Thursday, 3 December 2020

Nota Ringkas dan Padat Geografi Tingkatan 3 Bab 4: Tumbuhan-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

BAB 4: TUMBUHAN-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=fGry_IVReYM

4.1 JENIS DAN TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

Hutan Hujan Tropika

- berlapis-lapis, malar hijau, daun lebar, pokok tinggi, dahan tersebar

- Hujung daun berbentuktirus membolehkan air hujan mengalir mudah dan cepat

- Lantai Hutan: 10m, tumbuhan jarang kerana kurang cahaya matahari, dilitupi daun kering, dahan reput, tumbuhan saprofit makan bahan reput

- LapisanTengah: 10-20m, pokok kecil, tumbuhan epifit menumpang pokok lain, tumpuhan parasit memanjat pokok lain untuk mendapat air, garam dan mineral dari pokok

-Lapisan Kanopi(silara): 20-40m, pelindung cahaya daripada menembusi lantai hutan, dikenali sebagai silara kerana silaranya kelihatan berlapis-lapis

- Lapisan Renjong (emergen): 40-50m, tumbuhan kayu keras, tumbuh rapat, batang lurus dan tinggi untuk mendapat cahaya

Hutan Pantai

- pantai berpasir, tumbuhan ketinggian berbeza

- pokok ru(40m, batang lurus, tinggi berbentuk silinder), pokok renek, mengkuang, jemerlang laut, bintangor laut, kelat jambu laut, pokok kelapa

- Tumbuhan menjalar seperti tapak kuda hidup di sini

Hutan Paya Air Tawar

- bersaliran buruk, sering ditenggelami air sungai dan tasik

- pokok berkayu keras, batang besar, lurus, tinggi, tumbuh bercampur aduk, tumbuh rapat, tidak mempunyai dahan di bahagian bawahnya

- Akar udara (bintangor laut), akar pneumatofor (perupuk): membantu menyerap oksigen

- Akar banir (meranti paya), akar jangkang (kelat dan merbulan): menyokong pokok daripada mudah tumbang di kawasan yang menakung air

- Lapisan pokok renek: tumbuhan jarang, kurang cahaya, lantai dibanjiri hujan

- Lapisan tengah: tumbuhan kecil, sederhana

- Lapisan kanopi(silara): tumbuhan berkayu keras, tinggi, tidak sejajar

Hutan Paya Air Masin

- pinggir laut bersaliran buruk, berlumpur, terlindung tetapi ditenggelami air pasang

- pokok bakau, pokok nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong, nibong. Berbeza mengikut jarak dari laut.

-Arak ceracak (bakau api-api, perepat): pernafasan, kekurangan oksigen kerana ditenggelami air masin, keluar menegak dari tanah lumpur

- Akar jangkang (bakau, kurap, bakau minyak): tumbuh di pangkal pokok, masuk ke dalam lumpur, menyerap udara ketika air pasang, menyokong pokok daripada mudah tumbang

Hutan Gunung

- kawasan tanah tinggi 1200m dari aras laut, tumbuhan yang mengadaptasi suhu, kesuburan

- Hutan Montane Bawah (1200-1800m): Hutan daun luruh, pokok 15-33m, pokok oak, laurel. Tumbuhan epifit seperti orkid, paku langsuyar

- Hutan Montane Atas (1800-2900m): pokok daun tirus, rendah, 1.5-18m, satu lapisan hutan, lantai hutan lembap ditumbuhi lumut. Pain, sprusm gelam gunung, tumbuhan epifit(lumut, liken), bunga rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron

- Tumbuhan Hampir Alpain (2900-3500m): campur pokok bantut, rumput, pokok renek conifer, rumput Low’s Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle, periuk kera

- Tumbuhan Alpain (>3500m): pokok renek, orkid dan lumut

4.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

Bentuk Muka Bumi

- Tanah pamah, kaki bukit: Hutan Hujan Tropika, bersaliran baik, 180m atas aras laut, akar banir menyokong pokok daripada tumbang

