Monday, 27 March 2023

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Dasar Luar Malaysia

BAB 9: DASAR LUAR MALAYSIA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=0tjtPHHOc7A

9.1 LATAR BELAKANG DASAR LUAR

- Sebelum Merdeka: P’an-p’an, Langkasuka dan Chih-t’u menghantar utusan ke China.

- KMM: Hubungan diplomatik (menghantar utusan),perdagangan(kerajaan yang menguntungkan) Hubungan diplomatik: China, Turki, Ryukyu, Siam, Makassar, Pasai. Hubungan perdagangan: China, Turki, Hadhramaut, Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel, Bengal, Mesir, Parsi.

- Kepentingan: menjamin kestabilan dna keselamatan kerajaan, menjamin kemakmuran Melaka, membantu Melaka sebagai pusat penyebaran Islam, memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka, mengelakkan penguasaan terhadap aktiviti perdagangan Selat Melaka.

- Zaman British: hal ehwal luar dikawal Pejabat Tanah Jajahan London

- Selepas Kemerdekaan: semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, probarat dan antikomunis. Semasa pentadbiran Tun Abdul Razak, tidak memihak, menjalin hubungan tanpa mengira ideologi

9.2 ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR

- Matlamat: mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara, melindungi kepentingan nasional, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia, memupuk hubungan baik dengan negara luar, menghadapi perkembangan serta cabaran politik, ekonomi dan sosial.

- Kementerian Hal Ehwal Luar berubah nama kepada Kementerian Luar Negeri berpindah dari bangunan Sultan Abdul Samad ke Wisma Putra. Berperanan menggubal dasar luar, menjaga kepentingan nasional Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Faktor Penggubalan Dasar Luar

Ikatan Sejarah

- Dengan negara serantau dan antarabangsa seperti Singapura, Thailand.

- Ikatan keagamaan dengan Arab Saudi, Mesir. Menyertai Komanwel

Keperluan Nasional

- Menjaga kedaulatan, mendatangkan keuntungan, menjaga kebajikan rakyat, kedudukan strategik.

- Menjalin hubungan tanpa mengira ideologi, bebas dan berkecuali bagi kepentingan ekonomi dan keamanan.

Kepimpinan

- Peka akan perkembangan antarabangsa bagi menentukan hala tuju negara.

- Menjalinkan hubungan dengan negara sedang membangun di Afrika dan kepulaun Pasifik Selatan pada 1990-an merupakan perubahan sikap pemimpin yang sebelum ini cenderung kepada negara maju

Persekitaran Luar

- Perkembangan politik, ekonomi, sosial antarabangsa.

- Semasa Perang Dingin, probarat. Berubah kepada tidak memihak pada 1970-an.

9.3 MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

- Dr Ismail Abdul Rahman sebagai wakil tetap ke PBB yang pertama. Pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa: “hidup bersama secara aman”

Mendukung Piagam PBB

Menegakkan hak asasi manusia dan menggariskan prinsip pencapaian taraf hidup dan hak asasi manusia untuk semua tanpa mengira kaum, jantina, bahasa, agama.

- hormat kedaulatan negara lain.

- tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain

Terlibat dalam agensi PBB

- UNESCO (Gunung Mulu, Taman Kinabalu, Bandar Melaka, Georgetown, Lembah Lenggong diikitiraf Tapak Warisan Dunia)

- FAO, WHO, UNHCR (membuka cawangan di KL)

- Majlis Keselamatan mengekalkan keamanan dan keselamatann antarabangsa. Dipilih 4 kali sebagai wakil tidak tetap.

- Malaysia tidak menandatangani Protokol Status Pelarian, tiada perundangan mengawal hak pelarian di negara ini,membenarkan pelarian tinggal sementara.

Misi Pengaman

- Disiplin dan kemampuan pasukan tentara Malaysia

- Tugas: memastikan keselamatan penduduk, mengawasi gencatan senjata dalam perang saudara, mendaulatkan undnag-undang negara.

