Thursday, 3 December 2020

Nota Ringkas dan Padat Geografi Tingkatan 3 Bab 5: Hidupan Liar di Malaysia

BAB 5: HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=rJD7Yw_C0XU

5.1: HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

- Hidupan liar ialah spesies haiwan liar atau burung liar sama ada yang dilindungi sepenuhnya atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrate, hidup atau mati, matang atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak.

- Contoh: Tapir, Harimau Malaya, Beruang Matahati(beruang madu), Penyu, Dugong, Enggang, Badak Sumatera, Monyet Belanda, Orang utan, Gajah Pygmy

5.2 KEPENTINGAN HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

Keseimbangan Ekosistem

- meneruskan kelangsungan hidup, siratan makanan serta melalui baja organic daripada tinja

Ekopelancongan

- melihat dan berinteraksi, mendidik tentang kepentingan hidupan liar, mewujudkan peluang pekerjaan

Pendidikan

- penyelidikan dan pembangunan(R&D), kerjaya dalam bidang professional (veterinary, penyelidik, pensyarah, ahli forensic), melestarikan alam sekitar, mendapat pengetahuan baharu dan tidak bergantung kepada dapatan dari Negara lain, mengekalkan dan melindungi biodiversity Negara.

5.3 KEGIATAN MANUSIA YANG MENGANCAM HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

- Pembalakan: kemusnahan habitat, hakisan, kurang proses sejat peluhan

- Pengkuarian: bunyi bising, pencemaran udara, pencemaran air, banjir

- Pembinaan empangan: kemusnahan hutan, habitat musnah, keseimbangan ekosistem terjejas

- Pertanian: landskap berubah, rantai makanan terganggu, habitat musnah

- Pengangkutan dan perhubungan: penebangan hutan, habitat terjejas, mati dilanggar kenderaan

5.4 USAHA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

Undang-undang

- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pindaan 1985

- Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010

Kempen Kesedaran

- Kempen Save The Day (WWF) menyelamat penyu dan harimau, Kempen We Hug Tapir 2018 (27April), Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Plastik, Hari Tenggiling Sedunia (Sabtu ke-3 Februari)

Pusat Konservasi dan Taman Negara

- Pusat konservasi untuk penyelidikan, pendidikan, rekreasi, ekologi.

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

- Kajian untuk mengenal pasti, meramal, menilai, memberitahu kesan alam sekitar akibat projek pembangunan dan langkah mengurangkan kesan sekiranya diluluskan

Pendidikan Alam Sekitar

- pembangunan lestari, penyelesaian masalah untuk membuat keputusan masa depan

Pewartaan Hutan Simpanan

- Kawasan hutan diwartakan untuk perhutanan dan ditadbir Jabatan Perhutanan Negeri. Tidak boleh ditebang, bawah Akta Perhutanan Negara 1984

Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3:

Nota Bab 1: Jadual dan Graf

Nota Bab 2: Carta Pai

Nota Bab 3: Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Hidupan

Nota Bab 4: Tumbuhan-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

Nota Bab 5: Hidupan Liar di Malaysia

Nota Bab 6: Sumber Semula Jadi di Malaysia

Nota Bab 7: Kegiatan Ekonomi di Malaysia

Nota Bab 8: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia

Nota Bab 9: Sumber Semula Jadi dan Kerjasama Ekonomi di Dunia

Nota Bab 10: Sumber Hutan

Nota Bab 11: Kitar Semula

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

No comments:

Post a Comment