BAB 8: JENIS PENGANGKUTAN DI ASIA DAN KEMAJUAN PENGANGKUTAN DI ASIA
Youtube link:https://www.youtube.com/watch?v=hE336vCAo0U
8.1 JENIS PENGANGKUTAN DI ASIA
Pengangkutan Darat
- Landasan kereta api India: Jaringan landasan api terbanyak di dunia.Panjang:66687km
- Landasan kereta api Trans-Siberian:Panjang:9288km, dari Moscow ke Vladivostok.
- Kereta api berkelajuan tinggi di Korea Selatan: Panjang landasan: Suseo(61.1km), Wonju-Gangneung_120.7km), Gyeongbu( 417.4km), Honam(182.3km), Kelajuan(350km/j)
- Landasan kereta api berkelajuan tinggi Beijing- Shanghai: Masa perjalanan dipendekkan Kelajuan(250-300km/j)
Pengangkutan Udara
- Lapangan terbang antarabangsa Domodedowomoscow: Hab penerbangan terbesar di Rusia yang mengendalikan 28.5 juta penumpang(2016)
- Lapangan terbang antarabangsa KL: Had penerbangan utama Asia Tenggara dan menggendalikan 52.6 juta penumpang(2016).
- Lapangan terbang antarabangsa Chengdu: Hab penerbangan terbesar di China( tengah dan barat) dan mengendalikan 46.0 juta penumpang(2016).
-Lapangan terbang antarabangsa Tokyo: Salah satu daripada dua lapangan terbang utama di Greater Tokyo dan mengendalikan lebih daripada 80 juta penumpang(2016).
- Lapangan terbang antarabangsa Hong Kong: Unuki kerana tapaknya wujud akibat penambakan laut dan mengendalikan 70.5 juta penumpang(2016).
- Lapangan terbang antarabangsa Changi: Terbaik di dunia dan mengendalikan 58.7 juta penumpang(2016).
Pengangkutan Air
- Pelabuhan Jawaharlal: Pelabuhan kontena terbesar yang mengendalikan 55 peratus daripada kontena di pelabuhan utama di India.
- Pelabuhan Tokyo: Mengendalikan barangan runcit, makanan, kertas, bahan binaan untuk keperluan penduduk dan industry setempat.
- Pelabuhan Singapura: Menampung 1000 kapal kontena pada satu-satu masa.
8.2 KEMAJUAN PENGANGKUTAN DI ASIA
- Landasan kereta api Shinkansen: Kereta api berkelajuan tinggi(bullet train) paling cekap dan efisien di Jepun. Kelajuan: 320km/j. Dikendalikan oleh Japanese National Railways(JNR), laluanya melibatkan Tokyo-Nagoya-Kyoto-Osaka, Jumlah perkhidmatan sehari 358, 445000 penumpang setiap hari, menepati masa, keselamatan(kemalangan sifar), keselesaan penumpang, Menghubungkan 4 pulau utama: Hokkaido, Honshu, Shikoku, Kyushu.
- Lapangan terbang antarabangsa Dubai: Lapangan terbang tersibuk di dunia mengendalikan 83.6juta penumpang (2016).Sebuah metropolis yang terbesar, moden dan termasyhur di Emiriah Arab Bersatu(UAE), Diuruskan oleh Dubai Airports, Terdiri daripada 3 terminal kapasiti 90 juta penumpang setahun, hab penerbangan terbesar di Asia Barat(ketiga besar di dunia.
- Pelabuhan Hong Kong: Salah satu pelabuhan paling sibuk di dunia dan terlindung daripada bencana alam, efisien dan sistematik.Kedudukan strategic di Laut China Selatan(semula jadi terlindung), paling masyhur,sibuk dan penting. Pemangkin pembangunan dan kemakmuran Hong Kong.Mengendalikan 19.8 juta kontena, jumlah kapal perdagangan 370990 kapal. Meningkatkan darjah ketersampaian.Pintu masuk ke Negara China, mengenakan duti pelabuhan yang rendah, proses pemunggahan kontena dan kargo terpantas di dunia, menjalankan pemunggahan kargo di tengah laut(mengatasi masalah kesesakan trafik di pelabuhan)
8.3 KESAN PENGANGKUTAN TERHADAP MASYARAKAT, EKONOMI DAN ALAM SEKITAR DI ASIA.
Masyarakat
Ø Memendekkan masa perjalanan
Ø Menungkatkan taraf hidup penduduk
Ø Meningkatkan integrasi
Ø Meningkatkan darjah ketersampaian
Ø Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Ø Mewujudkan peluang pekerjaan
Ekonomi
Ø Bandar berkembang menjadi hab perdagangan seperti Tokyo, Kyoto, Nagoya dan Osaka di Jepun
Ø Pembinaan pusat rekreasi dan hotel bertaraf antarabangsa seperti Burj Al Arab di Dubai.
Ø Memperkembang perdagangan domestic dan antarabangsa
Ø Memajukan sector pertanian, perindustrian dan pelancongan
Ø Pertukaran mata wang asing
Alam sekitar
Kesan Positif
Ø Kereta api berkelajuan tinggi mengurangkan pencemaran alam sekitar
Ø Perubahan landskap yang menarik dan mesra alam di kawasan sekitar
Kesan Negatif
Ø Pencemaran bunyi: Bunyi kuat dari kawasan lapangan terbang mengganggu ketenteraman penduduk di sekitar
Ø Pencemaran air: Tumpahan minyak daripada kapal, iaitu pengangkutan air menyebabkan kepupusan hidupan akuatik
Ø Kemusnahan hutan: Pembinaan jalan raya, jaringan kereta api dan lapangan terbang memusnahkan kawasan tadahan air.
Nota Bab 3: Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim
Nota Bab 4: Cuaca dan Iklim di Malaysia
Nota Bab 5: Pengangkutan di Malaysia
Nota Bab 6: Telekomunikasi di Malaysia
Nota Bab 7: Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia
Nota Bab 8: Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia
No comments:
Post a Comment