Sunday, 26 March 2023

Nota Ringkas dan Padat Sejarah Tingkatan 5 Bab 6: Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

BAB 6: CABARAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=uu2My1_yxII

6.1 CABARAN DALAMAN MALAYSIA

Cabaran Pembangunan dan Sosioekonomi di Sarawak dan Sabah

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

Rakyat masih mengamalkan pertanian sara diri. Kerajaan mempelbagaikan pertanian komersial, membuka peluang menyertai kegiatan ekonomi berkaitan petroleum.

Memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan

Saiz negeri yang besar menjadi cabaran perhubungan dan pengangkutan. Masih bergantung pada sistem pengangkutan air. Sejak pembentukan Malaysia, usaha menyeimbangkan pembangunan dilakukan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia. Sabah dan Sarawak dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Pertama bermula pada 1966.

Memajukan Sistem Pendidikan

Kebanyakan sekola zaman British ialah sekolah vernakular Inggeris dan Cina di kawasan bandar. Penduduk pedalaman tiada peluang bersekolah. Usaha membina sekolah dan melatih tenaga guru bagi memberi pendidikan khususnya bumi putera

Cabaran Politik di Sarawak

Jun 1966, 21 orang ahli Council Negri tidak puas hati dengan Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak. Beliau dipecat oleh Gabenor. Stephen mencabar tindakan di Mahkamah Tinggi Sarawak dan memenangi kes ini pada Sept 1966. Beliau kembali sebagai Ketua Menteri tetapi mendapat undi tidak percaya. Krisis ini menyebabkan ketidakstabilan Sarawak. Sept 1966, darurat diisytiharkan. Stephen digantikan dengan Tawi Sli.

Cabaran Perpaduan Kaum

Penduduk pelbagai budaya, usaha mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional merupakan cabaran besar. Perpaduan sentiasa menjadi agenda pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara. Jarak antara Semenanjung dengan Sarawak Sabah menjadi cabaran dan sukar memupuk semangat.

 6.2 PEMISAHAN SINGAPURA

Faktor pemisahan

Politik

Lee Kuan Yew tidak puas hati dengan peranan kerajaan Singapura terdah.

Konflik antara pemimpin PAP dengan Perikatan

Kempen Malaysian Malaysia oleh Lee Kuan Yew menuntut hak sama rata untuk semua kaum menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.

Ekonomi

Singapura menuntut pembukaan pasaran bersama disegerakan.

Singapura tidak puas hati cadangan tambahan cukai kepada Kerajaan Persekutuan.

Singapura hendak mengenakan kadar faedah terhadap sebahagian pinjaman RM 150 juta kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan Sarawak dan Sabah.

Masalah Perkauman

Rusuhan kaum berlaku pada 21 julai 1964 berlaku ekoran daripada usaha menuntut persamaan hak sama rata semua kaum

 

Kronologi Pemisahan Singapura

- 29 Jun 1965: Kegagalan rundingan Tun Abdul Razak Hussein dengan Lee Kuan Yew.

- 1 Julai 1965: Tunku Abd Rahman mengarah Tun Abdul Razak bermesyuarat dgn beberapa menteri

- Awal Ogos 1965: Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia bersetuju dengan rancangan pemisahan

- 7 Ogos 1965: Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew menandatangani perjanjian Singapura keluar

- 9 Ogos 1965: Tunku Abdul Rahman membawa usul pemisahan Singapura ke Parlimen Malaysia. Parlimen meluluskan rang undang-undang pemisahan Singapura.

6.3 MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS

1. Ancaman Keselamatan di Sarawak

Bentuk Ancaman

Gerakan Politik

Komunis menentang gagasan Malaysia. Kerajaan memburu dan menangkap ahli yang terlibat. Mereka melarikan diri ke Kalimantan dan membentuk Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU). PKKU meneruskan penentangan melalui Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) dan Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) untuk membentuk republik komunis di Sarawak.

Serangan Bersenjata

5 Ogos 1952, komunis menyerang kawasan Batu Kitang, Kuching.

Usaha Mengatasi

Perang Saraf

Mengadakan perhimpunan awam, menyebarkan risalah, mengisytiharkan kawasan putih, tawaran program pengampunan, pembangunan infrastruktur

Operasi ketenteraan

Operasi Hammer: seperti Rancangan Briggs.  Julai 1965, Petempatan baharu didirikan untuk lebih kurang 7500 orang. Dalam 3 hari, 1200 keluarga Hakka berpindah ke 3 kawasan petempatan baharu sepanjang Jalan Kuching-Serian. Menyebabkan gerakan komunis mula goyah

Operasi Jalan Raja: 1970 di Nonok (Asajaya) Bahagian Pertama. Operasi Ngayau di Bahgian Ketiga 8 Ogos 1971. RASCOM di Bahagian Ketiga 26 Mac 1972. 21 Oktober 1973, Operasi Sri Aman dilancarkan. 4 Julai 1974 operasi ditamatkan, komunis menyerah diri. 13 Oktober 1973, Bong Kee Chok, pemimpin komunis berhasrat berunding dengan Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub, Ketua Menteri Sarawak. 500 komunis keluar dari hutan menyerah diri. 17 Oktober 1990, Perjanjian Damai menamatkan ancaman komunis.