- UNPROFOR, UNIFIL, UNMEE, UNOC, UNTAC, INTERFET, UNTAG, UNOSOM II

Pegawai Pemerhati

- membantu pentadbiran, pengurusan, memberi latihan teknikal, menjadi jurubahasa

- MINURSO, UNAMSIL, UNOMIL, MONUSCO, UNAVEM II, UNTAG, ONUMOZ, UNMEE, UNTAET, UNAMIC, UNIKOM, UNMIBH, UNASOG)

Tokah Malaysia dalam Agensi PBB

- Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood (doktor perubatan dna aktivitis kemanusiaan, Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia)

- Datuk Maumunah Mohd Sharif (penjawat awam, mengetuai UN)

- Tan Sri Razali Ismail (tokoh diplomat, Naib pengerusi Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB)

- Dr. Jomo Kwame Sundaram (ahli akademik, Penolong Ketua pengarah dan Penyelaras Pembagunan Ekonomi dan Sosial)

- Tan Sri Aboo Samah (pegawai tentera, Pemerintah tertinggi UNOSOM II)

9.4 MALAYSIA DALAM KOMANWEL

- dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan dan naungan British yang telah merdeka.

- membina semangat setia kawan, mewujudkan kerjasam dalam pelbagai bidang.

Rancangan Colombo

- rancangan pembangunan ekonomi dan sosial bagi menangani masalah kemiskinan anggota Komanwel.

- mendapat khidmat nasihat pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan. Program latihan kakitangan awam dan pembangunan sektor swasta. Memberi bantuan kepada negara belum membangun

Kerjasama Pertahanan

- Perjanjian AMDA antara Britain dan Tanah Melayu memperkukuh pertahanan, keselamatan negara.

- Kerajaan menyediakan kemudahan tentera Britain dan pasukan Simpanan Strategik Komanwel untuk obligasi Komanwel atau keperluan antarabangsa.

Kerjasama Ekonomi

Komoditi utama dieksport ke negara Komanwel lebih mudah. Kadar cukai lebih rendah. Pelbagai kemudahan seperti kemudahan kredit. Pelaburan daripada negara Komanwel penting.

Penentangan Dasar Aparteid

Menyalahgunakan hak asasi manusia dengan membezakan hak berdasarkan warna kulit. Ketegasan Malaysia dengan negara lain menyebabkan Afrika Selatan menarik diri daripada Komanwel.

CHOGM

- menjadi tuan rumah 1989. Membincangkan isu semasa atarabangsa berkaitan negara anggota. Diadakan 2 tahun sekali.

Sukan Komanwel

Sukan kedua terbesar. Empat tahun sekali. Mengeratkan hubungan negara. Menjadi tuan rumah pada 1998.

9.5 CABARAN MENGUKUHKAN DASAR LUAR

Cabaran Politik Antarabangsa

- mengamalkan dasar berkecuali

- membolehkan Tun Abdul Razak melawat ke China pada 1974

Cabaran Politik Serantau

- pengaruh komunis di Indochina menyebabkan ketidakstabilan politik.

- Malaysia menyokong Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN di Bali, Indonesia bagi membincangkan pergolakan di Indochina serta masa hadapan rantau Asia Tenggara.

Cabaran Keselamatan dan Pertahanan

- AMDA ditamatkan 1971

- FPDA ditandatangani oleh Malaysia, Singapura, Britain, New Zealand, Australia

Cabaran Pembangunan Ekonomi

- dominasi negara maju menentukan harga komoditi bijih timah, getah, hasil minyak, gas.

- Malaysia menganggotai ITC, GATT. menubuhkan Petronas pada 1974

- Desakan agar harga barangan dikawal membolehkan Malaysia memperoleh hasil minyak dan gas

9.6 MALAYSIA DALAM PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)

 - ASA 1961 gabungan Malaysia, Filipina, Thailand. MAPHILINDO 1963, gabungan Malaysia, Filipina, Indonesia bagi menyelesaikan konflik pembentukan Malaysia namun gagal.

- ASEAN diwujudkan untuk meningkatkan semangat setia kawan dan keserantauan.

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

Malaysia menjalinkan hubungan dengan China merupakan pengisian konsep ZOPFAN. Malaysia menjadikan ASEAN platform terpenting mengisytiharkan perubahan dasar luar termasuk mendapat pengiktirafan A.S, Rusia, China.

Penyelesaian Konflik Serantau

- konflik di Vietnam dan Kemboja berkaitan komunis dan pelarian dibimbangi menjejaskan kestabilan rantau Asia Tenggara.

