BAB10: TEKNOLOGI HIJAU
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=suwOI4tEh2I
10.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
Ø Pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber senula jadi.
Ø Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep penggunaan lestari’
Ø Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi masa depan
Ø Kita bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti hidup seperti yang kita nikmati sekarang atau yang lebih baik.
Ø MATLAMAT: Melindungi ekosistem semula jadi, Menjadi alternative untuk menggalakkan perkembangan ekonomi, Mengurangkan impak negative daripada aktiviti manusia, Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan
Ø Malaysia mengunjurkan bahawa perniagaan teknologo hijau mampu menyumbang lebih RM22 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) menjelang tahun 2020 dan RM60 bilion pada 2030.
10.2 CIRI-CIRI TEKNOGI HIJAU
Ø Penghasilan produk telah melalui proses inovasi teknogi bagi menjaga keharmonian manusia,persekitaran
Ø Reka bentuk sesuatu prosuk harus berdasarkan pengalaman lepas untuk membantu manusia
Ø Menggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh diperbaharui
Ø Piawaian kualiti produk harus menjadi ukuran penting dari segi penerimaan masyarakat
Ø Mudah digunakan kerana teknologi ini dicipta untuk kegunaan manusia
Ø Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran t=yang sihat dan lebih baik
Ø Kadar pembebasan gas rumah hijau adalah rendah atau sifar
Ø Perupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitar
Ø Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api
Ø Boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R
10.3 CONTOH PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
Empat Teras Utama Teknologi Hijau
Ø Tenaga: Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil, mempromosikan kecekapanhuna tenaga, CONTOH: Kereta hybrid, Kenderaan elektik, Biodiesel dan kenderaan gas asli(NGV)
Ø Alam Sekitar: Kesan kepada alam sekitar diminimumkan,CONTOH: Produk biodegredasi dan baja kompos
Ø Ekonomi: Meningkatkan pembangunan ekonomi Negara melalui penggunaan teknologi canggih , CONTOH: Industri fotovolta
Ø Sosial: Kualiti hidup rakyat dipertingkatkan, CONTOH: Penggunaan bekas makanan mesra alam, menggunakan pengangkutan awam
10.4 KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU
Sosial
Ø Meningkatkan kualiti hidup, meningkatkan kemudahan infrastuktur tempatan
Ø Meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat, meningkatkan kualiti udara
Ø Mengurangkan peningkatan suhu, mengurangkan pencemaran bunyi
Ekonomi
Ø Mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai asset dan keuntungan
Ø Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja, meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan
Ø Industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendaptan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK)
Ø Sehingga 2013, Malaysia Berjaya mengurus dan mengurangkan intensity karbon di udara lebih 33 peratus dan berikrar untuk menurunkan lagi intensity karbon sehingga 40 peratus menjelang 2020.
Menjana Tenaga
Ø Merangkumi sumber tenaga : angin, air, solar, ombak yang bersumberkan alam semula jadi
Ø Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui
Ø Mempromosikan kecekapan guna tenaga Negara, selamat dan mesra pengguna
Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar
Ø Melindungi sumber alam semula jadi
Ø Meningkatkan kualiti udara dan air
Ø Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
Ø Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup
Ø Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara
Ø Bangunan Pusat Tenaga Malaysia(PTM) adalah berkonsepkan penggunaan tenaga yang rendah, mesra alm dan dilengkapi sistem mangunan bersepadu fotovolta(BIPV).
10.5 AMALAN BERKONSEPKAN TEKNOLOGI HIJAU
Ø Penjimatan Tenaga: Pratikkan penggunaan pencahayaan semula jadi, tutup suis dan cabut plag peralatan elektrik yang tidak digunakan, tetapkan suhu penyaman udara minimum pada 24°C.
Ø Zon Bebas Asap Rokok: Tetapkan kawasan larangan merokok, Rondaan dan kompaun dikeluarkan kepada perokok, Luaskan edaran poster dan papan tanda amaran larangan merokok.
Ø Perolehan Produk Hijau: Utamakan penggunaan bahan mesra alam, Amalkan pembelian bahan kimia biodegradasi untuk pembersihan dan penyelenggaraan, Gunakan kertas kitar semula , Galakkan penggunaan kereta hybrid.
Ø Pengangkutan: Amalkan penggunaaan pengangkutan awam atau perkongsian kenderaan, Gunakan perkhidmatan park and ride untuk mengurangkan kesesakan jalan, Galakkan penggunaan basikal atau berjalan kaki ke sekolah atau pejabat mengikut kesesuaian.
Ø Pengurangan Sisa: Meminimumkan penggunaan peralatan pakai buang untuk mengurangkan sisa pepejal, Kuat kuasakan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat.
Ø Penjimatan Air: Pastikan pili air ditutup dengan betul, Buat aduan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran paip, Menadah air hujan untuk digunakan semula bagi mencuci kereta, halaman rumah dan menyiram tumbuhan.
Ø Amalan 5R: Gunakan tong kitar semula yang betul, Galakkan pengedaran dokumen secara elektronik, Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat.
Ø Perkhidmatan Makanan: Gunakan pembungkus makanan yang mesra alam, Bawa bekas makanan sendiri untuk mengisi makanan dan minuman, Elakkan penggunaan botol air plastic yang tidak boleh diguna semula
Ø Lanskap: Menanam pokok di persekitaran rumah, sekolah dan bangunan, Pastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik.
Nota Bab 3: Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim
Nota Bab 4: Cuaca dan Iklim di Malaysia
Nota Bab 5: Pengangkutan di Malaysia
Nota Bab 6: Telekomunikasi di Malaysia
Nota Bab 7: Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia
Nota Bab 8: Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia
Terima kasih banyak-banyak. Nota saya kebanyakannya disalin di sini. Elok betulkan typo. Agak banyak typo.🙏 Semasa menulis, saya perlu melihat buku teks untuk mengelakkan daripada menyalin typo yang sedikit menyusahkan. untuk saya. Harap mesej saya berguna kepada anda.😉
ReplyDelete