 2. Ancaman Keselamatan di Semenanjung Malaysia

Pembunuhan Anggota Keselamatan dan Orang Awam

17 Jun 1968, PKM melakukan serangan hendap terhadap pasukan keselamata di Kroh, Perak mengorbankan 16 anggota keselamatan. 7 Jun 1974, menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim di KL. 13 November 1975, menembak mati Ketua Polis Negeri Perak, Tan Sri Khoo Choong Kong dan pemandunya di Ipoh.

Julai 1969, seorang wanita diseksa hingga mati di Sintok, Kedah. Periuk api dipasang di Jalan Changlun, kedah. Jalan raya dan jambatan kereta api diletupkan.

Pengeboman Tugu Negara

26 Ogos 1975, menimbulkan kemarahan rakyat terhadap komunis dan menuntut kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri. Perkhidmatan Perisikan diperkuat.

Usaha Mengatasi

Strategi Counterinsurgency (COIN): memenangi hati dan fikiran rakyat. Kerjasama antara pasukan keselamatan, ahli politik, agensi kerajaan.

Perjanjian Kerjasama Sempadan: komunis membina khemah di luar sempadan negara. Perjanjian Kerjasama Sempadan Memerangi Komunis 1976 ditandatangani di Thailand. Pagar sempadan dibina dan operasi bersama. Perjanjian Hat Yai 2 Disember 1989 antara PKM, Malaysi, Thailand membubarkan unit bersenjata PKM dan memusnahkan segala senjata api, bahan letupan dan jerangkap samar.

6.4 ISU PEMBANGUNAN DAN EKONOMI

- Kerajaan membentuk rancangan pembangunan lima tahun melibatkan Sabah dan Sarawak.

- Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan menangani isu pembangunan dan ekonomi negara.

Isu

Usaha Mengatasi

Terlalu bergantung pada eksport bijih timah dan getah, kejatuhan harga bahan mentah, penduduk masih ketinggalan, petani berpendapatan rendah, pertanian komersial kurang

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi pertanian dan industri pemprosesan serta pengeluaran komoditi negara, mencari pasaran baharu.

Taraf hidup berbeza

Program pembangunan berdasarkan satu rancangan bersepadu, membuka kawasan baharu untuk aktiviti kilang dan pembuatan, mempercepat integrasi antara negeri, mendapatkan bantuan Bank Dunia

Peluang pekerjaan terhad, pengangguran meningkat

Menubuhkan pusat latihan vokasional dan teknikal, meluaskan peluang pekerjaan

Masalah kesihatan dan sosial, keperluan asas dan hak wanita hamil terhad, kurang kemudahan perkhidmatan kesihatan profesional ibu mengandung, kada kelahiran tidak normal dan kematian tinggi

Mengurangkan kadar kelahiran, memperkenalkan program Perancang Keluarga, menambah baik perkhidmatann kesihatan di kawasan luar bandar.

 

6.5 TRAGEDI HUBUNGAN ANTARA KAUM

1. Rusuhan Kaum

- kesan daripada ketidakseimbangan ekonomi dan sosial

- keputusan Pilihan Raya Umum Ketiga 1969. Parti politik mengeksploitasi isu sensitif kaum semasa kempen pilihan raya

- PKM mengambil kesempatan mempengaruhi penduduk bermusuhan antara kaum

- Perarakan kemenangan pilihan raya tidak terkawal menimbulkan kekacauan dan perbuatan provokatif.

2. Langkah Mengatasi Masalah Peristiwa 13 Mei 1969

Darurat

Pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Angong: perlembagaan digantung, Parlimen ditangguh, mewujudkan Pusat Perlindungan, pihak polis menguatkuasakan perintah berkurung. Penubuhan jawatankuasa bertugas menyusun perkhidmatan penerangan kerajaan, semua berita ditapis, kerajaan memastikan bekalan makanan penduduk, mangsa rusuhan dipindah ke pusat perlindungan di Stadium Merdeka dan Tiong Nam Settlement, pihak berkuasa memagar kawasan Kampung Baru dan dijadikan kawasan perintah berkurung.

Majlis Derakan Negara (MAGERAN)

Dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein. Ahli daripada pegawai perkhidmatan awam, pegawai tinggi polis dan tentera. Memerintah semasa darurat dari 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971. Fokus pada masalah perpaduan kaum dan keseimbangan ekonomi antara kaum.

Tanggungjawab: mengembalikan keamanan dan undang-undang, menentukan pentadbiran yang licin dalam negara, mengembalikan keharmonian dan kepercayaan antara kaum, menggantung sementara penerbitan semua akhbar sehingga keadaan negara tenang, menguatkuasakan Akta Hasutan 1948, Jabatan Penerangan menapis berita palsu dan menerangkan usaha kerajaan.

Peranan Raja

Sultan Perak, Sultan Idris Iskandar Shah II menasihati rakyat menjaga keamanan. Pemimpin dan masyarakat Perak menubuhkan Jawatankuasa Muhibah menulis surat merayu penduduk bertenang, membantu negara mengekalkan keamanan.

 

No comments:

Post a Comment