Tuesday, 1 December 2020

Nota Ringkas dan Padat Geografi Tingkatan 2 Bab 9: Pemanasan Global

BAB 9: PEMANASAN GLOBAL

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=zCEUTveAcfs

9.1 MAKSUD PEMANASAN GLOBAL

Ø  Peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon dioksida(CO2), kluorofluorokarbon(CFC) dan bahan-bahan pencemar yang lain

Ø  Sebahagian pancaran matahari terbebas ke angkasa, sebahagian pancaran matahari akan dipantulkan semula oleh bumi dan atmosfera, sebahagian besar haba daripada pancaran matahari diserap oleh bumi dan bertindak memanaskan bumi, sebahaguan haba diserap dan disebarkan ke semua arah oleh molekul gas rumah hijau yang meningkatkan lagi pemanasan bumi.

9.2 FAKTOR-FAKTOR PEMANASAN GLOBAL

FAKTOR AKTIVITI MANUSIA

Ø  Aktiviti pertanian yang menggunakan racun serangga, baja kimia secara berlebihan

Ø  Penyahhutanan secara besar-besaran bagi menjalankan pertanian, petempatan dan perindustrian.

Ø  Pembebasan asap oleh kenderaan bermotor dan aktiviti perindustrian yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar utama.

Ø  Pembakaran terbuka

FAKTOR SEMULA JADI

Ø  Letusan gunung berapi yang mengeluarkan asap dan debu

Ø  Penerimaan pancaran matahari yang berlebihan

Ø  Kebakaran hutan secara semula jadi

AKTIVITI

JENIS GAS

Pembakaran terbuka

Karbon dioksida

Penjanaan tenaga elektrik terma

Karbon dioksida

Pengangkutan

Karbon dioksida, karbon monoksida

Perindustrian

Karbon dioksida, nitrogen dioksida(NO2), CFC

Pertanian

Metana(CH4), nitrus oksida(N2O)

Letusan gunung berapi

Karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida(SO2)


9.3 KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL

1. Peningkatan Aras Laut

Ø  Punca: Pencairan ais di kutub, peningkatan suhu air laut

Ø  Kesan: Mengakibatkan banjir besar dan hakisan, menenggelamkan kawasan daratan, memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa, menjejaskan sumber bekalan makanan dan air bersih

Ø  Contoh: Pencairan lapisan ais di Greenland

2. Kemerosotan Sumber Makanan

Ø  Punca: air laut menjadi lebih panas dan mengganggu ekosistem marin, banjir memusnahkan kawasan pertanian, tanah menjadi tandus dan tidak sesuai untuk pertanian

Ø  Kesan: Mengancam sumber makanan dunia

Ø  Contoh: Gelombang panas di Rusia pada 2010-2011 memusnahkan penuaian bijirin dan member kesan kepada Negara-negara di Afrika Utara.

3. Gangguan Cuaca

Ø  Kesan: Mengakibatkan banjir, rebut, ombak besar dan taufan, Taburan hujan tidak menentu, Kemusnahan flora dan fauna, Terdapat kawasan yang mengalami kemarau yang teruk, Udara menjadi kering dan jerebu mudah terbentuk

Ø  Contoh: Kejadian banjir besar dan terburuk di Pakistan yang menjejaskan 20 juta penduduk 2010.

4. Masalah Kesihatan

Ø  Kesan: Kehilangan nyawa, gelombang haba berisiko menyebabkan strok haba dan dehidasi, meningkatkan risiko pelbagai penyakit berkaitan naba seperti katarak dan kanser kulit

Ø  Contoh: Kematian 135 orang India pada April 2016 akibat strok haba yang dikaitkan dengan cuaca panas melampau.

9.4 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMANASAN GLOBAL

Ø  Amalan 5R: Menanam pokok, berkongsi kenderaan, menggunakan pengangkutan awam, amalan kitar semula, kempen bebas plastic

Ø  Kerjasama Antarabangsa: Protokol Kyoto 1997(perjanjian antarabangsa untuk mengambil langkah yang perlu bagi mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau), Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca(IPCC), Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar dan Pembangunan(UNCED)/ Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, bRazil pada 1992, Kerangka Konvesyen tentang Perubahan Cuaca(UNFCCC), Persidangan Perubahan Iklim di Paris, Perancis dari 30 November hingga 11 Disember 2015 untuk bersama komuniti antarabangsa bagi menangani isu perubahan iklim.

Ø  Penggunaan Tenaga Mesra Alam: Bahan api fosil: petroleum, gas asli dan arang batu perlu diganti dengan tenaga mesra alam :tenaga suria, angin dan ombak agar alam sekitar kekal dipelihara.

Ø  Pendidikan Alam Sekitar: Pendidikan alam sekitar boleh diserap di peringkat sekolah. Komuniti

Ø  Penguatkuasaan Undang-undang: Akta Perlombongan Petroleum 1966, Akta kerajaan tempatan 1976, Akta perhutanan 1984, Akta pengangkutan jalan(pindaan) 2012, Akta kualiti alam sekeliling(pindaan) 2012

Ø  Tip Mengurangkan Pemanasan Global: 1. Amalan 5R, 2. Meminimumkan penggunaan penyaman udara, 3. Menanam pokok di sekitar rumah, 4. Mnanggalkan plag daripada soket apabila tidak digunakan, 5.Menggunakan pengangkutan awam, 6. Menggunakan barangan elektrik jimat tenaga.

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2:

Nota Bab 1: Skala dan Jarak

Nota Bab 2: Peta Topografi

Nota Bab 3: Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim

Nota Bab 4: Cuaca dan Iklim di Malaysia

Nota Bab 5: Pengangkutan di Malaysia

Nota Bab 6: Telekomunikasi di Malaysia

Nota Bab 7: Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia

Nota Bab 8: Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia 

Nota Bab 9: Pemanasan Global

Nota Bab 10: Teknologi Hijau

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1: 

 

No comments:

Post a Comment