BAB 3: RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=Sk4m957hj2U
3.1 LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN BERAJA DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
Pemerintahan Beraja
Kesultanan Melayu Melaka |
Raja pemerintah
berkuasa mutlak, terletak semua kuasa pemerintahan Pemerintahan berdasarkan
undang-undang, Hukum Kanun melaka, Undang-Undang Laut Melaka. Pemerintahan diperkukuh
melalui konsep Islam, raja ketua agama Islam. Mempunyai pengaruh besar
membina tradisi, adat istiadat Kesultanan Melayu. Raja-raja Melayu sumber
undang-undang, ketua kerajaan, ketua agama, mempertahankan adat dan struktur
masyarakat. |
Sebelum Perang Dunia
Kedua |
Sebelum peluasan
pengaruh British, pemerintahan beraja menghalang penjajahan negeri Melayu.
Bagi NNMB, British mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar. Raja
Melayu kekal sebagai pemerintah berdaulat, menerima nasihat Residen. Bagi NNMTB,
Penasihat British ditempatkan, pentadbiran negeri oleh pembesar. Penggubalan
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan
Terengganu 1911 menghalang peluasan pengaruh British dan mengekalkan
kedaulatan negeri. |
Semasa Pendudukan Jepun |
Raja-raja Melayu
diiktiraf sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam semasa persidangan
Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera dengan Pemerintah tentera Jepun di
Singapura pada Januari 1943. Kedudukan raja Melayu di bawah pengawasan
Gabenor. |
Selepas Perang Dunia
Kedua |
Malayan Union
diperkenalkan 1946. Raja kehilangan kuasa sebagai pemerintah negeri . British
memerintah Malayan Union secara langsung melalui Gabenor. Penentangan Raja
Melayu dan sokongan orang melayu menyebabkan Malayan Union digantikan dengan
PTM 1948. Undnag-undang Tubuh digubal dan diguna pakai sehingga hari ini. |
Raja Berperlembagaan
dan Demokrasi Berparlimen selepas Merdeka |
Kemerdekaan TM 1957,
pemerintahan beraja diteruskan dan pindaan dibuat dengan konsep demokrasi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebagai Ketua Utama Negara. Ciri
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan
mengiktiraf raja sebagai pemerintah tertinggi negara. |
3.2 SEJARAH DAN KEDUDUKAN INSTITUSI MAJLIS RAJA-RAJA
Pembentukan Durbar NNMB
-
Dibentuk pada 1897 sebagai majlis persidangan Raja-raja Melayu Perak, Selangor,
Pahang, N.Sembilan membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan
dengan pihak British.
Majlis Sultan-Sultan Semasa Malayan Union
-
Perlembagaan Malayan Union 1946 menubuhkannya, dipengerusikan Gabenor Malayan
Union, ahli sembilan Raja Melayu dan 3 pegawai kanan British.
-
Berfungsi membincangkan undang-undang berkaitan agama Islam dan menasihati
Gabenor. Tidak diwujudkan kerana penentangan yang hebat
Majlis Raja-Raja semasa PTM 1948
-
menjadi institusi dilengkapi kuasa, sekretariat, sesuai dengan kedudukan dan
peranannya.
-
Diurus sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu. Pengerusi antara 9 Raja Melayu.
Persidangan disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk memeretai
keputusan persidangan. Raja Melayu diberi hak dan kuasa mendapat penerangan
daripada Pesuruhjaya Tinggi tentang penggubalan undang dan dasar Perlembagaan
Persekutuan.
Majlis Raja-raja selepas Merdeka
-
peranan dikekalkan. Yang di-Pertua Negeri Melaka, P.Pinang menjadi ahli Majlis.
Selepas 1963, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Sabah menjadi ahli Majlis. Yang
di-Pertua Negeri turut serta dalam mesyuarat khas melibatkan institusi beraja.
Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
-
Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan. Memberi persetujuan sebarang
undang-undang. Memberikan nasihat pelantikan jawatan. Menjadi rujukan dalam
perubahan dasar berhubung kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera, kepentingan
sah kaum lain. Menjadi Lembaga Pengampunan. Memperkenankan perubahan
persempadanan negeri dan pindaan perlembagaan.
3.3 YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Institusi Yang di-Pertuan Agong
Yang
di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan raja yang memerintah di 9 buah negeri
Persekutuan seperti Perlis, Kedah, Perak, Selangor, N.Sembilan, Johor, Pahang,
Terengganu, Kelantan
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
-
sebagai Ketua Agama Negara termaktub Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan. Yang
di-Pertuan Agong merupakan punca kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan
kemuliaan negara.
-
Keutamaan kedudukan dalam Persekutuan: Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri
Agong, Raja-raja dan Pemangku Raja, Yang di-Pertua bagi Negeri-negeri, bekas
Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja, Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri.
Kuasa Yang di-Pertuan Agong
Kuasa Eksekutif |
Melantik Perdana
Menteri dan Jemaah Menteri |
Melantik seorang Ahli
Dewan Rakyat yanag mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat sebagai PM.
