Friday, 4 December 2020

Nota Ringkas dan Padat Geografi Tingkatan 3 Bab 6: Sumber Semula Jadi di Malaysia

Bab 6: SUMBER SEMULA JADI DI MALAYSIA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=fZUyWbc7_GU

6.1 SUMBER SEMULA JADI DI MALAYSIA

- Bahan atau punca di sekeliling kita

- Sumber boleh baharu: Hutan (hutan hujan tropika, hutan pantai, hutan gunung, hutan paya), Suria, Tanih (laterit, gambut, alluvium, beris, pasir), Air (sungai, paya, laut, air bawah tanah, empangan, kolam, tasik)

- Tenaga alternative: tenaga semula jadi, mesra alam, menggantikan bahan api fosil. Hidroelektrik (Kenyir, Terengganu), Suria (bumbung rumah), Biomas (Miri, Sri Aman Sarawak), angin (Layang-layang Sabah)

- Sumber tidak boleh baharu: emas, bijih timah, bijih besi, kuprum, bauksit

- Sumber mineral bukan logam: batu granit, gas asli, pasir, petroleum, arang batu, kaolin

6.2 TABURAN SUMBER BOLEH BAHARU DAN SUMBER TIDAK BOLEH BAHARU DI MALAYSIA

Air (Empangan hidroelektrik)

- jumlah hujan 2600mm setahun, empangan ialah tambak yang dibina untuk menahan aliran air. Air diempang dan dilepaskan memutarkan turbin menghasilkan tenaga.

- Empang: Bersia (Perak), Kenyir (Terengganu), Bakun (Sarawak), Tenom Pangi (Sabah)

Hutan

- Hutan hujan tropika: kawasan tengah Semenanjung, pedalaman Sabah dan Sarawak. Tumbuhan seperti cengal, meranti, merbau, mersawa, jelutong, keruing, orkid. Hidupan liar seperti gajah, harimau, tapir, landak, kancil, monyet.

- Hutan paya air tawar: Tasik Chini, Bera(Pahang), Sabak Bernam (Selangor), Sungai Rajang(Sarawak). Pokok mengkuang, nipah, palma, keladi air, meranti jaya. Ikan air tawar, katak, ular, biawak, buaya, burung, kera

- Hutan paya air masin: Laut Matang (Perak), Kuala Selangor, Pantai Samarahan-Satong (Sarawak). Pokok bakau minyak, api-api, perepat, tumu. Ikan, siput, ketam, udang, ular, burung, memerang, kera

- Hutan Pantai: Pantai Tanjung Rhu, Pulau Langkawi, Pulau Sipadan (Sabah), Pulau Talang-talang (Sarawak). Pokok ru, tapak kuda, mengkuang laut, bebaru, pokok kelapa, rumput pantai. Burung, tupai, ular, ketam, siput, serangga

- Hutan gunung: Gunung, Kinabalu (Sabah), Pergunungan Iran (Sarawak), Gunung Jerai (Kedah), Gunung Tahan (Pahang). Rafflesia, periuk kera, pokok renek, paku pakis, lumut, kulampair. Siamang, ular, burung serangga, musang, harimau dahan

Mineral

- Petroleum; Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak. Menjana elektrik, bahan api kenderaan, industry petrokimia, bahan bakar

- Gas asli: Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak. Bahan api domestic, Industri petrokimia, bahan api alternative kenderaan

- Emas; Raub, Kuala Lipis ( Pahang), Bau (Sarawak), Rusila (Terengganu). Jongkong emas, barangan emas

- Arang batu: Silimpopon, Maliau (Sabah), Bintulu, Mukah, Silantek, Balingian (Sarawak), menjana tenaga elektrik, melebur besi

6.3 KEPENTINGAN SUMBER SEMULA JADI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA

- Sumber bahan mentah

- Menjana pendapatan Negara

- Pembukaan kawasan baharu

-Kemajuan infrostruktur

- Peluang pekerjaan

Nota Geografi:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3:

Nota Bab 1: Jadual dan Graf

Nota Bab 2: Carta Pai

Nota Bab 3: Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Hidupan

Nota Bab 4: Tumbuhan-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

Nota Bab 5: Hidupan Liar di Malaysia

Nota Bab 6: Sumber Semula Jadi di Malaysia

Nota Bab 7: Kegiatan Ekonomi di Malaysia

Nota Bab 8: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia

Nota Bab 9: Sumber Semula Jadi dan Kerjasama Ekonomi di Dunia

Nota Bab 10: Sumber Hutan

Nota Bab 11: Kitar Semula

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 2:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

1 comment:

  1. Thanks a lot this site helped me so many times with notas

    ReplyDelete