- Muara sungai, pinggir tasik, pinggir laut: berpasir (Hutan Pantai), kawasan terlindung, muara sungai (Hutan Paya Air Masin), ditenggalami air hujan (Hutan Paya Air Tawar)

- Tanah tinggi >1200m: pokok kecil, lumut, pokok tumpang, pokok bantut(1800-2900m)

Saliran

- Saliran baik: tumbuhan: pokok cengal, tualang, pokok kelapa, pokok ru. Tempat: Pulau Sipadan (Sabah), Desaru (Johor), Air terjun Lasir (Terengganu)

- Saliran buruk: tumbuhan: pokok mengkuang, mersawa paya, meranti paya, kempas, nipah, nibong. Tempat: Tasik Chini, Tasik Bera (Pahang), Delta Labuk-Sugut (Sabah)

Iklim

- iklim Khatulistiwa panas dan lembap sepanjang tahun, min suhu 27°C, hujan tahunan 2600mm

- Suhu tanah tinggi berbeza, 18°C menggalakkan pertumbuhan Hutan Gunung

Tanih

Hutan

Tanih

Tumbuhan

Tempat

Hutan Hujan Tropika

Aluvium, laterit

Cengal, meranti, tualang

Kaki Banjaran Titiwangsa (Perak), Banjaran Tahan (Pahang)

Hutan Paya Air Main

Gambut, alluvium

Pokok bakau, bakau jongkong, bakau api-api

Laut Matang (Perak), Muara Sungai Perak, Tanjung Piai (Johor)

Hutan Paya Air Tawar

Gambut, alluvium

Nipah, mengkuang, terap

Tasik Chini, Tasik Bera (Pahang), Delta Rajang (Sarawak)

Hutan Pantai

Berpasir,

Tapak kuda, pokok ru, pokok kelapa

Pantai Irama (Kelantan), Pantai Tanjung Rhu (Langkawi)

Hutan Gunung

Laterit

Oak, laurel, paku pakis

Gunung Kinabalu, Gunung Jerai

 

4.3 KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

Kawasan Tadahan Hujan

- Hutan sebagai span berongga menyerap air, mengalir ke sungai, empangan, kolam , tasik. Hutan tanah tinggi menjadi kawasan tadahan hujan, air diserap ke dalam tanah bertindak secara semula jadi menjadi air bersih.

Keseimbangan ekosistem

- saling bergantung antara komponen biotic dan komponen abiotik

Sumber perubatan

- Tongkat Ali (akar), sembong (daun, akar, bunga), senduduk (daun, pucuk, akar), pegaga (keseluruhan pokok), keremek (daun)

Habitat

- keselamatan, keperluan sumber makanan, keseuaian diri

Sumber bahan mentah

- buluh, rotan (kraf tangan, perabot), kayu bakau (bahan api), cerucuk (bahan binaan), bahan eksport

4.4 KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP TUMBUHAN-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

Positif

- Pembangunan hutan

- Penghutanan semula

- Taman Negara

- Hutan Simpan Kekal

Negatif

- Ketikseimbangan ekosistem

- Hakisan tanah

- Kawasan tadahan hujan terganggu

- Kepupusan flora dan fauna

 

 Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3:

Nota Bab 1: Jadual dan Graf

Nota Bab 2: Carta Pai

Nota Bab 3: Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Hidupan

Nota Bab 4: Tumbuhan-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

Nota Bab 5: Hidupan Liar di Malaysia

Nota Bab 6: Sumber Semula Jadi di Malaysia

Nota Bab 7: Kegiatan Ekonomi di Malaysia

Nota Bab 8: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia

Nota Bab 9: Sumber Semula Jadi dan Kerjasama Ekonomi di Dunia

Nota Bab 10: Sumber Hutan

Nota Bab 11: Kitar Semula

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

 

No comments:

Post a Comment