Sunday, 26 March 2023

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 5 Bab 5: Pembentukan Malaysia

BAB 5: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=zW8yijZd6cs

5.1 KONSEP GAGASAN MALAYSIA

Idea Gagasan Malaysia

- konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara.

- Idea Melayu Raya oleh nasionalis sebelum PDK mahu merdeka tetapi tidak berjaya.

- British mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi bagi memudahkan pentadbiran pihak British.

- Tunku Abdul Rahman mencadangkan gabungan PTM, Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei.

5.2 PERKEMBANGAN IDEA DAN USAHA PEMBENTUKAN MALAYSIA

Idea Pegawai British

Tahun

Idea

1887

Lord Brassey, Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, NM, NNS kerana melihat potensi ekonomi

1951

Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral British, mencadangkan penggabungan tanah jajahan British bagi rancangan dekolonisasi.

1952

Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British, minta gabungan bagi tujuan keselamatan dan pertahanan. Januari 1960, mesyuarat pegawqai tinggi British di Borneo bersetuju.

1960

Sir Geffroy Tory, Pesuruhjaya Tinggi British mencadangkan penyatuan Singapura dan PTM atas kepentingan ekonomi. Cadangan mendapat sokongan Pejabat Kolonial.

Idea Penduduk Tempatan

Tahun

Idea

1906

Majalah Al-Imam menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam pendidikan dan pembangunan ekonomi

1938

Konsep Melayu Raya diperjuangkan oleh Ibrahim Hj. Yaakob, Harun Aminurrashid, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin al-Helmi untuk menggabungkan TM dan Indonesia. Idea gagal kerana Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 1945 tanpa melibatkan TM.

1955

Tunku Abdul Rahman dalam Persidangan Agong UMNO Oktober 1955 mencadangkan Singapura, Sarawak, Sabah, Brunei menyertai PTM.

1958

Datu Mustapha Datu Harun minat membawa Sabah bergabung dengan PTM.

 

Rasional Idea Pembentukan Malaysia

Keselamatan

Ancaman komunis di Singapura: memberi kusa Kerajaan Persekutuan dalam keselamatan dan pertahanan membendung ancaman komunis

Perkembangan di Sarawak: ancaman komunis CCO

Keseimbangan komposisi penduduk

Penyertaan Sarawak dan Sabah menyelesaikan komposisi penduduk tidak seimbang antara Melayu dan Cina disebabkan penyertaan Singapura

Mempercepat Kemerdekaan

Rancangan dekolonisasi, mempercepat kemerdekaan wilayah Borneo

Pembangunan Wilayah

Meningkatkan taraf hidup peribumi dalam aspek infrastruktur, sosial, ekonomi seimbang.

 

5.3 REAKSI TEMPATAN DAN NEGARA JIRAN TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA

Reaksi Tempatan

PTM

Bersetuju walaupun pendapat berbeza.

Sarawak

(Sarawak Alliance dibentuk gabungan PANAS, SNAP, BARJASA, SCA, PESAKA)

Menyokong

BARJASA (Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub, Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman), PANAS (Datu Bandar Abang Haji Mustapha), PESAKA (Temenggung Jugah Anak Barieng), SCA

Menentang

SUPP(Ong Kee Hui), SNAP(Stephen Kaong Ningkan)

Menentang Kemudian Menyokong

SNAP menyokong berdasarkan cadangan JSKM

Sabah

(Sabah Alliance: UNKO, USNO, United Pasok Momogun (UPKO), Democratic Party, Sabah indian Congress)

Menyokong

UNKO, USNO, Pasok Momogun, SCA.

Menentang

Penduduk curiga dan bimbang, perdagangan berkembang dan keselamatan dijamin British, tiada keperluan bergabung. Ingin merdeka berasingan. Pemimpin perlu menyesuaikan diri dengan pentadbiran PTM, KL jauh. Barisan Bersatu dibentuk pada 9 Ogos 1961 dianggotai Ong Kee Hui(Pengerusi SUPP), A.M.Azahari (Parti Rakyat Brunei dan Donald Stephens (Fuad Stephens) dari UNKO. Akhirnya UNKO menyokong.

