Friday 12 February 2021

Nota ringkas dan padat Prinsip Perakauan Tingkatan 4 Modul 1: Pengenalan kepada Perakaunan

 MODUL 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=7FqWBBveHSs

1.1 PERAKAUNAN, SUBBIDANG PERAKAUNAN, KERJAYA DAN BADAN PROFESIONAL

- Perakaunan merupakan perekodan urus niaga kewangan yang berlaku dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan secara sistematik termasuk prestasi perniagaan, kedudukan kewangan, perancangan dan analisis kewangan.

Perakaunan

Simpan Kira

Skop lebih luas

Skop lebih kecil

Mengumpul, menyusun, menyimpan, merekodkan, mentafsir, menganalisis, merancang, melaporkan, menilai, merumus maklumat kewangan

Mengumpul, menyusun menyimpan, merekodkan urus niaga berdasarkan sistem catatan bergu

Membolehkan pihak tertentu membuat keputusan, perbandingan dan perancangan perniagaan

Membolehkan akauntan melaksanakan proses perakaunan yang seterusnya


Kitaran Perakaunan

- 1. Dokumen Sumber -> 2. Buku Catatan Pertama -> 3. Lejar -> 4. Imbangan Duga -> 5. Pelarasan -> 6. Imbanga Duga Terlaras -> 7. Catatan Penutupan -> 8. Penyata Kewangan

Subbidang Perakauanan

1. Perakaunan kewangan: menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan yang digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran untuk membuat keputusan.

2. Perakaunan pengurusan: menyediakan pengurusan perkaunan untuk pengguna dalaman. Melibatkan kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran

3. Pengauditan: memeriksa dokumen perniagaan, rekod kewangan untuk mengesahkan kesahihan rekod maklumat perakaunan, memastikan Penyata Kewangan yang disediakan mematuhi piawaian perakaunan diterima umum.

4. Percukaian: merancang hal-hal percukaian dan menyediakan penyata cukai bagi pihak syarikat. Penasihat cukai akan memberikan nasihat dalam hal-hal pengurusan percukaian perniagaan.

Ciri-ciri Akauntan sebagai Pemimpin

Akauntabiliti

Bertanggungjawab melaksanakan segala tugas kerja yang diamanahkan

Integriti

Jujur dalam semua hubungan profesional dengan pihak luar

Kredibiliti

Berkomunikasi tentang perakaunan secara adil dan objektif kepada semua pihak


Kod Etika Akauntan Profesional:
Kompetensi (profeional, berkemahiran), Integriti (jujur dan telus), Kerahsiaan ( tidak mendedahkan maklumat), Objektiviti (tidak berat sebelah), Sifat Profesional (mematuhi peraturan dan undang-undang)

Badan Perakaunan

Institut Akauntan Malaysia (MIA)

Menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi ahli.

Menawarkan latihan, pelajaran dan peperiksaan.

 Mempromosi dan mempopularkan profesion perakauanan.

Mengenakan peraturan atas amalan profesion perakaunan

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

Menggubal dan menerbitkan piawaian perakaunan.

Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada.

Penasihat kepada akauntan.

Menentukan keperluan minimum dan garis panduan dalam penyediaan laporan kewangan.

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

Memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan.

Melatih dan melahirkan akauntan bertauliah.

Melakukan penyelidikan dan pembangunan dalam perakaunan

CIMA

Melahirkan akauntan profesional yang mahir dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan.

Mengkaji dan menangani perubahan semasa dalam perniagaan

ACCA

Memberi khidmat sokongan kepada ahli dan pelajarnya sepanjang kerjaya dalam bidang perakaunan mereka.

Memberi pendedahan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan amalan perakaunan dan etika dalam perakaunan

 

1.2 SEJARAH PERAKAUNAN DAN PERKEMBANGANNYA

- Rekod perakaunan terawal di Babylonia pada 3500 SM dalam bentuk tanah liat. 400 SM, rekod dibuat dengan kertas papyrus dan calamus pen di Mesir. Sistem Catatan Bergu bermula di Itali dipopularkan oleh Luca Pacioli pada abad 14. Selepas revolusi perindustrian, perakaunan kos diperkenalkan. Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASC) ditubuhkan 1973.