- menyeru kuasa besar tidak campur tangan dalam Vietnam. Isu Kemboja diselesaikan melalui pilihan raya. MAS hantar pasukan pengaman UNTAC.

Kerjasama Ekonomi

- projek AIP : pengeluaran baja urea di Indonesia dan Malaysia, pengeluaran baja fosfat dan kuprum di Filipina, penghasilan serbuk soda di Thailand.

- mewujudkan satu pasaran tunggal ASEAN yang bebas seperti penggunaan mata wang ASEAN. Skim Keutamaan Perdagangan (SKP) dicadangkan pemotongan cukai barangan ke atas produk keluaran negara anggota ASEAN.

Kerjasama Sosial

- Penubuhan SEAMEO. Kerjasama pendidikan , pertukaran pelajar, penubuhan pusat serantau pendidikan seperti RECSAM di P.Pinang.

- kerjasama kebudayaan : mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui Tabung Kebudayaan ASEAN

- Sukan SEA menjalinkan kerjasama dalam sukan.

9.7 MALAYSIA DALAM PERGERAKAN NEGARA-NEGARA TANPA PIHAK (NAM)

- Selepas kemerdekaan, Malaysia probarat, menolak sikap neutral dan menyertai pakatan negara tanpa pihak kerana menyebabkan terjerumus dalam konflik antarabangsa.

Peranan Malaysia

- Muhammad Ghazali Shafie, Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri dalam Sidang Kemuncal di Dar es Salam. Menunjukkan Malaysia mengubah kepada prinsip neutral, aman bebas dan berkecuali

Tuan Rumah Sidang Kemuncak dan Pengerusi

- Tuan Rumah NAM ke-13 2003.

- Deklarasi KL terhadap isu Palestin, serangan A.S atas Iraq dianggap pencerobohan kuasa besar terhadap negara kecil.

- Kemampuan mengendalikan persidangan bertaraf dunia

- Pengerusi: Tun Abdullah Ahmad Badawi. Meningkatkan tahap kemajuan dan pembangunan anggota NAM.

Peranan dalam Politik

- Bersetuju tekanan politik dna ekonomi dikenakan kepada Afrika Selatan

- membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovnia yang sedang ditekan oleh Serbia pada Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia

- Yugoslavia (pengasas NAM) digantung

- Malaysia menerima pelarian

Dasar Keamanan dan Berkecuali

- Asia Tenggara diterima sebagai kawasan berkecuali

- negara kuasa besar perlu mengakui dan tidak cmapur tangan atau memberikan tekanan kepada negara ASEAN

- Perisytiharan Lusaka ditandatangani sebagai iltizam NAM mengharamkan senjata nuklear.

9.8 MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC)

- 25 Sept 1969, sempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi. Serangan ganas berlaku di Msjid al-Aqsa oleh puak Zionis. 57 anggota negara Islam. Memperjuangkan kepentingan umat Islam di seluruh dunia.

Pelibatan Malaysia

- Tunku Abdul Rahman menyuarakan pertubuhan Islam wujud menjaga kepentingan masyarakat Islam seluruh dunia

- Persidangan Pertama Kongres Islam Sedunia Rantau Asia Tenggara 1964 di KL, KL menjadi tuan rumah Persidangan Islam Antarabangsa April 1969.

Setiausaha Agung Pertama

Tunku Abdul Rahman. Mengukuhkan OIC dann memastikan masyarakat Islam mendapat pembelaan sewajarnya.

Pengerusi OIC

Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tomahan dikaitkan 3k: keganasan, kemiskinan, kemunduran. Malaysia mengetengahkan nilai kesederhanaan, menolak keganasan

Pembangunan Pendidikan

Pembinaan UIAM. Memberi biasiswa pelajar negara OIC

Menangani isu politik negara Islam

- konflik Iran-Iraq: 15 pegawai tentera menjadi pemerhati PBB

- sokongan kepada Palestine dan PLO. Tuan Rumah Persidangan Keserantauan Asia di KL

- menyokong Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul. Membolehkan pejabat perwakilan dibuka di KL.

Pembangunan Ekonomi

- menyertai IsDB (bank pembangunan Islam)

- memperoleh pinjaman bank membiayai pembangunan negara

- membawa perkembangan sistem perbankan Islam

No comments:

Post a Comment