Saturday, 4 September 2021

Nota Ringkas dan Padat Ekonomi Tingkatan 4 Bab 4: Pengeluaran

 BAB 4: PENGELUARAN

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=gcuaVjfgAT0

4.1 KONSEP PENGELUARAN, KOS DAN HASIL

Firma

Maksud

Unit ekonomi yang produktif sama ada organisasi atau unit pengeluaran yang merancang , menggabungkan factor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan barang, perkhidmatan.

Peranan

- pembekal barang dan perkhidmatan

- pengguna factor pengeluaran

Objektif

Memaksimumkan keuntungan/ jualan

Saiz

Kecil (milikan tunggal

Besar (syarikat berhad)

Jenis

Swasta (Syarikat AirAsia Berhad, Public Bank Berhad)

Awam (KWSP, Permodalan Nasional Berhad PNB)

 

Pengeluaran

- proses menggabungkan factor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

- proses mengubah input kepada output bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Input

- factor yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Input Tetap

Input Berubah

Kuantiti tetap pada sebarang peringkat

Kuantiti berubah mengikut tingkat output

Tingkat output meningkat/menurun, input tetap kuantitinya masih tetap.

Tingkat output tambah, kuantiti input berubah akan bertambah

Tingkat output sifar, masih terdapat input tetap

Tingkat output sifar, tiada input berubah

Hanya berlaku dalam jangka masa pendek

Berlaku dalam jangka masa penjang, pendek

Contoh: mesin, bangunan, tanah

Contoh: bahan mentah, buruh

 

Output

- barang atau perkhidmatan yang dihasilkan dalam proses pengeluaran. Juga dikenali keluaran. Terdiri daripada barang perantaraan dan barang akhir.

- Barang perantaraan: digunakan untuk proses seterusnya. Contoh: tepung dihasilkan untuk membuat biskut.

- Barang akhir: barang yang siap dan boleh digunakan terus oleh pengguna untuk mencapai kepuasannya. Contoh: Biskut.

Jangka Masa Pengeluaran

- keupayaan firma mengubah kuantiti input tetap dalam proses pengeluaran.

- Jangka masa pendek: sekurang-kurangnya 1 input tetap. Firma tidak dapat menyesuaikan tingkat pengeluaran. Output hanya diubah dengan mengubah kuantiti input berubah.

- Jangka masa Panjang: semua input digunakan dalam proses pengeluaran adalah input berubah. Firma berupaya mengubah tingkat output dengan mengubah semua inpu termasuk loji, mesin dan bangunan. Firma dapat menambah modal, meningkatkan skala pengeluaran, tingkat tekonologi bagi meningkatkan produktiviti.

Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek

- hubungan antara input berubah dengan output pada satu tingkat input tetap.

- Fungsi pengeluaran jangka pendek ditulis sebagai Q= f( K, L) dengan Q= Output, K= input tetap, L= input berubah.

- Jumlah Keluaran (TP)= Keluaran purata (AP) x Input Berubah (L) : jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah input yang dimiliki oleh firma. Apabila input berubah meningkat, jumlah keluaran akan meningkat sehingga mencapai nilai maksimumnya dan kemudian menurun.

- Keluaran Purata (AP) = Jumlah Keluaran (TP)/ Input Berubah (L): jumlah kuantiti keluaran yang dapat dihasilkan oleh seunit input berubah. Apabila input berubah bertambah, keluaran purata meningkat sehingga mencapai nilai maksimumnya, kemudian menurun

- Keluaran Marginal (MP)= Perubahan dalam jumlah keluaran/ Perubahan dalam jumlah input berubah: perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan penggunaan satu unit input berubah. Apabila input berubah bertambah, keluaran marginal meningkat ke nilai mekasimum, kemudian menurun dan boleh mencapai nilai negative.

Kos Pengeluaran

 - segala perbelanjaan terhadap input yang digunakan dalam proses pengeluaran.

- Dalam jangka pendek, wujud kos tetap dan kos berubah. Dalam jangka Panjang, hanya wujud kos berubah.

- Kos Tetap (FC)= Harga input tetap x Kuantiti input tetap: tidak berubah pada setiap tingkat output. Pada tingkat sifar, wujud kos tetap dan jumlah kos sama dengan kos tetap.

- Kos Berubah (VC)= Harga input berubah x Kuantiti input berubah: berubah pada setiap tingkat output. Tidak wujud apabila output sifar.

- Kos Berubah Purata (AVC)= Kos Berubah (VC)/ Jumlah Keluaran (TP): kos berubah seunit output. Kos berubah purata pada mulanya menurun kemudian meningkat dengan pertambahan jumlah output. Hal ini kerana semakin banyak input berubah digunakan, tambahan jumlah yang dihasilkan semakin berkurang. Apabila terlalu banyak input berubah yang ditambahkan, pertambahan jumlah keluaran semakin menurun. Maka jumlah yang input berubah yang dibelanjakan bagi setiap unit output semakin bertambah.

- Jumlah Kos (TC)= Jumlah Kos Tetap(TFC) + Jumlah Kos Berubah (TVC): semua kos yang terlibat dalam pengeluaran. Semakin tinggi tingkat output pengeluaran, semakin tinggi jumlah kos.

- Kos Purata (AC)= Jumlah Kos (TC)/ Jumlah Output (TP): kos seunit output. Kos purata menurun pada permulaan sehingga mencapai nilai minimum dan kemudian meningkat.