Singapura

Menyokong

PAP (Lee Kuan Yew) membuka peluang pasaran besar, Parti Buruh Singapura anggap usaha sukar

Menentang

Parti Rakyat Singapura, Barisan Sosialis menganggap penjajahan baharu, cadangkan pandangan rakyat diperoleh

Brunei

Menyokong

Sultan Omar Ali Saifuddin berminat dengan merdeka dahulu

Menentang

Parti Rakyat Brunei (A.M.Azahari) berminat bergabung Brunei, Sarawak, Sabah, Kalimantan Utara. Malaysia cara British mengekalkan pengaruh dan Brunei hilang kekayaan.

Reaksi Negara Jiran

Indonesia

Dr. Mohammad Hatta, N.Presiden, Dr. Subandrio, Menteri Luar mengalu-alukan

Filipina

Presiden Diosdado Pangan Macapagal menentang enuntut wilayah Sabah.

Thailand

Menerima, memperkuat usaha ke arah keamanan rantau Asia Tenggara.

 

5.4 LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

- Usul pembentukan Malaysia dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961.

Siri Lawatan

- Julai 1961: Tunku Abdul Rahman melawat Sarawak Sabah meninjau bertemu pemimpin menerangkan rancangan pembentukan Malaysia

- Ogos 1962: Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggung ugah anak Barieng, Donald Stephens, Datu Mustapha Datu Harun melawat meninjau kemajuan PTM.

- November 1962: Tunku Abdul Rahman melawat Sarawak, Sabah

- Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ghafar Baba ke Sarawak Sabah menunjukkan kesepakatan ahli politik TM menjelaskan gambaran sebenar rancangan Malaysia kepada penduduk

Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)

- ditubuhkan ketika Persidangan Ahli-Ahli Parlimen Komanwel di Singapura 23 Julai 1961. Mesyuarat 4 kali (Jesselton, Kuching, KL, Singapura). Donald Stephens Pengerusi.

- Tujuan Penubuhan: Menyakinkan penduduk Sarawak Sabah tentang pembentukan, menyediakan ruang perbincangan, mengumpulkan pandangan, menyebarkan maklumat, memupuk aktiviti penghebahan, mempercepat pembentukan Malaysia.

Referendum Singapura

-  Rundingan PTM dan Singapura Ogos-September 1962.

- Singapura gabung membentuk Malaysia seperti syarat ditetapkan. Singapura menyertai Malaysia.

Rundingan London

- November 1961, antara PTM dan British, Bersetuju penubuhan suruhanjaya meninjau reaksi penduduk Sabah Sarawak.

Suruhanjaya Cobbold

- Januari 1962, Lord Cobbold pengerusi. Ahli: Sir Anthony Abell, Sir David Watherson, Muhammad Ghazali Shafie, Wong Pow Nee. Melawat 35 pusat lawatan (20 Sarawak 15 Sabah)

- laporan: 2/3 penduduk menyokong. Perlembagaan PTM 1957 menjadi asas perlembagaan baharu. Kuasa autonomi dan jaminan khas kepada Sarawak dan Sabah tidak boelh dipinda atau dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.

Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

- Ogos 1962, menyediakan rangka perlembagaan, membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah. Lord Lansdowne, Menteri Tanah Jajahan menjadi pengerusi. Timbalan Tun Abdul Razak. Wakil Sabah, Sarawak

- Jawatankuasa kecil: perlembagaan, kewangan, perkhidmatan awam, perundangan dan kehakiman, organisasi jabatan. Mesyuarat pertama Jesselton, Sabah 30 Ogos 1962, terakhir KL 18-29 Sept 1962

- 18 perkara Sarawak, 20 Sabah dimasukkan ke Perlembagaan menjamin hak dan kepentingan rakyat. Islam agama Persekutuan kecuali Sarawak Sabah. Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi Bahasa Inggeris juga bahasa rasmi di SS. Sistem pendidikan di SS di bawah kawalan Kerajaan Negeri sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.24 kerusi Sarawak, 16 Sabah, 15 Singapura dalam parlimen. SS berkuasa tersendiri untuk mengendalikan hal ehwal imigresen.

