BAB 7: KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=iQCNOuF3Ccw
7.1 JENIS KEGIATAN EKONOMI DI
MALAYSIA
- Sektor primer: mengeluarkan bahan mentah terus
daripada sumber semula jadi. (pertanian, pembalakan, perikanan, perlombongan,
penternakan)
- Sektor Sekunder: berasaskan bahan
mentah, menukarkannya kepada barangan siap kepada pengguna. (pembuatan,
perindustrian, pembinaan)
- Sektor tertier: menawarkan
perkhidmatan. (pelancongan, perdagangan, pengangkutan, kewangan, pendidikan)
7.2 TABURAN KEGIATAN EKONOMI
UTAMA DI MALAYSIA
Sektor Pertanian
- Tanaman kelapa sawit (terpenting): Teluk Intan (Perak), Kota Tinggi (Johor), Segi
Tiga Jengka (Pahang), Lahad Datu, Miri (Sarawak)
- Tananam gerah (kedua terpenting): Ipoh
(Perak), Jasin, Merlimau (Melaka), Lahad Datu (Sabah), Sibu (Sarawak)
Sektor Perindustrian
- Industri
berasaskan sumber: kayu, getah, kelapa sawit
- Industri bukan berasaskan sumber: industry
elektrik, elektronik, automotif
Sektor Pelancongan
-
meningkatkan keperluan perkhidmatan seperti pengangkutan, perhotelan
- Pulau
Tioman (Pahang), Pulau Pangkor (Perak), Pulau Perhentian (Terengganu)
7.3 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA
FAKTOR FIZIKAL
Bentuk Muka Bumi
- Tanah pamah: pertanian (padi, getah, kelapa
sawit), pengangkutan (jalan raya, kereta api, lapangan terbang), perindustrian
(pembinaan kilang)
- Tanah Tinggi: peranian (teh, sayur,
bunga), pelancongan
- Pinggir laut: perikanan, pelancongan,
pelabuhan
Tanih
- Aluvium: padi sawah (Dataran Kedah,
Tanjung Karang Selangor)
- Laterit: getah (Segi Tiga Jengka, Labis
Johor), kelapa sawit (Sri Aman Sarawak, Tawau Sabah)
- Gambut: Nanas (Rengit, Pantian, Labis
Johor)
- Pasir: Gajus (Pantai Kelantan,
Terengganu), Kelapa (Bagan Datoh Perak)
- Beris: Kenaf (Pasir Puteh Kelantan,
Setiu, Marang, Besut Terengganu)
Iklim
- iklim
Khatulistiwa, 27°C, hujan tahunan 2600mm, panas lembap sepanjang tahun. Tanah
tinggi 18°C di Kundasang (Sabah), Cameron Highlands sesuai ditanam the,
sayur,bunga.
Saliran
-
pengairan baik untuk pertanian. Pelancongan air.
Bahan Mentah
- Sumber
mineral, hutan, pertanian. Kayu Balak (Perabot), kelapa sawit (minyak masak),
getah (tayar), petroleum gas asli (cat), Kaolin (jubin), batu kapur (simen)
FAKTOR MANUSIA
Dasar
kerajaan |
Pihak berkuasa, Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah (RISDA), Lembaga Penyatuan, Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA),
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) |
Infrostruktur |
Jaringan
pengangkutan, kemajuan telekomunikasi |
Teknologi |
Mempercepat
kerja, meningkatkan kualiti, mengurangkan kos, pencemaran, meningkat keluaran |
Modal |
Modal domestic:
Majlis Amanah Rakyat (MARA), pelaburan langsung asing |
Pasaran |
Pasaran tempatan,
antarabangsa. Kuasa beli pengguna semakin r=tinggi, produk dipasar lebih
banyak |
Buruh |
Indonesia,
Bangladesh, Filipina, Myanmar, Vietnam, Cina |
7.4 KEPENTINGAN KEGIATAN EKONOMI
DI MALAYSIA
-
Peningkatan taraf hidup
-
Kemajuan ekonomi Negara
-
Pemindahan teknologi
-
Mewujudkan peluang pekerjaan
- Peningkatan
infrastruktur
- Proses
pembandaran (Urbanisasi)
-
Pengurangan import
Nota Bab 3: Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Hidupan
Nota Bab 4: Tumbuhan-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
Nota Bab 5: Hidupan Liar di Malaysia
Nota Bab 6: Sumber Semula Jadi di Malaysia
Nota Bab 7: Kegiatan Ekonomi di Malaysia
Nota Bab 8: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
Nota Bab 9: Sumber Semula Jadi dan Kerjasama Ekonomi di Dunia
No comments:
Post a Comment