Timbalan dipilih mengikut nasihat PM. |
Pelantikan Jawatan
Penting |
Peguam Negara, Panglima
Angkatan Tentera, Ketua Audit Negara, Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Ahli
Suruhanjaya Polis, ahli Majlis Angkatan Tentera |
|
Ketenteraan |
Pemerintah tertinggi
Angkatan Tentera Malaysia, dibantu Majlis Angkatan Tentera yang
bertanggungjawab bagi pemerintahan, tatatertib, pentadbiran dan perkara
bersangkutan |
|
Diplomatik |
Melantik diplomat ke
luar negara. Menerima menghadap diplomat asing sebelum tugas di Malaysia |
|
Kuasa Perundangan |
Persidangan Parlimen |
Memanggil,
memberhentikan, membubarkan Parlimen |
Agama |
Ketua Agama Islam di
negeri baginda, W.Persekutuan, Melaka, P.Pinang, Sarawk, Sbah. Ketua gama
negeri lain ialah sultan atau raja. |
|
Hak dan Keistimewaan |
Menjaga, melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera, dan kepentingan sah kaum lain. |
|
Pengisytiharan Darurat |
Dibuat semasa wujud
keadaan mengancam keselamatan awam, ekonomi negara |
|
Kuasa Kehakiman |
Melantik hakim Mahkamah
Atasan (Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah
Tinggi Malaya serta Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Hakim Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. atas nasihat PM,
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Majlis Raja-Raja. |
|
Kuasa Pengampunan |
Atas nasihat Lembaga
Pengampunan, berkuasa mengampunkan, menangguhkan, meringankan hukuman oleah
Mahkamah Tentera, Mahkamah Syariah Melaka, P.Pinang, Sabah, Sarawak,
W.Persekutuan. |
3.4 AMALAN DEMOKRATIK DAN PENGASINGAN KUASA
Amalan Pilihan Raya
Menunjukkan
amalan demokrasi sejak kemerdekaan. Lima tahun sekali.
Kebebasan Asasi
-
hak individu di sisi undang-undang. Kebebasan Diri (tiada seorang diambil nyawa
atau dilucutkan kebebasan diri kecuali mengikut undang-undang), Kebebasan
Beragama (Islam agama Persekutuan, agama lain boleh diamalkan), Hak Berkenaan
dengan Pendidikan (tiada diskriminasi agama, ras, keturunan, tempat lahir,
Kebebasan Bersuara, Berhimpun.
Pengasingan kuasa dalam Pemerintahan
Badan |
Kuasa |
Perundangan
(legislatif) |
- Menggubal
undang-undang - Parlimen:
badan perundangan tertinggi, menggubal dan meminda undang-undang, menyemak
dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan sistem cukai baharu. Tiga komponen : Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Negara atau Senat(membahas rang undang oleh Dewan
Rakyat), Dewan Rakyat atau Perwakilan(ahli melalui pilihan raya, menggubal,
meluluskan undang) - Dewan Undangan
negeri(DUN): setiap negeri kecuali W.Persekutuan. Terdiri daripada Sultan
atau Yang di-Pertua Negeri. Speaker Dewan dan ahli dipilih melalui pilihan
raya. Menggubal undang. |
Eksekutif (pelaksana) |
- Jemaah Menteri: terdiri daripada PM,
menteri. Menggubal dasar dan melaksanakan pembangunan. PM mengetuai Jemaah
Menteri, Menteri mengetuai kementerian dan mempertahankan keputusan dibuat
Jemaah Menteri. Jika Menteri tidak setuju dengan dasar kerajaan perlu
meletekkan jawatan. - Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri: pada peringkat negeri, Sultan atau Raja atau Yang
di-Pertua Negeri berkuasa eksekutif. Di Semenanjung Malaysia, Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri; Sarawak Sabah Kabinet Negeri. Pentadbiran kerajaan
negeri oelh Menteri Besar, Ketua Menteri. |
Kehakiman (judisiari) |
- Mentafsirkan dan
melaksanakan undang-undang, mepertahankan Perlembagaan Persekutuan. - Diketuai Ketua Hakim
Negara, dilaksanakan oleh mahkamah. Hakim menegakkan keadilan, mengadili
pertikaian antara pemerintah dan rakyat, konflik antara Kerajaan Negeri dan
Kerejaan Persekutuan. - Mahkamah Atasan:
M. Persekutuan, M. Rayuan, M.Tinggi Malaya. Mahkamah Bawahan: M.
Sesyen, M.Majistret - Hakim mesti bebas
daripada pengaruh politik bagi memastikan keadilan dan menjamin integriti
kehakiman. |
3.5 KEUNIKAN AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI NEGARA KITA
Gabungan Unsur
Tradisional dan Moden dalam Pentadbiran |
Unsur tradisional
(kedudukan raja sebagai warisan sosiopolitik), unsur moden (Demokrasi
Berparlimen berdasarkan model Westminster England) |
Mekanisme Semak dan
Imbangan dalam Pentadbiran |
Pemerintahan beraja
mengimbangi pemerintahan demokrasi kerana raja terkecuali dalam hal politik,
ekonomi, dasar negara. |
Kuasa Budi Bicara Raja |
Kuasa boleh dilaksanakan
oleh baginda tanpa mendengar nasihat ketua kerajaan dalam perkara tertentu. |
Kerjasama Politik |
Perkongsian kuasa
antara kaum berdasarkan prinsip tolak ansur, perundingan dan pengorbanan bagi
memastikan suara setiap kaum diwakili |
No comments:
Post a Comment