Wednesday, 2 December 2020

Nota Ringkas dan Padat Geografi Tingkatan 3 Bab 3: Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Hidupan

 BAB 3: PENGARUH PERSEKITARAN FIZIKAL TERHADAP KEPELBAGAIAN TUMBUHAN DAN HIDUPAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=BYJ9-N76mqg

3.1 FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN FIZIKAL YANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

- Iklim: suhu, hujan, angin, tekanan udara, keadaan awan, kelembapan udara, cahaya matahari

- Bentuk muka bumi: ciri serta ketinggian daratan dari aras laut

- Saliran: ciri pola saliran sungai, kuantiti air mengairi kawasan

- Tanih: lapisan paling atas permukaan bumi yang terdiri daripada bahan organic dan bahan bukan organic

3.2 FAKTOR-FAKTOR ANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

BENTUK MUKA BUMI

TANAH PAMAH

- Hutan Hujan Tropika: MALAYSIA ( tumbuhan: meranti, jelutong, cengal, merbau, seraya)( Hidupan : gajah, harimau, badak sumbu, monyet, arnab, rusa, musang),  AMAZON(tumbuhan: pokok wimba, Brazilian mahogany, lapuna, ficus, getah) (Hidupan: puma, jaguar, anaconda, ikan pirana)

- Hutan Monsun Tropika: Thailand, Laos, Myanmar, Filipina, India, Bangladesh (tumbuhan: pokok jati, cendana, prinkado, damar, mahogani, teak, sal)

-Hutan Konifer: Tasik Great St, Lawrence ( Kanada)

- Contoh: Dataran Siberia Barat, Dataran Manchuria, Lembangan Congo, Lembangan Ganges-Brahmaputra, Lembangan Murray

TANAH TINGGI

- melebihi 180m dari aras laut

- Banjaran Crocker: Tumbuhan (lumut, orkid, halia liar, kulampair, paku pakis, periuk kera, rhododendron boxifolium), Hidupan (Tupai tanah gunung Borneo, Summit rat, Whitehead’s Trogon, beruang matahari, katak pokok Kinabalu, binturong, leopard cat)

- Banjaran Himalaya: Tumbuhan (Barberry, lumut, kulampair, birch, cedar, Himalayan pine, Juniper), Hidupan (Eurasian brown bear, Asiatic brown bear, Himalayan serow, Snow leopard, Rhesus monkey, Eurasian kingfisher, Yak)

PINGGIR LAUT

- pulau, pantai berpasir, pantai berlumpur, paya air masin

- Tumbuhan : semak semun, bintangor laut, jemerlang laut, mengkuang laut, pokok bakau, pokok kelapa, tapak kuda

- Hidupan: ular, siput, ketam, anjing laut, umang-umang

-  Malaysia (Pulau Rumbia, Tioman, Redang), Thailand (Pantai Phra Ae, Koh Samui, Pulau Phi Phi), Indonesia (Pulau Raja Ampat, Kepulauan Bangka Selatan, Pantai Barat Sumatera), Australia (Pantai Whiteheaven, Teluk Wineglass), Amerika Syarikat (Pantai Coast Guard, Teluk Hanauma)

SALIRAN

Kawasan bersaliran baik

- Tidak bertakung air, bentuk muka bumi beralun, cerun bukit, tanah pamah, subur,

- Tumbuhan Hutan Hujan Tropika, Hutan Monsun Tropika, Hutan Konifer, Hutan Mediteranean

- Hidupan: rusa, kijang, moose, badak sumbu, harimau, gajah

Kawasan bersaliran buruk

- tanah rendah sentiasa bertakung air, membentuk kawasan paya air tawar, pinggir laut berlumpur membentuk kawasan paya air masin

- Tumbuhan: pokok bakau, pokok nipah, mengkuang (memerlukan air benyak, mampu hidup di kawasan berair sepanjang masa)

-Hidupan: biawak, buaya, memerang, burung shoebill, ular, hidupan yang sinonim dengan kawasan berair

Negara

Hutan Paya Air Tawar

Hutan Paya Air Masin

Malaysia

Tasik Bera, Delta Rajang, Meludam

Teluk Lahad Datu, Teluk Merudu, Kuala Gula

Thailand

Toh Daeng, Lembah Menam Chao Phraya

Wilayah Phang Nga, Pulau Phi Phi

Brazil

Patanal Matogrossense

Pulau Sao Vicente, Teluk Santos

Australia

Barman Forest, Kakadu National Park Horthern Territory

Daintree River, Darwin Shore

 

TANIH

- Bahan organic terhasil daripada proses pereputan sisa tumbuhan dan bangkai haiwan manakala bahan bukan organic terhasil daripada proses pemecahan batuan akibat tindakan luluhawa.

Tanih Chernozem

- Tanah hitam sesuai untuk rumput, bunga, tumbuhan renek. Tanah membeku pada musim sejuk menyebabkan rumput mengalami iklim Steppe mempunyai akar pendek.

