera dan lagu kebangsaan.
- cadangan AMCJA:
Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura. Kerajaan pusat kuat. Raja-raja Melayu
sebagai Raja Berpelembagaan. Kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu. Adat
istiadat dan agama Islam. Syarat kewarganegaraan
- Perlembagaan Rakyat:
1. Tanah Melayu
bersatu dengan Singapura.
2. Penubuhan sebuah Dewan
Perundangan Pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih bagi seluruh Tanah
Melayu.
3. Kewarganegaraan
yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal
tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi.
4. Raja-raja Melayu
sebagai Raja Berperlembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan menerima
nasihat melalui Majlis Mesyuarat.
5. Hal ehwal agama
Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis
Khas.
6. Perhatian khas
hendaklah diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
7. BM hendaklah
menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Tanah Melayu
8. Hal ehwal luar
negeri dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah
Melayu dan kerajaan British.
9. Kewarganegaraan
Malaya haruslah dinamakan Melayu.
10. Warna merah dan putih
haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu.
Hartal
- British menolak
Perlembagaan Rakyat dna menerima perjanjian PTM.
- PUTERA-AMCJA
menganjurkan hartal iaitu tindakan tutup kedai dan memberhentikan semua
kegiatan ekonomi peniaga. Protes tanpa keganasan ini telah diadakan dengan cara
menutup semua premis yang beroperasi seperti kilang, kedai, sekolah, pejabat
dan ladang. 20 Oktober 1947, Hari Hartal Se-Malaya dianjurkan menerusi sokongan
Dewan Perniagaan Cina di bandar utama Tanah Melayu.
5.2 FAKTOR
PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.
Penentangan Orang Melayu terhadap Melayu
Union |
Orang Melayu, Raja-raja melayu, cendekiawan
Melayu dan UMNO membantah Malayan Union. Gammans dan Rees Williams memantau
bantahandan melaporkan kepada parlimen British. Gammans menyatakan sekiranya
MU dilaksanakan akan menjadi huru-hara |
Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO |
Malcolm Macdonald, Gabenor Jeneral dan Sir
Edward Gent, Gabenor MU bertemu dan berunding dengan raja-raja Melayu di
Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946. Cadangan Raja-raja Melayu: persekutuan
bertaraf naungan, perjanjian baharu, Pesuruhjaya Tnggi menggantikan Gabenor,
Raja berkuasa perundangan, negeri-negeri Melayu muncul dalam persekutuan
baharu. Sultan Perak sebagai jurucakap mendesak British menerima usul
pembentukan persekutuan sebelum membincangkan hal lain. |
Sokongan Pentadbir British |
Sir Edward Gent, Malcolm Macdonald, Sir Ralph
Hone, Gammans, A.T.Newboult, Roland Braddell, W.Linehan, Theodore Adams. Mei
1946, Sir Edward Gent bertemu dengan UMNO di Pulau Pinang, 18 Julai 1946 di King’s
House, KL. British perlu melaksanakan dekolonisasi yang disarankan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) melalui Piagam Atlantik. Piagam
Atlantik bersaran tiada lagi peluasan wilayah. Dekolonisasi proses ke arah
berkerajaan sendiri, tiada lagi tanah jajahan. |
5.3 CIRI-CIRI
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Pentadbiran |
- 9 Negeri Melayu, 2 Negeri Selat. Singapura
kekal tanah jajahan berasingan. - Diketuai Pesuruhjaya Tinggi British
berkuasa eksekutif. - Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab kewangan
dan hal lain kepentingan bersama - Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis
Perundangan Persekutuan ditubuhkan membantu Pesuruhjaya Tinggi British. - Majlis Mesyuarat Persekutuan mengandungi
ahli rasmi (dilantik Pesuruhjaya Tinggi) dan ahli tidak rasmi (pelbagai
kaum). |
Kuasa Raja-raja Melayu |
Majlis Raja-raja dibentuk membolehkan Raja
memberi pandangan. Pada peringkat negeri, sultan bertanggungjawab mengesahkan
rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri. |
Perundangan |
Majlis Perundangan Persekutuan diketuai
Pesuruhjaya Tinggi dalam hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman,
perdagangan, komunikasi dan percukaian. Rang undang-undang perlu mendapat
perkenan Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-raja. |
Kewarganegaraan |
Kewarganegaraan secara kuat kuasa
undang-undang - jus soli hanya kepada rakyat raja ( orang Melayu dan orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan) dan rakyat British (lahir di P.Pinang, Melaka dan tanah jajahan British) - Pemohon yang lahir di luar negeri ayahnya
mestilah rakyat Raja dan rakyat British. Penduduk asal dari negeri Melayu
yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh PTM. - Rakyat Raja dan mereka yang serasi,
memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat boleh memohon. Kewarganegaraan Secara Pendaftaran - mereka yang dilahirkan dalam PTM dan bermastautin
selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari hari permohonannya. - Perlu mempunyai tingkah laku baik, tiada
rekod jenayah, menguasai BM dan BI serta bersetuju taat setia kepada PTM. |
5.4 KESAN
PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MEAYU 1948
1. Mengembalikan Kedudukan Raja-raja Melayu |
Majlis Raja-raja diwujudkan. Pesuruhjaya
Tinggi memastikan bahawa Raja dirujuk terhadap perkara dalam bidang kuasa
kerajaan Persekutuan |
2. Menjaga Kedudukan Istimewa Orang Melayu |
Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu
dan kepentingan sah kaum lain |
3. Membuka Ruang Kewarganegaraan |
Membuka ruang kepada orang bukan Melayu
menjadi warganegara. Ornag Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal. |
4. Mewujudkan Kerjasama Kaum |
Jawatankuasa Hubungan antara Kaum atau
Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan. Kebanyakan cadangan
dimasukkan dalam usul perundangan. Berjaya mewujudkan persefahaman antara
pemimpin pelbagai kaum. PTM 1948 merintis pada pembentukan PTM 1957 yang membawa
kemerdekaan. |
Nota Bab 1: Warisan Negara Bangsa
Nota Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme
Nota Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Nota Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
Nota Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948
Nota Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat
Nota Bab 7: Usaha ke Arah Kemerdekaan
Nota Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Nota Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan
No comments:
Post a Comment