Sunday, 26 March 2023

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 5 Bab 7: Membina Kesejahteraan Negara

BAB 7: MEMBINA KESEJAHTERAAN NEGARA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=Rnug8zc1oSA

7.1 PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Perpaduan Kaum: keadaan rakyat pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu.

Integrasi Nasional: satu proses dinamik yang merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa.

Kesan pentadbiran British

Pentadbiran

Bermula dengan sistem Residen. Mengutamakan ekonomi, membawa masuk pekerja perlombongan, perladangan, perniagaan. Bumiputera di luar bandar dan kegiatan ekonomi tradisional.

Kegiatan Ekonomi dan Petempatan

Tupuan pada perlombongan bijih timah, perladangan getah. Rakyat terpisah dari segi petempatan: kawasan perlombongan, bandar, estet, perkampungan. Kurang interaksi.

Sistem Pendidikan

Sistem vernakular mewujudkan perbezaan pemikiran.

Fahaman Politik

Fahaman berasaskan kaum dengan penubuhan parti politik memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Berkaitan bahasa, budaya, pendidikan, ekonomi.

 Memperkasakan Perpaduan dan Integrasi Nasional

Politik

- Jabatan Perpaduan Negara mendraf ideologi Rukun Negara

- Majlis Muhibah Negara menggalakkan perasaan muhibah

- Majlis Perundingan Negara mengadakan garis panduan bagi kerjasama kaum dan integrasi nasional, memupuk identiti kebangsaan.

- Membentuk gabungan parti politik

- menyelaraskan perkhidmatan awam antara semua negeri.

Ekonomi

-meneruskan Rancangan Pembangunan Lima Tahun

- memperkenalkan DEB dan DPN

- pembangunan masyarakat luar bandar melalui rancangan pembangunan tanah yang menambah pendapatan dan membasmi kemiskinan

-- memajukan perindustrian dan perdagangan. Zon Perindustrian Bebas

- Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar

- Pembangunan ekonomi wilayah

Sosial

- Dasar Pendidikan Kebangsaan

- Memperkasakan BM

- Pengamalan kebudayaan kebangsaan

- Menggalakkan kegiatan sukan

7.2 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Matlamat: menyatupadukan rakyat, menyediakan tenaga kerja mahir pelbagai kaum, sistem pendidikan yang memenuhi keperluan negara, menggalakkan perkembangan kebudayaan, ekonomi, sosial dan politik, melahirkan rakyat berilmu, seimbang dan harmoni, menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara.

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Penyata Razak 1956)

Semua dasar disemak semula pada 1960 dan menghasilkan Laporan Rahman Talib dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

Laporan Rahmann Talib

Pengerusi: Abdul Rahman Talib

- BM sebagai bahasa pengantar, kurikulum yang sama berorientasikan negara.

- Cadangan: penekanan kepada subjek Sejarah, mewajibkan subjek Tatarakyat

- Kajian Aminuddin Baki: sistem persekolahan aneka jurusan menampung pelajar gagal memasuki sekolah menengah akademik. Melahirkan tenaga kerja mahir memenuhi permintaan pasaran kerja.

Laporan Jawatankuasa Kabinet

- mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran.

- diumumkan oleh Menteri Pelajaran

- BM subjek wajib dalam peperiksaan, penegasan kepada Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam, penekanan aktiviti kokurikulum

- Menghasilkan KBSR dan KBSM

- Falsafah Pendidikan Negara digubal: ditukar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996 membentuk pelajar seimbang dari jasmani, emosi, rohani, intelek.

Akta Pendidikan 1996

- kedudukan BM diperkukuh

- sebagai bahasa pengantar, mata pelajaran wajib

- Institusi swasta dikehendaki mengajar BM, Pengajian Malaysia, Pendidikan Moral

 7.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DAN BAHASA PERPADUAN

Akta Bahasa Kebangsaan

- Dikenali Akta 32, diperkenalkan 1967, dikuatkuasa 1971 bawah perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Bahasa Rasmi Pentadbiran

- menjadi penggerak jentera pentadbiran negara.

- alat komunikasi rasmi urusan kementerian dan jabatan kerajaan. Digunakan sepenuhnya di mahkamah 1990

Memperkasakan BM dalam Sistem Pendidikan

- pembukaan sekolah kebangsaan, BM sebagai bahasa pengantar

- bilangan guru terlatih di SMK dan guru khas SMJK ditambah. BM bahasa ilmu dan perpaduan.

UKM sebagai Pusat Keilmuan BM

18 Mei 1970. Pusat pengajian pertama memperkenalkan pengajian dalam BM.

- Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) 1 Dis 1972 menjadikan UKM pusat penyelidikan dan rujukan. Kemudian bertukar nama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) 1992. Menjadi tumpuan penyelidik, sasterawan, karyawan, budayawan dalam dan luar negara.