- Perisian perakaunan di Malaysia: UBS, SAGE

- Kelebihan perisian perakaunan: boleh diakses oleh individu yang diberi kuasa, mengurangkan risiko kerosakan dan kehilangan data. Pembetulan kesilapan dapat dilakukan dengan mudah

- Kepentingan Sistem Maklumat Perakaunan: mengumpul dan menyimpan data transaksi, memproses data untuk penjanaan maklumat Penyata Kewangan, menyediakan kawalan menjaga keselamatan aset perniagaan, membolehkan juruaudit memahami sistem penghasilan Penyata Kewangan, membolehkan pakar merancang hal-hal percukaian dengan tepat dan yakin

1.3 PENYATA KEWANGAN

- Akaun Perdagangan dan Untung Rugi: terdiri daripada jualan bersih, kos jualan, hasil dan belanja, untuk menunjukkan prestasi perniagaan sama ada memperoleh untung atau rugi

- Penyata Kedudukan Kewangan: terdiri daripada aset, liabiliti dan ekuuiti pemilik, untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

Ciri Kualitatif Penyata Kewangan

- Asas: kerelevanan, perwakilan benar

- Tertingkat: kebolehfahaman, kebolehbandingan, kebolehsahan, pemasaan(boleh mendapat maklumat pada bila-bila masa)

Pengguna Penyata Kewangan

- Pengguna dalaman: pemilik perniagaan (untuk mengetahui prestasi perniagaan), pihak pengurusan (untuk merancang dan membuat keputusan perniagaan)

- Pengguna luaran: pembekal dan pihak bank (menilai kemampuan membayar hutang), LHDN (Mentaksir cukai pendapatan), Pemegang saham (membuat keputusan pelaburan)

Andaian Perakaunan

1. Entiti Perniagaan: hanya urus niaga perniagaan direkodkan, entiti pemilik diasingkan

2. Tempoh perakaunan: tempoh yang dibahagikan secara rata dan tetap

3. Wang sebagai ukuran: hanya item dalam bentuk wang direkodkan dalam buku akaun

4. Usaha berterusan: hayat yang berterusan untuk jangka masa yang tidak terbatas

Prinsip Perakaunan

1. Ketekalan: menggunakan kaedah yang sama pada setiap tempoh perakaunan

2. Prinsip kos:  aset dan perbelanjaan direkodkan mengikut kos asal aset

3. Pengiktirafan hasil dan belanja: jumlah belanja mestilah ditolak dari hasil bagi mengira untung

4. Batasan Perakaunan(kos manfaat):kos penyediaan maklumat mesti tidak melebihi nilai maklumat

1.5 ENTITI PERNIAGAAN

Aspek

Milikan Tunggal

Perkongsian

Syarikat Berhad

Koperasi

Pemilikan

Seorang pemilik

2-20 (biasa)      2-50 (profesional)

2-50 orang (Sdn Bhd) Min 2 (Awam Bhd)

50-tiada had

Sumber Modal

Disumbang oleh pemilik

Disumbang para pekongsi

Terbitan saham dan langganan saham

Penerimaan fi masuk, jualan saham

Liabiliti

Tidak terhad

Tidak terhad

Terhad

Terhad

Undang-undang

Akta Pendaftaran Perniagaan

Akta Perkongsian 1961

Akta Syarikat 1965

Akta Koperasi 1993

Keuntungan, kerugian

Dinikmati oleh pemilik

Diagihkan antara pekongsi

Dalam bentuk dividen

Dalam bentuk dividen

Pengurusan

Pemilik

Pekongsi aktif

Ahli Lembaga Pengarah

Anggota Lembaga Koperasi

Faktor Pemilihan

Modal rendah. bebas membuat keputusan

Risiko kerugian ditanggung bersama

Mengumpul modal lebih besar

Anggota berobjektif sama. Mengumpul modal lebih besar


Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4:

Modul 1: Pengenalan kepada Perakaunan

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Geografi Tingkatan 3

3 comments:

  1. Bab 1.4 Andaian, Prinsip & Batasan dalam Perakaunan missing

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, cumanya beliau tak letak tajuk subtopik dia. Start dari andaian perakaunan

      Delete
    2. okay, thank you so much

      Delete