- Kos Marginal (MC)= Perubahan dalam jumlah kos/ Perubahan dalam jumlah output: perubahan dalam jumlah kos kesan daripada perubahan dalam seunit output. Dalam jangka pendek, perubahan jumlah kos sama dengan perubahan dalam kos berubah kerana kos tetap tidak berubah.

Hubungan antara Perubahan output dengan Jumlah Kos, Kos Marginal dan Kos Berubah Purata

Jumlah Output Meningkat

Jumlah Kos meningkat

Kos Purata menurun ke nilai minimum dan kemudian meningkat

Kos marginal menurun mencapai nilai minimum dan kemudian meningkat.

Kos Purata dan kos marginal

Apabila kos purata menurun, kos marginal menurun tetapi lebih rendah daripada kos purata. Apabila kos purata meningkat, kos marginal meningkat tetapi lebih tinggi daripada kos purata. Apabila kos purata mencapai nilai minimum, ia akan sama dengan kos marginal.

Output meningkat

Kos berubah purata menurun ke nilai minimum dan kemudian meningkat

 

Konsep Hasil dan Untung

- Jumlah Hasil = Harga (P) x Kuantiti Jualan (Q): jumlah nilai penerimaan yang diperoleh firma daripada jualan keluarannya. Firma menambahkan jumlah hasil dengan meningkatkan harga barang atau menambahkan kuantiti jualan keluarannya.

- Untung= Jumlah Hasil- Jumlah Kos: perbezaan antara jumlah hasil dan jumlah kos. Dua jenis kos.

- Kos Implisit: kos yang sepatutunya dibayar kepada factor pengeluaran tetapi tidak diambil kira dalam kos pengeluaran. Contoh: bayaran gaji kepada pemilik sendiri, faedah atas sumber modal sendiri.

- Kos eksplisit: kos yang dibayar dengan nyata oleh firma terhadap penggunaan input dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Contoh: upah buruh, kos bahan mentah.

Tahap Pengeluaran Paling Cekap

- Hukum Pulangan Berkurangan: apabila suatu input berubah ditambahkan secara berterusan, jumlah keluaran semakin bertambah, tetapi tambahannya adalah semakin berkurangan bagi setiap unit tambahan input berubah.

Tahap 1

Jumlah keluaran bertambah dengan cepat. Pulangan marginal bertambah

Bermula dari 0 sehingga MP=AP dan AP maksimum. Input berubah yang digunakan secara relative lebih kecil daripada input tetap, berlaku pembaziran input tetap.Pengeluar harus terus mengeluarkan output kerana penambahan input berubah meningkatkan output.

Tahap 2

Jumlah keluaran bertambah dengan perlahan. Pulangan marginal berkurang

Bermula dari MP=AP sehingga MP=0. AP dan MP menurun dengan AP>MP. Gabungan input berubah dan input tetap adalah paling cekap.

Tahap 3

Jumlah keluaran merosot. Pulangan marginal negatif

Bermula dari MP=0 hingga TP maksimum. Pengeluar hatus berhenti mengeluarkan barangan kerana penambahan input berubah akan menyebabkan keluaran menurun, berlaku pembaziran input berubah. Tahap ini, berlaku ketidakcekapan dan kerugian.

 

4.2 PRODUKTIVITI DAN EKSTERNALITI

Produktiviti

- keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan

- mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan input

- menjelaskan perhubungan antara output yang dihasilkan dengan input yang digunakan

- Produktiviti = Output/ Input

- Kepentingan: meningkatkan output, meningkatkan keuntungan atau daya saing firma, meningkatkan upah pekerja, meningkatkan pendapatan negara, meningkatkan taraf hidup rakyat

Faktor yang mempengaruhi Produktiviti

- kemahiran dan tahap motivasi tenaga manusia.

- Kecekapan dan keberkesanan system dan prosedur.

- Struktur organisasi yang sesuai.

- Pemimpin yang berwibawa dan memotivasikan

- Persekitaran kerja yang selesa (susun atur dan kemudahan)

- Kualiti dan bekalan bahan mentah, pengurusan inventori yang sistematik

- Penggunaan teknologi yang canggih

- Kelengkapan modal sentiasa berfungsi baik.

Eksternaliti

- kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan barang atau perkhidmatan.

- kesan pada pihak ketiga iaitu selain pengguna dan pengeluar. Tidak dimasukkan dalam harga pasaran.

Kos Sosial

- Kos Sosial= Kos Peribadi + Kos Luaran

- Kos Peribadi: kos nyata sesebuah firma, individu atau kerajaan seperti minyak petrol, insurans.

- Kos Luaran: kesan sampingan negative ditanggung oleh pihak ketiga tanpa pampasan. Contoh: pencemaran alam sekitar, pembebasan asap rokok.

Faedah Sosial

- Faedah Sosial= Faedah Peribadi + Faedah Luaran

- Faedah peribadi: faedah begai seseorang. Contoh, menunggang basikal mempunyai faedah kesihatan

- Faedah Luaran: faedah terhadap pihak luaran. Contoh, berbasikal mengelakkan kesesakan jalan raya.

 

 Nota Ekonomi Tingkatan 4:

Nota Geografi Tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 3

Nota Sejarah:

Nota Sejarah Tingkatan 1:

Nota Sejarah Tingkatan 3:

Nota Matematik:

Nota Matematik Tingkatan 1:

 

No comments:

Post a Comment