- Muhammad Haji Salleh, Siti Zainon Ismail sebagai Sasterawan Negara membuktikan kejayaan.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

22 Jun 1956 Bukit Timbalan, JB hasil resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.

- Tujuan: memartabatkan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu

- Nama asal: Balai Pustaka

- Pengarah Pertama: Ungku Abdul Aziz

- penerbitan buku dan majalah, risalah, menganjurkan seminar, bengkel, aktiviti minggu Bulan Bahasa Kebangsaan.

- Slogan: Bahasa Jiwa Bangsa 1960

 7.4 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

- Digubal melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Dirasmikan oleh Tunku Abdul Razak di Dewan Tun Canselor, UM, dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

- Prinsip Utama: kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang DKK, unsur kebudayaan lan yang sesuai dan wajar diterima sebagai elemen penting. Islam menjadi unsur penting.

- Matlamat: mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

- Agensi Pelaksana: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ( kini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia), Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Majlis Kebudayaan Negeri, Istana Budaya serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

- Citrawarna Malaysia: 1999, promosi pelancongan. Program: memperagakan kebudayaan, pakaian, tarian, nyanyian rakyat Malaysia. Diadakan di Dataran Merdeka pada Mei setiap tahun melibatkan pelbagai kaum dan budaya.

- Penggiat Budaya: membudayakan masyarakat dan kebudayaan bangsa. Menggalakkan karya seni tempatan bermutu tinggi dna memartabatkan khazanah asli negara. Azah Aziz (Budayawan), Hamzah Dolmat (muzik tradisional), Lim Swee Tin (susastera), Samuel Dass(muzik India), Shuhaibun Yussuf (budaya Sabah), Mtthew Ngau Jau (Muzik Sape Sarawak)

7.5 SUKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

- Sukan dan Perpaduan melalui Pendidikan: 1M1S, RIMUP menggalakkan murid pelbagai kaum bersukan, memeri peluang menceburi bidang sukan, memupuk semangat setia kawan dan berpasukan, melahirkan atlet berkaliber.

- Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM): 1974, mengadakan pertandingan sukan dalam kalangan penuntut, staf universiti tempatan. Menjadi medan atlet menunjukkan kebolehan. Penganjuran MASUM secara bergilir-gilir menggalakkan integrasi antara negeri.

- Sukan Malaysia (SUKMA): dwitahunan disertai 13 buah negeri dan W.P. mengeratkan hubungan kaum. Pertama di KL 19-26 April 1986 disertai 3849 atlet dari 13 negeri.

- Penganjuran sukan: menganjurkan pelbagai sukan pada peringkat serantau dna antarabangsa. Komitmen pemimpin dan kesungguhan sukarelawan memastikan penganjuran sukan cemerlang mendapat pengiktirafan. Hoki Piala Dunia, Sukan Komanwel, Piala Thomas, Sukan SEA, Sukan Permotoran Formula 1, Le Tour de Langkawi

- Kejayaan Malaysia Kebanggaan Bersama: kerjasama serta kesungguhan pelbagai pihak. Pemain dan jurulatih bekerjasama tanpa mengira bangsa. Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia cemerlang.

- Laungan “Malaysia Boleh”: menunjukkan patriotisme. Asalnya untuk kempen Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Uber 1992 dan penyertaan Malaysia dalam Olimpik Sepanyol, Sukan SEA Singapura 1993. Laungan semasa menjadi juara Piala Thomas.

- Peranan Organisasi dalam Perkembangan Sukan dan Memupuk Perpaduan Kaum: Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia dann persatuan sukan. Pegawai pengurusan, pakar perubatan sukan, pegawai teknikal, panel kejurulatihan pelbagai kaum.

- Kepimpinan Berwibawa: pelibatan kerabat diraja, bekas atlet menjadi pengurus atau jurulatih. Menarik minat dan sokongan rakyat terhadap perkembangan industri sukan negara. Sultan Haji Ahmad Shah (Presiden Bola Sepak), Sultann Azlan Muhibbuddin Shah (presiden hoki), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar (presiden olimpik), Dato Siek Kok Chi (setiausaha agung olimpik), Tan Sri Darshan Singh Gill (presiden berbasikal), Dato’ Peter Velappan (setiausaha agung bola sepak)

7.6 RUKUN NEGARA SEBAGAI TONGGAK KESEJAHTERAAN NEGARA

- hasil perbincangan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) dibentuk oleh MAGERAN 29 Jan1970. Diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong IV 31 Ogos 1970 bersempena ulang tahun Kemerdekaan ke-13.

- 5 jalur: 5 prinsip Rukun negara. Bulan dan Bintang: kepercayaan kepada Tuhan. Tengkolok: kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang. Angka 50: ulang tahun. Biru: perpaduan dan kesopanan dan kesusilaan.

- Matlamat Rukun Negara: negara bersatu, masyarakat adil, masyarakat progresif, masyarakat liberal, masyarakat demokratik.

- Prinsip Rukun Negara: kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan.

No comments:

Post a Comment