- Kawasan: kawasan padang rumput hawa sederhana, iklim Steppe

-Tumbuhan: Big bluestem grass, buffalo grass, switch grass, feather grass, finged sagebrush

- Hidupan:  Coyote, bobcat, badger, Saiga antelope

Tanih Permafrost

- Tanah beku disebabkan suhu sejuk melampau, kurang subur, membeku sepanjang tahun, hanya tumbuhan daya tahan tinggi

- Kawasan: Hutan Tundra

-Tumbuhan: liken, lumut, kulampair,willow, birch, health

- Hidupan:  Beruang kutub, karibu, musang Artik, arnab Artik, lemming

Tanih Aridisols

- Tanah kering dan tandus. Tumbuhan akar panjang untuk menyerap air di dalam tanah, menyukarkan pergerakan, menjadikan hidupan kurang aktif terutama pada siang hari

- Kawasan: Gurun Panas

-Tumbuhan: pokok kaktus, pokok akasia, pokok kurma

- Hidupan: unta, rusa gazelle, aryx,musang fennec, tikus jerboa

Tanih Latosol

- berpasir, liat atau lembap serta berwarna merah atau kuning

- Kawasan: Hutan Hujan Tropika, Hutan Monsun Tropika

-Tumbuhan: Pokok jati, cendana mahogany, jelutong ( tumbuh padat, tinggi, pelbagai spesies)

- Hidupan: Gajah, harimau, beruang, kancil, cerpelai ( menjadi habitat pelbagai hidupan liar bergantung kepadanya sebagai tempat tinggal, untuk mencari sumber makanan)

Tanih Podzol

- nipis, berasid, beku, tumbuhan akar pendek dan tidak menerjah jauh ke dalam tanah. Tanah nipis dan beku bawah tanah memudahkan hidupan liar bergerak mencari makanan. Pokok renek menjadi makanan dan habitat hidupan liar

- Kawasan: Hutan Konifer

-Tumbuhan: Pokok pain, cedar, birch, fir sprus

- Hidupan: Moose, elk, lynx, brown bear, harimau Siberia

Tanih Terra Rossa

- campuran tanah liat, pasir, warna merah atau coklat kemerahan. Menggalakkan pertumbuhan hutan bangkut, hutan pokok tirus di kawasan tinggi

- Kawasan: Hutan Mediterranean

-Tumbuhan: Rosemary, lavender, laurel, pain

- Hidupan: Serigala, rusa, landak, helang

IKLIM

Gurun Panas

-  Kawasan: Asia Barat ( Jordan, Iraq, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Yaman)

-  Angin: angin timuran dari kawasan darat adalah kering dan tidak membawa hujan

-  Hujan: jumlah hujan tahunan kurang daripada 250mm

-  Suhu: min(25°C), waktu siang (32°C-36°C) tidak berawan, waktu malam (5°C), julat suhu tahunan (17°C-20°C)

-  Tumbuhan: rumput alfafa, pokok caper, pokok saltbushes, pokok ghaf

-  Hidupan: tikus jerboa, oryx, musang fennec, unta, labah-labah, rusa gazelle

Iklim Monsun Tropika

-  Kawasan: India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja

-  Angin: Angin monsoon lembap dari laut ke darat menyebabkan hujan semasa musim panas, Angin monsoon kering dari darat ke laut menyebabkan musim kering nyata berlaku

-  Hujan: hujan lebat, tidak sekata, 1000mm hingga 2000mm

-  Suhu: 24°C-27°C sepanjang tahun

-  Tumbuhan: pokok jati, paku pakis, pokok buluh, pokok mahogani

-  Hidupan: cerpelai, binturong, biawak, gajah, monyet, harimau bontang, burung murai, burung bangau

Iklim Siberia

-  Kawasan: utara Asia( Rusia), utara Eropah (Poland, Jerman)

-  Angin: Angin barat daya selatan Siberia membawa udara panas dari Asia Tengah, Timur Tengah

-  Hujan: jumlah kerpasan tahunan 500mm. Musim sejuk, kerpasan turun dalam bentuk salji

-  Suhu: musim panas 15°C-20°C, musim sejuk 6-8 bulan (-17°C)-(-5°C) , musim bunga, luruh singkat. Julat suhu 30°C-50°C.

-  Tumbuhan: Pain merah, paper birch, dahurian larch

-  Hidupan: Martens, Mink, beruang kutub, hatimau Siberia, Siberian Wolf, Lynx

Iklim Laurentia

-  Kawasan: Kanada Timur, Timur Laut Amerika Syarikat, China(utara), Manchuria, Korea Utara, Jepun(utara), Patogonia di Amerika Syarikat

-  Angin: Arus sejuk merendahkan suhu kawasan pantai Jepun, China, Korea Utara, Siberia. Angin Monsun Barat Laut dari darat menyebabkan musim dingin kering.

-  Hujan: hujan sepanjang tahun, 500mm-1000mm, hujan pada musim panas, salji musim sejuk

-  Suhu: min 9°C-17°C, musim panas sederhana dan singkat 21°C-26°C, musim sejuk sangat -6°C-10°C, Julat 20°C-30°C

-  Tumbuhan: Pokok maple, pokok fir, pokok beech, pokok yellow birch

-  Hidupan: wood duck, beaver, Canadian lynx, Canadian goose, northern flicker, chipmunk

Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3:

Nota Bab 1: Jadual dan Graf

Nota Bab 2: Carta Pai

Nota Bab 3: Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Hidupan

Nota Bab 4: Tumbuhan-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

Nota Bab 5: Hidupan Liar di Malaysia

Nota Bab 6: Sumber Semula Jadi di Malaysia

Nota Bab 7: Kegiatan Ekonomi di Malaysia

Nota Bab 8: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia

Nota Bab 9: Sumber Semula Jadi dan Kerjasama Ekonomi di Dunia

Nota Bab 10: Sumber Hutan

Nota Bab 11: Kitar Semula

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

No comments:

Post a Comment