5.5 PERJANJIAN JULAI 1963 DAN PERISTIWA PENGISYTIHARAN MALAYSIA

- Perjanjian Julai 1963 (Perjanjian Malaysia) ditandatnagani di London 9 Julai 1963.

- Inti Pati : Tarikh pembentuk 31 Ogos 1963. Sarawak, Sabah, Singapura menjadi ahli Malaysia. Kedaulatan diiktiraf British. Memperutnukkan tempoh masa peralihan. Kerusi parlimen 15 Singapura, 24 Sarawak, 16 Sabah. Penduduk buiutera mendapat pengiktirafan sama seperti Melayu

- Misi PBB: Indonesia membuat bantahan. U thank, Setiausaha Agung PBB menubuhkan United Nations Malaysia Mission 12 Ogos 1963 menilai, membuat laporan. Laurence Michelmore, Duta Amerika mengetuai rombongan. Laporan penduduk menerima Malaysia disiap pada 14 Sept 1963

- Peristiwa Pengisytiharan Malaysia: 16 Sept 1963. KL (Yang di-pertuan Agong membaca disaksikan Tunku Abdul Rahman), Sarawak (Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee Yang di-pertua Negeri, pengisytiharan dibaca Khir Johari di Kuching). Sabah (Datu Mustapha Datu Harun mengumum, menandatangani sumpah Yang di-pertua Negeri, wakil Tun Abdul Razak Hussein)

5.6 KONFRONTASI DAN USAHA MENANGANI

7 Disember 1962

Pemberontakan Brunei, Tunku Abdul Rahman membuat kenyataan Indonesia membantu pemberontakan. Partai Komunis Indonesia menyelar rancangan Malaysia penerusan dasar neokolonialisme dirancang British

20 Januari 1963

Dr.Subandrio mengumumkan konfrontasi dengan alasan mengancam kedudukan Indonesia

12 April 1963

Pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia di Tebedu, Sarawak

29 Disember 1963

Peristiwa berbalas tembakan di Kalabakan, Sabah

2 September 1964

Pendaratan 30 gerila Indonesia di Labis, Johoe ditahan pasukan tentera Malaysia

Selepas serangan

Dr. Ismail membawa isu ke Majlis Keselamatan PBB. Kaedah provokasi tidak mengubah pendirian Malaysia selain cara diplomatik

 

Langkah Menamatkan Konfrontasi

Februari 1963

U Thank mengutuskan wakil C.V.Narasimhan berunding dengan pemimpin

9 April 1963

Presiden Macapagal berunding peringkat pegawai di Manila, wakil Muhammad Ghazali Shafie

1963

Tunku Abdul Rahman menerima undangan Presiden Soekarno di Tokyo menerangkan tujuan pembentukan Malaysia

7-11 Jun 1963

Tunku Abdul Razak Hussein menghadiri mesyuarat Menteri Luar di Manila mencari penyelesaian dengan Dr. Subandrio

31 Julai – 5 Ogos 1963

Tunku Abdul Rahman, Soekarno, Macapagal menghadiri mesyuarat di Manila. Indonesia, Filipina menerima Malaysia selepas penilaian PBB

1964

Rundingan Malaysia, Indonesia, Filipina (2 persidangan peringkat menteri di Bangkok, 1 kemuncak di Tokyo). Peranan utama Thanat Khoman, Menteri Luar Thailand menganjurkan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia

30 September 1965

peralihan kepimpinan Indonesia , Jeneral Suharto memilih Jeneral Ali Moertopo, Adam Malik menamatkan konfrontasi

4 Ogos 1966

Indonesia mengumumkan penamatan konfrontasi

11 Ogos 1966

Tunku Abdul Razak Hussein menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di Jakarta

No comments:

Post a Comment